Apa Itu Bitcoin? Inilah Semua Persoalan Mengenai Bitcoin.

Bitcoin adalah matawang virtual yang agak popular diseluruh dunia. Jadi apa itu Bitcoin? Mengapa kebanyakan orang tergesa-gesa untuk melabur dalam Bitcoin? Apa yang membuatkan Bitcoin sangat menarik? Artikel kali ini akan membantu anda menjawab segala persoalan diatas dan menyediakan semua maklumat yang perlu anda ketahui mengenai Bitcoin dan pelaburan Bitcoin. Jom teruskan bacaan anda.

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah satu matawang kripto digital yang mempunyai penghantaran dari satu titik ke titik yang lain. Konsep asal Bitcoin di cadangkan oleh Satoshi Nakamoto pada 1 November 2008, dan lahir secara rasminya pada 3 Januari 2009. Menyedari kelemahan yang wujud dalam infrastruktur perbankan tradisional, Bitcoin wujud untuk mengatasi kekurangan tersebut.

Matawang virtual ini boleh ditukar secara langsung menggunakan alatan peranti sambungan internet tanpa perlu melalui institusi kewangan sebagai pengantara. Dengan ciri -ciri istimewa seperti tanpa nama dan tanpa yuran, lebih ramaii yang menaruh kepercayaan dan menerimanya.

Bagaimana Cara Bitcoin Bekerja?

Umumnya setiap Bitcoin adalah sebual fail komputer, yang tersimpan didalam dompet Bitcoin di telefon pintar atau komputer, orang akan menerima, menyimpan dan menghantar bitcoin melalui dompet bitcoin di dalam komputer atau aplikasi telefon.

Setiap transaksi adalah direkodkan didalam senarai awam yang dipanggil rantaian blok. Ini membuatkan ia boleh di kesan dalam sejarah bitcoin untuk menghentikan orang daripada menghabiskan koin yang tidak dimiliki oleh mereka, menyalin atau menterbalikkan transaksi.

Melalui pertukaran seluruh dunia, manusia boleh membeli dan menjual bitcoin secara bebas untuk menukarkan kepada duit sebenar, atau membayar barangan secara luar talian atau perkhidmatan dengan hanya mengimbas kod atau kaedah lain.

Berapa Banyak Bitcoin Secara Keseluruhan?

Jumlah keseluruhan Bitcoin (BTC) adalah 21,000,000, jumlah ini adalah tetap dan tiada orang yang boleh mengubahnya sama ada secara bertambah atau berkurang. Dalam pada artikel ini ditulis, dalam 21 juta ini, 17,200,425 BTC telahpun digali dan didagangkan di pasaran serta lebih dari 3 juta BTC masih belum digali.

Unit Bitcoin (BTC)

Seperti matawang tradisional yang lain, bitcoin juga mempunyai unit tersendiri. Unit terkecil dalam Bitcoin dikenali sebagai Satoshi Nakamoto sempena nama pengasasnya.

Dikira pada kadar tukaran 1 BTC = 100,000,000 Satoshi. Iaitu 1 Satoshi = 0.00000001 BTC

Apakah Kegunaan Bitcoin?

Pada awalnya, bitcoin dilihat sebagai kaedah secara langsung, murah dan pembayaran merentasi sempadan. Bagaimanapun, apabila penggunaanya bertambah, manusia dari seluruh dunia dalam industri yang berbeza beransur-ansur menemui kegunaan khas untun Bitcoin. Aplikasi ini termasuklah “

  • Membayar untuk pembelian harian
  • Menyumbang kepada kebajikan dan inisiatif pengumpulan dana
  • Perlindungan Aset
  • Menghantar duit masuk dan keluar negara
  • Hadiah untuk rakan-rakan dan keluarga
  • Gerbang pembayaran E-dagang
  • Cara untuk menghasilkan duit
  • Anda boleh melakukan semuanya hanya dengan beberapa klik pada dompet bitcoin anda di telefon pada bila-bila masa dimana sahaja.

Sejarah Harga Bitcoin

Sejak diperkenalkan pada 2009, Bitcoin mempunyai 5 kemuncak harga yang penting. Setakat ini matawang kripto ini telah mencapai rekod tertinggi iaitu $ 64,000. Anda boleh melihat sejarah harga bitcoin di Mitrade.

4 Lambungan dalam Sejarah Harga Bitcoin

MasaHargaKenaikan
2011.06.0831.906280%
2013.11.301177.193590%
2017.12.1719764.511579%
2021.04.1464846.90228%

Harga Bitcoin Hari ini

Pada waktu artikel ini ditulis, harga langsung bitcoin hari ini ialah $23,363.44 per (BTC/USD( dengan  harga semasa had pasaran ialah $ 446.20B. Dagangan 24 jam bervolume pada $48.02B USD. BTC kepada harga USD dikemaskini secara waktu sebenar. Bitcoin telah naik hingga 6.63% dalam masa 24 jam lalu. Ia telah beredar pada $19.1 juta.

