5 Kedai Emas Malaysia Terbaik Untuk Beli Emas Online 2023

Dunia digital sekarang, menjadikan beli emas online (atas talian) sangat popular, begitu juga dengan jual beli emas, jika dulu pengguna lebih selesa membeli emas di kedai-kedai fizikal atau bank. Namun kini dah berubah, jual beli emas secara online semakin meluas dikalangan pengguna.

Tetapi pembelian secara online mempunyai risiko yang besar, anda perlu membeli emas online ini di kedai-kedai atau pengedar yang dipercayai sahaja. Nak tahu dimana anda boleh membeli emas secara online yang boleh dipercayai di Malaysia? Jom kami senaraikan 5 tempat yang paling popular untuk membeli emas online.

  1. Public Gold Malaysia
  2. Kedai Emas Merchant 9
  3. Kedai Emas De Aurora
  4. Habib Jewels
  5. Poh Kong

5 Kedai emas online yang boleh dipercayai di Malaysia

1. Public Gold Malaysia

Semua orang pernah dengar atau pernah tengok berkenaan Public Gold Malaysia kan? Public Gold adalah satu syarikat pelaburan emas yang terbesar di Malaysia. Walaupun ia tidak membuka bilik pameran seperti kedai-kedai perhiasan  emas yang lain, namun ia sangat terkenal di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan mempunyai 18 buah cawangan serta Muzium Emas PG Gold. Beza Public Gold dengan kedai emas yang lain ialah ia hanya menjual emas berbentuk jongkong (bar) dan syiling emas dinar sahaja. Pelanggan boleh membeli emas fizikal dan memiliki emas fizikal yang dibeli. 

Selain itu ia juga menyediakan koperasi dagangan emas Ar Rahnu, tempat simpanan emas Public Safe dan dikecualikan daripada cukai GST di Malaysia.

Kelebihan Public Gold Malaysia ialah:

  1. Bebas Cukai GST – Produk emas dan perak yang dijual di PGM adalah bebas cukai GST yang dikenakan pada logam berharga itu sendiri, namun GST untuk upah pembuatan tetap dikenakan.
  2. Kualiti – PGM adalah syarikat yang mengeluarkan jongkong emas dan perak yang berkualiti dan disahkan ketulenannya yang jitu.
  3. Simpanan Keselamatan – Menyediakan perkhidmatan simpanan yang selamat untuk pelanggan mereka.
  4. Urusniaga Mudah – Mempunyai 18 cawangan termasuk Singapura menjadikan urusniaga, urusan pengambilan dan penjualan mudah.
  5. 1 Stop Trading Centre – Merupanya 1 stop trading centre di Malaysia
  6. Perkhidmatan AGSS – AGSS (Allocated Gold Storage Service) adalah perkhidmatan yang menyediakan pelanggannya untuk membeli produk mereka walaupun di luar negara
  7. Ar Rahnu – Banyak penyedia Ar Rahnu menerima produk PGM

Kelemahan Public Gold Malaysia pula ialah:

  1. Pulangan Jangka Masa Pendek Kecil – Ramai sedia maklum untuk pelaburan emas memerlukan jangka masa panjang supaya pulangannya berbaloi kerana harga emas yang turun naik dan biasanya akan naik pada jangka masa yang lebih panjang
  2. Kos penyimpanan – Untuk emas jongkong fizikal memerlukan tempat penyimpanan yang selamat dan Public Gold juga menyediakan perkhidmatan tersebut namun ada caj yang dikenakan.
  3. Risiko – Risiko kehilangan dan kecurian untuk emas jenis fizikal adalah tinggi seandainya ia tidak di simpan di tempat yang selamat. 

Kaedah Pembayaran Di Public Gold Malaysia : 

  • Pembayaran Online (Atas Talian) FPX
  • Pembayaran secara bank
  • Pembayaran lain adalah

Polisi Pemulangan

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, untuk sebarang pembelian produk di PGM, tiada polisi pemulangan yang dinyatakan namun setiap transaksi tidak boleh di batalkan dan seandainya ia dibatalkan, terdapat caj yang akan dikenakan berdasarkan defisit yang ditawarkan oleh PGM dengan harga pasaran.

