Cara Membeli Saham Di Bursa Saham Malaysia 2021

Adakah anda masih tercari-cari cara beli saham di bursa saham malaysia yang sesuai? Dengan kenaikan harga dan inflasi, ramai orang mencari peluang pelaburan saham untuk mencari pendapatan tambahan. Sekiranya anda salah seorang dari mereka, anda datang ke tempat yang betul. Disini anda akan belajar semua hal penting anda perlu ketahui tentang beli saham di malaysia.

Perkara Penting Yang Harus Diketahui Sebelum Membeli Saham

Jari ketik pada skrin untuk membeli saham

Tahukah anda yang “Saham” ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja? Baik perseorangan ataupun syarikat. Ini bermakna semua orang awam mempunyai peluang untuk memiliki saham yang diingini. Bukan hanya syarikat-syarikat besar atau “orang-orang ternama” sahaja yang berpeluang membeli saham. Jadi apa yang perlu adalah ubah mindset daripada “saham ini urusan orang kaya sahaja” kepada “aku pun mampu memiliki saham yang aku ingini”.

Apakah Itu Bursa Malaysia?

Dahulu lebih dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Bursa Malaysia diluluskan dibawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan Dan Pasaran Modal 2007 bagi syarikat pemegang urus niaga yang mengendalikan urusan jual beli saham. Ditubuhkan pada 1976 dan tersenarai pada tahun 2005. Salah satu Bursa terbesar di ASEAN.

Sebuah pasaran yang merangkumi semua dan menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan. Juga menghubungkan pasaran tempatan dan pasaran asing untuk membantu membuka peluang kepada mereka untuk mengembang kan atau melaburkan dengan berkesan. 

Kepelbagaian produk termasuk ekuiti, derivatif,luar pesisir (offshore), dan aset Islamik seperti ETF (Exchange Traded Funds), REIT (Real Estate Investment Trust) dan ETBS (Exchange Traded Bonds and Sukuk). 

Waktu Bukaan Dagangan

16057771543761

Berdasarkan jadual di atas, transaksi biasanya berlaku pada fasa dagangan utama dan dagangan akhir sahaja. Sesi pertama 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan sesi kedua bermula jam 2.30 petang hingga jam 5 petang termasuk dagangan saat akhir.

Anda dibolehkan memasukkan pesanan, mengubahnya dan membatalkan pesanan anda pada fasa pra pembukaan, rehat tengahari dan pra penutup kerana tiada sebarang transaksi berlaku.

Anda boleh berdagang pada hari yang sama sehingga pasaran ditutup dan pesanan anda akan berakhir, untuk keesokan harinya anda perlu masukkan pesanan baru dan begitulah caranya.

Berapa Unit Saham Dalam 1 Lot?

Biasanya sebelum memulakan dagangan, ramai yang bertanya berapakah pembelian minimum untuk saham? Kiraanya begini, 1 lot saham bersamaan dengan 100 unit. Minimum pembelian adalah 1 lot saham. Harga saham pula bergantung kepada syarikat yang dipilih, kebiasannya saham untuk syarikat asing lebih mahal contohnya saham Google, Apple, Facebook dan lain-lain saham gergasi. Untuk pembelian awal anda boleh merujuk harga di KLSE Screener

Pembelian saham di Bursa Malaysia mewajibkan pembelian minimum 100 unit, contohnya

Harga 1 saham Digi bernilai RM 4.42, maka :

Dengan RM 150 anda dah boleh mulakan dagangan pertama anda namun harus diingatkan, walau berapa banyak pun modal yang anda letakkan, itu juga yang mempunyai risiko kerugian. Harga tadi hanyalah harga untuk saham sahaja kerana ada kos-kos lain yang terlibat seperti yuran broker, yuran pengeluaran, GST (Good Services Tax), duti setem dan lain-lain kos. Cuma apapun anda harus membuka akaun CDS (Central Deposit System) dahulu dengan RM 10 sahaja.

Limit Up dan Limit Down Dalam Bursa Saham

Setiap saham ada limit keuntungan dan kerugian dalam satu hari. Ia dipanggil sebagai Limit Up dan Limit Down. Perkara ini baik untuk pelabur kerana ianya menyelamatkan pelabur di bursa dari mengalami kerugian sepenuhnya (100%) dalam bursa saham. Dalam erti kata lain dipanggil Peraturan Had Harga. 

Peraturan Had Harga

Bursa Malaysia bertindak sebagai penyelia di pasaran saham jadi untuk mengawal pergerakan harga ia mesti menetapkan had dagangan pada setiap hari. Ia ditentukan oleh Limit Up dan Limit Down hari sebelumnya. Pasaran saham hanya boleh bergerak pada pergerakan yang dihadkan.

Saham Bernilai RM 1 dan Keatas:

Contohnya saham syarikat A ditutup pada hari Selasa dengan harga RM 3, maka Limit Up untul hari Rabu ialah RM 3.90 (RM 3 = 30%), manakala Limit Down pula RM 2.10 (Rm 3 – 30%)

Saham Bernilai RM 1 Kebawah:

Contohnya saham syarikat A ditutup pada hari Khamis dnga harga RM 0.50 sen, maka Limit Up untuk hari Jumaat adalah RM 0.80 (RM 0.50 x 0.30) manakalan Limit Down adalah RM 0.20 (RM 0.50 – 0.30).

Yuran Yang Terlibat Dalam Bursa Saham

Hal yang perlu diambil kira oleh setiap pelabur ialah caj yang dikenakan apabila terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. Ringkasnya ada 4 caj yang dikenakan kepada aktiviti pelaburan. Caj-caj tersebut ialah seperti berikut :

● Bayaran Broker

Selalu dipanggil Brokerage Fee yang dikenakan kepada setiap pelabur oleh broker anda. Setiap broker mengenakan caj yuran yang berbeza.

BrokerKadar Broker (Minimum)
Hong Leong Investment Bank0.106% atau minimum RM 8.48
Maybank Investment Bank0.1% atau minimum RM 8
RHB Investment Bank0.42% atau minimum RM 12

Contohnya RM 800 x 0.106% = RM 0.84 sen (tak sampai harga minimum)

Bayaran broker tetap dikenakan RM 8.48 sen.

RM 10,000 x 0.106% = RM 10.60 (melebihi harga minimum)

Bayaran broker yang dikenakan adalah RM 10.60

● Cukai Kerajaan

Cukai ini dikenakan oleh kerajaan Malaysia iaitu sebanyak 6% dipanggil SST (sejak GST dimansuhkan, digantikan dengan SST) . Yuran ini ditambah kepada yuran broker tadi bukan nilai saham. 

Contoh  seperti dibawah:

RM 10.60 x 6% = RM 0.63 sen.

Bayaran SST untuk saham bernilai RM 10,000

● Bayaran Transaksi Pelepasan (clearance fee)

Pelepasan ini akan disalurkan kepada Bursa Malaysia. Pelesapan ini dikenakan ke atas nilai jual beli saham dengan kadar 0.03%

RM 10,000 x 0.03% = RM 3.00

Bayaran pelepasan yang dikenakan untuk transaksi ini ialah RM 3 dibayar kepada Bursa Malaysia.

● Duti Setem

Duti ini dikenakan oleh Bursa Malaysia tertakluk kepada undang-undang. Kadarnya ialah RM 1 bagi setiap transaksi saham bernilai Rm 1000 yang dijual beli. Jika nilai saham dibawah RM 1000, 

contohnya RM 800 tetap dikenakan duti setem sebanyak RM 1.00.

RM 10,000 duti setem ialah RM 10.00

Saham RM 800 duti setem ialah RM 1

● Keseluruhan

Secara keseluruhan jika nilai saham ialah RM 10,000, pengiraan kos adalah seperti berikut

RM 10,000 (RM 8.48 + RM 10.60 + RM 3.00 + RM 10.00)

= RM 10,021.48

Kos keseluruhan pada hari itu. Kiraan nya telah dirumuskan oleh team iSaham dan kiraan hanyalah anggaran sahaja.

