Dagangan forex telah menjadi peluang kewangan baharu yang menarik untuk pemula yang ingin melabur. Sebagai salah satu pasaran kewangan terbesar hari ini, popularitinya semakin meningkat disebabkan oleh potensinya untuk mengaut keuntungan yang tinggi dan pulangan yang pantas. Jika anda ingin memulakan dagangan dalam forex dan mendaftar dalam akaun dagangan forex, bab ini menerangkan cara dan langkah anda boleh menyediakan dan mendaftar akaun dagangan forex anda secara umumnya.
Langkah 1:Install dan muat turun aplikasi akaun dagangan forex di Google Play Store & App Store. (Contoh : Mitrade – Trade Global Markets)
Langkah 2 : Buka Aplikasi Akaun Dagangan Forex (Cth: Mitrade)
Langkah 3 : Pilih kaedah pilihan mendaftar (sign-up) anda sama ada melalui Google, Facebook atau daftar menggunakan nombor telefon dan e-mel peribadi anda.
Langkah 4 : Jika anda memilih kaedah daftar menggunakan nombor telefon dan e-mel peribadi anda, sila masukkan kod yang telah diberi melalui nombor telefon dan e-mel anda bagi proses mendaftar masuk (log-in).
Langkah 5 : Masukkan Kata Laluan (Password) anda.
Langkah 6 : Selepas itu, anda diminta untuk mendaftar masuk (log-in) semula dalam aplikasi tersebut menggunakan nombor telefon / e-mel beserta kata laluan (password) yang telah anda sahkan.
Langkah 7 : Setelah mendaftar masuk (log-in) akaun anda, melalui aplikasi Mitrade ini, anda akan mendapat 50000 virtual funds bagi mencuba akaun demo trading dalam Mitrade.
Langkah 8 : Seterusnya, tekan icon ‘hub’ di bawah sebelah kanan aplikasi ini untuk langkah mendaftar akaun dagangan forex anda.
Langkah 9 : Tekan ‘Complete Now’ bagi proses mendaftar dan mengesahkan akaun dagangan forex anda.
Langkah 10 : Nyatakan maklumat kewarganegaraan anda.
Langkah 11 : Seterusnya, anda diminta untuk menyatakan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan tarikh lahir anda.
Langkah 12 : Tahniah! Akaun nyata dagangan forex anda telah dibuka. Seterusnya, tekan “Continue with ID Verification” bagi membolehkan anda membuat deposit ke akaun anda tanpa sebarang had.
Langkah 13 : Setelah anda menekan “Continue with ID Verification”, anda dikehendaki menjawab soalan pertama yang merangkumi “Employment & Investment Capital” .
Langkah 14 : Setelah anda selesai menjawab soalan pertama, tekan “next” bagi menjawab soalan kedua yang merangkumi “Knowledge Assessment”.
Langkah 15 : Seterusnya adalah pengisian maklumat berkaitan dengan cukai anda. Setelah selesai, tekan “next” untuk ke halaman yang seterusnya.
Langkah 16 : Seterusnya adalah bahagian pengesahan identiti anda. Pilih sama ada anda ingin memberikan Kad Pengenalan, Paspport atau Lesen Memandu sebagai dokumen sokongan bagi pengesahan identiti anda.
Langkah 17 : Setelah selesai memberikan pengesahan identiti anda, sila tunggu beberapa minit bagi sistem mengesahkan identiti anda. Sementara itu, sila tekan “Bind Email” bagi mengesahkan e-mel anda.
Langkah 18 : Letak e-mel anda di ruangan yang disediakan. Seterusnya, sila pergi dan lihat di e-mel anda, tekan “Confirm Email Address” bagi mengesahkan e-mel anda.
Langkah 19 : Tahniah kerana anda telah berjaya mengesahkan e-mel peribadi anda!
Langkah 20: Sila tunggu beberapa minit bagi pengesahan identiti anda. Anda akan menerima e-mel mengenai status pengesahan identiti anda sekiranya berjaya.
Langkah 21 : Setelah semua maklumat peribadi dan identiti peribadi anda teah disahkan, anda bebas untuk mula melabur dalam aplikasi akaun dagangan forex ini.