2. Kedai Emas Merchant 9 

Kedai Emas Merchant9 adalah antara kedai barangan perhiasaan emas yang popular di Malaysia dan mempuyai rekabentuk barang kemas yang moden dan terkini. Terletak di LRT Damai Keramat dan Taman Tun Dr Ismail Damansara. Beroperasi setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Kedai Emas Merchant 9 ini menawarkan pembelian secara online dengan melalui Whatsapp kepada nombor cawangan, pilih barangan yang dikehendaki, mereka akan memberi harga dan pembayaran secara online. Satu lagi cara pantas ialah pembeliah melalui laman sesawang mereka. 

Cara Pembelian Melalui Laman Sesawang:

  • Daftar masuk kedalam laman sesawang mereka
  • Masukkan butiran anda dan tekan daftar
  • Setelah siap, log masuk menggunakan ID emel dan kata laluan yang ditetapkan
  • Pilih barang kemas yang anda inginkan
  • Selesai pilihan, tekan butang “check out” dan pembayaran secara atas talian
  • Setelah selesai pembayaran, pihak Merchant 9 akan menghantar emel pengesahan dan nombor penjejak (tracking)

Kedai Emas Merchant 9 antara kedai emas yang dipercayai untuk jual beli atas talian kerana hanya mempunyai 2 cawangan sahaja di Kuala Lumpur.

3. Kedai Emas De Aurora

Kedai emas De Aurora dimiliki oleh syarikat De Aurora Trading Sdn Bhd dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015. Merupakan salah satu syarikat bumiputera yang maju dalan industri emas Malaysia. Kedai Emas De Aurora sangat terkenal di sebelah selatan Malaysia iaitu di Johor dimana cawangan nya berada di Johor Bahru, Batu Pahat dan juga Pasir Gudang.

Namun disebabkan oleh rekabentuk dan harga yang ditawarkan menarik, makan Kedai Emas De Aurora menjadi popular dan mula jual beli dilakukan secara atas talian juga menjadi popular. Di Johor Bahru, kedai Emas De Aurora ini menawarkan perkhidmatan “Trade-In” tertinggi di JB bagi menggalakkan orang ramai menukar emas lama kepada emas baru.

Pembelian secara atas talian ditawarkan di laman sesawang mereka dimana ianya lebih mudah:

  • Masuk kelaman sesawang De Aurora
  • Pilih barang kemas pilihan anda
  • Masukkan ke dalam troli
  • Setelah selesai anda hanya mempunyai 10 minit untuk melengkapkan pembelian
  • Masukkan nama, alamat,emel dan no telefon serta kad ahli jika ada.
  • Pilih sama ada ingin mengambil di kedai atau secara pos.
  • Teruskan ke pembayaran online dengan memilih bank yang anda ingini.

4. Habib Jewel

Habib Jewel adalah antara jenama tertua di Malaysia bagi kedai emas perhiasan dan sangat popular dipelbagai lapisan masyarakat. Telah bertapak lebih dari 60 tahun di Malaysia dan dikenali di seluruh dunia sebagai “World Class Jewellery”.

Bermula pada tahun 1958 dan mempunyai 28 bilik pameran Habib di seluruh Malaysia. Habib adalah satu-satunya yang membawa jenama eklusif Hearts On Fire Diamond daripada Amerika Syarikat, Pandora daripada Denmark dan menjadi pengedar  Malaysia untuk jenama jam mewah Ice-Watch daripada Belgium.

Selain itu Habib juga menjadi “Parent Company” bagi jenama lain seperti: 

  • Less Georgettes by Altesse (Perancis)
  • Tous (Sepanyol)
  • Chantique

Juga terkenal dengan : 

  • Rekabentuk Oro Italia
  • STM – Sin Ter May
  • Gold Wafer
  • Gold Bar

Proses jualbeli emas di Habib adalah melalui laman sesawang mereka, kedai rasmi di Shopee, Lazada dan Zalora sebagai alternatif pembelian secara atas talian.

5. Poh Kong 

Kedai Emas Poh Kong Holding Sdn Bhd ditubuhkan pada 1976 bermula di Petaling Jaya. Mempunyai 100 outlet seluruh Malaysia dan menjadi Kedai Peruncitan Barang Emas terbesar di Malaysia pada tahun 2011.

