5 Platform Dagangan Bitcoin Terkenal Di Malaysia

Tertarik jual beli bitcoin juga? Nak tahu dimana kamu bisa berdagang bitcoin? Dalam artikel ini kita senaraikan 5 platform dagangan bitcoin yang terkenal di Malaysia, dan bagaimana cara memilih platform yang sesuai diri sendiri untuk mulakan berdagang bitcoin, sekira anda menarik, jangan ketinggalan.

Apa Itu Exchange Cryptocurrency (Pertukaran Matawang Kripto)?

Seperti matawang kertas biasa, matawang kripto juga mempunyai pertukaran sendiri yang membenarkan perniagaan perdagangan matawang kripto. Cryptocurrency exchange pula adalah satu platform atas talian yang mana trader dapat menukarkan satu cryptocurrency dengan cryptocurrency yang lain dan menjalankan jual beli aset crypto.

Cryptocurrency pula ialah matawang digital yang bukan difahami oleh semua lapisan masyarakat. Di Malaysia pula, cryptocurrency agak baru dan taboo dalam masyarakat kerana tiada pendedahan yang meluas mengenainya.  

Kepada anda yang biasa mendengar istilah matawang kripto ini pasti anda terbiasa dengan istilah “mining”, “blockchain”, bitcoin yang paling popular. Sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai cryptocurrency dan apa kah Exchange Cryptocurrency.

4 Jenis Cryptocurrency Exchange

Cryptocurrency Exchange Tradisional

Pertukaran saham tradisional dimana ia sama seperti dagangan saham yang lain dimana ada pembeli dan penjual yang berdagang berdasarkan harga pasaran crypto. Jenis platform ini biasanya mengenakan yuran untuk setiap transaksi. Jadi trader boleh berdagang menggunakan mata wang fiat seperti dolar Amerika untuk crypto seperti Bitcoin, Coinbase GDAX (AKA Coinbase Pro) adalah contoh pertukaran jenis ini, seperti juga Kraken.

Broker Cryptocurrency

Exchange ini berdasarkan laman web dimana trade membeli dan menjual cryptpcurrency pada harga yang ditetapkan broker. Pertukaran berlaku antara trader dan broker bukan antara pembeli dan penjual. Biasanya harganya lebih tinggi sedikit daripada yang dilakukan di bursa kerana semua pengurusan dilakukan oleh broker.

Platform Tukaran Langsung

Platform ini menyediakan dagangan secara langsung peer-to-peer antara pembeli dan penjual tanpa orang tengah. Dalam platform ini penjual akan letakkan harga tanpa gunakan harga pasaran tetap dan pembeli akan mencarinya melalui platform ini

Dana Cryptocurrency

Jenis exchange ini diuruskan secara profesional yang mengumpulkan kumpulan aset cryptocurrency yang mana orang awam boleh membeli cryptocurrrency melalui dana ini. Salah satu ialah GBTC. Dana ini membolehkan anda melakukan pelaburan tanpa menyimpan dan membeli cryptocurrency secara langsung namun sebagai pertukarannya anda tidak boleh gunakan crypto dalam dana ini sebagai wang, hanya untuk melabur sahaja.

Ini adalah antara jenis exchange atau platform pertukaran cryptocurrency yang ada dalam pasaran sekarang. Persamaan dengan dagangan saham biasa ialah, saham biasa mempunyai platform untuk berdagang begitu juga dengan cryptocurrency.

5 Platform Dagangan Bitcoin Teratas Di Malaysia

Terdapat banyak platform dagangan bitcoin yang boleh dilihat di laman web, iklan-iklan di media sosial dan media akhbar yang lain. Namun terdapat ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dan disini ada disenaraikan 5 platform dagangan bitcoin yang terkenal di Malaysia berserta ciri-cirinya.

Mitrade- Platform Dagangan Bitcoin Tanpa Bitcoin Wallet

Mitrade- Platform Dagangan Bitcoin Tanpa Bitcoin Wallet

Mitrade ialah broker Australia yang menawarkan perkhidmatan perdagangan forex termasuk dengan alatan kewangan lain yang mana ianya beroperasi menggunakan perbezaan nilai atau dikenali sebagai CFD (Contract For Difference). Beroperasi sepenuhnya secara atas talian dan broker atas talian yang dipercayai dan dikawal selia oleh ASIC iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia. 

