Cara Membeli Saham US Di Malaysia (Panduan Lengkap 2021)

Anda ingin tahu cara membeli saham us di Malaysia, tetapi tidak tahu bagaimana atau dari mana untuk memulakan? Dengan banyak broker yang ada di Malaysia seperti broker tempatan dan broker asing menyebabkan anda keliru untuk membuat keputusan. Di sini kami akan sediakan maklumat dengan lebih lanjut tentang panduan dan cara membeli saham Amerika Syarikat serta cadangan broker yang terbaik. Teruskan pembacaan anda untuk memulakan satu langkah yang terbaik dalam pelaburan saham.

Mengapa Membeli Saham US?

Pasaran Amerika Syarikat Yang Besar dan Terkenal

Kenapa Amerika? Kerana banyak syarikat yang mempunyai reputasi besar dan nama yang gah di Amerika Syarikat. Dengan membeli saham syarikat-syarikat ini menjadikan anda pemilik sebahagian daripada modal syarikat itu, anda berhak menerima dividen atau faedah tertentu jika syarikat mengalami keuntungan, jual saham milik anda apabila harganya naik atau laburkan saham anda. 

Saham-saham syarikat gergasi dunia ini boleh dibeli dipasaran saham Amerika Syarikat termasuklah syarikat-syarikat terbesar seperti Google, Amazon, Coca Cola, Intel dan banyak lagi. Bayangkan pasaran Amerika adalah bersaiz USD 36.6 Trilion Billion iaitu yang terbesar didunia.

Saham Amerika Syarikat Boleh Jadi Jangka panjang atau jangka pendek

Jika dikira secara khusus, apa sahaja pelaburan akan melibatkan strategi yang pelbagai. Strategi pelaburan boleh digabungkan dengan saham dan pilihan lain yang sesuai selagi ianya tepat dan bergantung kepada portfolio pelaburan yang berlainan, keuntungan boleh diperolehi daripada kejatuhan harga saham atau kenaikan harga serta menghadkan pendapatan dan kerugian.

Konglomerat Syarikat di A.S yang murah

Melabur dalam saham luar negara seperti Amerika Syarikat jauh lebih murah kini lebih-lebih lagi kini sejak pandemik Covid-19 melanda. Pasaran saham Amerika jatuh 7 peratus atau 2000 mata ketika sesi dagangan dibuka pada bulan Mac yang lalu susulan kejatuhan 22% harga minyak mentah dunia. 

Jika anda berfikir untuk jangka masa panjang, maka ini adalah masanya membeli harga saham yang murah. Dan pentingnya Anda boleh membeli Pfizer, sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang mengembangkan vaksin Covid-19 terkemuka. Oleh itu, peluang untuk memasuki bursa saham global sangat besar.

Dividen Dalam Matawang USD

Pelabur di Malaysia begitu teruja dengan pasaran saham Amerika kerana ianya memberikan pelabur dividen setiap 6 bulan sekali, 3 bulan sekali dan dibayar dalam matawang USD. Pelabur bebas mengeluarkan dividen mereka pada bila-bila masa sahaja. Lagi-lagi kini harga saham tengah jatuh, anda boleh membeli saham yang lebih banyak untuk perolehi keuntungan yang lebih.

Secara peribadinya, jika anda memiliki akaun saham Amerika Syarikat tidak akan menjadikan anda kaya dalam sekelip mata tetapi ianya adalah satu permulaan yang baik untuk anda berjinak-jinak dengan dunia pasaran dunia. Jika anda sudah bersedia mental dan fizikal untuk melangkah ke dunia saham pastikan anda belajar saham dari zero supaya anda akan lebih bersedia.

Apakah Indeks Yang Berbeza?

Indek pula mengandungi pelbagai jenis saham dan bon. Setiap set mempunyai nilai indeks yang dikira dan dikuasai oleh syarikat peneraju utama kumpulan. Jika syarikat mempunyai nilai yang tinggi, harga saham yang tinggi akan mempengaruhi indeks secara keseluruhan.

Bagi pelabur-pelabur Malaysia, anda mungkin dah biasa dengan MSCI indeks tempatan. Begitu juga dengan saham Amerika, untuk membeli saham Amerika, benda utama yang perlu difahami adalah indeks saham Amerika Syarikat. Ada 3 indeks utama Amerika iaitu S&P 500; Dow Jones Average; dan Nasdaq Composite Index.

※ Standard & Poor’s 500 Index termasuk dalam 500 syarikat Amerika Syarikat peneraju industri. Ianya adalah indeks yang disusun berdasarkan nilai saham bagi 500 industri konglomerat terbesar di bursa saham Amerika Syarikat. Mewakili 70% dari nilai keseluruhan saham di Amerika termasuk industri IT (Information Technology), perubatan, barangan harian dan kewangan. Antaranya ialah Johnson & Johnson ,Abbot Laboratories, Citygroup Inc, Amazon dan banyak lagi senarai lain.

※ The Dow Jones Industrial Average pula ialah Dow Jones 30 merupakan indeks saham tertua di dunia dalam 2 saham tukaran terbesar di New York.  Secara awalnya ia dipelopori oleh 2 orang editor Wall Street Journal dan syarikat terkemuka Jones & Company (Charles Dow & Edward Jones). Terdiri daripada 30 saham syarikat Amerika yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat antaranya Mc Donalds Corp, Microsoft Corp, Exxon Mobile Copr, General Electric Co (GE) dan senarai-senarai lain.

※ The Nasdaq Composite Index yang menyusun 2500 senarai syarikat didalam Nasdaq Stock Exchange. Kebanyakannya terdiri daripada industri teknologi seperti Apple Inc, Adobe System Inc, Facebook, eBay Inc, Starbucks Corp, Tesla Motors Inc dan lain-lain senarai panjangnya.

Cara Membeli Saham US Di Malaysia

Bank Tempatan Atau Syarikat Keselamatan di Malaysia

Jika anda bercadang untuk membeli saham-saham Amerika Syarikat di pasaran global seperti NASDAQ, NYSE, HKEx untuk membeli saham syarikat yang anda kenali seperti Facebook, Google, Apple dan lain-lain lagi anda tidak perlu ke sana untuk membeli. Caranya mudah sahaja dan ianya perlu melalui broker yang sedia ada seperti bank-bank terpilih. Banyak bank tempatan yang menjual saham-saham ini.

Di Malaysia sendiri antara bank-bank terkemuka yang mempunyai penjualan saham Amerika dan dikenali di seluruh dunia ialah Maybank, CIMB Securities, RHB Investment Bank dan Hong Leong Investment Bank. Nak tahu broker saham malaysia yang terkenal sebelum melangkah ke alam dagangan? Baca lebih lanjut.

Kini hampir semua bank komersial dan pelaburan yang menyediakan akaun dagangan saham luar iaitu “Cross Border Trading” yang membolehkan anda memantau dagangan anda secara atas talian.  Anda bebas melakukan dagangan anda pada bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja. Bayangkan anda sedang bercuti dan masih membuat keuntungan.

Untuk permulaan setelah anda kenal pasti bank yang anda ingin beli saham, ikuti langkah-langkah dibawah :

  • Buka akaun Foreign Share Trading/Cross Border dahulu
  • Verifikasi ID
  • Setiap bank mempunyai Online Banking Tersendiri
  • Log In masuk online banking pilihan anda
  • Pilih bahagian Global Trading atau Trader trading (mengikut bank masing-masing)
  • Kemudian masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli dan klik BUY.
  • Sahkan pembelian dan boleh semak status saham anda

Berdagang Melalui Broker Antarabangsa

Bagi anda yang memilih untuk berdagang dengan broker antara bangsa, dan ingin tahu cara pelaburan saham jangan risau kerana anda boleh memilih broker yang anda inginkan dan daftar secara atas talian. Kebanyakan broker antara bangsa menyediakan pilihan yang lebih murah untuk dagangan saham Amerika. 

Dengan menggunakan broker luar negara anda boleh mempunyai beberapa jenis dagangan dan membuka akaun yang berbeza pada matawang yang berbeza. Sangat sesuai bagi pelabur yang sudahpun mahir. Namun diingatkan, adalah perlu untuk anda benar-benar mengenali broker luar negara yang anda pilih. Jangan terburu-buru membuat keputusan dan beri masa untuk semak broker-broker yang ada.

Sebagai contoh, saya menggunakan Mitrade, saya lebih selesa menggunakan Mitrade kerana reputasinya yang lebih baik. Antaranya ia dikawal selia dan dilesenkan dengan perkhidmatan kewangan (AFSL 398528) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC)

16099174605407

Mitrade juga menawarkan pelbagai jenis dagangan dan saya boleh memilih untuk berdagang saham Amerika menggunakan CFD. CFD ialah Kontrak Perbezaan (Contract Of Difference) yang menawarkan kontrak perbezaan dan membolehkan anda berdagang menggunakan alat dagangan yang disediakan. Bermakna anda boleh membeli saham Amerika Syarikat yang disediakan dengan menggunakan leveraj yang tersedia tanpa perlu membayar komisen kepada broker kerana ianya akan melalui spread.

Sekiranya anda baru mengenal CFD, anda boleh memulakan dengan artikel kami mengenai perdagangan CFD dan bagaimana ia berfungsi.

Mitrade pula menyediakan platform yang terbaik untuk berdagang dan sangat mesra pelabur pemula kerana ianya :

★ Pembukaan akaun minimum hanya $ 50 untuk bermain saham di pasaran AS. Jumlah yang sangat murah.

