Hukum Forex Malaysia:Forex Halal atau Haram 2021

Forex telah menjadi nadi besar dalam pasaran matawang dimana ianya turut dijadikan sumber pendapatan negara. Tapi adakah Forex halal atau Haram di Malaysia? Dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci tentang hukum Forex di Malaysia sama ada ianya halal atau haram. 

Mengenal Hukum Forex Dalam Islam?

Islam meletakkan garis panduan dalam urusan kewangan yang melibatkan sebarang transaksi dan ia disebut sebagai Bay’ Al-Sarf. Hukum asalnya adalah HARUS berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ubadah Bin Samit RA seperti berikut :

Rasullullah SAW bersadba:

Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam (hendaklah) dilakukan secara sama dalam kualiti dan kuantitinya secara tunar iaitu tidak tertangguh. Jika (dikalukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai.

(sumber : hadis riwayat Imam Muslim No 1587)

Walaupun terang disebutkan didalam hadis mengenai emas dan perak namun penggunaan wang yang sama nilainya telah menjadi satu kemestian pada masa kini. Secara umumnya perdagangan Forex atau trading Forex sendiri adalah tidak diharamkan selagi mengikut garis panduan yang ditetap mengikut syariat iaitu :

■ Mesti BEBAS daripada sebarang unsur riba, umum mengetahui riba adalah sesuatu yang dilarang keras didalam Islam dan ianya merupakan satu dosa yang besar. Riba bermaksud menaikan sesuatu harga barang dan penambahan hutang akibat penangguhan.

■ Harus MENGIKUT SYARAT transaksi Jual Beli yang ditetapkan dalam syarak iaitu tidak memakan harta sesama sendiri secara batil atau mengambil harta orang lain secara batil. Antaranya ialah transaksi jual beli haruslah dipersetujuai oleh kedua pihak, tiada unsur penipuan harga dan item yang dijual harulah menjadi hak mutlak si pembeli.

■ AKAD iaitu persetujuan kedua-dua pihak bersepadan dengan nilai kedua-duanya.

Sebagai seorang muslim, pelaburan Forex harus lah diteliti dan dipelajari selok beloknya agar trader memahami garis panduan didalam Islam untuk mengelakkannya menceburi perdagangan yang pada asalnya diHARUSkan hingga jatuh kepada hukum Haram. Penting untuk berilmu dalam perdagangan Forex.

Forex Halal atau Haram di Malaysia?

Forex Halal atau Haram di Malaysia

Walaupun begitu, sebaliknya pula di Malaysia apabila Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengeluarkan hukum keatas pelaburan Forex pada Februari 2012 iaitu :

● Perdagangan pertukaran matawang asing yakni Forex yang dilakukan secara individu melalui platform elektronik adalah HARAM kerana bercanggah dengan kehendak syariat. Juga tidak sah disisi undang-undang Malaysia

● Keputusan ini tidak terpakai keatas pengurup wang berlesen di kaunter yang mana ianya dikendalikan oleh institusi kewangan yang berlesen dibawah undang-undang Malaysia. 

Lain pula kepada institusi perbankan Islamik, ianya dibenarkan melakukan transaksi Forex selagi ia tertakluk kepada beberapa keadaan iaitu :

1) Mesti dikendalikan oleh institusi kewangan Islam yang dikawal selia oleh Pihak berkuasa Agama Syariah. Contohnya memilih akaun syariah untuk memulakan perdagangan dan dikawal selia oleh bank patuh syariah.

2) Transaksinya adalah TIDAK TERTANGGUH bermakna trade hari ini dan transaksi mendapat matawang itu juga pada hari ini. Bukannya trade hari ini dan dapat keuntungan selepas beberapa hari.

3) Melibatkan broker yang sah sahaja kerana terdapat banyak penipuan pada masa kini.

Apakah Trading Forex adalah Judi?

Sebelum berbicara lanjut mengenai adakah Forex Trading itu judi? Tahukah anda maksud sebenar berjudi? Judi adalah pertaruhan nilai yang mana akan ada 2 atau lebih pemain yang mana pemain yang kalah pertaruhan perlu membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Ianya adalah transaksi yang tidak adil dan dianggap sesuatu yang buruk kerana taruhan yang dilakukan seperti satu penindasan sesuatu pihak. 

Jika dilihat dari satu sudut, forex adalah sangat dekat dengan unsur perjudian dimana pemainnya akan meletakkan wang sebagai modal dan meletakan harapan atau nasib sama ada ianya akan memberi keuntungan atau kerugian. Namun dalam perdagangan Forex sendiri, apabila seseorang memulakan dagangan keatas forex, umum sedia maklum bahawa trader tersebut membuat ramalan melalui analisa pasaran dan juga keadaan semasa kewangan, isu semasa, keadaan politik dan lain-lain.

