Kajian Mitrade Malaysia 2022: Adakah ia Dipercayai?

Ada satu perkara yang selalu bermain-main dalam minda seorang pelabur sama ada pelabur baru ataupun profesional, dan ianya adalah perkara yang sangat penting untuk memulakan pelaburan/dagangan. Anda tahu apakah itu? Jawapannya adalah broker. Sama ada broker tempatan ataupun broker asing. Kali ini saya akan mengupas kajian Mitrade,broker ini yang agak popular. Adakah Mitrade itu scam?

Di Malaysia sendiri, terdapat banyak broker-broker tempatan tetapi ramai yang sedia maklum kos yang dikenakan juga boleh dikatakan agak tinggi. Malahan ramai juga broker asing yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang anda boleh lihat sendiri di laman-laman sesawang yang ada. Cuma topik kali ini akan membawakan kepada anda kebenaran yang anda pasti ingin tahu adakah benar Mitrade ialah scam? atau sebaliknya? Anda akan dapat menilainya setelah anda meneliti artikel kupasan lanjut saya kali ini.

Kajian Mitrade Malaysia 2021

Siapakah Mitrade?

Jom kenali Mitrade sebagai broker asing dengan lebih dekat lagi. Mitrade adalah sebuah broker dari Australia yang didaftarkan dibawah nama Mitrade Global PTY Ltd dengan nombor lesen pendaftaran ialah (AFSL 398528). 

Mitrade dikenali sebagai platform perdagangan laman sesawang yang mesra pelanggan dan juga menyediakan aplikasi mudah alih yang hebat dan lebih kasual penggunaannya kerana mereka inginkan semua pelanggan mereka berdagang dengan lebih mudah tanpa perlu melalui proses aplikasi atau platform  yang rumit. Dari segi lesen Mitrade dahpun memenuhi kriteria ini.

Mitrade dikawal selia oleh ASIC ( Australian Securities & investment Commision ), iaitu satu badan yang sama bidang kuasanya dengan SSM Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi disini dah dapat dilihat kredibiliti Mitrade kerana jika ianya adalah scam, dari awal lagi ASIC akan menolak lesen broker mereka.  

Kalau di Malaysia mana-mana syarikat pelaburan yang berdaftar sahaja yang dibenarkan operasi secara sah. Dan Australia juga mempunyai badan berkuasa yang menyelia operasi syarikat broker di negara mereka. Point kedua dikawal selia oleh badan berkuasa juga Mitrade telah memenuhi kriteria ini.

Point yang ketiga ialah Mitrade telah diberi penganugerahan dalam beberapa kategori antaranya ialah Broker Terbaik Di Asia dan Platform Perdagangan Mobile Terbaik yang mana kedua-dua anugerah ini dibeli oleh Forex Award, selain itu juga memenangi anugerah Broker Australia Yang Paling Pesat oleh Majalah Perniagaan Antarabangsa, Broker Paling Berinovasi oleh FxDailyInfo dan pelbagai anugerah lain yang mengiktiraf kedudukan Mitrade sebagai broker.

Jadi ketiga-tiga point diatas menerangkan tentang siapakah sebenarnya Mitrade dan jika Mitrade adalah scam, tidak mungkin ia akan dikurniakan anugerah yang berprestij di peringkat antarabangsa? Anda pernah lihat mana-mana scam yang mendapat penganugerah antarabangsa? Tiga point utama ini penting untuk mengenali kesahihan sesebuah syarikat broker.

Adakah Mitrade Selamat?

Pertanyaan yang sangat menarik dan mana-mana broker juga akan saling menjatuhkan antara satu sama lain pesaingnya. Jadi tidak pelik jika ada yang cuba memburukkan reputasi Mitrade juga. Tapi jika saya ditempat seorang pelabur pastinya saya akan meneliti reputasi broker yang akan menjadi pilihan saya antaranya. 

Jika ada pandangan yang 100% positif juga boleh menjadi pertanyaan adakah ianya boleh dipercayai atau sebagai “alarm”, jika ada sedikit pandangan negatif, boleh dikatakan broker tersebut dianggap pesaing oleh broker-broker lain maka tentulah ada usaha untuk menjatuhkan reputasinya.

Bagi para pelabur, soalan yang paling kerap diajukan yang selalu bermain-main difikiran mereka saat mempertimbangkan broker asing adalah tertakluk kepada dua benda utama terutamanya pelabur baru, adakah Mitrade ini benar-benar pilihan yang betul dan selamat? dan adakah ianya boleh dipercayai?

Dalam hal ini, ada 2 (dua) pertimbangan yang boleh diteliti oleh anda semua, kedua benda ini merangkumi kesahihan dan kebolehpercayaan anda iaitu ialah :

● Mitrade ialah broker yang mempunyai lesen broker antarabangsa yang lengkap dari negara negara induknya iaitu Australia dan dikawal selia secara ketat oleh ASIC iaitu Suruhanjaya Sekuriti Perdagangan Australia yang telah memberikan mandat lesen kepada Mitrade dibawah Perlesenan Perkhidmatan Kewangan Australia (AFSL 398528). Yang mana ianya menurut dibawah undang-undang negara Australia, wang dana pelanggan akan disimpan secara selamat dalam akaun yang dipersetujui.

● Anda boleh semak sendiri di SINI sama ada pendaftaran ini betul atau tidak atau rujuk gambar dibawah.

Saya sertakan link diatas untuk rujukan anda dan juga saya juga telah menjimatkan masa anda dengan memeriksa maklumat yang telah disediakan pada laman sesawang rasmi mengenai Mitrade sebagai broker yang sah untuk beroperasi selagi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang telah disediakan. Anda boleh rujuk gambarajah dibawah:

1612924070138

Sepintas Lalu Mengenai Mitrade

Tahun Diasaskan2011
PeraturanTertakluk dibawah peraturan negara Australia ASIC
Akaun DemoDemo akaun disediakan dan sah selama 90 hari
Jenis AkaunTerdapat 2 jenis akaun sahaja iaitu akaun demo dan akaun biasa
Deposit MinimumTiada sebarang deposit minimum yang ditetapkan oleh Mitrade
Leveraj1:200
Yuran daganganPembiayaan Semalaman untuk akaun yang tidak aktif untuk pelarasan
Yuran akaunTiada
Perlindungan Aset✔️ 60+ pasangan matawang asing✔️11 + Indeks saham antarabangsa (S&P 500, Dow Jones 30, Hang Seng 100, dll.)✔️9 jenis komoditi (emas, perak, minyak mentah, dan lain-lain)✔️5 matawang kripto dengan volume perdagangan terbesar (BTC, ETH, XRP, LTC, BCH)✔️35 saham AS popular (seperti Apple, Google, Facebook dan lain-lain.)

Kajian Mitrade Serta Kelebihan & Kekurangannya

Seperti juga broker-broker yang lain Mitrade juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mana ianya adalah bonus buat pelanggan mereka, juga mempunyai kekurangan juga. Jadi jom kita semak dahulu apakah kelebihan dan kekurangan Mitrade supaya anda lebih mengenali Mitrade dengan lebih lagi.

Kelebihan

● Perlindungan Baki Negatif

Bermakna wang dana anda akan dilindungi dan anda tidak akan kehilangan jumlah wang melebihi apa yang telah anda depositkan. Mengelakkan daripada anda terjerumus kedalam hutang yang berlebihan.

● Jumlah Deposit Yang Rendah

Bayangkan hanya bermodalkan $50 sahaja anda sudah boleh memulakan dagangan pertama anda. Mungkin bagi broker profesional, modal bukanlah perkara besar buat mereka, tetapi untuk pelabur baru, modal adalah perkara paling asas bagi mereka untuk bermula.

● Platform atas talian dan aplikasi telefon yang mesra pelanggan

Kebanyakan platform dagangan memerlukan anda mempunyai sedikit kepakaran untuk meneroka cara perjalanannya, Mitrade telah memudahkan anda dengan menyediakan platform yang sangat mudah dan ini diakui oleh sebilangan besar pelanggan mereka.