Terkenal dengan rekabentuk yang menawan dan cantik seperti : 

  • Tranz
  • Anggun 
  • Happy Love
  • The Art of Auspicious Jewelry

Seperti Habih juga, Poh Kong adalah pengedar tunggal kepada beberapa jenama terkenal barangan emas seperti : 

  • Schoeffel (Jerman)
  • Luca Carati (Italy)
  • Moraglione 

Pembelian atas talian bagi produk emas di Poh Kong adalah seperti berikut iaitu : 

  • Laman sesawang rasmi
  • Shopee
  • Lazada
  • Zalora
  • Superbuy
  • Vettons

Perlukah Anda Jual/Beli Emas Atas Talian?

Proses jual/beli emas online ini adalah kaedah yang bagus dalam dunia digital yang memberi manfaat kepada pengguna serta perniagaan itu tersendiri. Ia boleh mengembangkan perniagaan tanpa had. Walaubagaimanapun, ia tetap mempunyai risiko tersendiri. Jom kami senaraikan Kebaikan dan Keburukannya secara spesifik.

  • Kalis Inflasi
  • Kecairan Tinggi – boleh ditukar kepada wang tunai segera
  • Aset Selamat 
  • Harga yang terus menaik
  • Bernilai di seluruh dunia
  • Tiada dividen
  • Tidak sesuai untuk jangka masa pendek
  • Susut Nilai
  • Risiko kehilangan/kecurian
  • Kos penyimpanan tinggi

Baca Juga: Panduan Pelaburan Emas Untuk Pemula Malaysia

Cara Alternatif Pelaburan Emas – Dagangan CFD

Bagi yang menjadikan emas sebagai aset pelaburan, selain daripada melabur dalam emas fizikal, antara alternatif lain yang dapat menjana keuntungan daripada turun naik harga emas ialah CFD (Contracts for Difference). Dengan cara berdagang emas menggunakan kaedah CFD, keuntungan yang diperolehi adalah berdasarkan perbezaan turun naik harga emas tersebut. Ia sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek dan panjang. Namun ia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan seperti:

  • Tidak perlu jumlah dana yang besar untuk melabur 
  • Kos perlaksanaan adalah sangat rendah
  • Keuntungan diperolehi pada perbezaan turun naik harga pasaran emas
  • Menggunakan leveraj kewangan dalam setiap dagangan
  • Bentuk operasi yang fleksibel dan boleh menjana keuntungan pada siang hari
  • Tidak memiliki emas fizikal
  • Perlu memberi perhatian dalam memantau harga pasaran emas
  • Risiko kerugian disebabkan oleh turun naik pasaran
  • Pilihan broker yang tepat untuk elakkan penipuan

Baca Juga: Trading Emas Di Malaysia: Panduan Lengap 2022

Tips Sebelum Membeli Emas Secara Online

Ok setelah anda mengetahui tentang kedai emas online yang terbaik dan dipercayai di Malaysia, cara pembelian serta alternatif kepada pelaburan emas yang lebih menguntungkan, kini kami nak berkongsi sedikit tips untuk anda sebelum membeli emas secara online. 

  • Pastikan Kedai Emas yang dipilih mempunyai ulasan daripada pengguna sebelumnya tentang mutu, ketulenan dan risiko penghantaran emas.
  • Pastikan anda tahu harga semasa emas sebelum membeli untuk mengelakkan ditipu
  • Pastikan tahu berat sebenar emas yang hendak dibeli
  • Elakkan pindahan wang kedalam akaun personal penjual, lebih baik secara langsung keakaun rasmi kedai emas tersebut.
  • Pilih pos berinsuran adalah lebih selamat
  • Boleh beli di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain kerana polisi bayaran tidak terus ke penjual selagi barangan belum sampai ke tangan pembeli
  • Jika anda ingin melabur emas dengan lebih cepat, boleh pilih dagangan online emas daripada broker yang dipercayai.

Selamat membeli emas dengan lebih selamat, mudah dan cepat.

Baca Juga: Ramalan Harga Emas 2022: Telatkah Beli Emas Sekarang?

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan