Pelaburan Emas VS Amanah Saham Di Malaysia

Di Malaysia, Amanah Saham dan Pelaburan Emas menjadi salah satu pilihan pelaburan paling popular di pasaran. Tapi apakah perbezaan kedua-dua kaedah pelaburan ini dan yang mana satu lebih berbaloi? Melalui pembacaan lanjut anda di artikel ini, anda akan dibimbing untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan kedua-dua jenis pelaburan ini. Cari kaedah yang sesuai dengan kehendak dan peribadi anda serta mulakan langkah pertama anda ke dunia baru iaitu dunia wang menghasilkan wang. Jom tengok.

Pelaburan Amanah Saham

Pelaburan Amanah Saham

Selalu dengar perkataan amanah saham kan? Antara ASB? ASNB? Sara 1 Malaysia? Unit Trust? Industri yang sedang pesat membangun di Malaysia iaitu amanah saham. Saya yakin kebanyakan dari rakyat Malaysia mempunyai salah satu daripada amanah saham yang ada di Malaysia namun tidak faham selok belok sebenar amanah saham itu sendiri dan hanya terikut-ikut dengan pengaruh sekeliling.

Kemudian hujung tahun menunggu pengumuman tentang dividen yang bakal diterima. Jangan risau anda bakal memahami dan mengetahui apakah sebenarnya amanah saham dan mengapa ianya menjadi satu industri yang popular kini.

Apa itu Amanah Saham

Amanah saham ataupun unit trust adalah tabung dana yang mengumpul kan semua wang individu atau berkumpulan seperti syarikat, di mana wang tersebut akan dilaburkan di pasaran saham untuk menghasil kan keuntungan yang akan diagihkan kepada pelabur-pelabur mengikut jumlah pelaburan mereka.

Setiap wang anda akan diuruskan oleh institusi yang sah dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dikenali sebagai pemegang amanah (trustee). Contohnya anda membuat simpanan di ASB (Amanah Saham Bumiputera) secara konsisten setiap bulan.

Wang simpanan itu akan dilaburkan semula oleh pihak ketiga (bank,institusi kewangan yang anda pilih) di pasaran saham. Setiap tahun simpanan anda akan bertambah apabila dividen tahunan diagihkan kepada setiap pelabur.

Jenis-jenis Amanah Saham

Secara umumnya terdapat 2 jenis dana amanah saham di Malaysia, satu ialah Dana Patuh Syariah dan kedua ialah Dana Konvensional. Beza keduanya adalah di mana wang tersebut dilaburkan dan siapa yang menguruskannya. Terdapat beberapa kategori amanah saham di Malaysia :

Amanah Saham Kerajaan

● Sangat popular di Malaysia antaranya ialah ASB (Amanah Saham Bumiputera), Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik dan Skim Amanah Rakyat (SARA 1 Malaysia) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

● Ada dua jenis unit iaitu unit tetap dan unit terapung bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

● Amanah saham ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan simpanan alternatif kepada rakyat Malaysia.

● Harga unit yang rendah.

Dana Ekuiti atau Saham

● Melabur sebahagian besar aset ke dalam pasaran saham.

● Sesuai untuk pelaburan besar kerana keuntungannya besar

● Ada 6 kategori iaitu Dana ekuiti umum, dana pertumbuhan, dana pendapatan, dana ekuiti modal kecil, dana pelaburan asing dan dana sektor atau tema.

Dana Sekuriti Pendapatan Tetap

● Memberikan pulangan kepada pelabur secara tetap,

● Biasanya pulangannya rendah

● Contohnya ialah bon atau bon Islam dan pasaran wang (money market).

Dana Seimbang

● Melabur dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, pasaran wang.

● Pulangan nya juga rendah

Dana Modal Terjamin

● Ada jaminan modal

● Pulangan rendah dan setara dengan risikonya

● Ada tempoh yang ditetapkan.

Kelebihan dan kekurangan amanah saham

KelebihanKekurangan
☑ Pengurusan Portfolio Profesional

Dana anda akan diuruskan oleh orang yang berpengalaman atau pun pakar dalam bidang pasaran saham kerana tidak semua orang mampu membuat kajian berkenaan portfolio pelaburan yang akan dilakukan.
☒ Risiko Pasaran

Pelaburan sendiri adalah risiko di mana ianya terdedah kepada pergerakan. Harga unit amanah adalah turun naik dan dividennya juga turun naik, adakalanya anda juga tidak dibayar dividen seandainya pelaburan menghadapi kerugian.

☑ Modal Permulaan Yang Rendah

Sesuai untuk pelabur runcit untuk melabur ke dalam sektor pasaran yang besar. Dengan modal yang rendah akan mengurang kan risiko kepelbagaian.

☒ Terdapat Caj Yang dikenakan

Setiap pelabur akan dikenakan caj dalam unit amanah contohnya jika anda melabur secara terus pun di Bursa Malaysia, anda akan di caj oleh remiser.

☑ Unit Amanah Mudah Cair

Mudah ditunaikan, anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menjual beli unit amanah. Tiada tempoh sekatan atau tempoh matang yang diperlukan.

☒ Tiada Kawalan Ke atas Pelaburan

Setiap keputusan pelaburan dilakukan oleh pihak pengurusan. Pelabur tidak boleh memilih saham apa dan bilakah perlu dijual. Mereka hanya perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak pengurusan sahaja dan memilih unit amanah saham yang sesuai.

☑ Kepelbagaian Sektor Pelaburan

Pelabur mempunyai peluang untuk menyertai pelaburan dalam pelbagai jenis sektor seperti telekomunikasi, barangan harian, teknologi dan lain-lain.

☒ Tidak Sesuai Jangka Masa Pendek

Unit amanah adalah pelaburan yang bercirikan jangka masa panjang bermakna keuntungan tidak boleh diperolehi segera. Selalunya dividen adalah berkala.

Pelaburan Emas

Pelaburan emas pula adalah sesuatu yang berlainan, ramai yang tertanya-tanya adakah berbaloi untuk melabur dalam emas? Untung ke? Nak beli emas fizikal jenis apa? barang emas untuk perhiasan atau jongkong emas yang banyak di pasaran sekarang?

Mungkin disebabkan waktu pandemik berlaku, harga emas terus mencatatkan kenaikan harga menyebabkan ramai yang berfikir untuk mula melabur dalam emas. Jom tengok apa kelebihan dan kekurangan nya dan kenapa ianya mula mendapat tempat dihati para pelabur.

Apa itu Pelaburan Emas

Apa itu Pelaburan Emas

Pelaburan emas didefinisikan sebagai beli emas secara fizikal atau produk kewangan berasaskan emas untuk dijual semula dan raih keuntungan. Emas menjadi salah satu bentuk pelaburan yang semakin mendapat tempat dihati para pelabur kerana harganya yang kebiasaannya lebih stabil berbanding matawang untuk jangka masa panjang.

Emas juga tidak boleh dimanupulasi seperti matawang. Selain itu sejak 2018 harga emas terus mencatatkan peningkatan saban tahun dan tahun ini 2020 harganya semakin naik selepas pandemik. Boleh tengok ramalan harga emas untuk analisa anda akan datang.

Jenis-jenis pelaburan emas

Membeli emas secara fizikal

Pelaburan jenis ini ialah anda membeli emas secara fizikal dalam beberapa bentuk antaranya jongkong (gold bar), syiling emas (ada dalam bentuk dinar) ataupun barang emas perhiasan (yang ini bukan pilihan agak baik kerana ada susut nilai dan kos upah).

Antara institusi yang menjual emas secara fizikal di Malaysia ialah

  • Maybank : Syiling Kijang Emas
  • UOB bank : syiling dan jongkong emas
  • Public Gold : syiling dan jongkong emas
  • Public Dinar : Dinar emas
  • Kedai Emas : Habib Jewel, Poh Kong dan lain-lain.

Pelaburan Emas Menggunakan Buku Simpanan Emas

Biasanya ditawarkan oleh institusi perbankan yang mana setiap transaksi pembelian emas akan mengikut harga semasa dan direkodkan didalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kedua-dua jenis pelaburan emas ini antaranya ialah Maybank Gold Investment, Cimb Bank akaun deposit emas, UOB Bank, Kuwait Finance House dan Al Rajhi Bank.

Jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas, ini adalah masanya. Sebelum itu baca dahulu artikel ini dan fahamkan.

Kelebihan dan kekurangan pelaburan emas

KelebihanKekurangan
☑ Mempunyai Nilai Yang Tinggi

Warnanya, sifatnya dan dianggap logam yang paling berharga oleh masyarakat. Lambang kekayaan dan bersifat kekal (tidak reput, karat). Penggunaan emas sejak berabad lama dan sumber yang terhad menjadikan ianya tidak mudah mengalami kejatuhan harga.
☒ Sumber Terhad

Umum mengetahui sumber emas di dunia adalah terhad dan oleh sebab itu harganya dijangka akan semakin meningkat. Penggalian emas secara berterusan menyebabkan jumlahnya akan berkurangan.

☑ Mengekalkan Kuasa Beli

Sejak 1400 tahun lagi emas telah dijadikan matawang dimana nilai 1 dinar emas bersamaan dengan harga seekor kambing pada waktu itu. Disebabkan itu juga emas digunakan sebagai medium jual beli.

☒ Risiko Kehilangan/Kecurian

Risiko yang harus dihadapi oleh setiap pelabur emas lebih-lebih lagi yang suka menyimpan emas di tempat yang berisiko seperti rumah sendiri, jadi ianya memerlukan tempat simpanan yang selamat.

☑ Mudah Cair

Emas mempunyai kecairan yang tinggi, dengan kata lain ianya mudah dijual atau ditukarkan kepada wang tunai segera. Contoh yang boleh dilihat ialah Ar-Rahnu yang menawarkan pinjaman berdasarkan kepada nilai semasa emas.

☒ Penipuan SCAM

Setiap pelaburan yang melibatkan emas harus dilakukan dengan teliti bukan membuta tuli atau mengikut trend kerana banyak syarikat yang tumbuh bak cendawan dengan menawarkan jenis-jenis pelaburan emas yang membuatkan anda terkesima.

☑ Diterima Diseluruh Dunia

Emas adalah logam berharga yang diterima di seluruh dunia, boleh dibeli dan dijual di mana sahaja walaupun berada di benua yang berbeza.

☒ Tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek.

Mengikut kepada analisa emas, emas dijangka akan mengalami kenaikan dari tahun ke tahun namun kita perlu mengambil kira tentang keperluan sendiri, ini kerana nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat supply dan demand.

Bagaimana Saya Memilih Antara Pelaburan Emas Dan Amanah Saham?

Pemilihan di antara pelaburan emas dan amanah saham adalah bergantung kepada situasi kewangan anda, kemampuan anda dan juga kehendak diri sendiri. Berikut adalah jadual analisal yang telah disediakan untuk anda membuat bandingan antara pelaburan emas ataupun amanah saham. ianya akan membantu meringankan kekusutan anda.

Pelaburan Emas VS Amanah Saham

Kaedah PelaburanPelaburan emasAmanah saham                    
Kos awalKos yang tinggi kerana harga emas mengikut grams.Kos lebih rendah dan mampu milik, ianya bergantung kepada   kemampuan anda.                        
Kitaran pelaburanSpread emas daripada 5% ke 40% bergantung pada jenis emas dan syarikat.Sekitar 6% bagi pembelian tunai untuk dana ekuiti.
Kepelbagaian pelaburanEmas fizikal atau produk kewangan berasaskan emas sahaja.Banyak Kepelbagaian seperti telekomunikasi, barangan harian, pertanian dan lain-lain.
Yuran dan cukaiDikecualikan cukai kecuali zakat emas bagi yang beragama Islam.Tiada cukai yang dikenakan kepada pelabur dalam modal yang kecil.
PulanganEmas tidak membayar sebarang dividen dan keuntungannya diperolehi jika harga emas yang dijual lebih tinggi dari harga beli.Ada pulangan dalam bentuk dividen. Bayaran secara berkala akan ditentukan.
KeselamatanTiada kawal selia yang benar-benar menyelia.Dikawal Selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
KecairanLebih mudah dicairkan pada dimana-mana sahaja.Mudah dicairkan pada syarikat itu sendiri bukan dimana-mana sahaja.
RisikoRisiko kehilangan, kecurian atau rompakanTiada risiko dan boleh dijual beli secara atas talian.
TransaksiPembelian dan penjualan emas
● Tiada caj dikenakan
● Tiada orang tengah
● Tidak memerlukan dokumen
Pembelian dan Penjualan amanah saham
● Melibatkan orang tengah
● Menanggung kos keluar masuk.
● Memerlukan dokumen.

