6 Screener Saham Terbaik 2022 (Percuma & Berbayar)

Salah satu perkara yang paling sukar dan mengambil masa dalam dagangan ialah mencari saham yang berbaloi untuk didagangkan pada awalnya. Jika anda ingin mengetahui kualiti saham tanpa membazirkan waktu mencari ciri keselamatan yang betul, anda mungkin ingin mengkaji bagaimana menggunakan screener saham.

Ini adalah panduan dan kami gabungkan dalam satu senarai aplikasi screener saham untuk pemula, jom kita mulakan.

1. TradingView – Screener Saham Terbaik Untuk Pelaburan Global 

TradingView adalah salah satu skrin saham terbaik di pasaran. Buat masa ini mereka mempunyai lebih daripada 30 juta pedagang dan pelabur yang menggunakan platfom ini

TradingView adalah berasaskan carta laman sesawang dan perisian skrin yang menyediakan ratusan tapisan yang telah ditentukan berdasarkan asas, teknikal dan banyak lagi dimana ia membenarkan pedagang untuk menyediakan senarai lengkap saham yang sesuai.

Terdapat 3 jenis langganan berbayar untuk dipilih, yang menjadi perbezaan utama ialah jumlah matriks dan transaksi tersedia seperti berikut : 

  • Edisi Profesional –  $14.95 sebulan
  • Pro+ –  $29.95 Sebulan
  • Premium –  $59.95 sebulan

Juga terdapat 30 hari tempoh bercubaan percuma dimana anda boleh membiasakan diri dengan platform dengan menggunakan akaun asas secara percuma sebelum memilih pelan berbayar

TradingView adalah terbaik untuk pedagang saham yang ingin mempunyai akses untuk program carta terbaik dan hubungan langsung dengan broker. Ia juga pilihan yang baik jika anda ingin mengakses julat yang luas dalam pasaran kewangan – saham, hadapan,bon,forex dan matawang kripto. Terakhir adalah komuniti sosial yang unik menjadikan ianya ideal untuk para pedagang yang ingin mendapatkan idea dagangan daripada pedagang lain.

Kelebihan dan Kekurangan

  • 30 hari percuma
  • Keupayaan carta yang luas
  • Keupayaan memilih saham global
  • Komuniti pelaburan yang kuat
  • Makluman yang berkuasa, fleksibel dan mudah digunakan.
  • Versi percuma mempunyai fungsi yang terhad
  • Sokongan pelanggan yang kurang memuaskan berbanding industri biasa
  • Sokongan broker yang sangat terhad
  • Tidak tersedia secara luar talian.

2. Investing.comScreener Saham Terbaik

Investing.com dianggap sebagai laman sesawang kewangan paling popular di dunia. Ia menyediakan banyak maklumat dan alatan yang percuma. Dengan menggunakan salah satu aplikasi saham terbaik, anda akan mendapat akses kepada data yang banyak dalam pasaran dunia dan kelas aset yang pelbagai, kalendar acara ekonomi dan garis masa, analisis secara mendalam dan insight.

Investing.com menawarkan sebutan masa yang sebenar dan makluman, carta streaming, berita kewangan, data pasaran saham sebenar dan banyak lagi. Ia juga menawarkan kalendar, kalkulator, insight kalendar kewangan dan akses percuma kepada alatan pasaran kewangan, namun dibandingkan dengan TradingView, pilihannya lebih terhad, tetapi dengan asas dan teknikal biasa untuk dipilih. Contohnya tiada standard untuk purata pergerakan, salah satu teknikal biasa indikator analisis.

Langganan Investing Pro juga memberikan anda pengalaman percuma, apabila anda melanggan InvestingPro, anda boleh memilih membayar secara bulanan atau tahunan. Anda boleh bermula secara bulanan dahulu sebelum bertukar kepada tahunan.

  • 2 Tahun-  $4.49/sebulan
  • Setahun-  $5.99/sebulan
  • Bulanan –  $7.49/sebulan

Investing.com adalah platform yang sangat terbaik yang membenarkan pengguna menganalisa secara lancar mana-mana saham di mana-mana negara. Untuk kebanyakan pelabur runcit, versi percuma sudah mencukupi. Iklan yang kerap boleh diabaikan untuk pada tahap tertentu jika anda tidak terlibat dalam mana-mana analisis atau penyelidikan yang lengkap. Tetapi jika anda inginkan pengalaman tanpa sebarang gangguan, barulah anda boleg mempertimbangkan langganan tahunan yang “bebas iklan” untuk menggunakan hampir keseluruhan platform.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Kebanyakan maklumat dan fungsi tersedia secara percuma untuk semua pengguna tanpa pendaftaran
  • 7 Hari percubaan percuma
  • Statistik sebut harga masa sebenar 300,000 aset dagangan.
  • Sebutan dan kemaskini indikator teknikal tidak sentiasa tepat dan mengikuti masa
  • Keboleh skalaan carta sebutan agak lecehIklan yang kerap muncul secara pop up
  • Sukar untuk pemula

3. ShareInvestor

Diasaskan pada 1999. ShareInvestor ialah syarikat media dan teknologi yang memfokuskan kewangan yang beroperasi di 5 buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia.

Ia menyediakan peruncit dan pelabur institusi dengan harga saham sebenar, intraday dan carta sejarah, Dow Jones dan AFX newswires, dan banyak lagi ciri-ciri yang sofisfikated dalam langganan asas, menetapkan amaran harga dan akan memberi notifikasi amaran apabila pencetus anda berlaku.

Ia bukanlah laman percuma, anda perlu melanggan. Versi di Malaysia ialah RM 15 sebulan, Versi Global ialah RM 50 sebulan. Jika anda hanya memuat turun data, langganan sebulan sahaja lebih baik atau menggunakan 9 hari percubaab percuma.

Ciri-Ciri Utama

  • Boleh disesuaikan sepenuhnya pengikut keperluan anda
  • Fleksibel dan berkuasa dalam penyelesaian carta
  • Tapisan
  • Pandangan Dalaman
  • Akses pelbagai platform
  • Kemaskini paling terkini dan cepat

Kelebihan dan Kekurangan

  • Kemaskini harga sebenarMakluman perubahan harga
  • Menyediakan skrin asas untuk fundamental dan aspek teknikal
  • Menyediakan sistem penjejak portfolio
  • Aplikasi dan laman sesawang nampak tidak dikemaskini
  • Rekabentu aplikasi dan laman sesawang kelihatan lama
  • Data tidak menyeluruh
  • Data inventori lambat 10 minit

4. KLSE Screener

Tapisan The KLSE adalah tapisan terbaik untuk Bursa Malaysia. Skrin ini menyediakan semua maklumat yang ada berkenaan analisis saham tertentu. Termasuk harga saham – nisbah janaan, sejarah harga, sejarah pembayaran dividen, pengumuman syarikat, berita, ulasan, analisa dan lain-lain.

Sebarang kemaskini berkaitan laporan kewangan dan kelayakan seperti bayaran dividen atau isu bonus boleh dilihat melalui skrin KLSE.

Sebagai tambahan dalam skrin saham, Skrin KLSE juga menyediakan analisis saham, kemaskini pasaran, ekuiti terbaru dan keputusan suku akhir. Aplikasi ini adalah percuma. Ia membuat duit hanya dengan iklan.

Ciri-ciri utama Skrin KLSE termasuk : 

  • Tapisan
  • Senarai pantauan
  • Portfolio untung rugi
  • Maklumat Harga
  • Harga Sasaran
  • Berita Pasaran
  • Sejarah Carta/harga baru-baru ini
  • Laporan kewangan
  • Fundamental ekuiti
  • Kalkulator Yuran

Kelebihan dan Kekurangan

  • Kemaskini carta interaktif laju 10 saat
  • Laman sesawang dan aplikasi mesra pengguna
  • Boleh membuat tapisan menggunakan metriks syarikat asas.
  • Pengalaman berkala untuk sebutharga yang tertangguh dan pelayan internet terputus
  • Data tidak komprehensif
  • Kerap gangguan iklan