Adakah Bitcoin Sah Di Malaysia?

Buat masa ini di Malaysia, Bitcoin (matawang digital) belum di sahkan sebagai tender sah di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak menyelia transaksi bitcoin, jadi bitcoin tidak dilindungi secara undang-undang. Tapi ia tidak bermakna ianya haram disisi undang, buat masa ini tiada undang-undang yang menghalang pertukaran atau kegunaan matawang kripto di Malaysia. Anda boleh membeli dan menjual matawang virtual ini untuk tujuan pelaburan.

Dalam masa artikel ini ditulis, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) telah meluluskan pembelian dan penjualan 5 matawang kripto ini di Malaysia. 

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Litecoin
  • Ripple
  • Bitcoin Cash

Jenis Pelaburan Bitcoin Yang Popular 

  1. Carigali Bitcoin – Proses mengesahkan transaksi dan membuat koin baru untuk menghalang transaksi penipuan dan mengelakkan “penggunaan berganda”, dimana ia merujuk kepada penggunaan bitcoin yang sama berulang kali. Penggali menyediakan algotritma untuk rangkaian bitcoin dalam tukaran untuk memberi peluang menghasilkan ganjaran bitcoin.
  2. Beli dan Pegang untuk jangkamasa yang lama – Untuk pelaburan jenis ini, anda tidak berdagang tetapi membeli sejumlah harga BTC. Kemudian menyimpan duit didalam dompet dan menunggu untuk masa yang panjang bagi menjual bitcoin dan menghasilkan keuntungan. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk bermain bitcoin pada sesiapa yang baru memulakan dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam matawang ini.
  3. Dagang Bitcoin – Harga berubah yang kerap menyediakan pedagang dengan peluang keuntungan yang banyak. Ada 2 jenis utama dagangan Bitcoin ialah : dagangan derivaties dan dagangan spot.

Dagangan derivatives melibatkan pedagang membuat spekulasi terhadap harga masa hadapan bitcoin tanpa memiliki bitcoin sebenar. Sebaliknya mereka hanya memiliki kontrak yang memberikan kesan keatas harga bitcoin.

Dagangan Spot terdiri daripada pedagang yang memiliki, menjual dan membeli bitcoin sendiri. Seperti namanya, transaksi akan selesai pada tapak itu sendiri.

Di Mitrade, anda boleh berdagang BTCUSD kontrak derivatives dengan 100x leveraj.

Tiada akaun tukaran atau dompet bitcoin: Tidak seperti dagangan asas bitcoin, anda tidak perlu membuka akaun dagangan atau dompet bitcoin untuk memegang pembelian bitcoin anda. Bermaksud ia tidak memerlukan kelulusan untuk tukaran, tidak perlu bimbang mengenai keselamatan dompet anda, dan tiada yuran apabila anda ingin mengeluarkan dana anda dikemudian hari.

Bagaimana Untuk Memulakan Dagangan Di Mitrade

Sentiasa menginginkan untuk terlibat dalam bitcoin tetapi risau dengan kerumitannya?

Mitrade menjadikan ianya mudah untuk bermula.

  1. Daftar akaun di web, iOS atau android dan sahkan identiti anda serta buat profil.
  2. Depositkan wang dan pilih kaedah pembayaran anda (seperti pindahan bank atau kredit kad) untuk menambah wang kedalam akaun anda
  3. Mulakan dagangan Mitrade dan jadikan matawang kripto mudah dan selamat. Kini hanya dengan 50 anda boleh mendapatkan Bitcoin dan Ethereum, Dogecoin dan lebih lagi dengan Mitrade

Kelebihan Bitcoin

Dengan kemunculan matawang kripto Bitcoin sebagai sesuatu signifikan yang hebat, membawa kepada titik perubahan dalam bentuk pembayaran wang elektronik, dan mempunyai kelebihan yang cemerlang berbanding dengan matawang lain. Berikut adalah kelebihan yang dibawa :

Pembayaran Peer-to-Peer – Pambayaran sistem bitcoin adalah sepenuhnya secara peer-to-peer, bermakna pengguna boleh menghantar dan menerima bayaran daripada sesiapa sahaja dalam dunia tanpa memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa atau sumber luar.

Kos Transaksi Rendah – Pengguna bitcoin tidak tertakluk kepada yuran perbankan tradisional berkaitan dengan matawang fiat. Ini bermakna tiada penyelenggaraan akaun atau yuran baki minimum, tiada yuran overdraf dan tiada pengembalian yuran deposit.