*Contoh kiraan adalah berdasarkan nilai saham RM 10,000 dan broker ialah Hong Leong Investment bank

Cara Membeli Saham Di Bursa Saham Malaysia

Langkah 1: Buka Akaun Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia

Permulaan bagi jual beli saham adalah membuka akaun dengan syarikat broker yang dipilih oleh anda. Umumnya syarikat broker akan memberikan seorang remisier atau dealer yang akan berurusan dengan anda. Remisier bergerak secara bebas dan mempunyai perjanjian dengan broker, bayaran remisier ialah komisen manakala dealer pula ialah orang dari broker yang makan gaji bersama broker. 

Membuka akaun CDS dan trading akaun dahulu

Ada broker yang menawarkan saham secara Islamic dan Konvensional.

Setiap broker mempunyai cara membuka akaun CDS tersendiri dan ada yang memerlukan anda untuk pergi ke cawangan terdekat contohnya Maybank Investment Bank.

  • Lengkapkan borang pembukaan akaun dan kad tandatangan spesimen
  • Untuk rakyat Malaysia harus sertakan dokumen yang diminta seperti salinan kad pengenalan yang disahkan, penyata bank dan lain-lain.
  • Bagi warga asing pula anda perlu menyediakan dokumen salinan passport dan beberapa lagi dokumen
  • Bayaran RM 10.00 untuk membuka akaun
  • Tunggu pengesahan selama beberapa hari sebelum anda boleh mengakses ke dalam akaun trading.

Akaun Tunai Atau Akaun Margin

Akaun tunai ialah semua transaksi dibuat secara tunai dengan kedudukan yang tersedia. Apabila membeli saham, pelabur mesti mendepositkan tunai untuk menyelesaikan perdagangan atau menjual kedudukan sedia ada pada hari tersebut.

Akaun Margin pula ialah pelabur meminjam nilai aset dalam akaun untuk membeli jawatan baru atau menjual pendek. Pelabur boleh menggunakan margin untuk memanfaatkan kedudukan dan keuntungan dalam kedua-dua masa kenaikan harga dan penurunan pasaran saham.

Langkah 2: Cari Broker Yang Dipercayai Untuk Beli Saham

Sebelum memulakan pelaburan saham, anda akan melakukan kajian portfolio ke atas broker-broker yang akan dipilih, selain itu anda boleh ke laman web Bursa Malaysia dan cari broker yang anda senang berurusan. Boleh buka lebih dari 1 akaun. Anda boleh membuka akaun dengan mana-mana broker dahulu dan boleh tukar broker lain sekiranya anda mahu.

Setelah anda membuka akaun CDS dengan broker saham pilihan anda, seterusnya adalah memilih remisier atau dealer representative sebagai agen pelaburan anda. Remisier yang berdaftar mesti melalui proses peperiksaan di bawah kelolaan Securities Commision.

Baca Juga: 5 Aplikasi Trading Saham Terbaik Di Malaysia

Kenapa Perlukan Remisier?

Penting untuk memilih Remisier yang bertanggungjawab agar setiap kerunsingan dan persoalan kita akan dibantu oleh remisier tersebut. Pilih orang yang berpengalaman supaya mendapat bimbingan untuk segala urusan termasuk urusan keluar masuk duit anda. Pilih remisier yang senang dihubungi dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam pelaburan saham.

BrokerYuran StrukturHad TradingKaedah Pembayaran
Rakuten Trade0-1k = RM 71-10k = RM 910-100k = 0.10%>100k = RM 100 Minimum RM 7Upfront – 1 x tunai kolateral Kontra – sehingga 5X tunai untuk saham tertentuPembayaran langsung melalui bank daripada pelbagai jenis bank
Hong Leong Bank0.10%Minimum RM 8Upfront – baki tunai – kos transaksi Kolateral2X tunai kolateralBayaran secara online : Maybank, Hong Leong dan CIMB
Maybank0.1%Minimum RM 8 Kolateral0.42% minimum RM 12Tunai = 1 XKolateral = 3 X tunai atau sahamMaybank
CIMB iTradeiTrade – 0.42% minimum RM 28 CIMB Clicks – 0.0388% minimum RM 8.883 X tunai kolateral + 2 X saham kolateral Baki minimum ialah RM 10,000Bayaran online : CIMB, Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam
UOB Kay HianKolateral0-100k : 0.3%>100k : 0.2%Minimum RM 83 X tunai kolateral Sehingga 2 x saham kolateralTunai atau cek di cawangan EPS melalui ATM atau Internet Banking