● Perkhidmatan Pelanggan yang cemerlang.
Dalam memudahkan komunikasi antara pelanggan dan juga pihak Mitrade sendiri, mereka telah berusaha untuk menyediakan pegawai perkhidmatan pelanggan yang boleh berbahasa dalam bahasa ibunda di setiap negara, contohnya di Malaysia, pegawainya adalah seorang yang fasih berbahasa melayu. 

Kekurangan

● Tidak disokong oleh MetaTrader 4

Mana-mana pelabur akan mengenali Metatrader sebagai platform dagangan namun menurut pengalaman saya sendiri, platform metaTrader 4 bukanlah satu platform yang mudah dikendalikan.

● Jenis akaun yang terhad

Ya Mitrade hanya menyediakan dua jenis akaun sahaja iaitu akaun demo dan juga akaun biasa. Walaupun begitu menurut saya ia boleh menjadi satu kelebihan, anda tidak perlu pening memikirkan pilihan akaun yang ingin anda mulakan.

Maklumat tambahan untuk anda, jenama yang sangat perprestij dalam dunia dagangan seperti Nasdaq.com juga pernah menerbitkan satu kandungan berita berkenaan Mitrade yang telah memenangi  anugerah Broker Paling Pesat Berkembang 2019 dalam laman sesawang mereka. Selain Nasdaq.com Finance Magnates juga pernah membuat kandungan cerita tentang CEO Mitrade dalam laman sesawang mereka. Anda boleh rujuk keduanya di link dibawah:

NASDAQ dan Finance Magnates dua nama besar dalam dunia pelaburan tidak mungkin akan mengambil risiko menyentuh tentang sesuatu broker yang tidak pasti. Namun apabila Mitrade pernah menjadi salah satu kandungan berita dalam laman sesawang mereka bermakna Mitrade adalah salah satu broker yang dipercayai.

Juga saya ada mendapat satu review daripada seorang trader dari Kuala Lumpur yang sudahpun menjalankan dagangannya bersama Mitrade selama lebih dari setahun dan ini adalah tangkap layarnya, anda boleh rujuk dibawah :

16129243981853

Penawaran promosi yang tak tertandingi

Mitrade mengaitkan banyak kejayaannya dalam industri forex kerana kesetiaan pelanggan dan mulut ke mulut. Promosi Rujukan Rakan ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang ingin merujuk rakan.

Dengan bonus ini, anda dan rakan yang anda jemput akan mendapat hadiah menarik sehingga $ 500 untuk setiap jemputan. Jadi bukan sahaja anda akan mendapat ganjaran, tetapi juga rakan anda. Oh ya, ingatlah, anda dan rakan anda akan menerima bonus ini sekiranya rakan anda telah menyelesaikan setiap titik perdagangan.

Semakin banyak rakan yang anda rujuk, semakin banyak pendapatan anda!

16142213889502

Seterusnya saya akan beri maklumat tambahan mengenai Mitrade untuk anda buat rujukan sendiri dan saya akan sertakan link ke laman sesawang rasmi mereka untuk anda lakukan pendaftaran jika anda ingin bermula. (Anda boleh klik di gambar untuk terus ke laman sesawang mereka.)

Jenis Akaun

Mitrade menyediakan 2 jenis akaun secara langsung tidak termasuk akaun demo iaitu:

● Akaun Biasa – Akaun ini lebih sesuai untuk pelabur yang baru ingin memulakan dagangan

● Akaun Profesional – Lebih sesuai dengan pelabur yang profesional

● Akaun Demo – Akaun ini diadakan untuk anda melatih diri dalam dagangan sebelum benar-benar melangkah ke alam dagangan sebenar. Mempunyai permukaan yang sama dengan akaun sebenar dan anda boleh bermain dagangan dengan wang virtual yang disediakan sebanyak USD 50 000 atau AUD 50 000.

Mitrade mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka hanya menyediakan satu jenis akaun sahaja sama ada anda ingin memilik akaun biasa atau profesional kerana ia lebih berkesan keatas pelabur-pelabur, pelanggan mereka tidak perlu memilih jenis akaun yang sesuai dengan mereka dan tidak pasti atas pilihan yang ada, biasanya lagi banyak pilihan lagi sukar untuk membuat keputusan.

Setiap pelanggan juga boleh menikmati tawaran yang sama dan tidak perlu diberi pengkelasan mengikut dana mereka. Bagi saya ianya satu perkara yang menarik, semua dilayan sama rata sahaja dan apa yang membezakan anda ialah berapa banyak modal anda. 

Pembukaan Akaun

Untuk membuka akaun di Mitrade adalah mudah dan boleh dilakukan secara 100% atas talian. Jadi anda boleh membuka akaun walau dimana sahaja anda berada.

  • Pergi ke laman sesawang rasmi mereka  di SINI 
  • Anda boleh mendaftar sama ada menggunakan email akaun, Facebook atau Google akaun anda ataupun nombor telefon anda. Kemudian sediakan kata laluan anda.
  • Masukan semua maklumat yang diminta untuk membuat pengesahan ID anda kerana untuk memulakan akaun sebenar memerlukan anda membuat pengesahan ID.
  • Baca Dokumen Pendedahan Undang-undang kami yang telah disediakan supaya anda sedar dengan risiko yang ada
  • Setelah diverifikasi, anda boleh mulakan dagangan pertama anda. 

Deposit Minimum

Untuk memulakan dagangan anda , tiada minimum deposit yang diperlukan dan anda boleh mulakan dengan seberapa yang anda ada.

Komisen Dan Yuran

Mitrade tidak mengambil sebarang komisen, makanya anda boleh menikmati komisen 0 tanpa sebarang caj tersembunyi. Yuran yang dikenakan pula ialah berdasarkan spread sahaja. Jadi anda boleh jimat dari segi kos-kos pengurusan yang lain.

Platform Dan Alatan Dagangan

1) Platform

Dalam Mitrade dua platform yang disediakan untuk pelabur, satu ialah versi laman sesawang. Dengan menggunakan teknologi cloud, pelabur boleh mengakses akaun mereka dimana sahaja. Contoh platform versi laman sesawang

Versi Aplikasi telefon

Untuk pengguna Android dan IOS, anda boleh buka di Google Playstore dan App Store. mulakan pencarian anda dengan “Mitrade” dan dengan muat turun aplikasi itu di telefon bimbit anda. Nikmati ciri-ciri yang sama dengan versi laman sesawang. Contohnya seperti dibawah.

16129248355803

2) Alatan dagangan Yang Disediakan Oleh Mitrade

Seperti juga broker-broker lain, Mitrade juga menyediakan pelbagai alatan dagangan yang berguna untuk anda melakukan analisa anda. Alatan dagangan sangat diperlukan oleh seseorang pelabur bagi membuat ramalan serta analisa sebelum meletakkan modal keatas dagangan. Siapa yang tidak menyukainyakan? Antara alatan dagangan yang disediakan ialah:

Analisa Perdagangan

Anda boleh melakukan analisa anda dengan peralatan yang disediakan oleh Mitrade seperi gambar dibawah. Anda juga akan dibekalkan dengan analisa pasaran secara real-time.

Ramalan

Ini adalah salah satu alatan dagangan yang sangat berguna dalam pelaburan kerana ia akan mengetengahkan industri yang benar-benar popular atau hampir popular untuk anda mencari tune strategi anda.

Kalendar Ekonomi

Selain itu, Mitrade juga menyediaka kalendar ekonomi seperti dalam gambar dibawah yang sentiasa dikemas kini untuk memberikan anda maklumat secara real time mengenai data, kejadian dan apa sahaja yang berkaitan dengan pasaran.

Berita 

Anda juga boleh mendapatkan berita terbaru dalam pasaran yang sedang berlaku. Mitrade menyediakan alatan ini juga untuk memudahkan anda mencari berita terbaru dalam dagangan. 