Keselamatan dan Ketelusan Transaksi – Jika dibandingkan dengan matawang tradisional, transaksi bitcoin lenih selamat, telus dan anti pemalsuan. Bitcoin menerima pakai enkripted algoritma dan semua transaksi direkodkan didalam lejar edaran awam global yang dipanggil rantaian blok, dimana ia tidak boleh dijejak dan dipalsukan. Semua transaksi bitcoin direkodkan.

Tiada Inflasi – Dengan had 21 juta, bitcoin adalah lindung nilai inflasi yang berkesan disebabkan oleh bekalan yang terhad dan tidak berpusat. Faktor tersebut membawa kepada kekurangan dan daya tahan.

Kelemahan Bitcoin

Bitcoin juga mempunyai kelemahan yang wujud dan risiko yang menjadikan ianya tidak sesuai untuk kebanyakan pelabur dan pengguna, berikut adalah beberapa kelemahan Bitcoin :

Kurang Peraturan Kerajaan – Status sah bitcoin di dalam pelbagai negara masih samar-samar, dengan sedikit sokongan kerajaan, transaksi dan penggunaan bitcoin sedangkan banyak negara mengharamkan dan melarang bitcoin.

Turun Naik Yang Tidak Diramalkan – Harga bitcoin boleh menjadi sangat tidak dapat diramalkan. Perubahan secara drmatik lebib sebulan atau pun sehari, pelabur boleh kehilangan jumlah yang besar dalam tempoh masa yang pendek.

Jenayah dan Penggodaman Berleluasa – Bitcoin tidak dikawal selia oleh mana-mana negara dan penjenayah menggunakan ia untuk penggubahan wang haram dengan membeli dan menjual senjata dan barangan terlarang. Jika anda menyimpan BTC anda didalam tukaran atau dompet, terdapat kemungkinan ianya akan digodam atau dicuri.

Ketidakterbalikan Transaksi –  Transaksi yang dibuat melalui bitcoin adalah tidak boleh diterbalikkan dan akhir, jadi tiada apa yang boleh dilakukan jika jumlahnya salah atau penerimanya salah.

Penerimaan yang Terhad – Sementara bitcoin dan beberapa matawang kripto yang lain kini diterima oleh banyak platform pembayaran, tempat dimana matawang kripto boleh ditukarkan untuk barangan sebenar atau perkhidmatan masih sangat terhad.

Apakah Faktor Yang Memberi Kesan Terhadap Harga Bitcoin

Bitcoin digunakan secara meluas sebagai matawang digital tidak berpusat dan boleh  disampaikan dengan pulangan yang tinggi disebabkan oleh turun naik yang ekstrem, tetapi nilainya boleh terjejas dengan beberapa faktor :

Penawaran Dan Permintaan Bitcoin – Jumlah pembeli bitcoin menetukan permintaan dalam pasaran untuk bitcoin. Apabila pembeli membeli bitcoin, harganya akan naik secara automatik disebabkan oleh permintaan.

Diterima Pakai Oleh Pengguna – Salah satu faktor yang memberikan kesan kepada harga Bitcoin adalah penerimaan nilai aset oleh pengguna. Apabila matawang menjadi popular, ia boleh membawa kepada harga yang tinggi dan berlakunya harga. Sebaliknya apabila permintaan jatuh, ia menyebabkan harganya turut jatuh.

Liputan Media – Liputan media yang positif mengenai bitcoin boleh mendorong kepada peningkatan harga, sementara liputan yang negatif membawa kepada sebaliknya.

Jumlah Matawang Kripto Yang Bersaing dengan Bitcoin – BTC berdepan dengan pesaing daripada altcoin seperti Ethereum (ETH) dan meme coins seperti Dogecoin (DOGE), membuat kepelbagaian portfolio menarik minat pelabur.

Pengawalan Selia Kerajaan – Kawalan Selia adalah salah satu faktor yang memberi kesan kepada harga bitcoin, reaksi peraturan boleh menyebabkan nilai bitcoin jatuh atau naik.

Ganjaran Bitcoin Berkurangan Separuh – Jumlah tetap bitcoin ialah 21 juta, dalam pada memperlahankan pencari galian bitcoin, peristiwa yang digelar pebagai pengurangan separuh bitcoin terjadi setiap 4 tahun untuk menyeragamkan bekalan dan permintaan bitcoin, dan jika bekalan berkurangan, permintaan meningkat maka harga bitcoin akan melonjak naik.

Kesimpulan

Melalui artikel ini, kami telah memperkenalkan kepada anda apa itu Bitcoin dan menyediakan semua maklumat terperinci mengenai Bitcoin, jika anda tidak melabur didalam coin ini, pengetahuan diatas cukup untuk anda. Bagi yang ingin melabur didalam matawang, sudah tentu anda perlu belajar lebih lagi dan jika anda merasakan artikel ini berguna dan mempunyai sebarang soalan. Sila tinggalkan komen anda dibawah dan saya akan membantu anda secepat mungkin.

Moga berjaya dalam pelaburan anda.

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan