Apa Itu Data NFP A.S Dan Tips Trading Jelang NFP

Dalam artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang apa itu data NFP A.S? adakah ianya fundamental yang memberi kesan kepada pelaburan Forex? juga tips trading dalam perdagangan Forex. Memulakan langkah pertama anda dengan bermain forex tanpa modal dan praktis kemahiran anda dengan informasi NFP yang akan kami terangkan disini.

Apa Itu Data NFP A.S?

Apa Itu Data NFP A.S

NFP adalah Non-Farm Payrol atau dikenali juga sebagai Non-Farm Employment Change atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Perubahan Pekerjaan Sektor Bukan Perladangan Amerika Syarikat. Untuk pelabur-pelabur Forex, berita NFP inilah yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur Forex, emas dan saham.

Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut lagi mengenai NFP, penting itu kita tahu apa sebenarnya NFP dan mengapa ianya penting dalam menentukan hala tuju dagangan Forex. NFP atau Non-Farm Payrol. NFP A.S membawa maksud data statistik jumlah keseluruhan pekerjaan yang merangkumi 80% daripada pekerja produk domestik di Amerika Syarikat.

Ianya melibatkan angka perubahan pada orang yang bekerja pada bulan sebelumnya tidak termasuk kakitangan kerajaan, pekerja sosial organisasi bukan berasaskan keuntungan, pegawai pertanian, pegawai pemerintah, pekerja yang bekerja dari rumah (home-based) dan juga pekerja industri perindustrian.

Laporan NFP A.S mempunyai 3 komponen utama :

  • Pertambahan Pekerjaan
  • Purata Pendapatan
  • Kadar Pengangguran

NFP A.S adalah satu indikator unjuran ekonomi utama buat Amerika Syarikat kerana dengan statistik pekerja di Amerika Syarikat ianya akan menentukan dasar kerajaan dalam aktiviti ekonomi A.S dan juga menyebabkan pergerakan besar pada pasaran kewangan khususnya yang melibatkan matawang USD.

Bagi seorang pelabur, NFP adalah satu perkara yang perlu di ambil tahu oleh seorang pelabur kerana ianya akan memberi impak besar kepada pasaran saham dalam menentukan kekuatan matawang USD dan kesannya kepada matawang pasangan kepada USD itu sendiri.

Bila NFP Di Keluarkan & Siapa yang menerbitkannya?

NFP dikeluarkan pada setiap bulan minggu pertama hari Jumaat dan datanya dikeluarkan oleh BLS US, Bureau Of Labor Statistic (Biro Statistik Pekerja Amerika Syarikat). Data ini dikeluarkan sebulan sekali dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pelabur kerana didalam dunia Forex, matawang USD menjadi kuat atau lemahnya bergantung kepada NFP yang dikeluarkan.

Jika penduduk A.S memperolehi pekerjaan bermakna ekonomi negara tersebut berada di dalam keadaan yang baik, begitu juga jika pengangguran mencatatkan kenaikan yang tinggi, itu bermakna ekonomi negara A.S sedang lemah.

Laporan dari BLS juga merangkumi kadar pengangguran, kadar penyertaan tenaga buruh dan pendapatan purata. Data-data ini akan diukur daripada keterlibatan pasaran saham dalam ekonomi Amerika Syarikat. Situasi tenaga kerja penting untuk mengukur kestabilan negara dalam ekonomi. Jadi seandainya peluang pekerjaan lebih luas menunjukkan kekuatan urusan pengguna dalam urusan ekonomi dan itu ialah indikator penting untuk pasaran saham.

Sebagai contoh, pada tahun ini 2020 Malaysia mencatatkan bilangan pengangguran yang tinggi bermula pada bulan April 2020 kerana pandemik wabak Covid-19, pada saat itu ramai yang kehilangan pekerjaan dan ekonomi Malaysia juga sedang berhadapan dengan krisis yang tinggi. Bahkan seluruh dunia terkesan dengan krisis ekonomi saat berdepan dengan pandemik wabak Covid-19 ini.

Apakah Kesan NFP Terhadap Pasaran Forex?

Kesan Kadar Pertukaran

Mengapa NFP memberi kesan kepada kadar pertukaran? Bagi sesebuah negara, rakyat dan pekerja memberi pengaruh yang besar dalam menentukan kestabilan negara tersebut kerana ekonomi akan bergerak atau mengalami pengaliran yang baik datangnya daripada pekerja.

Unjuran ekonomi negara bergerak seiring dengan pendapatan purata pekerja di mana apabila pekerja mempunyai aliran wang, mereka akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan, kenderaan, rumah dan lain-lain. Hal itu akan menyebabkan pusingan ekonomi menjadi lancar apabila permintaan terhadap produk selari dengan permintaan.

Dalam pasaran Forex, setiap matawang yang dipasangkan dengan USD memerlukan ramalan yang baik untuk menjadi kayu ukur dalam untung rugi sesebuah dagangan itu sendiri. jadi setiap pelabur akan membuat persiapan dan analisa tepat sebelum memulakan pelaburan mereka. Contoh pasangan matawang ialah seperti:

  • Euro/U.S. dollar (EUR/USD)
  • British pound/U.S. dollar (GBP/USD)
  • U.S. dollar/Japanese yen (USD/JPY)
  • Australian dollar/U.S. dollar (AUD/USD)

Jika dilihat dari pasangan matawang di atas, bagi matawang yang beradpa di hadapan adalah matawang yang lebih kuat kedudukannya di pasaran, dan di belakang adalah matawang yang lemah. Jadi bagi menentukan “sell & buy” saham itu bergantung kepada kuat atau lemahnya USD.

NFP merupakan satu ramalan untuk menentukan keputusan yang akan keluar. Kebiasaannya jika ramalan lebih rendah dari keputusannya bermakna pasaran Amerika Syarikat itu adalah lebih baik. Kekuatan matawang USD itu adalah lebih kuat begitu juga sebaliknya.

Kesan harga EMAS (Gold XAUUSD)

Selanjutnya kita akan memahami NFP dari sudut emas XAUUSD, emas merupakan satu daripada nilai yang selalu menjadi buruan pasaran kewangan dunia, emas dijadikan dasar kapitalisme ekonomi sejak berabad yang lalu, manakala AU merupakan kod Emas dan harga emas pula adalah diletakkan dalam USD yang menjadi pengukur kepada nilai emas dunia. Terdapat dua jenis situasi yang mempunyai pengaruh terhadap fundamental data ekonomi iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Dalam satu artikel yang bertajuk “The Effect Of Economy News on Commodity Prices” yang ditulis oleh Shaun K Roache dan Marco Rossi (2019) menyatakan bahawa setiap perubahan data NFP berpengaruh pada harga emas dalam jangka masa pendek.

Contohnya apabila laporan data NFP dikeluarkan lebih tinggi dari ramalan, maka ianya akan menjadi positif pagi matawang USD dan harga emas akan cenderung jatuh pada hari yang sama. Begitu juga sebaliknya jika matawang USD lemah maka harga emas mencatatkan kenaikan.

Jika anda ingin memulakan dagangan emas dan forex sekarang , nah senarai broker Malaysia yang sah dan dipercayai, semoga berjaya.

Baca Juga: Ramalan Harga Emas 2021:Adakah Harga Emas Akan Naik Di Masa Depan?

Kesan Harga Minyak (Oil price impact)

Perkara yang sama turut memberi kesan kepada harga minyak dunia, umum sedia maklum bahawa minyak dan matawang mempunyai kaitan yang kuat di mana ianya akan menentukan harga minyak mentah sedunia.

Contoh yang paling terbaru adalah sejak Jun 2020, di mana harga minyak mengalami penurunan setelah laporan NFP AS dikeluarkan, pada Ogos 2020 yang lalu pertumbuhan pekerjaan di Amerika Syarikat bergerak perlahan dan setelah NFP naik 1,371 juta pkerjaan dan sebanyak 1,734 juta pekerjaan dilaporkan pada bulan sebelumnya.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Reuters menunjukkan 1.4 juta pekerjaan ditambah pada bulan Ogos. Secara ringkasnya apabila USD turun maka harga minyak akan naik.

Tips Trading Jelang NFP

Setelah mengetahui apa itu data NFP A.S dan kesannya keatas perdangangan Forex, jom kami kongsikan pula kepada anda tips dan cara-cara untuk memulakan dagangan dengan data NFP. Ramai pedagang yang akan menggunakan pelbagai strategi yang umum iaitu dengan menunggu pergerakan harga dahulu.  Namun ada juga yang memasang perangkap terlebih dahulu. Ada 3 cara tips yang kami kira ianya boleh mendatangkan keuntungan dan lebih berkesan

2 cara untuk menunggu pesanan, 3 minit sebelum NFP keluar, terus buat pesanan anda pada 3 point keatas daripada harga semasa, kemudian buat pesanan pendek dibawah 3 point pada harga semasa juga. Tetapkan 3 point keuntungan sebelum anda membuat pesanan (pasangan matawang berbeza mempunyai point yang berbeza juga).

Selepas satu pesanan anda didagangkan, satu lagi pesanan anda yang tidak didagangkan akan dipadam. Apa akan jadi jika data tidak terlalu mempengaruhi dan tidak dapat mencapai 3 point keuntungan tadi? Terus tutup pesanan anda yang mana anda merasakan ianya posisi yang lemah.

3 minit sebelum pengumuman dibuat di berita, buat pesanan anda seperti yang dijangkakan dan pastikan ianya mempunyai arah yang sama dengan ramalan berita. Tetapkan aras keuntungan (stop-profit) dan aras kerugian (stop-loss). Biasanya nisbah keuntungan adalah sekurang-kurangnya 2:1. Gunakan kerugian yang kecil untuk membuat keuntungan yang besar.  

Menurut saiz kesan data bukan pertanian, data akan dikeluarkan sebelum membuat pesanan. Juga merujuk kepada situasi sebenar mesej, buat panggilan balik atau ambil peluang yang ada untuk membuat panggilan balik untuk mengikut trend, gabungkan dengan Bolinger Bands dan operasi RSI.

Kaedah di atas kebanyakan digunakan untuk mendapatkan jumlah keuntungan yang tertentu dan risiko nya juga rendah, namun kaedah ini haruslah digunakan dibawah peraturan premis dan pengurus dana. Kaedah yang digunakan adalah secara ringkasan dibawah peraturan biasa dan tidak terpakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Disyorkan menggunakan kaedah ini dengan berhati-hati. Sebagai permulaan, disyorkan untuk mencuba dengan lebih banyak lagi platform simulasi. 

Di mana Data NFP Boleh Dilihat?

Anda boleh melihat data NFP di laman sesawang rasmi BLS US Bureau Of Labour Statistic (Biro Statistik Pekerja Amerika Syarikat) dengan memuat turun laporan tersebut daripada laman sesawang mereka, termasuk juga laman sesawang kewangan domestik dan juga di laman sesawang MITRADE.

Mitrade adalah sebuah syarikat pertukaran yang beribu pejabat di Australia. Mitrade adalah syarikat yang diberi kuasa dan diseliakan oleh ASIC (Australian Security And Investment Commision). Ia juga adalah satu daripada organisasi pengawal seliaan terkemuka di dunia.

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:

Selamat dan boleh dipercayai

Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.

0 komisen dan spread kompetitif

Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.

Perlindungan baki negatif

Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.

Akaun Demo

Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan pertukaran mata wang asing sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000 .

Deposit minimum serendah $50

Sama ada anda seorang pemula atau pedagang profesional, deposit minimum $ 50 menyediakan cara mudah bagi pendatang baru ke pasaran untuk menguji dunia perdagangan pertukaran mata wang asing dan CFD dalam talian. Ia juga merupakan cara baik untuk pelabur profesional untuk menguji platform sama ada senang digunakan dan cepat deposit dan pengeluaran.

Kesimpulan

Di sini dapat disimpulkan bahawa NFP adalah faktor data yang penting dan harus diambil tahu oleh setiap pelabur forex yang ingin memperolehi keuntungan kerana ianya merupakan indikator ekonomi yang terkini dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

Ianya memberikan kesan yang besar terhadap ramalan dan keputusan serta mempengaruhi pasaran saham dunia lebih-lebih lagi jika pasangan matawang yang menggunakan USD. Dengan data yang dikeluarkan setiap pelabur dapat membuat analisa dan jangkaan berdasarkan data yang dikeluarkan seterusnya boleh membuat perancangan awal dengan lebih efektif.

SOALAN LAZIM

Q1: Data NFP berkaitan dengan Amerika, adakah negara lain juga turut mempunyai data bukan perladangan juga?

A: Ya, setiap negara mempunyai data NFP tersendiri untuk mengukur kestabilan ekonomi, namun data NFP A.S yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran saham kerana Dolar Amerika mempunyai pergerakan yang stabil dan mempunyai nilai tukar yang cukup tinggi meskipun pergerakannya tidak liar.

Q2: Apakah perbezaan small non-agricultural dan arge non-agricultural?

A: Data ADP pekerjaan Amerika Syarikat yang dikenali juga sebagai small non-agricultural dalam pasaran, ini adalah ramalan awal kepada Populasi Bukan Perladangan Tenaga Kerja Amerika Syarikat (US non-agricultural employment-population). Kebiasaannya laporan ini akan dikeluarkan pada setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan dan ianya adalah tinjauan data tidak rasmi.

Manakala Large non-agricultural atau dikenali sebagai NFP Non-Farm Payrol atau dikenali juga sebagai Non-Farm Employment Change atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan adalah laporan rasmi yang dikeluarkan pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan oleh BLS US Bureau Of Labor Statistic (Biro Statistik Pekerja Amerika Syarikat) dan mempunyai pengaruh serta kesan terhadap kekuatan matawang USD dan juga kestabilan ekonomi Amerika Syarikat.

Q3: Bagaimana untuk meramalkan data NFP?

A: Anda boleh membuat perbandingan ramalan saham dengan nilai sebelumnya, kemudian anda boleh membuat pertimbangan kualiti dan kesannya kepada harga. Nilai yang telah diramalkan boleh memberi refleks kepada jangkaan pasaran, dan jurang antara nilai yang diramalkan dengan nilai yang dikeluarkan boleh digunakan untuk menilai reaksi pasaran. Daripada sini kita boleh meramalkan trend harga pasaran pendek atau panjang.

(Nota: Pelaburan perlu dilakukan secara berhati-hati dan latihan konvensional mungkin tidak tepat)


Bagikan Artikel