Merujuk kepada jadual diatas, setiap broker menetapkan kos dan modal untuk pembelian saham yang agak besar dan cara yang agak rumit. Contohnya CIMB iTrade memerlukan baki minimum sebanyak RM 10,000 dan yuran broker yang agak tinggi iaitu 0.42% contohnya:

RM 10,000 x 0.42% = RM 42.00 (bayaran broker sahaja tanpa caj-caj lain lain)

Cara Mudah Dan Senang?

Seperti yang kita sedi maklum, berurusan dengan broker tempatan memerlukan kos yang tinggi, kesabaran dan prosedur yang rumit, jika anda inginkan cara yang lebih MUDAH dan MURAH, saya ada cadangan terbaik untuk anda iaitu Mitrade. 

Jika anda adalah pelabur dengan jumlah modal yang sedikit, broker-broker diatas tadi kelihatan bukan untuk anda, tapi Mitrade lebih sesuai dengan keperluan anda kerana ianya murah dan tawaran leveraj adalah sebanyak 1:200 TANPA BAYARAN KOMISEN, beli saham Amerika Syarikat atau indeks dengan lot yang minimum.

Cadangan Saya

Jika anda ingin memulakan pelaburan saham asing seperti saham Amerika Syarikat, Mitrade adalah salah satu broker antarabangsa yang boleh anda gunakan, dan saya rasa ia mempunyai faedah berikut untuk pelabur pemula:

Pembukaan akaun minimum hanya $ 50 untuk bermain saham di pasaran AS. Jumlah yang sangat murah.

★ Komisen 0%. Tidak ada komisen untuk membeli dan menjual saham AS di Mitrade, sementara Bursa Malaysia dikenakan komisen dan cukai.

★ Anda boleh membeli 1 stok dengan jumlah kecil. Ya, anda boleh membeli minimum 1 lot saham di mitrade. Berbeza dengan Bursa Malaysia, jumlah pembelian minimum adalah 100 lot saham. Tidak mudah bagi pelabur runcit untuk membeli saham kerana mereka harus menghabiskan banyak wang.

★ Akaun demo percuma. Cara untuk memastikan bahawa broker yang akan kita gunakan adalah sah, boleh dipercayai dan mempunyai sistem platform yang baik. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk mensimulasikan perdagangan. Mitrade menyediakan akaun demo dengan wang maya $ 50,000

Siapakah Mitrade?

Mitrade adalah broker Australia pemenang anugerah yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan perdagangan forex dalam talian dan kontrak untuk perbezaan (CFD). Ia sangat popular di Malaysia. Mitrade memberikan kos transaksi yang kompetitif, kelajuan pelaksanaan transaksi yang cepat dan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik. Dengan Mitrade, anda bebas memilih aset di antara forex, indeks, komoditi, saham, dan cryptocurrency, dan memanfaatkan peluang perdagangan apabila harga pasaran berubah-ubah.

Mitrade juga menyediakan khidmat pelanggan 24/7 jika anda berdepan dengan masalah, anda boleh meminta nasihat dan tunjuk ajar dari mereka bila-bila masa sahaja. Tidak semua broker yang akan dapat membantu anda serta merta. Selain itu ada juga bahan pembelajaran secara blog untuk membantu anda memahami dagangan anda dengan mudah. 

Langkah 3: Berapa Modal Yang Diperlukan Untuk Beli Saham Di Malaysia?

Setelah mengkaji beberapa broker yang ada di Malaysia termasuk segala jenis kos transaksi, modal yang sesuai untuk permulaan adalah RM 5000 keatas kerana anda akan kerugian dari segi kos transaksi jika modal anda kurang daripada RM 5000. Apapun anda kena pastikan untung kasar anda lemebihi 3% daripada nilai saham yang dibeli.

Contohnya anda beli saham 100 unit pada harga RM 1000 dan jual semula pada harga RM 1.02, yuran broker ialah 0.10 atau minimum RM 12.00

Kos broker (beli jual) = RM 24.00

Kos duti setem  = RM 3.00

Yuran Clearing  = RM 0.81

SST = RM 1.48

Jumlah  = RM 29.29

Beli RM 1000 jual pada RM 1020, untung kasar adalah RM 20.00

Tolak Kos RM 29.90

RUGI RM 9.29

Walaupun untung kasar adalah 2% tetapi selepas ditolak kos membuatkan anda menanggung kerugian pada 0.923%.

Mahal kan? Sekira anda tidak punya terlalu banyak wang, itu mememang sulit masukkan pasaran saham, tetapi di Mitrade anda boleh membeli saham AS mulai 1 lot saja, komisen sifar, deposito minimum USD 50. Anda cukup mulakan perdagangan saham AS yang terkenal seperti Google, Facebook, Amazon. 

Saya berpendapat bahawa gabungan komisen sifar dan pembelian sekurang-kurangnya 1 lot saham sangat membantu pelabur runcit, yang sangat mengurangkan ambang pelaburan untuk pelabur pemula dan meningkatkan kadar pulangan pelaburan. Oleh itu, Mitrade adalah pilihan ideal untuk pelabur pemula untuk masukkan pasaran saham.

Langkah 4: Bagaimana Cara Memilih Saham Untuk Pelaburan

Disini ada 5 langkah mudah untuk memilih saham yang sesuai dengan portfolio pelaburan anda.

● Pilih Industri dan Syarikat

Pastikan industri yang dipilih mempunyai prestasi yang baik dan rekod kewangan yang baik seperti Fast Moving Consumer Goods (FMCG).

● Kaji Prestasi Kewangan Syarikat Yang Dipilih

Kaji prestasi kewangan syarikat tersebut dengan menilai penyata kewangan selama 5 tahun yang terkini, anda boleh menilai konsistensi perjalanan dan strategi syarikat tersebut. Selain itu pastikan syarikat yang anda pilih mempunyai strategi seiring dengan teknologi yang membangun pesat.

● Lihat Risiko Dahulu

Sebelum melakukan pelaburan dan memikirkan keuntungan, adalah lebih baik mengkaji berapa kesanggupan anda untuk menanggung kerugian. Lakukan kajian menyeluruh terhadap syarikat yang anda pilih seperti berapa lama beroperasi, kekuatan syarikat, dividen yang pernah dibayar dan jumlah untung rugi yang dijana.

● Bandingkan Syarikat Yang Dipilih Dengan Syarikat Lain Dari Industri Yang Sama

Lihat volume saham dan transaksi saham itu sendiri, adakah pengarahnya juga membeli sahamnya sendiri. Adakah prestasi syarikat itu lebih baik dari pesaingnya?

● Tentukan Portfolio dan Jangkamasa Pelaburan Anda

Biasanya satu portfolio pelaburan saham memerlukan 5 tahun secara purata untuk mengurangkan risiko krisis ekonomi dan kejatuhan pasaran mendadak. Ambil tahu perkembangan semasa dan apakah peluang serta risiko di sebalik keadaan yang berlaku

Kesimpulan

Ringkasnya untuk memulakan pelaburan saham dengan membeli saham di Bursa Saham Malaysia adalah satu rancangan pelaburan yang baik namun kaedahnya dan kosnya tidak terlalu mesra semua tingkat individu. Jadi ada alternatif yang lebih mesra pelabur baru dan memerlukan kos yang rendah seperti Mitrade. Jika anda berhajat untuk memulakan langkah pelaburan saham. Lakukan Sekarang. Jangan Berlengah lagi kerana mungkin ini ialah jalan pintas anda untuk menjadi kaya!


Bagikan Artikel