5 Aplikasi Trading Saham Terbaik Di Malaysia 2021

Berminat untuk memulakan pelaburan saham?Seharusnya anda memilih aplikasi trading saham yang sah dan boleh dipercayai dan mesra pengguna.

Ada pelbagai jenis broker diluar sana yang menawarkan perkhidmatan trading atas talian, cuma anda yang harus bijak memilih dan membuat kajian ke atas broker-broker ini untuk menjadi pengguna yang bijak dan mengelakkan dari duit anda hangus begitu sahaja. Kami akan menyenaraikan 5 aplikasi saham Malaysia yang boleh dipercayai, sah dah mudah digunakan untuk pelabur baru berikut untuk anda:

Mitrade-Aplikasi Trading Saham AS Dengan Modal Kecil

antarmuka perdagangan aplikasi mitrade

Mitrade adalah broker yang sah dah dipercayai beribu pejabat di Australia dan dikawal selia oleh ASIC (Australian Securities and Investment Commision) dan pemegang sah lesen Perkhidmatan Kewangan Australia (AFSL 398528). Bermakna Mitrade ialah salah satu broker terbaik serantau Asia yang mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di Australia.

Mitrade mempunyai aplikasi mesra pengguna yang direka khas untuk semua peringkat pelabur dari yang baru ke pelabur yang berpengalaman. Permukaan yang kemas dan mudah digunakan untuk pelabur terutamanya pelabur baru. Anda tidak perlu pening-pening untuk menetapkan tetapan itu ini. Aplikasi Mitrade juga mempunyai kelajuan terbaik, perlindungan data selamat dan sesuai untuk semua jenis telefon pintar dan peranti lain dan membolehkan anda berdagang secara lancar tanpa gangguan.

 Minimum Akaun: Tiada minimum deposit yang diperlukan

 Yuran Broker:  Tiada yuran yang dikenakan.

 Aset Dagangan:  Forex, Indeks, Komoditi,Saham, Matawang Kripto

 Jenis Akaun: 2 jenis akaun iaitu Akaun Standard dan Akaun Pro Mitrade.

  • Menyediakan leveraj dan short-selling
  • Membeli saham tanpa bayaran komisen atau caj pengurusan saham
  • Sesuai untuk pelabur baru
  • Mempunyai lebih dari 30 000 pelanggan yang dipercayai
  • Hanya 30+ saham asing yang tersenarai
  • Tidak disokong oleh MetaTrader4
  • Menawarkan hanya 2 jenis akaun sahaja

Aplikasi Trading Saham: Maybank

logo Maybank

Maybank Investment bank Berhad telah diperbadankan dibawah nama Asian & American Merchant Bankers Malaysia pada 1973 yang mana ianya ditubuhkan untuk perkhidmatan pelaburan sahaja. Kemudian telah melalui penjenamaan semula pada tahun 2011 dengan pemerolehan Kim Eng Limited dan mengekalkan nama Maybank Investment Bank. Beroperasi di 10 buah negara Malaysia, Singapura, Thailand,Filipina, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Nama Aplikasi:  Maybank Trade (maybank2u.com)

Account minimum: RM 10.60 untuk membuka akaun CDS.

Yuran Broker:  Yuran Broker 0.1% (Minimum RM 8)

Aset Dagangan:  Indeks, Ekuiti Saham, Komoditi, Emas.

Jenis Akaun:  Akaun Trading (Individu dan Syarikat), CDS (Central Deposit System)

individu dan syarikat.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Broker dari bank yang dikenali di Malaysia
  • Menawarkan 2 jenis akaun patuh syariah dan konvensional
  • Mudah berurusan secara berdepan jika mempunyai masalah berkaitan
  • Modal permulaan untuk membeli saham yang besar. Masa yang lama untuk pengesahan dokumen
  • Ada yuran komisen yang agak tinggi
  • Proses dokumen yang banyak

Bagaimana Membuka Akaun DI Maybank Investment Bank Berhad

  • Datang ke mana-mana cawangan Maybank Investment Bank yang terdekat
  • Isi borang yang diperlukan seperti CDS akaun, dan buat pengisytiharan
  • Sertakan dokumen yang diminta :7 salinan kad pengenalan,3 salinan penyata bank terkini,1 salinan slip gaji terkini
  • Isi maklumat perbankan atas talian dan produk, maklumat pasangan dan lain-lain yang berkaitan.
  •  Tandatangan borang dokumen pengisytiharan
  • Hantar borang kepada pegawai dengan bayaran RM 10 untuk yuran pembukaan,RM 10 untuk caj duti stamp.

 Selepas segala proses pengesahan dilakukan, anda akan menerima emel pengaktifan akaun CDS dan boleh layari Maybank2u untuk pelaburan anda.

Aplikasi Trading Saham-RHB Investment Bank Berhad

RHB Investment bank

RHB Investment Bank adalah pemain utama pasaran modal terkemuka di Malaysia. Ada di beberapa buah negara selain dari Malaysia antaranya ialah Hong Kong, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan Thailand.  Disokong oleh Pemenang Anugerah Kumpulan Kajian Berpengalaman dalam kepakaran produk.  

Nama Aplikasi:  RHB Trade Smart

Akaun Minimum: RM 10 untuk membuka akaun CDS

Yuran Broker :  0.42% (minimum RM 12)

Aset Dagangan:  Emas,Ekuiti,Indeks Amerika Syarikat, Amanah Saham,

Jenis Akaun:  Akaun CDS (Central Deposit System)

Kelebihan dan Kekurangan

  • Menyediakan latihan secara online dan offline pakar dalam bimbingan saham
  • Terdapat insentif menarik seperti mata ganjaran, peluang memenangi hadiah menarik dan dibekalkan dengan laporan Bursa Saham setiap hari ke emel anda.
  • Boleh membeli saham IPO dengan kemudahan kredit
  • Urusan sepenuhnya melalui atas talian sahaja
  • Proses pendaftaran ambil masa 3 hari
  • Kos broker yang agak tinggi
  • Ada caj kos yang lain seperti kos pengurusan kredit

Bagaimana Membuka Akaun RHB Investment Bank Berhad

  • Buka laman sesawang
  • Isikan maklumat butiran yang diperlukan
  • Setelah maklumat diisi, urusan pendaftaran akan mengambil masa lebih kurang 3 hari.
  • Anda akan dihubungi oleh pegawai dari cawangan berdekatan berkaitan pendaftaran.
  • Hantar dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank sahaja (apa-apa bank)
  • Bayar Yuran RM 10 untuk pembukaan akaun CDS.
  • Dan anda boleh mulakan pembelian saham dan melabur.

Aplikasi Trading Saham-CGS-CIMB Securities Sdn Bhd

PT. CGS-CIMB Futures Indonesia

Salah satu penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu yang terkemuka di Asia. Mempunyai usaha sama dengan China Galaxy International Financial Holdings Limited dan mempunyai pejabat, cawangan dan rakan kongsi strategik dengan lebih dari 20 buah negara.

Menawarkan rangkaian pelaburan dan penyelesaian kewangan untuk pelanggan runcit dan institusi .

Nama Aplikasi:  CIMB iTrade

Akaun Minimum: RM 10 untuk membuka akaun CDS

Yuran Broker:  0.0388% (minimum RM 8.88)

Aset Dagangan:  Ekuiti, Forex, CFD, Bon, Emas,

Jenis Akaun:  CIMB iTrade, CIMB iTrade Pro, CDS

Kelebihan dan Kekurangan

  • Mempunyai sistem charting yang canggih dan terbaru
  • Maklumat mengenai syarikat yang diapungkan berserta dengan penyata kewangan sehingga 5 tahun yang terkini
  • Tiada yuran tahunan
  • Kumpulan sokongan secara percuma di Whatsapp
  • Pembelian saham adalah tinggi 1 lot = 100 saham
  • Ade yuran broker, yuran transaksi,caj perkhidmatan dan lain-lain caj

Bagaimana Membuka Akaun Di CIMB Investment

  • Pergi ke cawangan CIMB terdekat anda
  •  Isikan maklumat yang diminta di borang permohonan
  • Sertakan salinan dokumen berikut: 5 salinan kad pengenalan,2 salinan penyata bank terkini yang DISAHKAN,1 salinan slip gaji terkini
  • Tadatangan pada borang yang telah diisi
  • Hantar semula ke cawangan yang berdekatan
  • Setelah diluluskan anda akan diberi akses ke platform trading iTrade CIMB menerusi emel

Aplikasi Trading Saham-Hong Leong Investment Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad tersenarai di Bursa Saham Malaysia dan membentuk sebahagian daripada Hong Leong Group. Kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia.

Bermula pada tahun1905 sebagai Kwong Lee Mortgage dan Remittance Company di Kuching Sarawak dan menjadi Kwong Lee bank Limited pada tahun 1934. Antara institusi kewangan tempatan tertua di Malaysia. Januari 1994 Hong Leong Group telah memperlohei MUI bank Berhad menerusi Hong Leong Credit Berhad ( Hong Leong Financial Group Berhad), Bergabung dengan Eon Bank Group pada tahun 2011.  

Nama Aplikasi:  HLeFutures Mobile

Akaun minimum: RM 10 untuk membuka akaun CDS

Yuran Broker:  0.106% (minimum RM 8.48)

Aset Dagangan:  Pertukaran wang, Bon, Unit Amanah, Instrument Deposit,Komoditi asing, forex

Jenis Akaun:  CDS

Kelebihan dan Kekurangan

  • Margin Pembiayaan yang tinggi sehingga 60% pembiayaan.
  • Menerima cagaran wang tunai/deposit tetap
  • Meja dagangan asing 24 jam
  • Sebut harga & maklumat masa sebenar tiada caj bagi pelanggan yang melaksanakan 3 dagangan sebulan
  • Waktu buka akaun CDS lama sehingga 30 hari waktu bekerja
  • Satu jenis akaun sahaja

Bagaimana Membuka Akaun Di Hong Leong Investment Berhad

  • Pergi ke cawangan Hong Leong Investment yang terdekat
  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • Dokumen yang diperlukan: 7 Salinan Kad Pengenalan, 3 Salinan Penyata Bank Terkini
  • Tandatangan borang yang sudah diisi
  • Hantar kembali ke cawangan terdekat
  • Tunggu sehingga akaun CDS siap (30 hari bekerja)

Perbandingan Setiap Aplikasi Trading Saham Secara Atas Talian

Setiap entiti pelaburan baik secara Online atau Offline mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sila rujuk jadual dibawah untuk perbandingan antara kelima-lima aplikasi trading saham ini.

Nama AplikasiMitradeMaybank TradeRHB Trade SmartCIMB iTradeHLeFutures Mobile
Dikawal Selia OlehASICSSM (Sekuriti Suruhanjaya Malaysia)SSM (Sekuriti Suruhanjaya Malaysia)SSM (Sekuriti Suruhanjaya Malaysia)SSM (Sekuriti Suruhanjaya Malaysia)
Waktu buka akaun10 minit1-3 Hari1-3 Hari1-3 Hari1-3 Hari
Leverej
Saham Malaysia
Transaksi Dua Hala
Dagangan Automatik
0 Komisen
Sumber Pembelajaran

Daripada jadual di atas, antara kelima-lima broker di atas, saya akan memilih trading bersama Mitrade kerana ianya tidak mempunyai caj komisen ke atas pelaburan, berbanding dengan broker tempatan yang lain, bagi pelabur baru dan masih memerlukan bimbingan supaya tidak menanggung kerugian, Mitrade menawarkan kelebihan dari segi modal permulaan.

Dengan Mitrade, saya tidak perlu mengeluarkan beribu-ribu modal hanya untuk membeli saham kerana ianya menggunakan leveraj, broker tempatan memerlukan pembelian saham yang di peruntukan iaitu 1 lot = 100 saham. Mitrade juga mempunyai urusan yang mudah tanpa perlu menunggu sehingga berhari-hari untuk memulakan dagangan pertama saya.

Bagaimana Untuk Saya Memilih Aplikasi Trading Saham

Dengan teknologi segalanya di hujung jari, kajian dan penyelidikan ke atas broker boleh dilakukan dengan mudah, maklumat yang diperlukan juga mudah didapati secara atas talian. Namun memilih aplikasi yang sesuai dengan kehendak, modal dan cara sendiri perlukan pengamatan yang baik supaya proses mendaftar, trading dan transaksi berlaku dengan mudah dan cepat. Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah aplikasi trading.

Peraturan dan Keselamatan

Memilih broker yang mempunyai reputasi yang baik dan memperolehi pengesahan disisi undang-undang serta keselamatan tertakluk kepada negara. Contohnya Mitrade yang dikawal selia oleh ASIC (Australian Security Investment Commision). Ini adalah langkah pertama yang paling penting sebelum memilih aplikasi saham.

Akses Pasaran Saham Global

Mempunyai akses kepada pasaran saham antara bangsa supaya segala pergerakan harga, turun naik pasaran dan analisa awal boleh dilakukan. Pastikan aplikasi yang dipilih mempunyai kemudahan tersebut untuk anda mengawasi pelaburan anda.

Yuran dan Spread

Bagi pelabur yang baru bermula dalam dunia saham, spread dan yuran yang dikenakan harus dinilai dan diambil kira, ianya akan menentukan kadar modal yang perlu anda sediakan dan kadar keuntungan yang bakal anda perolehi. Kebanyakan broker tempatan mengenakan yuran yang agak tinggi dan spread yang agak besar. Spread besar bermakna keuntungan besar dan juga sebaliknya. Kerugian juga akan besar.

Deposit Segera/Pengeluaran Wang

Pastikan proses pengeluaran deposit atau wang anda perlulah mudah, cepat dan tiada kos tambahan. Ada broker yang memerlukan masa untuk memproses pengeluaran wang anda dari akaun dan itu pastinya sesuatu yang kurang disenangi

Kajian dan Analisa

Melabur dalam saham tanpa membuat kajian adalah satu risiko besar dan ibarat bermain game pusingan di kasino, jadi anda perlu memilih aplikasi saham yang memberikan akses penuh kepada kajian asas peralatan.

Kemampuan menyediakan berita awak untuk penetapan harga. Apabila menganalisa carta, anda akan memilih aplikasi saham terbaik yang membenarkan akses kepada alatan carta dan indikator teknikal, terutamanya apabila anda bercadang untuk melabur saham di CFD.

☆ Jika anda masih tidak pasti, anda boleh sentiasa mencuba dua, tiga atau lebih aplikasi untuk menentukan kegemaran anda. Tanpa permintaan baki minimum, anda boleh membuka akaun dan memastikan beberapa keadaan sebelum anda menggunakan dana dari wang sebenar anda.

Untuk anda yang baru ingin memulakan langkah pelaburan saham, Mitrade adalah pilihan yang paling sesuai kerana memenuhi semua ciri-ciri yang diperlukan dan menawarkan leveraj yang membolehkan anda memulakan dagangan saham anda dengan modal yang rendah dan pulangan yang menarik. 

Baca Juga: Broker Saham Malaysia Yang Terkenal Untuk Pemula Bermain Saham Dengan Modal Yang Kecil

Berapa Banyak Duit Yang Diperlukan Untuk Pelaburan Saham?

Untuk mulakan pelaburan saham, anda boleh membuka akaun dengan kebanyakan broker tanpa deposit, tetapi ianya tidak bermakna anda boleh membeli dan menjual saham secara percuma. Kebanyakan Broker memerlukan anda mempunyai wang tunai yang cukup untuk membeli keseluruhan saham, iaitu tidak kurang dari $5 ke $1,000 per saham.

Mitrade membenarkan anda membeli bahagian pecahan (buy fractional shares) bermakna anda boleh membeli kurang dari set penuh saham pada stau-satu masa. Dan ianya akan membolehkan anda untuk memulakan dagangan dengan modal yang rendah.

Bagaimana Berdagang Dengan Mitrade?

● Langkah 1

Muat turun aplikasi Mitrade dan daftar akaun anda, anda boleh menggunakan profil Facebook dan Google untuk mendaftar. Kemudian ikuti langkah-langkah yang disediakan seperti isikan maklumat anda dan lain-lain.

● Langkah 2

Pilih saham daripada senarai saham yang disediakan. Ada 80 jenis saham yang didagangkan di Mitrade.

● Langkah 3

Setelah memilih saham yang anda inginkan, buat tempahan dn beli saham yang anda ingini. Kemudian anda sudah pun boleh memulakan dagangan anda.

Kesimpulan

Setelah meneliti kesemua senarai-senarai aplikasi trading saham yang disediakan di artikel ini, saya yakin anda sudahpun memilih aplikasi yang anda ingini. Tanpa membuang masa, anda perlu lakukannya dari sekarang. Sifat bertangguh hanya merugikan anda. Ramai yang sudahpun membuka mata dan minda dalam pelaburan kerana yakin ianya boleh mengubah hidup anda. Namun sentiasa diingatkan akan risiko yang perlu anda tahu. Berdaganglah dengan ilmu dan sentias jadi pengguna yang bijak. 


Bagikan Artikel