Apakah Berbezaannya?

Jadi ianya sangat berbeza dari 2 segi dimana seorang trader forex yang  melakukan dagangan forex DENGAN ilmu dan tahu selok belok sebenar pasaran yang mana ianya tidak haram jika mengikut lunas garis syariah. 

Dengan seorang lagi trader yang bermain forex TANPA ilmu dan hanya melakukan dagangan serta berharap kepada nasib dan ianya adalah perbuatan yang berbeza dan ianya adalah haram. Satu meletakkan modal sebagai pelaburan dan satu lagi meletakkan modal sebagai pertaruhan. Berbeza bukan? 

Kelebihan dan Kekurangan Trading Forex

Walaupun pelaburan menjanjikan keuntungan termasuk Forex, namun terdapat juga kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan Forex.

Kelebihan ForexKekurangan Forex

Sumber pendapatan tambahan

kebanyakan trader yang terlibat dengan dagangan forex adalah untuk memperolehi keuntungan dan dijadikan sumber pendapatan tambahan, ada juga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama kerana keuntungan yang agak menarik.

Tidak Berpusat dan Tidak dikawal selia

Kebanyakan pasaran forex tidak berpusat dan tidak dikawal selia, segalanya bergantung kepada matawang setiap negara. Ini menyebabkan dagangan Forex menjadi ketakutan sebilangan trader.

Halangan kemasukan dan juga kos transaksi yang rendah

Dalam perdagangan Forex, spread memainkan peranan penting dimana perbezaan harga bid dan ask menjadi satu kelebihan kepada trader dan kosnya juga rendah.

Turun naik pasaran (votaliti)

Umum maklum setiap negara mempunyai turun naik matawang yang sukar dijangka. Antaranya pergerakan ekonomi dan politik yang sukar dijangka. Contohnya tahun lalu apabila pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan pergerakan ekonomi menjadi sangat perlahan untuk semua negara.

Kecairan yang tinggi

Disebabkan pasaran Forex diseluruh dunia adalah lebih besar berbanding pasaran saham, ia menyediakan kecairan yang tinggi kepada trader. 5 trilion USD transaksi sehari untuk pasaran Forex.

Risiko yang wujud

Antara risiko yang wujud dalam forex adalah faedahnya, setiap senaga yang mempunyai kadar faedah yang tinggi akan menguatkan lagi matawang negara tersebut. Secara langsung ia memberikan impak yang besar kepada pasaran Forex itu sendiri.

Kurang Manipulasi

Forex melibatkan matawang asing, oleh itu ia bergantung kepada banyak keadaan antaranya isu semasa, politik dan lain-lain bukannya kepentingan individu sahaja menjadikan ianya sukar dimanipulasi.

Scam atau penipuan

Boleh dikatakan hampir 80% iklan atas talian berkenaan forex adalah scam atau penipuan. Industri ini menjadi pilihan scammer kerana ianya besar dan ramai yang ghairah untuk mengaut keuntungan sehingga terpedaya dengan janji manis scam.

Pengawal Selia Dagangan Forex Di Malaysia

Setiap pelaburan di mana-mana negara termasuk Malaysia adalah dikawal rapi oleh badan-badan tertentu supaya ia dapat menjamin keselamatan kewangan pelabur. Jika pelabur melihat sesuatu negara mengawal ketat pergerakan pelaburan menjadikan pelabur merasa selamat dan selesa untuk melabur. Ada beberapa badan yang mengawal selia Perdaganagn Forex Di Malaysia antaranya ialah :

1) BNM – Bank Negara Malaysia

Bank pusat Malaysia, ibarat payung kepada semua bank yang mana ia akan mengawal matawang Malaysia dan juga institusi kewangan dan perbankan di Malaysia. Bank Negara Malaysia bukan hanya sekadar mengawal percetakan wang di Malaysia merepa juga memberikan impak besar kepada kerajaan dalam urusan pertukaran wang asing termasuk Forex.

2) Bursa Malaysia

Papan pemuka utama pelaburan di Malaysia, satu syarikat yang memegang urusniaga pelaburan dibawah akta Perkhidmatan dan pasaran Modal 2007 seksyen 15. Setiap pertukaran matawang termasuk perdagangan adalah dikawal selia juga oleh Bursa Malaysia. Dahulu dikenali sebagai Bursa Dagangan Kuala Lumpur.