★ Komisen 0%. Tidak ada komisen untuk membeli dan menjual saham AS di Mitrade, sementara Bursa Malaysia dikenakan komisen dan cukai.

★ Anda boleh membeli 1 stok dengan jumlah kecil. Ya, anda boleh membeli minimum 1 lot saham di mitrade. Berbeza dengan Bursa Malaysia, jumlah pembelian minimum adalah 100 lot saham. Tidak mudah bagi pelabur runcit untuk membeli saham kerana mereka harus menghabiskan banyak wang.

★ Akaun demo percuma. Cara untuk memastikan bahawa broker yang akan kita gunakan adalah sah, boleh dipercayai dan mempunyai sistem platform yang baik. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk mensimulasikan perdagangan. Mitrade menyediakan akaun demo dengan wang maya $ 50,000

Selain mempunyai ciri-ciri di atas, anda juga boleh berdagang dari telefon mudah alih anda kerana Mitrade juga menyediakan perincian aplikasi telefon bimbit untuk Android dan IOS. Aplikasi yang mesra pelanggan ini juga membenarkan anda untuk mengawal sendiri dagangan anda kerana ianya mempunyai kemudahan seperti kalendar kewangan, pengurusan risiko, teknikal analisis dan lain-lain. Ya bagi saya Mitrade adalah pilihan yang terbaik untuk saya dan ianya juga terbaik untuk anda.

Walaupun begitu ada juga kekurangan Mitrade iaitu Broker ini tidak tertakluk kepada penyeliaan kewangan di Malaysia dan tidak menyediakan saham Malaysia.

Perbandingan Broker Tempatan dengan Broker Asing

BrokerMaybankCIMB TradeRHB InvestMitrade
Desktop   ✓
Aplikasi Telefon
Produk KewanganForex, Indeks, Saham Amerika, Matawang Kripto, Emas dan lain-lain
Deposit MinimumRM 1000RM 1000RM 500USD 50 
Komisen StokOffline – 0.60%
Online – 0.42%
0.04%0.28%0 komisen
Yuran DepositTiada Yuran
Yuran PengeluaranTiada Yuran
Akaun Demo
Pindahan Stok
Badan SeliaSSMSSMSSMASIC
KesesuaianPelabur ProfesionalPelabur ProfesionalPelabur ProfesionalPelabur jangka pendek

Kaedah yang mana lebih mudah dan murah?

Kami sedia maklum bahawa minimum saham Amerika Syarikat adalah 1 saham. Andaikan bahawa harga saham semasa Facebook adalah $277 per 1 saham, bermakna jika ditukarkan ke Ringgit akan jadi RM1153, dengan hanya bermodalkan RM1153 anda telahpun menjadi pemegang saham Facebook. Hebatkan.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk memiliki saham seperti ini, anda perlu membeli saham itu sekurang-kurangnya 1 lot bersamaan dengan 100 saham (1 lot = 100 saham). Harga 1 saham adalah RM 1153 dan jika anda bercadang membeli 1 lot, maka anda harus bermodalkan sebanyak RM 11 5300 (RM 1153 x 100 saham). Perlu diingatkan harga ini TIDAK termasuk yuran broker dimana harga yuran untuk broker tempatan lebih tinggi berbanding broker luar kerana anda perlu memikirkan tentang tukaran matawang dari ringgit ke USD yang agak tinggi.

Secara amnya yuran komisen asas untuk broker tempatan adalah tinggi sehingga lebih kurang 0.15 – 0.8% dan minimumnya ialah USD 20 – 50. Kedua ialah, dividen yang ada akan diambil 5 – 10 USD bergantung kepada broker. Contoh mudah di sini ialah anda dah membeli 100 USD saham, maka keuntungan yang anda boleh buat adalah USD 101.

Tapi jika anda menggunakan broker tempatan anda perlu menunggu sehingga $121 untuk mendapatkan keuntungan kerana $20 adalah daripada broker, kemudian dividen yang akan diambil oleh broker tempatan adalah 5-10 dolar, bayangkan modal prinsipal anda rendah, dividen juga rendah. Bunyi macam kurang menarik kan.

Kalau dengan CFD berbeza sikit, anda cuma bayar margin tertentu saja tak perlu nak bayar jumlah keseluruhan. Contoh kita ambil Mitrade, nisbah margin dia adalah 5% maknanya anda cuma perlu bayar RM115 300*0.5% = 85 USD sahaja untuk mulakan dagangan 1 lot saham Facebook. Menarik kan?

Banyak kelebihan jika anda memilih CFD sebagai medium dagangan anda sebab dengan modal rendah dah boleh mula berdagang dan ambil kesempatan dalam turun naik harga saham yang pelbagai. Tak perlu lagi nak keluarkan modal ribuan ringgit untuk menjana keuntungan.