Data Pasaran

Data pasaran juga boleh diakses disini dan ianya memaparkan pasangan matawang, harga dan apa sahaja data yang diperlukan disini.

Sentimen

Dalam sentimen ini, anda boleh melihat kedudukan jangka panjang dan jangka pendek dalam pasaran yang berbeza.

Pengurusan Risiko

Ini penting lebih-lebih lagi bagi pelabur baru dimana Mitrade menyediakan pelanggannya alatan pengurusan risiko seperti TP (Take profit)/ SL (Stop Loss) untuk membantu pelabur mengurangkan risiko dalam keadaan pasaran yang turun naik.

Instrumen Perdagangan

Bagi instrument perdagangan pula, Mitrade menawarkan lebih dari 100 instrumen dagangan termasuklah:

  • Forex
  • Saham (CFD Apple, Google, Facebook dan banyak lagi senarai lain)
  • Matawang Kripto (Bitcoin, Bitcoin Cash,Ripple, Litecoin dan Ethereum)
  • Komoditi (Emas, Perak, Platinum,WTI dan Brent)
  • Indeks (NAS 100, Hong Kong 50, JPN 225 dan UK 100)

Jadi dengan kelebihan dan tawaran instrumen yang banyak membolehkan anda mempelbagaikan portfolio dagangan anda dengan modal yang rendah. Menggunakan CFD ataupun Contract For Difference membolehkan anda berdagang keatas apa sahaja instrumen yang anda gemari. Ini adalah salah satu juga kelebihan yang ada pada Mitrade menyebabkan ia menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur.

Perdagangan Mobil

Segalanya mudah apabila anda mempunyai telefon bimbit. Anda boleh berdagang dimana sahaja hanya dari telefon anda. Mitrade telah menyediakan aplikasi yang dibangunkan dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan platform di laman sesawang mereka. 

16129253698707

Antara ciri-ciri yang ada dalam platform mobile Mitrade ialah :

  • Berdagang Bila-bila masa dan dimana sahaja.
  • Menggunakan teknologi html5 coding cloud yang serasi dengan penyemak imbas telefon bimbit android dan IOS
  • Prestasi Dagangan Unggul
  • Analisa Carta Profesional
  • Alatan Pengurusan Risiko Secara Percuma
  • Notifikasi Secara Real Time
  •  Sekuriti SSL (Ada kunci penyulitan)

Deposit dan Pengeluaran

Walaupun Mitrade tidak mengenakan sebarang caj untuk deposit dan transaksi pengeluaran, namun apabila melibatkan pihak ketiga seperti bank maka itu adalah diluar bidang kuasa Mitrade seperti caj pindahan wang secara wire, pertukaran matawang, transaksi kredit dan debit kad.

Mitrade menyediakan beberapa jenis cara mendepositkan wang.  Banyak kaedah yang disediakan untuk anda mendepositkan wang anda antaranya ialah :

  • Kredit Kad Visa/Mastercard
  • Perbankan atas talian
  • Pindahan wire contohnya skrill
  • Kad Debit ATM anda
  • Kod QR

nota : setiap negara mempunyai kaedah yang berbeza untuk waktu pemprosesan juga berbeza-beza.

Pendidikan

Bagi memastikan para pelabur mempunyai panduan yang sebenar tentang dunia pelaburan, Mitrade telahpun menyediakan seksyen pendidikan bagi proses pembelajaran terutamanya kepada pelabur-pelabur baru. Menyediakan dalam bentuk blog dan artikel yang ditulis oleh pakar pelaburan dan kewangan. Antara bahan pembelajaran yang disediakan oleh Mitrade adalah berkenaan dengan Forex, dagangan CFD yang ramai sangat masih keliru tentangnya, risiko perdagangan dan panduan lain sebagai satu proses pembelajaran.

Jadi kepada para pelabur baru, mereka boleh membuat rujukan dalam seksyen pendidikan yang diperlukan termasuk dalam FAQ yang telah menyediakan banyak jawapan lengkap. Jadi menurut pandangan saya, Mitrade bukan hanya sebagai broker, mereka juga bertanggungjawab kepada pelanggan-pelanggan mereka supaya dapat membimbing pelabur-pelabur baru dalam dunia pelaburan sebenar

Layanan Perkhidmatan Pelanggan

Seperti yang telah diberitahu diatas dalam artikel ini juga, salah satu kelebihan Mitrade ialah mereka menyediakan Perkhidmatan Pelanggan yang cemerlang dan boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa mengikut negara. Jadi tiada masalah komunikasi yang akan timbul sekiranya pelabur tidak mahir berbahasa Inggeris. Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan melalu email, Facebook, Instagram. Youtube dan twitter. Selain itu terdapat juga chatbox yang disediakan di laman sesawang rasmi mereka untuk anda berkomunikasi.

Cara Membuka akaun Mitrade

Membuka akaun rakan kongsi sangat mudah dan pantas yang merangkumi:

1) Pendaftaran Akaun

Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan anda (atau log masuk dengan Facebook, akaun Google anda) dan mengisi soal selidik penilaian. Seluruh proses selesai dalam talian dan hanya memerlukan beberapa minit. Sekiranya anda belum bersedia untuk berdagang, gunakan akaun demo untuk simulasi perdagangan dan muslihat anda terlebih dahulu.

16142199785245

2) Pengesahan identiti

Setiap broker sah pasti memerlukan pengesahan identiti sebenar. Untuk itu, sediakan dokumen seperti pasport, lesen memandu, atau KTP atau bukti alamat.

16142199988499

3) Membuat Deposit

Selepas pengesahan identiti, jika anda ingin memulakan perdagangan, anda perlu membuat deposit awal ke akaun baru anda dengan deposit minimum yang sangat berpatutan hanya $ 50 sahaja, dengan ciri masa nyata, wang anda akan disimpan dalam masa yang singkat.

16142200168005

4) Membuka Posisi Jual atau Beli

Setelah deposit diisi, sudah tiba masanya anda membuka kedudukan. Klik pada menu perdagangan dan pilih kategori aset kewangan, mulakan dengan menyesuaikan ukuran kedudukan, leverage, kemudian membuka posisi panjang atau pendek mengikut analisis pasaran anda. Di samping itu, anda juga dapat menetapkan perintah perlindungan untuk meminimumkan risiko, iaitu stop loss dan trailing stop loss.

16142200975275

Kesimpulan Tentang Mitrade

Apa yang dapat disimpulkan disini secara ringkasnya, broker Mitrade bukanlah scam seperti yang digembar gemburkan oleh beberapa laman sesawang yang ada. Kerana Mitrade telahpun lama bertapak didalam industri perdagangan dan diiktiraf oleh badan berkuasa di Australia ASIC untuk membuat operasi secara sah di Australia dan seluruh dunia. Dengan reputasi yang telah dipegang oleh Mitrade dengan anugerah yang telah diterima, mana mungkin sesebuah syarikat yang teguh berdiri meletakkan risiko menjadi scam sekelip mata.

Selain itu, dengan mempunyai beribu pelanggan diseluruh pelusuk dunia meletakkan Mitrade sebagai broker pilihan yang menawarkan sistem yang lebih menarik. Jika anda ingin memulakan pelaburan atau masuk ke dunia dagangan, anda boleh mempertimbangkan Mitrade sebagai broker pilihan anda kerana menurut pemerhatian saya.

Mitrade meletakkan risiko yang tinggi dengan menawarkan perkhidmatan tanpa komisen dan cuma mengenakan caj berdasarkan spread. Jadi sekarang anda sudah pun tahu dengan lebih dekat lagi tentang Mitrade Broker. Dan tiada satu petunjukpun yang menunjukan Mitrade adalah scam. Tunggu apa lagi. Jom mulakan dagangan pertama anda dan jadikan pendapatan sampingan anda bersama Mitrade.


Bagikan Artikel