Kebiasaannya anda akan ke bursa untuk membuat wallet bitcoin bertujuan menyimpan  Bitcoin anda tapi di Mitrade anda tidak perlu berbuat demikian kerana anda boleh membeli dan menjual bitcoin hanya dengan memuat turun aplikasi Mitrade dan terus membuka akaun.

■ Mudah di gunakan: MESRA PELANGGAN

Menggunakan teknologi cloud, anda boleh masuk paltform dagangan Mitrade dimana-mana sahaja dan permukaan laman web sangat mudah diakses terutamanya untuk trader baru.

 Reputasi: DIPERCAYAI

Oleh kerana keselamatan dana pelanggan sangat penting, semua deposit yang dibuat kepada Mitrade disimpan dalam akaun amanah dan dikawal selia oleh badan berkuasa ASIC Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia.

 Crypto Tersedia: 5 JENIS

Bitcoin (BTCUSD), Bitcoin Cash (BCHUSD), Ethereum (ETHUSD), Litecoin (LTCUSD) dan Ripple XRP (XRPUSD)

 Margin Dagangan: Akaun leverage 200: 1 atau margin 0.5%.

 Pembelian Minimum:Lot mini = $ 50 ($ 10 000 x 0.5%)

 Kaedah Pembayaran: 

Wire transfer, Visa atau Mastercard, Bayaran Atas Talian (Online Banking), Kad ATM ,Bayaran melalui QR Kod.

 Yuran Transaksi:TIADA

Sebagai usaha meminimunkan kos untuk pelanggan, Mitrade tidak mengenakan sebarang bayaran untuk deposit dan pengeluaran kecuali bayaran yang dikenakan oleh pihak ketiga seperti bank perantara yang mana ia bukan didalam kawalan Mitrade

 Ketersediaan Aplikasi Mudah Alih: Mitrade 

Buat pencarian “Mitrade” di App Store atau Google Play Store, atau mengimbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi dan menikmati ciri yang serupa dengan versi berasaskan web.

Pros
  • Permukaan aplikasi dan laman web yang mesra pelanggan dan mudah digunakan
  • Mematuhi KYC yang ketat dan wang anda selamat dengan sistem keselamatan kami serta pantauan badan berkuasa.
  • Berdagang Bitcoin walaupun pasaran sedang dalam keadaan menaik atau sedang menurun dan anda akan beroleh keuntungan walaupun pasaran turun naik.
Cons
  • Hanya menyediakan beberapa kaedah pembayaran sahaja
  • Tidak memiliki Bitcoin sebenar kerana hanya berdagang menggunakan margin dan leveraj.

Baca Juga: Cara Beli Bitcoin Di Malaysia Dengan Mudah|Panduan Lengkap Untuk Pemula

LocalBitcoins-Platform peer-to-peer (P2P) untuk jual beli Bitcoins

16082768972845

Broker dagangan bitcoin yang berlokasi di Helsinki Finland dan berdaftar dengan Lembaga Penyeliaan Kewangan Finland. Bermula sejak tahun 2012 oleh Sebastian Sonntag. Lebih memfokuskan kepada dagangan dan komuniti bitcoin diseluruh dunia kerana percaya bitcoin  membolehkan kemasukan kewangan di kawasan yang tidak dilayan oleh industri perbankan tradisional. Bitcoin tanpa sempadan dan bebas daripada risiko politik tempatan. 

 Mudah di gunakan: Ya mudah digunakan 

 Reputasi: Dipercayai

Berdaftar dan dikawal selia oleh Lembaga Penyeliaan Kewangan Finland. Semua perdagangan dalam talian dilindungi oleh escrow.

 Crypto Tersedia: Bitcoin

 Margin Dagangan:12%

 Pembelian Minimum: 200 Euro

 Kaedah Pembayaran: Paypal, wire transfer, mobile money, western union, webmoney, cash by mail, cash in person.