3) FAA – Agensi Akreditasi Kewangan (Finance Accreditation Agency)

Sebuah agensi yang menyokong industri perkhidmatan kewangan dan modal insan. Bukan syarikat kewangan pinjaman tetapi ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia pada tahun 2013 untuk menjamin dan akreditasi kualiti bebas antarabangsa bagi mana-mana industri perkhidmatan kewangan.

4) MIDA – Malaysian Investment Development Authority (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) 

MIDA sebagai pihak berkuasa pembangunan pelaburan di Malaysia yang telah mengeluarkan garis panduan perniagaan yang mengubah wang termasuk pedagang runcit Forex. Di Malaysia, MIDA memainkan peranan penting untuk mengawal dan menyelia setiap pelaburan termasuk Forex yang banyak membantu kerajaan dalam usaha pelaburan.

5) SSM – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 

Dalam akta suruhanjaya sekuriti 1993, SSM dibentuk untuk tanggungjawan kepada menteri kewangan. Ia akan mengawal selia seluruh perniagaan kecil,sederhana dan besar. Fungsi SSM ialah mengawal selia pertukaran, pelepasan rumah dan deposit pusat, mengeluarkan garis panduan pertubuhan,penggabungan dan pengambil alihan syarikat

6) Majlis Penasihat Syariah

Satu badan kerajaan yang akan mengawal dan memastikan perlaksanaan pasaran modal mesti mematuhi prinsip syariah kerana Malaysia adalah negara Islam dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Perlukah Saya mencuba Perdagangan Forex?

Forex adalah satu perdagangan yang sangat besar diseluruh dunia berbanding pasaran saham dunia, transaksi bernilai 5 trillion USD setiap hari berbanding 200 billion transaksi dagangan saham menjadikan Forex adalah pergerakan ekonomi terbesar dunia kerana ianya melibatkan matawang. Jika ditanya adalah perlu untuk mencuba perdagangan Forex.

Jawapannya ialah Ya. Bagi orang yang inginkan kebebasan kewangan adalah satu langkah proaktif yang baik jika melibatkan diri dalam forex. Antara sebabnya ialah 

Dagangan Forex adalah satu pelaburan yang menguntungkan jika ia dilakukan berlandaskan ilmu dan sudut pengetahuan yang betul. Jika berdagang forex dengan bimbingan yang betul, maka untuk beroleh keuntungan adalah peluang yang sangat cerah. 

Pasaran Forex adalah besar dan semua negara menggunakan matawang sebagai transaksi kewangan

Ianya mudah diakses kerana segalanya boleh bermula secara atas talian

Walaupun begitu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan Forex adalah antara pelaburan yang mempunyai risiko yang sangat tinggi. Sebelum menceburi dagangan forex, adalah penting untuk anda meneliti dan membuat penilaian berdasarkan kemampuan anda. 

Selain itu penting juga untuk menimba ilmu yang sangat banyak sekarang, segalanya hanya dihujung jari. Pastikan ilmu perdagangan Forex digali secukupnya supaya anda tidak menjadi mangsa kerugian.

Bagaimana Memilih Broker Forex Yang Dipercayai Di Malaysia?

Sebelum anda melibatkan diri dalam perdagangan Forex, anda harus memastikan beberapa perkara yang penting untuk mengelakan anda tersalah langkah dalam memilih broker forex yang dipercayai. Berikut ada beberapa kriteria yang perlu anda teliti sebelum membuat keputusan. 

1) Mempunyai Latar Belakang Syarikat Yang Baik dan Berlesen

Broker yang perlu dipilih haruskan broker yang mempunyai latar belakang yang baik dan dikawal selia oleh badan-badan tertentu mengikut negara broker tersebut. Ada banyak broker yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan namun hanya segelintir yang benar-benar mempunyai reputasi yang baik dari semua segi. Contohnya Mitrade, hampir 10 tahun dalam industri pelaburan dan antara broker yang terbaik di rantau Asia.

2) Pengurusan dan Sistem Yang Digunakan Stabil

Kaji pengurusan broker forex yang anda pilih adakah ianya berlaku secara profesional ataupun sebaliknya. Jika broker yang dipercayai haruslah memberikan peluang kepada trader untuk mencuba akaun demo mereka bagi membolehkan trader belajar menggunakan sistem web atau aplikasi sebelum benar-benar membuat deposit. Jadi trader boleh mencuba dahulu dan memilih sistem yang sesuai dengan keperluannya.

3) Transaksi Pengeluaran dan Deposit Yang Mudah

Mana-mana broker yang dipercayai akan memudahkan urusan pelanggannya dengan menyediakan perkhidmatan deposit dan transaksi pengeluaran yang mudah. Itu menunjukkan kestabilan broker tersebut kerana menyediakan kos operasi yang berbeza dengan kos pelaburan.

4) Mempunyai Khidmat Pelanggan Yang Cemerlang

Salah satu broker yang dipercayai juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik dan memahami keadaan tempatan contohnya dari segi bahasa. Ia memudahkan pelanggan untuk membuat sebarang rujukan atau pertanyaan jika berlaku sebarang masalah.

5)Tiada Kos Tersembunyi

Mana-mana broker yang dipercayai akan sentiasa menyediakan maklumat kos yang perlu ditanggung oleh trader, bukannya menawarkan kos yang sangat rendah tetapi terdapat kos tersembunyi yang lain dan menyusahkan traders untuk berurusan.

Baca Juga: 9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020

Cadangan Saya: Forex Broker Asing-Mitrade

Kenapa saya mencadangkan Mitrade sebagai broker asing terbaik untuk perdagangan Forex. Kerana Mitrade mempunyai semua kriteria diatas yang mana ia adalah :

Dikawal selia oleh ASIC (Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia ) dan mempunyai Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia 398528 dan Nombor Perniagaan Australia adalah ABN 90 149 011 361. Berada hampir 10 tahun dalam industri pelaburan terutamanya Forex.

16142170779888

Untuk memeriksa apakah pernyataan di atas adalah benar, saya sudah memeriksa informasi yang relevan pada website resmi dan mengonfirmasi bahwa Mitrade adalah broker yang diatur secara hukum dan memiliki izin operasional yang sah/legal.

16142173358736

Memenangi anugerah perkhidmatan dagangan matawang asing dan juga kontrak untuk perbezaan (CFD). Juga memenangi anugerah Broker Forex Terbaik di Asia.

Mengapa memilih Mitrade?

Pekerjaan Mitrade sebagai broker profesional telah diakui oleh pedagang dunia. Mitrade dipercayai sangat sesuai untuk peniaga baru yang ingin meraih keuntungan besar kerana ia menawarkan banyak kelebihan yang tidak diperoleh oleh broker perdagangan lain.

Mitrade menawarkan spread rendah dan 0 komisi yang tidak akan membebankan modal anda.

Mitrade menawarkan akaun demo sebanyak $ 50,000 dalam bentuk wang maya untuk calon peniaga yang ingin mempraktikkan perdagangan forex. Anda boleh menggunakan peluang keemasan ini untuk mempraktikkan pelbagai teknik dan strategi perdagangan.

Sistem atas talian yang baik, menyediakan laman web yang mesra trader baru dan juga mempunyai kelajuan yang tinggi. Selain itu aplikasi yang disediakan juga adalah terbaik.

Mitrade juga menawarkan perlindungan baki negatif dimana modal anda akan dilindungi dan kerugian anda tidak akan melebihi modal awal anda.

Semua proses pentadbiran, dari proses pendaftaran dan pembukaan akun, dapat dilakukan dengan cepat hanya dalam beberapa menit dan tentu saja gratis, di mana proses penyetoran deposit dan pengeluaran dana dapat dilakukan secara cepat.

16142177802925

Perdagangan Forex Di Malaysia- FAQ (Frequent Ask Question)

Adakah Pendapatan Forex Dikenakan Cukai Di Malaysia?

Kerajaan Malaysia tidak mengenakan cukai keatas keuntungan modal daripada pelaburan Forex sejak tahun 2004. Setiap pelaburan di Malaysia akan dilindungi daripada cukai.

Dapatkah saya yang tidak memiliki latar belakang bisnes dan ekonomi, menjadi seorang trader profesional?

Ya walaupun anda tidak mempunyai latar belakang bisnes dan ekonomi anda tetap berpeluang menjadi trader profesional asalkan anda tahu risiko perdagangan dan juga belajar tentang ilmu perdagangan. Lengkapkan diri anda dengan ilmu serta isu semasa supaya anda tahu selok belok perdagangan. Siapa sahaj boleh menjadi trader profesional.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, mencari yang halal itu fardu bagi setiap umat Islam dalam apa sahaja yang dilakukan. Pastikan anda mencari pelaburan yang patuh syariah agar tidak terdedah dengan unsur haram yang ada dalam pelaburan forex. Setelah mengetahu hukum asal forex dan forex halal atau haram di Malaysia, maka anda sebagai trader yang beragama Islam boleh membuat pilihan sama ada pilihan anda ini jatuh kepada hukum Harus atau Haram. Kriteria yang diberikan diatas boleh dijadikan rujukan anda pada masa akan datang.

Semoga penjelasan yang diberikan diatas dalam membantu anda untuk membuat sebarang keputusan. Hanya anda yang tahu niat sebenar anda dan pastikan lengkapkan ilmu supaya anda jauh dari perjudian.


Bagikan Artikel