Kebiasaannya jika saya memulakan penyelidikan saya berkenaan sesuatu broker, banyak perkara positif yang timbul jika broker tersebut mempunyai latar belakang yang baik, begitu juga dengan TFXI, namun ia adalah sebaliknya. Banyak ulasan negatif dan amaran tentang broker TFXI ini. Walaupun mereka mengatakan syarikat mereka sah dan terbaik serta menawarkan tawaran yang terbaik, namun TriumphFX bukanlah broker yang boleh dipercayai di beberapa negara termasuk Malaysia.
Berdasarkan beberapa maklumat yang kami terima, TriumphFX dikatakan adalah Ponzi Skim. Apa itu Ponzi Skim atau dipanggil “Money Game” Multi Level Marketing iaitu memperolehi keuntungan dengan skim pelaburan yang melibatkan kerugian orang bawahan “downline”.
Pengenalan Kepada TriumphFX
TriumphFX telah ditubuhkan menyediakan perkhidmatan mereka sejak tahun 2009 sebagai STP broker. Menawarkan lebih dari 60 pasangan matawang forex, komoditi, indeks dan pengurusan dana termasuk logam berharga. Didaftarkan di bawah Triumph Int (SC) Limited yang didakwa didalam laman sesawang mereka adalah dikawal selia oleh FSA (Financial Service Authority di Seychellas sebagai “Securities Dealer” yang membawa nombor lesen SD080.
Adakah Dana TriumphFX selamat?
Jika dilihat dari laman sesawang TFXI, mereka mendakwa mereka adalah pemegang lesen penuh broker master bagi pertukaran mata wang asing dengan lesen British FCA, lesen langsung Cyprus, lesen runcit tukarang matawang asing Jerman dan lesen runcit tukaran wang asing Vanuatu.
Setelah diperiksa, TriumphFX pada Forex Tianyan mendakwa bahawa 4 lesen yang diperolehi oleh mereka termasuk lesen FCA EU dan lesen runcit tukaran matawang asing Vanuatu telah ditarik balik, di Asia terdapat amaran daripada SEC iaitu badan pengawal seliaan terhadap TriumphFX sendiri.
TriumphFX didapati beroperasi secara tanpa seliaan yang betul di Asia hingga Agensi Penguatkuasaan Kewangan menerima rungutan daripada pengguna sehingga Malaysia dan Singapura sendiri memasukan TriumphFX sebagai broker yang disenaraihitamkan di dua negara tersebut kerana firma TriumphFX beroperasi tanpa kebenaran daripada pihak yang berwajib.
Selain itu daripada beberapa rungutan yang kami perolehi dari SINI terdapat beberapa rungutan berkenaan pengeluaran yang melibatkan TriumphFX. Anda boleh melihat contoh seperti dibawah : Tarikh ulasan yang diberikan adalah terbaru dimana anda boleh merujuk kepada tarikh yang diberikan.
Kepada pelabur pemula yang ingin memulakan dagangan dengan TriumphFX, anda diharap dapat berhati-hati dan melakukan banyak rujukan serta selidik dahulu broker yang ingin anda pilih agar tidak berdepan dengan risiko yang besar.
Jenis Akaun
Terdapat 3 jenis akaun dagangan yang ditawarkan di TriumphFX seperti didalam gambar rajah ini.
Piawaian Tetap | Pembolehubah Islamik | VIP | |
Deposit Minimum | 100 USD | 100 USD | 5,000 USD |
Jenis Spread | Tetap | Terapung | Terapung |
Spread Biasa (EURUSD) | 1.6 | 1.6 | 0.5 |
Caj Swap | Ya | Tidak | Ya |
Caj Komisen | Tidak | Tidak | Tidak |
Leveraj Maksimum | 1:500 | 1:500 | 1:500 |
Platfom
Untuk beberapa broker menyediakan platform sendiri, namun ni TriumphFX menggunakan platform MetaTrader 4 windows, MT4 iOS dan MT4 android. MetaTrader 4 dianggap platform yang paling popular dan ideadl dikalangan pedagang kerana ia menyediakan carta terbaik, alatan analisa terbaik, permukaan yang mudah digunakan dan menyokong kecerdasan EA.
Leveraj
Di TriumphFX menawarkan leveraj dagangan maksimum sehingga 1:30 untuk alatan forex, emas dan juga metal perak. Namun begitu pedagang boleh melaraskan leveraj mereka bergantung kepada pengalaman dan ilmu dan boleh sehingga maksimum leveraj 1:500.