 Yuran Transaksi: Pendaftaran, pembelian dan penjualan bitcoin secara percuma

Urus niaga ke dompet Bitcoin lain dikenakan bayaran penghantaran. Bayaran semasa dapat dilihat di halaman dompet di bawah tajuk yuran transaksi Bitcoin. Ukuran yuran berubah bergantung pada kadar penggunaan Bitcoin blockchain semasa, Bayaran penghantaran dibayar dari dompet LocalBitcoins anda semasa anda menghantar transaksi.

Pros
  • Bayaran dagangan relatif yang rendah
  • Banyak pilihan kaedah pembayaran
  • Menggunakan perkhidmatan Escrow
Cons
  • Terhad kepada Bitcoin sahaja
  • Yuran yang tinggi untuk transaksi tunai
  • Spread Bid/Ask untuk pasaran yang kurang kecairan sangat luas

Luno-Beli Bitcoin,Ethereum, XRP, dan Altcoin dengan Aman

16082769979817

Luno merupakan platform tukaran cryptocurrency yang pertama yang diiktiraf oleh Suruhan Sekuriti Malaysia (SC) sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) untuk dagangan tukaran aset digital (DAX). Beroperasi di beberapa negara antaranya United Kingdom, Singapore, Afrika Selatan, Indonesia, Nigeria dan Australia.

 Mudah di gunakan: Aplikasi mudah digunakan dan mesra pelanggan. 

 Reputasi: Dipercayai dah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 

 Crypto Tersedia: Bitcoin, Ethereum, XRP, Bitcoin Cash dan Litecoin

 Margin Dagangan: Tidak menawarkan dagangan margin

 Pembelian Minimum: 10 USD

 Kaedah Pembayaran: Interbank Giro, FPX Pindahan wang segera

 Yuran Transaksi: RM 0.10 untuk interbank Giro

Pros
  • Cara cepat untuk dagangkan bitcoin berbanding mata wang fiat
  • Menukar antara mata wang kripto dan fiat dengan mudah
  • Pembayaran e-mel crypto dan fiat secara percuma
Cons
  • Tiada instrumen pinjaman margin atau perdagangan yang maju
  • Kecairan rendah
  • Tiada dagangan pertukaran di Eropah

Kraken-Perdagangan Crypto-to-Crypto

16082770527157

Kraken adalah syarikat pertukaran cryptocurrency yang bermula pada tahun 2011. Exchange Crypto memberikan cryptocurrency ke dagangan fiat, dan memberikan maklumat harga ke Bloomberg Terminal. Julai 2013, Kraken bergabung dengan pemain bitcoin Amerika Syarikat yang lain dalam industri pembayaran dan mata wang digital yang baru muncul untuk membentuk Jawatankuasa Penubuhan Lembaga Pemindahan Aset Digital (DATA).

 Mudah di gunakan: Platform kraken tidak berapa sesuai untuk trader baru kerana kemudahan nya terlalu banyak tetapi sesuai untuk berdagang di waktu siang.

 Reputasi: Berpusat di San Francisco, AS, Kraken adalah pertukaran yang diatur sepenuhnya, yang bermaksud bahawa anda mesti lulus pemeriksaan Ketahui Pelanggan Anda (KYC) untuk berdagang serendah 0.02% 

 Crypto Tersedia: Bitcoin, Ether, Litecoin, Ripple XRP dan Bitcoin Cash.

 Margin Dagangan:Kraken membolehkan peniaga mengakses sejumlah dana untuk meningkatkan ukuran pesanan mereka, yang pada gilirannya meningkatkan keuntungan dari perdagangan yang menguntungkan.

 Pembelian Minimum:10 Euro keatas

 Kaedah Pembayaran: High-Limit, Etana Custody dan Silvergate Exchange Network (SEN)

Yuran Transaksi: $ 0.02%

Pros
  • Bayaran dagangan berpatutan berbanding dengan pertukaran Bitcoin, pengeluaran dan yuran perdagangan lebih murah
  • Terbuka kepada semua pengguna untuk perdagangan Bitcoin dan wang tunai dikreditkan dengan segera kepada semua pengguna.
  • Popular dan biasanya digunakan oleh peniaga profesional dan orang tengah.
Cons
  • Laman web kraken menyimpan kunci alamat kripto atau akaun anda.
  • Perlahan dan kadang-kadang memerlukan lebih dari 30 minit untuk membuat pesanan, . Ini mengakibatkan kehilangan wang terutamanya bagi peniaga profesional
  • Pengeluaran dan deposit boleh menelan belanja sehingga $ 15 jika anda menggunakan SWIFT kod

Robinhood-Perdagangan Bitcoin Bebas Komisen

16082771364353

Robinhood Crypto bermula dari 2013 oleh dua sahabat dari Stanford iaitu Baiju dan Vlad. Kemudian mereka membina Robinhood Crypto di Amerika Syarikat bermula tahun 2018, dimana sebelumnya ialah syarikat jualan aplikasi trading.

 Mudah di gunakan : Agak sukar digunakan kerana aplikasinya yang selalu delay.

 Reputasi: Dipercayai dan Robinhood Financial adalah ahli Lembaga Pengawal seliaan Industri Kewangan (FINRA).

 Crypto Tersedia : Bitcoin, Bitcoin Cash, Bitcoin SV, Dogecoin, Ethereum, Ethereum Classic dan Litecoin

 Margin Dagangan:Robinhood tidak membenarkan dagangan margin keatas cryptocurrency.

 Pembelian Minimum: Pembelian minimum ialah 0.00001 BTC

 Kaedah Pembayaran: Deposit Tunai dan pindahan bank

 Yuran Transaksi: Tiada yuran transaksi sejak Februari 2020

Pros
  • Kod dagangan rendah dan dagangan cryptocurrency boleh dilakukan dalam jumlah yang sangat sedikit.
  • Sangat mudah digunakan dan ringkas
  • Pelanggan mempunyai akses untuk deposit tunai
Cons
  • Dagangan terarah untuk menghasilkan pembayaran pesanan bukan dalam harga yang terbaik.
  • Aplikasi agak delay dan tidak mengikuti masa sebenar
  • Kajian yang terlalu sedikit atau sumber yang sedikit

Bagaimana Memilih Platform Cryptocurrency Yang Terbaik?

Dunia digital kini semakin berkembang pesat dan laju mengikut arus masa, ini juga termasuk dengan matawang digital atau crytocurrency yang kini muncul bak cendawan tumbuh sejak 1 dekad yang lalu. Namun bagaimanakah untuk memilih Platform Cryptocurrency yang terbaik? Berikut ada beberapa ciri yang perlu diberi perhatian sebelum anda mulakan dagangan anda dalam matawang digital ini.

Reputasi 

Reputasi broker atau syarikat yang menawarkan khidmat dagangan crypto ini perlu dilihat dengan teliti dan lakukan kajian terperinci termasuk dengan ulasan dari pengguna-pengguna sedia ada. Ianya satu perkara penting agar anda tidak tersalah memilih platform yang hanya akhirnya akan membuatkan anda rugi dan terkial-kial.

Ketulenan 

Oleh kerana jaringan yang lebar dan sangat luas dari satu negara ke satu negara, sangat penting untuk mengesahkan sebelum membuat keputusan sebelum mendaftar. Penting untuk memeriksa semula dengan sumber yang dipercayai seperti forum perbincangan di Reddit dan Twitter, ulasan dari laman web, dan laporan oleh pihak penguatkuasa. Lihat pengalaman syarikat sebelumnya dalam menangani dana pengguna dan rekod prestasi projek yang telah siap. 

Dana Insuran

Platform dagangan yang terbaik pasti akan mempunyai dana insuran untuk melindungi pelanggan dan pelanggan akan berasa selbih selamat kerana tahu bahawa mereka dilindungi oleh insuran. Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan akan menawarkan perlindungan kepada beberapa pertukaran. Pedagang dengan platform seperti itu akan dilindungi untuk sejumlah pelaburan mereka. 

Kemudahan Sekuriti

Sekiranya anda mendapati bahawa platform perdagangan kripto pilihan anda tidak mempunyai 2FA, maka yang terbaik adalah menjauhinya. Pengesahan 2FA atau “two-factor authentification”. Ini adalah tahap keselamatan yang diterima mengikut standard moden. 2FA termasuk Yubikey, Google Authenticator dan Authy.

Yuran yang rendah

Satu lagi perkara penting untuk dilihat ialah yuran kerana trader sering dikenakan berdasarkan peratusan per perdagangan. Oleh kerana peniaga membeli dan menjual secara berkala, mereka boleh menanggung kos yang tinggi. Tambahan pula, terdapat platform perdagangan crypto yang mengenakan yuran pengeluaran.

Aplikasi Telefon Mudah Alih

Perkara ini nampak remeh tapi ianya sangat penting kerana telefon adalah satu alat yang sentiasa bersama kita dan anda boleh memantau dagangan anda hanya dengan telefon mudah lain sahaja. 

Pilihan Saya Ialah Mitrade

Kenapa saya memilih Mitrade? Mitrade ialah platform perdagangan yang inovatif dan mesra pelabur baru dan pelabur profesional, dikawal selia oleh ASIC (Suruhanjaya Sekuriti Australia), memudahkan pelabur dan pedagang untuk memulakan dagangan tanpa perlu berasa bimbang akan ketulenan platform ini.  

Menawarkan khidmat tanpa komisen, platform ini menawarkan spread yang kompetitif, leveraj hingga 200 kali, serta pesanan yang cepat dan boleh dipercayai. Selain itu Mitrade juga boleh dimuat turun aplikasi daripada android dan IOS dimana ianya sangat memudahkan pengguna-pengguna baru yang ingin mengorak langkah ke alam berdagang.

Bagaimana Untuk Memulakan Dagangan Bitcoin Dengan Mitrade?

Untuk memulakan dagangan bitcoin atau cryptocurrency melalui bitcoin mining ialah satu cabaran besar dan kos yang tinggi. Di Mitrade anda tidak perlu risau tentang perkara itu kerana anda boleh melakukan dagangan bitcoin dengan CFD (“Contract For Differences” atau Bahasa mudahnya adalah Kontrak Untuk Perbezaan.) 

CFD ialah satu kontrak yang ditawarkan kepada pedagang dimana pembelian aset dilakukan dengan kontrak tanpa memiliki aset tersebut. Anda akan melakukan analisa terhadap pasaran bitcoin dan anda boleh membuat pesanan dan jual pesanan anda apabila harga bitcoin benar-benar naik seperti yang anda ramalkan. 

Harga Bitcoin telah terlampaui $ 20000, dengan CFD anda tidak perlu membeli dengan lot sepenuhnya, anda boleh membeli dengan leveraj yang ditawarkan dan lot yang kecil. Perbezaan spread adalah keuntungan yang anda perolehi sama ada anda perlu membeli atau menjual pesanan anda.

Bagaimana Daftar Akaun di Mitrade? 

1️⃣ Pendaftaran Dalam Talian yang Pantas

Gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu.

Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan bitcoin sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000.

1608280694782

2️⃣ Lengkapkan Pengesahan Identiti 

Kirim maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam (Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan).

16082807255237

3️⃣ Deposit Akaun Untuk Berdagang

Pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran pengendalian.

16082807411256

4️⃣ Mulakan Perdagangan Dengan Mudah

Cari produk luar pasaran kegemaran anda seperti emas, pertukaran wang asing, indeks saham, minyak mentah, komoditi, saham AS, dan lain-lain dalam senarai produk.

1608280758198

5. Kesimpulan

Secara ringkasnya berdasarkan artikel yang anda baca ini, kami yakin anda telahpun tahu dengan lebih terperinci tentang platform dagangan Bitcoin yang paling top di Malaysia dan juga apakah cryptocurrency exchange serta kegunaannya. 

Seseorang yang bijak mengambil peluang akan sentiasa bersedia menghadapi risiko kerana manusia yang berjaya akan bermula dengan kegagalannya dan bangkit semula. Antara 5 platform dagangan ini, Mitrade yang terbaik kerana ianya lebih mesra pedagang baru dan juga banyak bahan pembelajaran yang disediaka. Jadi adakah anda akan merebut peluang ini atau membiarkan sahaja ilmu ini tanpa di manfaatkan? 


Bagikan Artikel
Don`t copy text!