Apa Itu Forex? Panduan Lengkap Belajar Main Forex Dalam Talian Bagi Pemula 2021

Apa itu Forex? Beberapa tahun sebelum ini dagangan Forex telah menjadi spekulasi panas, dan semakin banyak yang belajar main forex dan memasuki bidang dagangan Forex, dan banyak pemula yang telah di uji dalam perjalanan Forex mereka. 

Apakah anda juga ingin merokai dalam pasaran forex tapi tidak tahu cara  kerjanya, menerusi panduan ini anda akan mengenali asas-asas Forex, bagaimana untuk main Forex dan apakah kelebihan dagangan Forex ini.

Apa itu Forex? Bagaimana Cara Kerja Pasaran Forex?

Tukaran wang asing, juga dikenali sebagai Forex, adalah pertukaran mata wang satu negara ke mata wang lain dan merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia. Sebagi contoh, mata wang Ringgit Malaysia ditukar kepada mata wang Dolar Amerika Syarikat. Biasanya proses ini berlaku atas urusan kewangan, perdagangan dan pelancongan. 

Kerana jangkauan perdagangan di seluruh dunia, pasaran Forex telah menjadi pasaran aset terbesar dan paling cair di dunia. Nilai mata wang sesebuah negara akan ditentukan oleh beberapa faktor seperti kekuatan pasaran yang berkaitan dengan perdagangan, pelaburan, pelancongan, dan geo-politik. Tukaran mata wang asing dikendalikan secara global antara bank dan semua urus niaga berada di bawah naungan Bank for International Settlements (BIS).

Apa Itu Dagangan Forex?

Two metal dices with words Buy and Sell on one-dollar bill isolated on white background

Dagangan Forex ialah dagangan kewangan yang berdasarkan kadar pertukaran wang setiap negara. Ia menggunakan kadar faedah spread yang dihasilkan oleh perubahan kadar pertukaran mata wang antara negara bagi memperoleh keuntungan. Jika ramalan anda tepat mengenai pergerakan pasaran masa hadapan, membeli dan menjualnya selepas peningkatan atau penurunan, anda mungkin mempunyai peluang untuk mengaut keuntungan.

Pertama sekali yang anda harus lakukan sebelum berdagang adalah mempertimbangkan sama ada mata wang yang anda ingin memperdagangkan akan naik ataupun turun, ia adalah asas kepada strategi dagangan.

Sebagai contoh, sebut harga semasa bagi EUR/USD ialah 1.3038/1.3040. Sebagai pembeli, anda meramalkan mata wang Euro akan meningkat di masa hadapan, jadi anda membeli EUR/USD pada harga 1.3040. Kemudian, disebabkan peningkatan ekonomi negara Eropah atau kejatuhan ekonomi negara Amerika, mata wang EUR/USD memperlihatkan peningkatan seperti yang anda ramalkan. 

Mata wang EUR/USD meningkat kepada 1.3072/1.3074 dan anda menutup dagangan anda pada kadar 1.3072. Ini akan menghasilkan 32 titik perpuluhan (spread). 1.3072 (harga ketika anda menutup dagangan) – 1.3040 (harga ketika anda membeli) = 32 spread atau $32 keuntungan, jika satu titik bersamaan dengan $1.

Sama seperti contoh tadi, sebut harga semasa EUR/USD adalah 1.3038/1.3040. Sebagai penjual, anda percaya bahawa mata wang EURO akan jatuh di masa hadapan dan anda bercadang untuk menjualnya, jadi anda memperdagangkanya pada kadar 1.3038. 

Kemudian, sebut harga semasa EUR/USD adalah pada kadar 1.3072/1.3074 dan anda bercadang untuk menutup dagangan pada kadar 1.3074, di mana dagangan anda rugi 36 titik perpuluhan (spread). 1.3074 – 1.3038 = 36, jika satu titik bersamaan dengan $1 ini bermaksud anda rugi $36.

Seperti yang anda lihat contoh di atas, dagangan Forex boleh dilaksanakan sama ada secara penurunan atau peningkatan. Dalam dagangan Forex, ramalan anda adalah yang paling utama dan memahami kadar pertukaran mata wang. 

Bagi tren yang meningkat ia adalah idea Going Long manakala bagi tren menurun pula ialah Going Short, menerusi idea ini anda boleh membuat ramalan jika berlaku perubahan ketika tengah berdagang dan membuat keuntungan, dan anda juga mendapat bonus dari broker untuk mula bermain forex tanpa modal dan menjana keuntungan.

*Forex terdiri daripada mata wang asas (terletak di sebelah kiri) dan mata wang sebut harga (sebelah kanan). Mata wang asas adalah mata wang yang anda ingin beli menggunakan mata wang sebut harga, dan kadar yang anda lihat ialah jumlah mata wang sebut harga yang diperlukan untuk membeli satu unit mata wang asas.

Contohnya, EUR / USD 1.19418 bermaksud 1 euro bersamaan dengan 1.19418 Dolar AS. Anda boleh memantau sebut harga semasa untuk pasangan mata wang utama di Mitrade.

16004253157434

Salah satu cara yang terbaik untuk belajar Forex ialah dengan melihat kadar penurunan dan kenaikan harga mata wang semasa dan membuka akaun demo bagi merasakan nikmat dagangan sebenar tanpa meletakkan dana anda dalam risiko. 

Anda bisa buka akaun demo dengan broker forex yang dipercayai seperti Mitrade, dengan akaun demo anda boleh berlatih berdagang dan meningkatkan kemahiran dagangan dan strategi dagangan anda.

Kelebihan Perdagangan Forex Dalam Talian

 Perdagangan dua hala

Dagangan forex memberikan peluang untuk menjana keuntungan yang lebih banyak dengan membeli saham, anda hanya akan memperolehi keuntungan dengan menunggu sehingga harga saham itu meningkat, manakala dengan Forex anda melakukan dagangan secara dua hala, ini bermaksud anda boleh memperdangkan mata wang asing sama ada ia dalam tren penurunan atau tren peningkatan, anda masih boleh memperoleh keuntungan.

● Ambang rendah

Perdagangan dalam talian sangat berpatutan, kerana semakin banyak broker yang menawarkan perdagangan dalam talian, kos urus niaga juga telah menurun jauh, sehingga meningkatkan peluang pedagang untuk mendapat keuntungan yang lebih besar apabila perdagangan yang dibuat berjaya.

● Transaksi yang mudah

Perdagangan dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam, ini membolehkan pedagang memilih waktu untuk berdagang. Selain dari itu, perdagangan boleh dilakukan melalui telefon bimbit atau komputer riba, di mana ini akan memberikan mereka kebebasan untuk berdagang dan juga fleksibiliti dalam perdagangan.

● Dagangan Bila-Bila Masa

Broker dalam talian menawarkan harga semasa dan antara teknologi yang paling maju, pedagang juga dapat memantau transaksi mereka pada bila-bila masa dan bagi mendapatkan harga semasa.

● Transaksi yang cepat

Perdagangan dalam talian sangat pantas. Sebaik sahaja akaun dibuat dengan broker dalam talian, perdagangan boleh dilakukan segera.Terdapat banyak platform perdagangan dalam talian di luar sana, berdagang melalui Mitrade akan memberikan anda kesemua ciri-ciri di atas. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh membuka akaun demo dengan Mitrade secara percuma.

Peserta Utama Dalam Pasaran Pertukaran Asing

Business man making trading from his office. Close up on the smart phone with trading chart

Peserta dalam pasaran pertukaran asing boleh dikategorikan kepada lima kumpulan utama, iaitu:

Bank Pelaburan dan Bank Komersial

Adalah salah satu peserta utama dalam pasaran tukaran wang asing dan merupakan teras kepada pasaran ini. Hampir kesemua bank di seluruh dunia secara aktifnya menyertai proses pertukaran wang asing ini. Bank-bank ini menguruskan pelaburan pelanggan mereka dalam melakukan perdagangan asing atau membuat pelaburan antarabangsa dalam aset kewangan yang memerlukan pertukaran asing.

Broker Tukaran Wang Asing

Mereka juga beroperasi di pasaran mata wang antarabangsa. Mereka bertindak sebagai ejen yang memudahkan perdagangan pelabur. Tidak seperti bank, broker berfungsi hanya sebagai penasihat dan tidak melabur dengan wang mereka sendiri.

Bank Pusat atau Bank Negara

Pemain penting dalam pasaran asing adalah Bank Pusat atau Bank Negara. Bank Pusat akan campur tangan di pasaran bagi mengekalkan nilai tukaran mata wang mereka dalam kadar yang di inginkan dan untuk melancarkan turun naik dalam kadar tersebut. Tahap campur tangan Bank Pusat akan bergantung pada kadar pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Pusat negara tertentu.

Syarikat Multinasional

Adalah peserta utama yang tidak berkaitan dengan bank dalam pasaran hadapan mereka di mana mereka menukar aliran tunai yang berkaitan dengan operasi multinasional mereka.

Individu dan Peniaga kecil

Mereka juga menggunakan pasaran pertukaran asing bagi memudahkan pelaksanaan transaksi komersial atau pelaburan. Mereka hanya merangkumi sebahagian kecil daripada kesemua urus niaga pertukaran asing, walaupun begitu, mereka adalah peserta penting dalam pasaran Forex.

Pasaran Forex Utama Di Dunia Dan Waktu Perdagangan Forex

Sifat pasaran pertukaran asing global menentukan perdagangan pasaran pertukaran asing yang tidak terganggu dari malam Ahad hingga malam Jumaat, kerana terdapat waktu dalam pasaran iaitu waktu perdagangan. Perdagangan secara berterusan dan sensitif dalam pasaran mata wang asing menjadikan perdagangan yang lebih menarik.

(Waktu perdagangan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, waktu mengikut DST/EST.)

NegaraWaktu PembukaanWaktu Tutup
London3:00 pagi12:00 tengahari
New York8:00 pagi5:00 petang
Sydney5:00 petang2:00 pagi
Tokyo7:00 petang4:00 pagi

4 Faktor Yang Utama Mengpengaruhi Naik Turun Pasaran Forex

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan nilai sesebuah mata wang di pasaran pertukaran asing adalah seperti berikut:

 Kadar Inflasi

Perubahan inflasi pasaran menyebabkan perubahan pada kadar pertukaran mata wang. Negara dengan kadar inflasi yang lebih rendah daripada negara lain akan melihat kenaikan nilai mata wangnya.

 Kadar Faedah

Perubahan kadar faedah mempengaruhi nilai mata wang dan kadar pertukaran Dolar A.S. Kadar Forex, kadar faedah, dan inflasi semuanya berkorelasi. Kenaikan kadar faedah menyebabkan mata wang negara meningkat kerana kadar faedah yang lebih tinggi memberikan kadar yang lebih tinggi kepada pemberi pinjaman, sehingga menarik lebih banyak modal asing, yang menyebabkan kenaikan kadar pertukaran.

 Akaun Semasa Negara atau Baki Pembayaran

Akaun semasa sesebuah negara menggambarkan keseimbangan perdagangan dan pendapatan pelaburan asing. Ini terdiri daripada jumlah urus niaga termasuk eksport, import, hutang, dan lain-lain.

 Kestabilan Politik dan Prestasi

Prestasi politik dan ekonomi negara akan mempengaruhi kekuatan nilai mata wangnya. Negara yang kurang berisiko mengalami kekacauan politik akan menarik lebih banyak pelabur asing, oleh sebab itu ia akan menghasilkan kestabilan ekonomi yang lebih kukuh. Peningkatan modal asing akan mendorong peningkatan nilai mata wang domestiknya.

Istilah Yang Anda Akan Temui Dalam Dagangan Forex

Dalam perdagangan Forex, anda akan menemui pelbagai istilah yang mempunyai kepentingan di pasaran. Memahami istilah-istilah ini akan memberi kesan positif kepada perjalanan perdagangan Forex anda dan membantu anda untuk menjadi pelabur yang lebih baik.

Berikut adalah ringkasan asas dari beberapa istilah yang kemungkinan besar anda akan hadapi:

IstilahDefinisi
Leverage“Leverage” adalah wang tambahan yang anda boleh pinjam dari broker berdasarkan baki akaun anda untuk melaksanakan dagangan.
Margin“Margin” dalam perdagangan Forex juga berkaitan dengan leverage. Margin adalah berapa banyak dana anda yang mesti ada dalam akaun anda untuk membuka perdagangan, atau untuk memastikan perdagangan itu tidak ditutup oleh panggilan margin.
LOT“Lot” adalah kuantiti instrumen yang anda ingin perdagangkan.
Going Long“Going Long” bermaksud membeli dengan harapan untuk melihat peningkatan nilai kepada instrumen yang dibeli.
Going Short“Going Short” pula bermaksud anda mengharapkan nilainya jatuh agar anda memperoleh keuntungan.
Bid/Ask“ Bid” adalah harga tertinggi di mana si pembeli ingin membelinya. Manakala, “Ask” pula adalah harga terendah di mana si penjual setuju untuk menjualnya.
Spread “Spread” pula adalah perbezaan harga bagi kedua-dua harga tersebut.
Pips“Pips” bermaksud peratusan dalam titik perpuluhan, dan ini adalah perubahan harga terkecil yang dapat dilihat dalam kadar pertukaran.
SWAP“SWAP” merujuk kepada faedah yang anda perolehi atau bayaran untuk perdagangan yang anda buka semalaman.
Bullish&Bearish“Bullish” bermaksud tren peningkatan nilai dalam pasaran.“Bearish” adalah tren penurunan nilai dalam pasaran.
Maket Order“Market Order” adalah bahawa anda ingin memasuki pasaran dengan posisi beli atau jual dengan harga semasa.
Pending order“Pending Order” adalah pesanan membeli atau menjual mata wang secara automatik apabila pasaran mencapai harga tertentu di masa depan.
Limit Order “Limit Order” adalah jenis pesanan untuk membeli atau menjual sekuriti pada harga yang telah ditentukan.
Buy Limit Order “Buy Limit Order” adalah pesanan untuk membeli aset pada atau di bawah harga yang ditentukan.
Sell Limit Order “Sell Limit Order” adalah pesanan yang hanya akan dilaksanakan pada atas harga semasa atau yang lebih tinggi.
Take Profit“Take Profit” adalah pesanan di mana transaksi akan ditutup apabila tahap keuntungan yang ditetapkan telah dicapai.
Stop Order “Stop Order” adalah pesanan untuk menjual atau membeli sekuriti apabila harganya bergerak melepasi titik tertentu bagi mengehadkan kerugian pelabur.  
Buy Stop Order “Buy Stop Order” akan di aktifkan pada harga yang ditetapkan jika melebihi harga pasaran semasa.
Sell Stop Order “Sell Stop Order” adalah pesanan berhenti yang digunakan semasa menjual.
Traling Stop“Trailing Stop” adalah pengubahsuaian Stop Order (pesanan henti) yang boleh ditetapkan pada peratusan yang ditentukan bagi melindungi keuntungan yang anda perolehi. 

4 Risiko Dalam Dagangan Forex

Pasaran pertukaran wang asing mampu membawa keuntungan yang besar kepada pelabur tetapi dalam masa yang sama ia juga mempunyai risiko-risko yang tersendiri. Apabila anda ingin memulakan spekulasi mengenai pertukaran wang asing anda mungkin akan menghadapi risiko-risiko tersebut:

Risiko Margin

Margin adalah wang pinjaman daripada broker bagi melaksanakan sesuatu dagangan, ia mungkin berguna dan senang tetapi ia adalah sesuatu yang berisiko. Margin datangnya dengan kadar faedah dan pengurangan fleksibility keuntungan masa hadapan. Risiko yang paling besar adalah apabila terjadi panggilan margin kepada dagangan anda.

Risiko Mata Wang Asing

Risiko mata wang adalah kemungkinan untuk anda kehilangan dana yang disebabkan pergerakan yang bertentangan arah dengan dagangan anda. Disebabkan pergerakan yang laju pada pasaran mata wang ini akan memberi kemungkinan yang tidak pasti kepada perdagangan anda.