Merujuk kepada jadual yang telah kami sediakan di atas, dapat dilihat bahawa pelaburan emas dan amanah saham mempunyai karakter tersendiri. Ianya lebih sukar untuk dipastikan yang mana terbaik. Apapun kaedah pelaburan adalah bergantung kepada keperluan dan kehendak anda tersendiri. Jika anda merasakan masih sukar memilih antara dua, teruskan bacaan anda kerana kami akan menyediakan anda dengan penyelesaian yang baru.

Kaedah Pelaburan Yang Mudah Dan Selamat – CFD Trading

Pelaburan emas mempunyai kelemahan yang tersendiri. Dengan kos pelaburan emas yang agak mahal dan tidak mudah untuk disimpan, selain itu pulangannya juga agak rendah. Pada masa yang sama ia memerlukan anda untuk mengkaji portfolio syarikat yang bertauliah dan dipercayai kerana banyak penipuan yang berlaku di Malaysia antaranya Emas Tok Belagak, Emas Geneva.

Tapi kami ada cadangan buat anda yang ingin membuat perubahan dalam pelaburan emas dengan kos yang lebih rendah dan pulangan yang tinggi, anda boleh mempertimbangkan CFD. CFD adalah cara yang lebih ideal untuk melabur dalam emas kerana ia membenarkan anda untuk meraih setiap trend harga. CFD menyediakan penyelesaian baru untuk pelabur jangka masa pendek dan menjadi pilihan para pelabur kini.

Apa Itu CFD (Contract For Difference)?

CFD atau Contract Of Difference atau Kontrak Untuk Perbezaan ialah perjanjian di antara dua pihak iaitu “pembeli” dan “penjual” dengan membayar perbezaan di antara harga pembukaan dan penutupan instrumen dagangan.

Strategi nya ialah menjual dengan harga tinggi dan membeli dengan harga yang rendah. Ianya adalah platform atas talian yang memudahkan anda untuk berdagang di pelbagai jenis pasaran tanpa perlu memiliki alatan secara fizikal.

Contohnya adalah harga saham bagi syarikat A adalah $100, anda membeli kontrak CFD untuk 1000 saham syarikat A,kemudian harganya meningkat kepada $105 bermakna jumlah perbezaan yang adalah $5000 dibayar kepada pembeli oleh penjual adalah sama.

Pros
  • Menggunakan leveraj CFD untuk melabur dalam modal yang kecil
  • Tiada duty stamp yang dikenakan
  • Menyokong jangka masa panjang dan pendek, keuntungannya pula tidak mengira turun atau naik, tetap untung.
  • Pelbagai jenis transaksi yang ada, saham, indeks, komoditi, matawang asing dan juga matawang kripto.
  • Pelbagai jenis pasaran, berdagang 24 jam.
Cons
  • Pasaran yang tidak stabil dan perlukan pantauan rapi.
  • Kehilangan prinsipal, seandainya pergerakan nya bergerak kearah yang tidak menguntungkan anda mungkin kehilangan keseluruhan prinsipal anda.
  • Risikonya lebih tinggi

Setelah anda mengetahui apakah CFD, risikonya, kelebihan dan kelemahannya, sekarang anda hanya perlu mempertimbangkan keperluan dan kehendak anda.

Di mana saya boleh membeli nya?

Anda boleh mendapatkan kontrak CFD di forex broker Malaysia yang sah, seperti etoro, IG, Mitrade dan lain lain. Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik.

Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:

Selamat dan boleh dipercayai

Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.

0 komisen dan spread kompetitif

Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.

Perlindungan baki negatif

Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.

5. Kesimpulan

Di sini apa yang dapat disimpulkan adalah, mulakan pelaburan anda mengikut kepada kemampuan yang ada, bajet anda dan apa yang sesuai dengan kehendak anda. Setelah meneliti artikel ini adakah anda sedang berkira-kira untuk memulakan pelaburan. Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa nampak peluang dan terus ambil peluang tersebut. Tolak tepi keadaan ekonomi dan buang sikap sentiasa memberi alasan “tunggu ekonomi pulih”, atau “tunggu ada duit lebih”. Mentaliti itu yang akan menyekat anda untuk berubah.

Jika anda berminat untuk memulakan dagangan anda dengan risiko yang kecil dan modal yang kecil tapi pulangan yang besar jom mulakan dengan Mitrade dan anda telah pun selangkah kealam bebas kewangan.


Bagikan Artikel