Cara ini lebih mesra pelabur kecil dan pelabur sederhana yang mana boleh menggunakan sepenuhnya dana yang kecil untuk raih keuntungan. Jom tengok jadual dibawah ini di mana kami sudahpun sediakan perbandingan yang jelas.

Perbandingan CFD dengan Dagangan Saham Tradisional

Contract for Difference (CFD)Dagangan Saham Tradisional
Menggunakan leveraj untuk melabur dalam modal yang rendahJumlah modal adalah jumlah transaksi itu sendiri
Tanpa komisen dan kos transaksi anda adalah spreadAda komisen yang perlu dibayar, yuran kadar tukaran matawang juga perlu diambil kira.
Tiada stampAda stamp duty (0.5% untuk satu transaksi)
Menyokong perjalanan dagangan yang panjang dan pendek dan menguntungkan tanpa mengira turun naik.Keuntungan kalau harga saham naik
Alat dagangan yang meluas, saham, indeks, komoditi,matawang asing dan matawang kripto.Cuma boleh dagangkan sahama saja
Pelbagai pasaran dan berdagang sepanjang hariBoleh berdagang bila tukaran saham dibuka
Tiada hak pemegang sahamAda hak pemegang saham

Setelah dilihat jadual di atas, di sini lebih nampak bahawa CFD adalah satu cara yang lebih murah dan mudah dalam dagangan saham kerana modal yang digunakan tidak sebesar modal dagangan secara tradisional. 

Mesra pelabur baru dan pelabur kecil kerana tak perlu nak risikokan ribuan ringgit untuk perolehi keuntungan dan perlu ada kos lain yang perlu ditanggung macam komisen. Jika dulu anda perlu ribuan ringgit untuk membeli saham dan dagangkan sebab ada had yang ditetapkan, kini dengan CFD ianya lebih mudah. Anda boleh mula mendapatkan keuntungan walaupun modal anda rendah.

Dengan dunia digital kini, tak perlu lagi anda keluar dari rumah, pergi ke pejabat broker dan daftar di sana. Semuanya boleh dilakukan dengan hujung jari sahaja secara atas talian. Mudah dan cepat untuk mulakan pelaburan anda secara atas talian kerana broker atas talian sudahpun banyak dan dipercayai contohnya Mitrade. 

Kalau anda rasa masih ragu-ragu dengan kemahiran berdagang dan tidak mahu kehilangan wang anda, mulakan dengan akaun demo dahulu untuk melatih diri anda dengan dunia dagangan. Bila anda mendaftar dengan akaun demo anda akan diberi $50000 sebagai modal virtual yang disediakan oleh Mitrade dan anda boleh mula berlatih. Sehingga anda betul-betul mahir dengan selok belok platform dagangan, anda boleh mulakan dengan modal sebenar.

Bagaimana untuk membuat kajian saham Amerika?

Untuk melakukan kajian ke atas saham Amerika, analisa fundamental terhadap potensi dan perkembangan ekonomi syarikat hendaklah dilakukan dengan teliti. Ada beberapa perkara yang harus diteliti  berdasarkan analisa makro ke mikro (Top Down) atau mikro ke makro (Bottom Up). Jom lihat bagaimana cara nya:

  • Syarikat – Siapa pemegang saham utama dan kelayakan mereka
  • Prestasi – Prestasi jualan syarikat adakah semakin menurun, menaik ataupun mendatar, adakah aset syarikat bertambah atau sebaliknya
  • Industri – Kajian dilakukan keatas syarikat dengan membandingkan kepesatan industri dengan syarikat, contohnya adakah syarikat tersebut berkembang seiring dengan perkembangan Industri?
  • Ekonomi – Dapatkan maklumat ini daripada laporan tahunan syarikat, laporan ekonomi dunia untuk anda melihat rekod ekonomi dan kewangan mereka.

Bila pasaran saham Amerika dibuka dan ditutup?

Pasaran bursa saham Amerika akan dibuka di New York bermula dari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.00 petang (waktu Amerika) dan anggaran waktu Malaysia adalah pada jam 8 – 9 malam akan dibuka. Bagi pelabur di Malaysia akan mula berdagang di malam hari.

Kesimpulan

Dengan teknologi internet dan perkhidmatan jalur lebar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia menyebabkan aktiviti pelaburan tempatan dan asing menjadi sangat popular, namun ianya tetap mempunyai risiko untung dan rugi. Bagi pelaburan luar negara terutamanya saham di Amerika Syarikat, melihat kepada keadaan ekonomi dunia yang jatuh akibat pandemik, mungkin ini adalah masanya untuk anda memulakan dagangan saham luar negara anda.


Bagikan Artikel