Apa itu Lot Dalam Forex?

Pasangan mata wang didagangkan dalam “lot”, yang mewakili jumlah pasangan mata wang yang anda beli atau jual. Ia mungkin kelihatan hampir serupa dengan nilai jumlah saham atau ‘share’, namun ianya sedikit berbeza.

Tiga jenis lot yang paling biasa ialah standard, mini dan mikro. Namun ada juga broker yang menawarkan lot nano, iaitu jumlah lot terkecil namun ianya sangat jarang. Satu lot standard adalah bersamaan dengan 100,000 unit mata wang asas, yang bermaksud 1 lot EURUSD akan bersamaan dengan 100,000 euro. Satu lot mini ialah 10,000 unit mata wang asas, yang bermaksud bahawa 1 lot mini GBPUSD akan bersamaan dengan 10,000 pound British. 1 lot mikro adalah bersamaan dengan 1,000 unit mata wang asas dalam pasangan mata wang anda. 1 lot mikro USDJPY bersamaan dengan 1,000 Dolar AS.

Contoh lot

Sebagai contoh, untuk lot standard, anda membeli 100,000 unit EUR/USD yang bersamaan dengan 1 lot. Harga terkini EUR/USD adalah $1. Ini bermakna anda perlu membayar $1 x 100,000 unit iaitu $100,000.

Jenis-jenis lot 

Secara asasnya, terdapat 4 jenis lot, iaitu:

  • Standard Lot (100,000 Units)
  • Mini Lot (10,000 Units)
  • Micro Lot (1,000 Units)
  • Nano Lot (Below 1,000 Units)
  • Standard Lot: Lot jenis ini biasanya di gunakan oleh pedagang atau institusi yang mempunyai jumlah wang yang besar untuk di dagangkan. Ini sesuai untuk pedagang yag memahami pengurusan risiko dagangan.
  • Mini Lot: Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada dagangan sebagai pemula, anda disyorkan untuk berdagang dalam lot mini. Ramai pedagang yang mahir menggunakan lot mini untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar ke atas kedudukan forex mereka.
  • Micro Lot: Lot mikro biasanya saiz lot terkecil yang boleh di dagangkan, kerana lot nano sangat jarang dilihat. Pada 1000 unit, anda boleh berdagang pada akaun yang lebih kecil, itulah sebabnya lot mikro sering digunakan oleh peniaga baru yang ingin mengurangkan potensi kerugian.
  • Nano Lot: Sangat jarang dilihat dalam perdagangan forex tetapi ia adalah saiz lot yang paling fleksibel. Nano lot berguna jika anda bermula tanpa apa-apa pengetahuan.

Apakah saiz lot yang terbaik?

Jika anda mempunyai wang yang cukup banyak untuk berdagang, sudah tentu standard lot adalah yang terbaik. Namun jika mengambil kira risiko, kami mengesyorkan lot mini.

Lot mini adalah sangat sesuai untuk pedagang pemula atau pun yang berpengalaman. Ini kerana mereka mendapat kawalan yang lebih besar terhadap semua posisi dagangan mereka, selain memaksimakan keuntungan.

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan