9 Jenis Pelaburan di Malaysia Yang Terbaik 2022

Apakah jenis pelaburan yang boleh memberikan pulangan paling tinggi? Sudah tentu dengan potensi pulangan yang tinggi, begitu juga risikonya. Sejak pandemik COVID-19, ekonomi merudum manakala pasaran kewangan berkembang. Jadi, ramai orang berpusu-pusu mencari peluang pelaburan terbaik untuk menjana pendapatan tambahan.

Jika anda nak tahu, pelaburan terhadap diri sendiri adalah pelaburan yang memberikan pulangan paling tinggi untuk anda. Labur untuk ilmu supaya anda mencapai impian untuk menjadi seorang individu yang bebas kewangan. Sekiranya anda berminat, teruskan baca dan hadam 15 jenis pelaburan paling menguntungkan di Malaysia.

Simpanan Tetap ( Fixed Deposit)

Tangan memasukkan syiling ke dalam tabung

Salah satu jenis pelaburan yang popular adalah simpanan tetap. Jenis pelaburan ini biasanya di tawarkan oleh pihak bank untuk menggalak kan pelanggan untuk menyimpan di bank tersebut. Sebagai balasan, pihak mereka akan memberikan pulangan yang di panggil sebagai faedah. Pulangan bagi fixed deposit lebih tinggi berbanding dengan simpanan biasa.

Di Malaysia, simpanan tetap hanya boleh di lakukan oleh institusi yang telah berdaftar oleh Bank Negara. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti kerugian dan salah guna dana. 

Baca Juga: Simpanan Tetap Malaysia: Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur

  • Kurang risiko dan mudah untuk di urus.
  • Lebih selamat kerana di pantau.
  • Pulangan sehingga 3% ke 4%.
  • Tempoh deposit yang fleksibel seperti sebulan atau setahun.
  • Mengimbangi kadar inflasi tahunan berbanding dengan simpanan biasa
  • Memerlukan modal yang besar dengan minimum RM1000.
  • Di kenakan penalty sekiranya wang di keluarkan sebelum tarikh matang yang telah di tetapkan.
  • Tidak dapat menyaingi inflasi oleh kerana jumlah pulangan yang hampir sama iaitu sekitar 3-4%.

Enter Pros & Cons

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

logo ASNB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah bentuk pelaburan yang di lakukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB terkenal dengan cara pelaburan mereka yang tertib. ASNB sangat popular di kalangan bumi putera kerana ia di tawarkan kepada golongan bumi putera. Ini adalah untuk membantu para bumi putera mendapat keuntungan daripada simpanan dan pelaburan mereka.

Namun begitu, terdapat juga beberapa skim pelaburan yang di tawarkan kepada yang bukan bumi putera. Pulangan untuk pelaburan ini juga biasanya sangat konsisten. Namun, pulangan tersebut juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. 

Baca Juga: Pelaburan Emas VS Amanah Saham Di Malaysia: Mana Yang Lebih Baik?

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pelaburan yang selamat kerana di urus oleh PNB.
  • Diiktiraf di Malaysia.
  • Pulangan dividen yang konsisten sekitar 6-8% setahun.
  • Boleh di keluarkan dalam tempoh 24 jam untuk waktu kecemasan.
  • Tempoh agak panjang untuk mendapat kembali keuntungan 100% dari modal asal.
  • Jumlah dividen yang rendah.
  • Mesti melabur dan menyimpan setiap bulan untuk mendapat pulangan yang baik.

Pelaburan Saham

antara muka saham nasdaq

Saham adalah salah satu jenis pelaburan yang paling popular di Malaysia. Dengan memiliki atau membeli saham, anda membeli sebahagian daripada hak milik syarikat yang mengeluarkan saham tersebut. Pulangan pelaburan saham biasanya berasal dari dividen dan kenaikan nilai saham itu sendiri. Oleh itu, berbanding dengan jenis pelaburan lain, pelaburan saham sering memberikan pulangan yang besar, dengan kadar pulangan lebih dari 10%. Namun, ia juga mempunyai risiko tinggi. Harga saham akan naik atau turun dengan mendadak dalam jangka masa yang singkat.

Bagi pemula dan pelabur jangka panjang, sebaiknya melabur dalam saham blue chip. Pelaburan saham tidak hanya terhad kepada pasaran domestik. Adalah disyorkan untuk melabur dalam saham A.S. Dengan melabur dalam saham A.S, anda boleh membeli syarikat global yang bukan sahaja menjanjikan keuntungan tetapi juga memperoleh pulangan yang stabil seperti Facebook, Google, Amazon.

Baca JugaCara Membeli Saham Amerika Syarikat Di Malaysia Dengan Broker Termurah

Modal yang diperlukan di Bursa Malaysia adalah minima 100 unit. Contoh; jika Nestle berharga RM130 seunit, anda perlukan 100 unit x RM130 = RM13,000 minima tak termasuk duti setem, caj tambahan dan pengurusan lagi untuk memiliki saham Nestle. Di pasaran Amerika Syarikat pula, anda tidak memiliki jumlah minima untuk membeli saham. Anda juga mempunyai pilihan derivatif di mana modal yang diperlukan lebih kecil dan memberikan leverage kepada anda untuk membuat keuntungan berlipat ganda. 

Baca JugaCara Membeli Saham Di Bursa Saham Malaysia

Dalam era perdagangan dalam talian hari ini, sangat mudah untuk melabur dalam saham asing. Proses pendaftaran dan pembelian saham dilakukan melalui platform perdagangan dalam talian.

Cadangan saya ialah jika anda ingin melabur dalam saham A.S, anda boleh mencuba Mitrade. Dengan sebilangan besar saham syarikat bertaraf dunia, dia memberi peluang kepada pelabur untuk memulakan pelaburan saham dengan jumlah pelaburan minimum dan kos yang berpatutan. 

Dengan Mitrade, anda boleh mula jual beli saham Facebook, Amazon, Tesla, dengan deposit hanya USD50 atau RM210 dan komisen sifar. 

Jika anda masih baru, anda boleh mula dengan akaun demo yang mempunyai wang vritual sebanyak USD 50,000 untuk membiasakan diri dengan pasaran.

Anda boleh menjana keuntungan dengan dua cara tersebut. Cara pelaburan saham di Malaysia tidak sukar, dengan syarat anda perlu belajar main saham. Walau bagaimanapun, terdapat risiko yang harus anda ambil.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Keuntungan anda tidak terbatas jika anda memahami pergerakan pasaran dan syarikat berkenaan.
  • Anda akan di gelar sebagai pemilik syarikat tersebut kerana anda melabur dan menjangkakan syarikat tersebut akan berkembang.
  • Boleh di lakukan di mana-mana sahaja, dengan syarat mempunyai internet.
  • Anda memerlukan ilmu dan pengalaman untuk memahami pergerakan pasaran untuk mengelakkan kerugian.
  • Kerugian anda tidak terbatas.
  • Emosi anda boleh terganggu.
  • Modal yang besar untuk menjana keuntungan yang lebih besar.

Pelaburan Emas

sebatang emas

Emas adalah logam berharga dan pernah digunakan sebagai matawang zaman dahulu di mana emas dileburkan kepada bentuk syiling dan bongkah. Emas fizikal mempunyai tarikannya tersendiri dan harga yang stabil membuatkan ia sering digunakan untuk menyimpan nilai. Namun, emas fizikal berisiko untuk dirompak atau diambil. Emas fizikal juga sukar untuk dikendalikan. 

Jika anda ingin melabur ke dalam emas, cara terbaik untuk pelaburan emas adalah melalui bank atau broker bertauliah. Anda tidak perlu mempunyai emas secara fizikal dan khuatir di mana anda perlu simpan. Anda juga oleh menggunakan kelebihan broker atas lain untuk ramalan harga emas di masa akan datang dan mendapatkan keuntungan melalui perbezaan harga emas. 

Namun, emas tidak memberikan pulangan dividen atau keuntungan dan cara untuk mendapatkan wang melalui emas adalah membeli dengan harga yang rendah dan jual dengan harga yang lebih tinggi. Namun, cara ini tidak dicadangkan untuk emas fizikal kerana caj yang tinggi dikenakan oleh kedai emas membuatkan perdagangan emas tidak berbaloi.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Modal yang besar untuk menjana keuntungan yang lebih besar.
  • Pelabur boleh beli dan jual sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga.
  • Aset simpanan yang terbaik jika ekonomi jatuh dan harga mata wang jatuh.
  • Emas tidak memberikan seperti pulangan dividen atau faedah kerana ia bergantung kepada harga pasaran.
  • Jika menyimpan emas fizikal, boleh di curi atau hilang.
  • Membeli emas pada waktu yang tidak sepatutnya seperti ketika berlaku pergolakan ekonomi kerana harga yang tinggi.

Potensi sebenar emas boleh dijana melalui trading emas dalam talian dan Mitrade menawarkan platform perdagangan emas di sini. 

Pelaburan emas dalam talian mempunyai banyak kelebihan tersendiri, iaitu:

1. Proses jual beli emas lebih mudah kerana ia dapat dilakukan melalui aplikasi tanpa perlu pergi ke cawangan kedai emas atau bank.

2. Tidak ada risiko kehilangan emas. Untuk perdagangan emas dalam talian, anda tidak perlu membeli emas fizikal tetapi hanya mendapat keuntungan dari kenaikan atau kejatuhan harga emas di pasaran.

3. Kos yang lebih rendah. Jumlah dagangan minimum ialah 0.01 lot, jadi anda boleh mula jual beli emas dengan hanya RM 73.

Forex Trading

simbol forex dolar euro

Pelaburan jangka pendek yang paling menguntungkan adalah forex trading. Asasnya, pertukaran mata wang asing adalah kadar pertukaran antara satu mata wang dengan mata wang yang lain. Forex trading adalah aktiviti perdagangan mata wang berdasarkan harga pasaran semasa. Nilai pertukaran mata wang asing boleh berubah setiap saat bergantung kepada dinamik pasaran dan menjadikan ia platform terbaik untuk perdagangan. Anda boleh gunakan forex trading sebagai pelaburan jangka pendek dengan membeli mata wang yang susut nilai dan kemudian jual kembali apabila harga mata wang tersebut meningkat.

Anda juga boleh menggunakan margin leverage di mana anda menggunakan maksimumkan kuasa modal anda kepada contoh, 5 kali ganda daripada modal asal. Di sinilah di mana, kebanyakan forex trader membuat wang besar dengan leverage. 

Forex trading sesuai untuk orang yang sukakan cabaran dan mampu mengawal emosi mereka. Jika anda dapat mengatasi cabaran ini dan berdisiplin dengan setiap keputusan anda, forex trading mampu memberikan keuntungan yang tinggi dalam jangka masa pendek.

Oleh itu, jika anda benar-benar berminat tetapi tidak mempunyai pengalaman, jangan risau, kerana terdapat banyak broker pertukaran asing yang dapat memberikan peluang pelaburan dan pendidikan kepada pelabur. Oleh itu, apabila anda menyertai salah satu broker ini, anda boleh menggunakan akaun demo percuma untuk pengalaman dan latihan.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pulangan yang tinggi (~50-100%)
  • Servis broker atas talian yang mudah dan cepat
  • Kos rendah untuk mula
  • Pasaran dibuka 24 jam 5 hari dan hanya tutup pada hari minggu
  • Risiko yang tinggi
  • Tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia
  • Naik turun yang mendadak

Jika anda berminat untuk mula dengan pelaburan yang menguntungkan ini, Mitrade menawarkan platform perdagangan matawang di sini.

Pelaburan Bitcoin

Antara muka transaksi Bitcoin

Bitcoin adalah matawang kripto yang paling popular di dunia. Platform seperti Paypal sudah pun menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran di Amerika Syarikat. Teknologi blockchain yang digunakan Bitcoin telah merevolusikan landskap dunia digital dan melahirkan ramai jutawan baru dalam dunia kripto. 

Bitcoin semakin stabil saban tahun selepas Crypto Crash 2018 di mana kebanyakan matawang kripto susut harga. Kini, hanya yang terkuat sahaja bertahan dan potensi Bitcoin sebagai emas digital semakin cerah saban hari. Namun, buat masa sekarang, walaupun dalam tempoh yang dikira sebagai stabil, penerimaan Bitcoin masih mempunyai cabarannya tersendiri. 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi jika anda pelabur baru Bitcoin? Apa yang paling penting adalah anda perlu fokus terhadap matlamat anda sama ada sebagai trader atau pelabur jangka masa panjang.

Sekiranya anda ingin melabur untuk jangka masa panjang, anda perlu cari titik di mana anda rasa harga Bitcoin murah dan kemudian jual apabila harga Bitcoin naik selepas tempoh tertentu. Sekiranya anda ingin menjadi trader, pertamanya, anda perlu buka akaun anda di platform perdagangan yang sah.

Kemudian, gunakan wang modal deposit ini untuk menjana keuntungan dengan kembangkan modal menerusi trade anda. Ramalan anda akan harga Bitcoin jangka masa pendek boleh dibuat melalui kontrak Bitcoin dan jika anda konsisten, anda boleh mendapat pulangan yang tinggi. 

Mitrade adalah salah satu platform yang mesra pengguna dan selamat. Untuk matawang kripto, Mitrade bukan sahaja membolehkan anda membeli Bitcoin, tetapi juga Ethereum, Litecoin dan Bitcoin Cash serta menawarkan platform semakan harga semasa. Mitrade menyediakan akaun demo untuk pelabur baru yang cuba menjejakkan kaki dalam Bitcoin tanpa menggunakan wang sebenar.

Baca JugaCara Beli Bitcoin Di Malaysia Dengan Mudah

Kelebihan dan Kekurangan

  • Aset digital yang semakin diterima ramai terutamanya institusi kewangan
  • Pulangan yang tinggi (~300% untuk tahun 2020)
  • Menggunakan teknologi blockchain yang tidak boleh dipadam selagi adanya internet di dunia
  • Naik turun Bitcoin masih lagi mendadak walaupun tidak seperti dahulu
  • Mempunyai risiko untuk digodam (bergantung kepada platform)
  • Nilai sebagai aset spekulatif yang bergantung kepada penerimaan Bitcoin masa depan

Pelaburan Hartanah

Hartanah adalah salah satu jenis pelaburan paling popular di dunia sama ada hartanah perumahan atau komersial. Kawasan hartanah paling mahal di Malaysia berada di Lembah Klang terutamanya di tengah kawasan Kuala Lumpur. Apa yang membuatkan hartanah popular adalah permintaan yang stabil dan oleh itu, harga rumah atau tanah sentiasa kekal meningkat. 

Namun, sejak kegawatan ekonomi tahun 2008 disebabkan oleh spekulasi pembelian rumah, hartanah semakin kurang mendapat perhatian dunia. Tetapi di Malaysia, lain pula ceritanya apabila hartanah perumahan secara purata naik sebanyak 131% dari tahun 2009 hingga 2020. 

Kelebihan dan Kekurangan

  • Harga yang stabil disebabkan permintaan tidak putus
  • Pulangan boleh dijana melalui sewa
  • Kenaikan harga yang tinggi jika terdapat pembangunan di sekitar
  • Modal yang tinggi
  • Kos penyelenggaraan dan pengurusan yang boleh menambah lagi kos pembelian
  • Aset yang tidak mudah cair seperti saham

Pelaburan Bon

Seorang lelaki duduk di atas timbunan syiling emas dan membaca buku

Bon adalah sebuah jenis pelaburan di mana pelabur akan ‘meminjamkan’ dana mereka kepada sesuatu perniagaan, entiti atau pun kerajaan. Wang yang di pinjam tersebut akan di gunakan entiti tersebut untuk menjana keuntungan dalam beberapa tempoh, biasanya tempoh yang panjang.

Kebiasaannya dana tersebut akan di laburkan di syarikat sendiri atau pun melalui saham syarikat yang lain. Entiti yang menggunakan wang pelabur akan membayar faedah sepanjang tempoh pinjaman tersebut.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Sesuai untuk jangka masa yang panjang
  • Kebanyakan bon adalah selamat untuk di labur.
  • Pulangan pelaburan yang boleh di jangka.
  • Modal pelaburan yang besar di perlukan untuk pulangan yang lebih menguntungkan.
  • Likuiditi yang kurang berbanding dengan saham.
  • Pertumbuhan kewangan yang perlahan berbanding pelaburan yang lain

Baca Juga: Apa Itu Bon?Cara Pelaburan Bon Di Malaysia 2021

Pelaburan ETF (Exchange Traded Fund)

Exchange Trade Fund

ETF atau pun Exchange Trade Fund adalah salah satu unit instrumen di Bursa Malaysia. ETF di laburkan melalui akaun CDS dengan mana-mana broker saham. Pembeliannya adalah sama seperti dengan membeli saham di Bursa Malaysia.

Perbezaan antara ETF dan saham adalah pelaburan ETF melibatkan pelbagai jenis sekuriti seperti saham, komoditi dan bon. Anda melabur dalam satu ‘kotak’ yang mempunyai pelbagai sekuriti sekali gus.Namun jenis pelaburan ini kurang memuaskan dari segi hasil pulangan dan likuiditi.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Keuntungan melalui Capital Gain dan Income Distribution.
  • Kepelbagaian sekuriti pelaburan seperti saham, bon dan komoditi.
  • Kos yang rendah.
  • Mudah di niagakan secara online dan melalui broker.
  • Keuntungan dividen yang rendah.
  • Modal yang besar.
  • Pelaburan dalam jangka masa yang panjang.

Baca Juga: ETF Malaysia:Ketahui Apa Itu ETF dan Cara Pelaburannya

Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)

 di atas meja dengan empat timbunan dolar

Unit trust merupakan sejenis pelaburan di mana para pelabur akan mengumpulkan dana mereka kepada sebuah syarikat yang akan melaburkan dana tersebut. Dana tersebut akan di jaga oleh seseorang yang di panggil Fund Manager.

Fund Manager tersebut yang akan bertanggungjawab menjaga dan mengembangkan dan tersebut sehingga mendapat keuntungan.Pelaburan jenis ini sesuai untuk mereka yang tiada masa untuk melabur serta tiada pengalaman dalam pelaburan.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Kepelbagaian: Dana tersebut akan di laburkan ke beberapa syarikat dan entity.
  • Modal yang rendah sudah boleh di laburkan.
  • Di urus oleh pihak yang professional.
  • Syarikat di kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
  • Keuntungan dan kerugian yang cepat.
  • Pelabur tiada kawalan atas dana mereka, syarikat dan fund manager yang akan bertanggungjawab.
  • Caj servis yang tinggi akan di kenakan.

Pelaburan Koperasi

Koperasi adalah konsep pemilikan bersama dalam sesebuah syarikat. Di Malaysia, pembentukan koperasi adalah melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Melalui koperasi juga, saham syarikat akan dibahagikan sama rata kepada ahli. Jadi, anda sebagai ahli boleh menuntut keuntungan syarikat sebagai dividen. Rata-rata di Malaysia, koperasi merupakan suatu bentuk pelaburan yang agak memberangsangkan. 

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pelaburan Koperasi
  • Kadar yang lebih daripada ASB
  • Keuntungan syarikat dibahagikan kepada ahli
  • Jika syarikat bankrap, anda tidak boleh menuntut apa-apa pembayaran
  • Keuntungan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa
  • Potensi syarikat disalah laku oleh pemegang amanah

Pelaburan Platform Pembiayaan Peer-to-peer (P2P)

Pembiayaan P2P semakin popular dengan adanya teknologi kewangan. Antara platform yang kerap digunakan di Malaysia adalah Funding Societies, Fundaztic dan Cofundr. Konsep P2P adalah anda sebagai pelabur memberikan wang anda kepada perniagaan yang memerlukan pembiayaan. Secara langsung, anda memperoleh kadar faedah secara tahunan daripada perniagaan ini. Perniagaan dapat memperoleh pinjaman yang lebih rendah daripada bank dan anda dapat memperoleh bayaran faedah setiap bulan. 

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pulangan yang sederhana tinggi
  • Analisa risiko telah dilakukan oleh platform pembiayaan
  • Syarikat boleh menyorok butir kewangan mereka
  • Syarikat yang akan menggunakan platform ini adalah syarikat yang tidak lepas syarat bank (senarai hitam)
  • Anda berpotensi hilang wang pelaburan atau untung anda jika syarikat tidak mampu bayar

Pelaburan Tabung Haji

Tabung Haji adalah entiti pelaburan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan wang anda untuk membiayai perjalanan haji. Namun, ramai yang salah sangka bahawa Tabung Haji adalah untuk pelaburan am. Tabung Haji akan melabur ke dalam syarikat yang boleh memberi pulangan berterusan seperti saham syarikat, perniagaan atau pembiayaan Islamik. 

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pulangan yang konsisten setiap tahun
  • Membiayai kos haji di masa akan datang
  • Pulangan yang rendah (1-3%)
  • Dividen dibayar sekali setahun

Pelaburan Insurans

Kini, ada insurans yang menawarkan pelan pelaburan di mana anda melabur sambil melindungi diri daripada musibah kewangan. Namun, bentuk pelaburan ini lebih mahal daripada insurans biasa di mana tujuan sebenar adalah untuk melindungi diri. Wang untuk pelaburan juga akan ke dana amanah milik syarikat insurans yang mengenakan caj tinggi. Sebagai produk kewangan, ia berguna untuk sesiapa yang inginkan kemudahan semua dalam satu produk.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Semua aspek kewangan di satu tempat
  • Dapat perlindungan insurans di samping melabur
  • Caj dan komisen kepada ejen yang tinggi
  • Perlindungan yang lebih mahal berbanding insurans bukan pelaburan
  • Bayaran bulanan/tahunan untuk perlindungan + pelaburan

Pelaburan Menerusi Kontrak Futures

Kontrak futures adalah suatu bentuk kontrak yang digunapakai oleh pasaran komoditi, indeks saham. Pelaburan ini lebih spekulatif di mana ia membolehkan rangkaian bekalan dunia dikendalikan oleh instrumen kewangan. Jadi, apabila minyak naik, pelaburan futures boleh mendedahkan anda terhadap harga naik turun minyak ini.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Pulangan yang tinggi dan tidak terhad
  • Naik turun pasaran yang cepat
  • Margin call yang bermakna anda boleh hilang lebih daripada modal anda
  • Pasaran paling spekulatif di mana manipulasi bekalan boleh berlaku
  • Risiko yang tinggi

Kesimpulan

Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda labur. Ke semua jenis pelaburan ini boleh mendatang kan keuntungan kepada anda walau pun anda hanya ingin mencari tempat menyimpan wang. Walau bagaimana pun, setiap pelaburan mempunyai risiko. Anda harus mempunyai pelan dan objektif pelaburan anda yang anda harus patuhi sebagai cara untuk mengelakkan kerugian yang banyak. 

Untuk saya, saya lebih menyukai pelaburan online melalui Mitrade kerana saya mempunyai dana yang kecil namun ia mampu memberikan keuntungan yang besar. Akan tetapi semuanya ini bergantung kepada diri anda sendiri.


Bagikan Artikel