Saiz Dagangan
Saiz dagangan di TriumphFX boleh mencapai sehingga 200 posisi termasuk pesanan yang sedang menanti. Sehingga 50 lot (5 juta) pesanan yang boleh dipesan di TriumphFX. Spread yang dikenakan pula ialah 0.4 pips untuk EURUSD, 0.1 pips EURGBP, 1.2 pips untuk GBPUSD.
Kos Dagangan
Bagi kos komisen dan dagangan TriumphFX, kami menganalisa TriumphFX mengenakan yuran dagangan. Untuk akaun biasa , spread dengan nilai minimum 1.6 pip dipegang sebagai komisen broker.Akaun Premium, terdapat spread terapung daripada 0.6 pip tambah dan komisen $6 setiap lot. Akaun Platinum, terdapat spread terapung daripada 0.6 pip ditambah komisen $3 setiap lot dan akhir sekali Akaun VIP, spread terapung adalah daripada 0.5 pip.
Aset Perdagangan
Antara aset yang boleh didagangkan di TriumphFX ialah forex (lebih dari 60 pasang mawatang untuk didagangkan, komoditi, indeks, dagangan komoditi dan pengurusan dana.
Kaedah Deposit dan Kos
Melalui laman sesawang rasmi TriumphFX, kami mendapati mereka tidak mengenakan sebarang Caj Deposit. Deposit minimum yang dikenakan ialah 100 USD bagi jenis akaun diatas, untuk akaun VIP dikenakan sebanyak 5000 USD minimum deposit.
Jika pelanggan mendeposit kan dana melalui pindahan wang atau wire transfer. TriumphFX akan mengenepikan caj pindahan wang bank bergantung kepada jumlah deposit anda. Namun untuk deposit yang melebihi 500 USD, TriumphFX akan membayar caj pindahan bank sehingga maksimum 70 USD. Untuk caj bagi bank tempatan pula, ianya tidak akan dibayar balik
Contohnya seperti ini :
Ahmad mendepositkan 500 USD melalui wire transfer dan bank tempatan mengenakan caj 10 USD (500 USD + 10 USD), kemudian 500 USD akan dipindahkan dari bank yang anda kirimkan kepada bank pengantara dimana bank pengantara mengenakan lagi 30 USD sebagai caj dengan menolak daripada dana asal anda. Bermakna TriumphFX akan menerima 470 USD sahaja.
Setelah pengesahan dilakukan oleh pihak TriumphFX bahawa anda telah mendepositkan 500 USD, maka jabatan akaun mereka akan mengetepikan caj bank pengantara tadi sebanyak 30 USD dan membayar semula sedalam dana akaun dagangan anda dimana dana anda akan menjadi 500 USD semula.
Jenis pembayaran di TriumphFX deposit ialah melalui Kad, Pindahan Bank, Skrill atau Neteller. TriumphFX juga menyediakan pembayaran dengan AliPay, UnionPay, Tether (USDT) dan kad kredit serta debit juga.
Pembayaran kepada TriumphFX boleh dibuat menggunakan beberapa pilihan:
Wire Transfer : Kaedah pembayaran yang paling biasa digunakan. Hampir semua broker di dunia menyediakan kaedah ini kerana pada asasnya pemindahan tradisional antara bank di seluruh dunia. Jadi, kaedah ini lebih selamat dan membantu pelanggan mengelakan pihak ketiga atau pelanggan yang tiada kredit kad.
Neteller : Seperti PayPal, Neteller ialah salah satu perkhidmatan pembayaran dalam talian yang paling popular hari ini. Disebabkan populariti ini, hampir semua broker forex menerima Neteller sebagai kaedah pembayaran untuk deposit dan pengeluaran dana pelanggan mereka. Walaupun sistem Neteller tersedia hampir di seluruh dunia, ia tetap popular di Eropah.
Cara untuk Mendaftar & Mendepositkan Akaun
Anda perlu ke SINI untuk mendaftar akaun anda terlebih dahulu. Kemudian ikut proses seperti yang ditunjukkan :
- Klik pada butang “daftar” pada sebelah kanan laman sesawang.
- Daftar nama anda dengan memasukan data yang diperlukan.
- Pilih akaun yang anda inginkan
- Kemudian terdapat perjanjian yang perlu anda buat pengesahan dengan pilih ke kotak kecil untuk proses kelulusan.
- Setelah akaun disahkan dan lulus, anda boleh memulakan dagangan anda dengan mendepositkan dana anda.
Mendepositkan Dana
Untuk depositkan dana anda, ikut langkah-langkah dibawah setelah pendaftaran anda selesai.
- Masuk kedalam akaun anda dan pilih deposit dibawah akaun anda.
- Kemudian pilih tab deposit atas talian
- Pilih kaedah deposit yang anda ingin gunakan seperti (Visa/Mastercard,Alipay, Matawang kripto dan lain-lain)
- Isi butiran yang diperlukan dan lengkapkan deposit anda.
- 2-3 hari waktu bekerja akan diambil daripada tarikh dana anda didepositkan dari akaun anda.
Kaedah Pengeluaran Dan Kos
Bahagian ini adalah untuk penelitian anda kerana ia akan melancarkan proses pengeluaran dana anda. Ada yang berdepan dengan masalah semasa proses pengeluaran dana. Untuk proses pengeluaran dana, terdapat beberapa prosedur yang perlu anda ikuti bagi melancarkan proses pengeluaran tersebut :
- Masuk kedalam akaun dagangan anda dan pilih pengeluaran dibawah akaun anda,
- kemudian pilih tab pengeluaran baru
- Isi maklumat yang diminta
- Akhir sekali hantar permohonan anda sehingga mendapat kelulusan
- Kebiasaannya proses ini mengambil masa sehingga 2-5 hari waktu bekerja untuk memproses permohonan anda.
Cas Bank
- Setiap pengeluaran akan dikenakan caj transaksi bank pengantara diantara 25 USD hingga 75 USD.
- Anda perlu memastikan jumlah pengeluaran anda cukup untuk menampung caj bank pengantara .
- Pastikan maklumat yang anda isi tepat kerana jika terdapat kesalahan maklumat akan melambatkan proses permohonan anda.
Pembelajaran & Alatan Dagangan
Jika anda melayari laman sesawang TriumphFX, mereka juga ,enyediakan tab pembelajaran kepada anda dengan perkongsian daripada pakar-pakar mereka. Analisa juga disediakan bagi membantu para pelanggan mereka untuk dagangan Forex. Serba sedikit dapat membantu pelanggan mereka.
Peralatan dagangan yang disediakan pula ialah Web Trader, MetaTrader 4,Aplikasi Mudah Alih, Kalendar Ekonomi, Penggajian Kecuali Industri Pertanian dan waktu musim panas.
Perkhidmatan Pelanggan
Jika ada beberapa broker yang menyediakan khidmat pelanggan 24 jam dengan mudah atau LIVE chat, TriumphFX sebaliknya. Khidmat pelanggan yang disediakan di TriumphFX adalah seperti berikut :
- Telefon – +35725030337
- Email :
- Support: support@triumphfx.com
- Partnerships: partnerships@triumphfx.com
- Complaints: complaints@triumphfx.com
- Atau terus ke laman sesawang mereka untuk membuat sebarang pertanyaan atau rungutan. Anda boleh tinggalkan mesej kepada mereka dan pegawai khidmat pelanggan akan menghubungi anda semula.
- Tiada Khidmat pelanggan secara LIVE CHAT disediakan.
Ringkasan
Dengan banyak broker yang tumbuh kini, dunia pelaburan menjadi sesuatu yang diminati ramai. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap TriumphFX, terdapat banyak ulasan yang agak tidak menggembirakan disamping kerajaan Malaysia dan Singapura juga memasukkan TriumphFX sebagai broker yang disenaraihitam kan kerana ketiadaan dokumen yang betul untuk beroperasi. Namun jika dilihat daripada laman sesawang mereka, pelbagai janji yang telah diberikan dan juga ianya kelihatan bagus dan baik. Selain itu, TriumphFX juga dikatergorikan sebagai broker (anti kemelesetan) oleh beberapa laman sesawang.
Di Malaysia, TriumphFX dikategorikan sebagai ponzi skim atau money game oleh pelanggannya kerana ia dikatakan merekrut pelanggan seperti Skim Piramid dan menjanjikan pelbagai pulangan yang besar tanpa mengeluarkan sebarang modal. Sebab itulah penting bagi pelabur pemula atau berpengalaman untuk mencari maklumat tentang sesuatu broker agar tidak merisikokan diri sendiri . Salah memilih broker akan mengakibatkan kerugian yang besar untuk anda.
Anda Mungkin Suka
Ulasan Ringkas Wahed Invest Malaysia 2022
Review Aximtrade Malaysia: Apakah Aximtrade Penipu?
Ulasan GMI:Adakah GMI Market Malaysia Penipu?