Risiko Broker

Transaksi pertukaran mata wang asing biasanya dikendalikan melalui platform broker pertukaran asing. Sekiranya broker pertukaran asing tidak berdaftar dan dipantau tidak ada jaminan bagi keselamatan dana anda. Beberapa broker pertukaran asing yang besar dikawal selia oleh agensi pengawal selia kewangan negara, dan beberapa broker pertukaran asing yang lebih kecil memilih agensi pengawalseliaan luar negara. Seperti broker Mitrade ia adalah dikawal selia oleh Australian Financial Services Licence (AFSL) dan antara broker kewangan yang terkemuka di dunia.

Risiko Penipuan

Pada awal perdagangan margin pertukaran asing, kes penipuan telah berleluasa dalam industri pertukaran wang asing ini. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah merekodkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa penipuan broker kewangan di Malaysia, dan penipuan ini membabitkan kerugian kira-kira RM 3.8 bilion. Oleh itu sebelum anda memilih broker dagangan sila pastikan broker itu sah dan berdaftar.

Adakah Forex Haram Di Malaysia?

 Menurut Bank Negara Malaysia pelaburan Forex adalah haram jika anda membuat pelaburan kepada institusi-institusi yang tidak berdaftar. Ini kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku berkait rapat dengan pelaburan Forex. 

Bagi menghindari masyarakat daripada kes-kes penipuan Forex ini Bank Negara Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memperketatkan undang-undang dagangan Forex di Malaysia. Jika anda hendak membuat pelaburan Forex ini, anda kena pastikan yang platform kamu pilih adalah berdaftar dan sah bagi mengelak penipuan.

*  Terdapat beberapa platform broker yang berdaftar dan mempunyai lesen yang beroperasi di Malaysia, sebagai contoh Mitrade, Mitrade Global Pty Ltd telah diberikan lesen perkhidmatan oleh Australian Financial Services Licence (AFSL: 398528) pada tahun 2011. Memilih broker-broker yang berdaftar mampu menghindari anda daripada menjadi mangsa penipuan.

16004265622027

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:

>> Selamat dan boleh dipercayai

Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.

>> 0 komisen dan spread kompetitif

Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.

>> Perlindungan baki negatif

Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.

>> Akaun Demo

Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan pertukaran mata wang asing sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000 .

>> Deposit minimum serendah $50 

Sama ada anda seorang pemula atau pedagang profesional, deposit minimum $ 50 menyediakan cara mudah bagi pendatang baru ke pasaran untuk menguji dunia perdagangan pertukaran mata wang asing dan CFD dalam talian. Ia juga merupakan cara baik untuk pelabur profesional untuk menguji platform sama ada senang digunakan dan cepat deposit dan pengeluaran.

Adakah Forex Menguntungkan?

Iya, tertentu! Pedagang yang berjaya mampu mengaut keuntungan dalam pasaran ini, tetapi seperti perniagaan lain, kejayaan bukan datang dalam sehari dua. Jika anda ingin menjana keuntungan dalam pasaran kewangan anda kena mencari platform yang berkelayakan, pemahaman tentang pasaran mata wang juga adalah penting untuk berjaya dalam pasaran ini. Selain dari itu, anda juga perlu mempertingkatkan kemahiran perdagangan anda walaupun ia akan mengambil masa.

Kesimpulan

Sekarang anda telah mengetahui apa itu forex dan memang anda ingin memcubanya, pelaburan forex mungkin akan menjadi tangga kepada kejayaan anda, tetapi bagi mencapai kejayaan itu anda kena belajar dengan lebih mendalam tentang pelaburan Forex. Ia mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan tetapi dalam masa yang sama ia juga mampu untuk menghabiskan kesemua dana anda. 

Sebelum anda memasuki pelaburan Forex ini, anda kena bersedia menghadapi segala risiko yang ada dengan pelaburan ini.  Pemilihan broker juga kena tepat agar tidak terlibat dengan kes-kes penipuan pelaburan Forex. Selain dari itu, membiasakan diri dengan platform dagangan adalah langkah yang terbaik agar tidak terlepas peluang ketika berdagang.

Daftar akaun demo dengan Mitrade sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan Forex.


Bagikan Artikel
Don`t copy text!