5. iSaham Screener

iSaham ialah syarikat teknologi yang diasaskan pada 2017 dengan visi untuk membantu orang lain melabur dengan lebih baik. iSaham selalu terkedepan dalam menyediakan pelabur dan pedagang dengan skrin saham premium dengan percuma dan berkuasa, kategori  pelaburan bersandarkan penyelidikan dan pusat sehenti utama untuk membuat pemakluman keputusan pelaburan 

iSaham menawarkan fundamental kepada fundamental yang lebih maju dengan kurses analisis teknikal,analisis sentimen berita dan ciri-ciri unik termasuk skrin saham, skrin industri, iScanner, binaan  portfolio dan e-book serta lain-lain.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Sertai kumpulan komuniti dengan yuran yang kecilTerdapat blog pendidikan untuk pemula.
  • Analisis berdasarkan pasaran Malaysia sahajaHarga langganan yang mahal

6. Mitrade

Mitrade ialah broker CFD di Australia, menyediakan pelbagai produk pelaburan seperti saham A.S, saham Australia, Tukaran matawang,indeks,emas dan minyak mentah lain-lain dengan yuran pengendalian rendah, sesuai untuk pelabur yang ingin membeli saham secara kerap. Buat masa ini ia telah mengumpulkan jutaan pengguna diseluruh dunia

Mitrade mempunyai skrin saham yang berkuasa dan membenarkan pengguna untuk membuat tapisan saham menggunakan siri indikator tidak tetap seperti harga, permodalan pasaran, hasil dividen dan jumlah indikator teknikal yang meluar seperti RSI dan MACD.

Pelabur boleh memperolehi harga masa sebenar, berita masa terkini, kalendae ekonomi,ringkasan mingguan, analisis pasaran ekslusif dan pelbagai maklumat melalui Mitrade carta analisi dan keputusan pelaburan. Kebanyakan fungsi boleh digunakan secara percuma tanpa pendaftaran.

Ciri-Ciri Utama Mitrade

  • Menyediakan indikator teknikal yang berkuasa 
  • 11 carta masa tersedia
  • Sambung memilih senarai tanpa pendaftaran
  • Menyediakan peringatan amaran pasaran

Mengapa Berdagang dengan  Mitrade

  • Satu akaun untuk melabur dalan saham A.S, tukaran matawang, indeks, emas,minyak mentah dan komoditi lain
  • Labur $50 untuk saham Amerika dan buka akaun dalam 30 saat
  • Tiada yuran transaksi, tiada yuran pengurusan.
  • Dagang ratusan saham AS dan Australia dengan 0 komisen
  • Demo akaun dengan 50,000 pengalaman berharga
  • Permukaan yang mudah dan senang digunakan

FAQ

1. Apakah itu Screener Saham?

Skrin saham adalah alatan pencarian yang membenarkan pelabur untuk mencari saham yang menepati ciri ciri spesifik berdasarkan permodalan pasaran,nisbah penjanaan harga dan lain-lain. Tidak semua skrin saham sama, sesetengah nya hanya tersedia secara percuma pada site broker sementara pengguna perlu melanggan.

Pelabur menentukan beberapa kriteria untuk menapis berdasarkan keperluan individu. Setiap pedagang memilih kriteria yang berbeza.

Fundamental pelabur atau pedagang boleh dipilih daripada nisbah PE,Cap pasaran, EPS, Dividen,hasil Dividen,ROI, Volume purata dagangan, 52 minggu peratus perubahan harga dan banyak lagi.

Pedagang yang lebih suka teknikal analisa mungkin boleh menapis keluar peluang pelaburan berdasarkan indikator teknikal seperti Indeks Kekuatan Relatif, Purata Pergerakan, Penumpuan Pergerakan Purata, Indeks Purata Terarah dan lain lain.

2. Kelebihan Menggunakan Screener Saham

Beberapa kelebihan menggunakan skrin saham termasuk :

  • Menjimatkan masa semasa menyelidik kualiti keselamatan untuk melabur.
  • Membolehkan untuk menapis menggunakan kriteria sendiri
  • Menyingkirkan bias psikologi dan perbuatan
  • Meneroka peluang baru yang anda tidak pernah dengar sekalipun
  • Mudah bandingkan dengan kontra saham dalam industri yang sama
  • Menyediakan dengan jelas dan data yang tepat
  • Membolehkan anda untuk mengendalikan penyelidikan sendiri dan kawal dengan lebih baik pemilihan saham sendiri.
Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan