Public Gold Penipu? Adakah Selamat Untuk Melabur Wang?

Adakah Public Gold penipu? Dengan harga emas Public Gold hari ini yang tinggi, anda mungkin ingin melabur wang dengan Public Gold Malaysia. Walau bagaimana pun, anda mungkin risau tentang keselamatan wang anda apa bila melabur dengan Public Gold Malaysia.

Di dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan informasi yang kami ketahui tentang Public Gold Malaysia dan anda dapat membuat keputusan jika Public Gold penipu.

Apa itu Public Gold? Latar Belakang Public Gold.

Jika anda ingin melabur dan menambah pendapatan anda secara pasif, anda mungkin pernah terfikir untuk melabur di dalam emas logam. Emas telah menjadi salah satu aset mewah sejak dahulu kala lagi, jadi tidak hairanlah cara menyimpan emas sangat popular.

Di sebabkan itu, wujudlah syarikat-syarikat berkaitan pelaburan emas. Begitu juga dengan Public Gold Malaysia. Public Gold Malaysia telah di tubuhkan lebih dari 10 tahun lalu, iaitu pada 23 Mei 2008. Public Gold mempunyai 17 cawangan di hampir setiap negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Headquarters untuk Public Gold pula terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Public Gold tidak hanya terdapat di Malaysia. Syarikat emas ini turut membuka cawangan di negara Asean yang lain seperti di Jakarta, Indonesia. Public Gold turut mempunyai pelanggan dan penyimpan emas dari Singapura dan Brunei.

Jenis Emas Public Gold

Public Gold menawarkan 2 jenis emas tulen berketulenan 999.9 (fine gold), iaitu Nadir Metal Rafineri dan BungaMas. Jenis emas tersebut di bahagi 2 oleh kerana ianya di keluarkan oleh 2 kilang berbeza, iaitu Nadir Metal Rafineri di keluarkan di Turki dan emas BungaMas di keluarkan dari kilang di Pulau Pinang. 

Menariknya, syarkat emas Nadir Metal Rafineri merupakan syarikat terbesar di Turki dan salah satu ahli London Bullion Market Association (LBMA). Hanya ada 143 buah syarikat yang di beri dan memiliki pengiktirafan ini. 

Sijil Emas

Jika anda menyimpan emas tulen, anda akan di berikan sijil emas khas yang memperakui bahawa anda merupakan pemilik emas tersebut. Dengan sijil ini, ianya penting untuk anda memperakui keaslian emas tersebut dan jika anda ini bercadang untuk menjual emas atau memajak emas tersebut pada masa akan datang.

Kerjasama Bersama Syarikat Terkemuka.

Public Gold Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa nama syarikat terkemuka di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Ini kerana Public Gold telah memberikan satu impresi yang baik di dalam perniagaan syarikat emas tempatan dan juga global. 

Kerjasama Dengan Pos Malaysia

Pos Malaysia, iaitu merupakan salah satu syarikat perkhidmatan pos terbesar di Malaysia, telah mula bekerjasama dengan Public Gold pada tahun 2015. Kerjasama ini telah di siarkan di dalam surat khabar Harian Metro, bertarikh 26 November 2015. Public Gold telah bekerjasama dengan salah satu cabang syarikat besar Pos Malaysia, iaitu Pos ArRahnu. Pos ArRahnu boleh menerima gadaian emas keluaran Public Gold tanpa perlu membuka seal untuk menguji ketulenannya.

Dengan termeterainya kerjasama kedua-dua syarikat ini, emas keluaran Public Gold akan mula di jual di Pos ArRahnu di seluruh Malaysia. Selain itu, antara impak dari pada kerjasama ini, syarikat Public Gold Malaysia telah mengeluarkan beberapa keluaran edisi terhad termasuk jongkong emas edisi terhad iaitu jongkong emas yang mempunyai design khas Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) XV dan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 dan Ke-7. Di Malaysia, sesebuah syarikat tidak boleh menggunakan gambar Agong atau Sultan tanpa kebenaran dan lesen. Jika Public Gold mengeluarkan jongkong emas edisi terhad Sultan Malaysia, ini sudah tentunya syarikat ini boleh di percayai.

Kerjasama Dengan Aurora Italia dan Swarovski 

Public Gold turut memfokuskan barang kemas eksklusif dan elegen berketulenan 750 (18k) dinamakan sebagai Aurora Italia. Ini membuatkan jenama barang kemas ini setanding dengan barang kemas jenama luar negara mewah seperti Pandora. 

Pada 12 Disember 2019 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, sebuah kerjasama termeterai dengan salah satu syarikat batu permata terkenal di dunia, iaitu Swarovski, sebuah syarikat batu permata berpusat di Austria. 

Aurora Italia mempunyai beberapa outlet di Malaysia iaitu di Queensbay Mall (Pulau Pinang), Gurney Plaza (Pulau Pinang), Midvalley Megamall (Kuala Lumpur) dan Suria Sabah Shopping Mall (Sabah). 

Public Gold Di Senarai Alert List oleh Bank Negara Malaysia

Walau pun syarikat Public Gold mendakwa bahawa perniagaan mereka bersih dari segala unsur scam atau aktiviti yang salah dari sisi undang-undang, namun mereka pernah di senarai Alert List oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 Ogos 2012. Ini kerana pihak BNM menerima aduan dari pelabur bahawa Public Gold penipu dan salah di sisi perundangan.

Di sebabkan oleh isu Alert List oleh BNM yang boleh memberikan impak negatif kepada perniagaan mereka, pengasas Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng bersama Managing Director PG, En. Syukor Hashim, telah bersemuka dengan pihak Bank Negara Malaysia. Melalui perjumpaan ini, syarikat Public Gold telah membentangkan modus operasi perniagaan mereka kepada BNM, beserta dengan dokumen-dokumen yang di perlukan. 

Setelah siasatan di lakukan dan di periksa, Public Gold telah bebas dan bersih dari tuduhan sebagai syarikat skim cepat kaya. Ini kerana, Public Gold hanya sebuah perniagaan yang menjual emas fizikal yang tulen, tanpa melibatkan komisen seperti syarikat skim cepat kaya yang lain.

Laporan Skim Cepat Kaya oleh Berita Harian

Pada 1 Oktober 2014, surat khabar Berita Harian telah menyenaraikan Public Gold sebagai salah satu dari 10 skim pelaburan cepat kaya. Laporan yang salah ini boleh membuatkan perniagaan Public Gold jatuh dan pelanggan akan lari begitu sahaja. Ini kerana Berita Harian merupakan salah satu surat khabar terkemuka di Malaysia, dan kenyataan yang salah boleh merugikan syarikat Public Gold Malaysia! 

Untuk membersihkan semula nama syarikat yang telah tercalar, pihak Public Gold telah membuat keputusan untuk menyaman Berita Harian sebanyak RM50 Juta. Jumlah tuntutan ganti rugi ini di lakukan setelah mengambil kira jualan tahunan Public Gold, dan jumlah cawangan yang beroperasi serta jumlah pelanggan yang berdaftar.

Pada keesokan harinya, 2 Oktober, pihak Berita Harian telah membetulkan kembali kenyataan mereka di artikel yang baharu di surat khabar. 

Public Gold Menerima Sijil Patuh Syariah

Sebagai seorang pelabur Muslim, sudah tentunya pelaburan yang mematuhi syariah amat di titik beratkan. Oleh itu, pihak Public Gold Malaysia telah menjadi syarikat pelaburan yang sah dan mematuhi peraturan Islam serta berlandaskan hukum syarak. Public Gold menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia.

Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP)

Public Gold menawarkan program menabung emas fizikal pertama di Asia, iaitu melalui program Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan orang ramai atau pelabur pemula untuk menyimpan emas atau mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimum RM100 sahaja. Emas yang di labur adalah emas berketulenan 999.9 atau 24 Karat. 

Caranya adalah dengan  pelaburan di lakukan secara sedikit demi sedikit, dan emas yang telah berjaya di kumpul dalam akaun GAP akhirnya boleh di keluarkan dalam bentuk gold bar atau emas dinar. Jika pelabur ingin mengeluarkan emas fizikal, ia boleh diambil pada bila-bila masa di cawangan Public Gold atau boleh di poskan ke rumah.

Salah satu kelebihan akaun GAP, setiap transaksi membeli dan menambah belian emas dengan harga semasa boleh di lakukan secara online 24 jam sehari, 7 har seminggu, pada bila-bila masa sahaja. Ini amat menjimatkan kerana tidak melibatkan memerlukan kos-kos tambahan seperti kos pengangkutan minyak serta menjimatkan masa. Transaksi ini di lakukan menerusi perbankan online FPX.

Selain itu, penyimpanan emas ke dalam akaun GAP adalah secara percuma, tanpa di kenakan sebarang yuran seperti yuran penyimpanan untuk sepanjang hayat. Kesemua jenis emas yang di simpan di peti simpanan, 999.9 dan 24 Karat, di lindungi oleh insurans. Ini suatu langkah yang baik untuk pelabur jika sekiranya terjadi apa-apa insiden yang tidak diingini kepada syarikat Public Gold. 

Harga Emas Public Gold Hari Ini

Harga emas Public Gold hari ini berubah setiap hari dan di kemaskini setiap 20 minit. Kemaskini harga boleh di dapati di laman web rasmi Public Gold.

Berikut adalah harga emas Gold Bar/Dinar 24K semasa artikel ini di tulis:

KAB Gold vs Public Gold

KAB Gold dan Public Gold menawarkan urus niaga jual beli emas. Sini kami senaraikan perbandingan di antara kedua-dua syarikat emas ini.

Syarikat EmasKAB GoldPublic Gold
Jenis Aset Jual BeliEmas 24KEmas 24K, Perak dan Barang Kemas
Emas TersediaHanya emas readystock.Boleh beli tanpa had, tetapi bergantung stok.
Jenis Emas Fizikal0.5g, 1g, 5g, 10g, 50g, 100g, 0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g, 0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar
Jenis Akaun Simpanan EmasAkaun Uncang EmasAkaun GAP
Belian MinimumSerendah 0.25 untuk Uncang EmasMinima RM100 untuk Akaun Gap

Kesimpulan

Public Gold Malaysia telah lama bertapak di Malaysia, dan sudah tentunya menjadi salah satu pilihan tempat jual beli emas di Malaysia. Walau pun begitu, Public Gold juga tidak terhindar daripada isu-isu seperti skim cepat kaya, namun ianya dinafikan oleh pihak Public Gold Malaysia beserta bukti-bukti.

Menurut anda, setelah membaca informasi di atas, adakah Public Gold Penipu? Bagi kami, Public Gold merupakan syarikat emas Malaysia yang boleh di percayai, namun pada masa yang sama anda juga perlu berwaspada dan hati-hati jika sebaliknya yang berlaku pada masa akan datang. Kami menasihati anda untuk belajar cara untuk melabur emas supaya anda dapat mengelakkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.

Anda Mungkin Suka

Strategi Trading Emas Yang Simple Tapi Untung
Trading Emas Di Malaysia: Panduan Lengap 2022
Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan