Strategi Trading Emas Profit Yang Mudah(Panduan Pemula 2021)

Dalam pasaran spekulasi emas, strategi trading emas yang baik adalah asas keuntungan dan memandu arah pelaburan yang betul. Namun, tidak semua strategi perdagangan dapat membawa keuntungan kepada pelaburan emas. Hanya mematuhi peraturan pasaran dan menggabungkan strategi perdagangan sebenar mereka yang bermanfaat. Pelabur perlu menguasai strategi perdagangan yang komprehensif dan melaksanakannya pada masa yang sama. Jadi strategi perdagangan apa yang perlu anda kuasai ketika trading emas?

Dalam artikel ini, kami akan membongkarkan strategi trading emas yang mudah untuk anda gunakan untuk perdagangan, seterusnya dapat menjana pendapatan yang tak terhingga!

Mengapa Berdagang Emas?

Sebelum bermula mengenali strategi trading emas dan mula berdagang emas, mari kita fahami fungsi dan sejarah emas. Ini akan memberikan kita kefahaman mengapa dan bagaimana ia bergerak agar anda tidak merasa terkejut dengan pergerakannya apabila berdagang emas.

➊ Melindungi nilai terhadap inflasi

Tidak seperti mata wang fiat, emas adalah sebuah aset yang unik. Ia mempunyai likuiditi yang tinggi dan sukar di dapati. Emas mempunyai ciri-ciri yang di pelihara kerana mempunyai kuasa pembelian yang tinggi apabli melalui tempoh kenaikan inflasi.

➋ Melindungi nilai terhadap pergolakan antarabangsa

Di saat ekonomi dunia tidak stabil, prestasi emas sangat baik berbanding dengan aset yang lain. Ini kerana ia di lihat sebagai tempat selamat untuk melabur.

➌ Spekulasi harga emas

Emas sentiasa dan selalu dianggap sebagai instrument perdagangan yang menarik di sebabkan oleh faktor sejarah oleh kerana turun dan naik. Di sebabkan kemampuan untuk membuat spekulasi terhadap emas dalam tempoh 24 jam sehari, pelabur boleh memasuki market pada bila-bila masa dan menutup posisi pada bila-bila masa.

➍ Mempelbagaikan portfolio

Emas adalah antara aset yang popular dengan pelabur yang ingin menyeimbangkan portfolio pelaburan mereka.

Baca Juga: Cara Terbaik Untuk Pelaburan Emas Dengan Bermodal Kecil Di Malaysia 2021

Cara Terbaik Untuk Trading Emas

Kini, dengan zaman yang berteknologi moden dan digital, anda boleh berdagang emas secara mudah dengan CFD (Contract For Difference). Ia membolehkan anda berdagang pelbagai instrument pasaran seperti emas, saham, indeks dan forex berdasarkan perbezaan nilai ke atas aset dalam tempoh bermula dan berakhir.

Untuk pelaburan jangka pendek, urus niaga derivatif yang berkaitan dan CFD adalah kaedah perdagangan ambang yang lebih sederhana dan rendah, yang membolehkan anda memanfaatkan peluang dalam turun naik harga dengan modal pelaburan yang lebih rendah.

Apa itu CFD?

CFD melibatkan kontrak perbezaan, terhadap dua pihak di dalam dan semasa perdagangan atau pelaburan. Kontrak ini membolehkan anda untuk berdagang dan melabur walau pun anda sebagai pedagang tidak memiliki aset tersebut.

Selain itu, antara ciri khas CFD adalah anda boleh membuat keuntungan dengan membuka dua arah dagangan sama ada pasaran naik ataupun jatuh.

Sebagai contoh:

Ketika harga emas sedang menaik, anda mengambil kesempatan untuk membeli emas. Proses ‘Going Long’ ini akan memberikan keuntungan kepada anda jika kenaikan harga emas tersebut menepati jangkaan anda. Sama juga dengan proses ‘Going Short’, anda menjual emas kerana anda menjangkakan ia akan turun dan mendapat keuntungan sekiranya jangkaan anda tepat.

Mari kita memahami CFD dengan lebih mendalam lagi berdasarkan kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan CFD

1) Pilihan leverage yang lebih besar: Leverage membolehkan anda untuk berdagang dengan posisi yang besar walau pun modal untuk anda berdagang itu lebih kecil. Ini akan memberikan anda peluang untuk menjana keuntungan yang lebih besar, namun pada masa yang sama anda juga berpotensi untuk mengalami kerugian yang besar.

2) Tempoh masa: Tiada had tempoh masa untuk anda memegang atau membiarkan dagangan anda bergerak di pasaran. Ini bermakna anda boleh membiarkan dagangan anda sehingga berbulan atau minggu.

3) Pilihan untuk menjual: Selain membeli dagangan di pasaran, anda juga boleh menjual di pasaran. Dengan cara ini anda juga boleh memperoleh keuntungan bukan sahaja hasil membeli, tapi dengan menjual juga.

4) Pelbagai peluang perdagangan: Oleh kerana pasaran perdagangan sangat luas, dengan CFD anda boleh berdagang forex, berdagang emas, saham serta komoditi. Ia mengikut kebebasan anda.

Kekurangan CFD:

1) Perbezaan spread: Spread akan di bayar oleh pedagang itu sendiri, bermakna setiap perbezaan pembelian dan penjualan harus di tanggung oleh pedagang. Setiap broker mempunyai nilai spread yang berbeza.

2) Risiko tidak dapat di elakkan. Ini kerana dengan keadaan pasaran yang pantas dan di pengaruhi oleh pergerakan, para pedagang harus sentiasa berhati-hati dan di galakkan menggunakan ‘stop loss’ untuk mengelak daripada kerugian yang besar.

Adakah anda belum mendaftar dengan mana-mana broker atau ingin mencari broker yang baik?

Di sini kami ingin memperkenalkan sebuah broker yang membolehkan anda berdagang sehingga hampir 100 pasaran dagangan seperti forex, komiditi, index dan mata wang kripto.

Ianya adalah Mitrade! Mitrade adalah sebuah broker yang berpangkalan di Australia. Mitrade di pantau oleh ASIC (Australian Securities and Investments Commission) iaitu merupakan badan pemantau yang bertaraf dunia. Walau pun masih baru, ia telah mendapat pelbagai kejayaan. Antara kejayaan Mitrade adalah ‘Most Innovative Broker, Fastest Growing Broker Australia, Best Mobile Trading Platform’.

Strategi Trading Emas – Analisis Teknikal

Untuk berdagang emas, anda tidak boleh sesuka hati membeli dan menjual di pasaran emas. Sebelum itu, anda harus membaca ramalan emas sebelum mula berdagang. Namun begitu, walau pun anda telah membaca dan memahami ramalan emas, anda tidak boleh sesuka hati berdagang emas tanpa kepastian yang mendalam.

Kepastian memasuki dan berdagang emas harus mempunyai ilmu dan pengetahuan supaya dapat mengurangkan risiko kerugian dan mendapat keuntungan yang maksimum dan berlipat kali ganda.

Salah satu cara untuk mengetahui jika anda boleh memasuki pasaran emas adalah melalui teknikal analisis. Teknikal analisis adalah suatu cara yang terbukti sejak dulu lagi untuk anda menjana keuntungan.

Teknikal analisis di lakukan dengan cara menganalisa carta graf pasaran dengan atau tanpa indikator. Indikator yang terlibat biasanya adalah EMA dan stochastic oscillator.

Strategi Trading Emas – Analisis Teknikal

Menganalisis pasaran tanpa indikator juga boleh di lakukan. Ini biasanya melibatkan bentuk carta yang bersih dan hanya melibatkan ‘chart pattern’, bentuk ‘candle stick’ dan ‘Support dan Resistance’.

Teknik ‘Support & Resistance’

Saya akan mulakan dengan memperkenalkan strategi trading emas menggunakan ‘Support and Resistance’. Strategi ini adalah strategi asas yang telah menjadi panduan untuk kebanyakkan indikator di luar sana.

Sebelum itu, anda mesti memahami apakah itu ‘Support and Resistance’. Support adalah kawasan harga atau zon lantai untuk sesebuah pasaran. Resistance pula adalah sebuah kawasan harga atau zon syiling.

Untuk memudahkan anda faham, bayangkan anda berada di sebuah rumah. Jika anda lihat di atas, anda ternampak syiling (resistance). Jika anda melihat ke bawah, ianya adalah lantai (support).

Graf_Support _Resistance

Di zon Support adalah tempat untuk anda ‘Buy’ atau pun beli. Di zon Resistance pula adalah tempat untuk anda ‘Sell’ atau jual.

Grafik_Buy_Sell

Perlu anda ingatkan bahawa zon di mana pergerakan harga sering tuju adalah bermakna ianya sebuah zon yang kuat. Tapi dalam masa yang sama, apa bila zon tersebut selalu di cucuk oleh harga, ia berkemungkinan besar boleh pecah.

Teknik ‘Breakout’

Jika zon Resistance pecah, zon tersebut secara tidak langsung akan bertukar menjadi Support. Begitu juga sebaliknya.

Jika zon Support pecah, zon tersebut akan menjadi zon Resistance yang baharu.

Di sini lah peluang anda untuk memasuki pasaran sama ada untuk buy atau sell.

Namun perlu di ingatkan, ini bukan bermakna anda terus boleh masuk posisi. Anda perlu tunggu harga kempali ke tempat asalnya sebelum masuk posisi.

Trading_teknik_Breakout

Contohnya apabila zon Resistance pecah dan terjadi breakout, ini bermakna zon Resistance tersebut kini menjadi zon Support terbaharu. Ini bermakna anda harus tunggu sehingga harga turun ke zon Support terbaharu tersebut barulah anda boleh Buy.

Begitu juga dengan sebaliknya. Apabila zon Support pecah dan terjadi breakout, ini bermakna zon Support kini telah menjadi zon Resistance yang terbaharu. Tunggu sehingga harga turun ke paras Resistance terbaharu dahulu kemudia baru boleh Sell.

Teknik ini mudah dan sering berlaku kepada setiap pasaran di ‘time frame’ yang berbeza. Akan tetapi lagi besar ‘time frame’ tersebut, lagi besar peluang untuk strategi itu terjadi.

Teknik Stochastic Oscillator

Stochastic Oscillator adalah sebuah indikator yang di perkenalkan oleh George Lane sekitar tahun 1950-an. Indikator ini di gunakan untuk mengenal pasti pusingan menaik atau menurun. Bahagian atas dan bawah indikator di beri nama ‘overbought’ dan ‘oversell’.

overbought_dan_oversell

Untuk membacanya adalah mudah. Apabila harga berada di paras ‘overbought’, ini bermaksud kenaikan harga pasaran berada pada tahap yang melebihi yang sepatutnya. Ini bermakna berkemungkinan akan terjadi penurunan harga pasaran, bermaksud anda akan mencari peluang untuk ‘sell’.

Apabila harga berada di paras ‘oversell pula, ini bermakna penurunan harga pasaran sudah berada melebihi tahap yang sepatutnya. Ini kesempatan untuk mencari peluang ‘buy’.

Stochastic Oscillator adalah indikator yang mudah. Namun penggunaannya dengan teknik atau indikator lain dapat memberikan ‘confirmation entry’ yang lebih tinggi berbanding hanya mempunyai satu indikator.

Sebagai contoh, anda hanya akan memasuki pasaran apabila harga di Stochastic Oscillator telah melepasi zon ‘overbought’ dan ‘oversell’. Kemudian di tambah dengan teknik breakout sebagai ‘confirmation entry’ yang kedua.

Untuk berdagang emas, anda boleh menggunakan laman web dan aplikasi telefon Mitrade. Ini kerana Mitrade menyediakan pelbagai alat untuk analisis teknikal, bermakna pelbagai indikator telah di sediakan untuk anda mula analisis harga emas.

Di samping itu, Mitrade turut menyediakan ‘real-time charts’ iaitu carta yang bergerak mengikut arah pasaran pada masa yang sama. Ini memberi kesempatan kepada anda untuk berdagang emas dan mengaplikasikan strategi trading emas mengikut harga semasa dan tidak ketinggalan.

Strategi Trading Emas – Analisis Fundamental

Fundamental analysis adalah sebuah cara untuk menganalisis faktor luaran dan dalam tentang politik, ekonomi dan pasaran persendirian. Di tambah dengan alat pelaburan yang lain menentukan sama ada keadaan pasaran masa kini boleh masuk atau keluar, dan memakai strategi yang sepadan.

Langkah Analisis Fundamental:

1) Peroleh Maklumat: Semasa menjalankan analisis fundamental, pelabur akan bermula dengan mendapatkan informasi yang relevan pada sesuatu masa menerusi pelbagai saluran. Secara amnya, portal kewangan yang utama dan platform, dagangan yang formal akan memberi maklumat fundamental pada sesuatu masa.

2) Analisis data: Ianya suatu keperluan untuk menganalisis informasi fundamental yang di terima pada sesuatu masa, meramal kemungkinan yang akan terjadi dalam trend melalui integrasi data.

3) Analisis dan aplikasi: Gabungkan hasil analisis informasi fundamental harga trend emas serta informasi teknikal untuk melihat kebarangkalian trend emas pada masa akan datang.

4) Membina strategi: Selepas menganalisis informasi fundamental harga emas dan membuat sesuatu kemungkinan tentang trend harga emas, anda boleh mengerjakan titik perdagangan untuk memperoleh untung dengan mudah dan cepat.

Jika anda ingin mendapatkan kemaskini semasa berkaitan pasaran dunia, anda boleh menggunakan Mitrade. Mitrade juga turut menyediakan dan memberikan kemaskini berkaitan kalendar ekonomi dan berita semasa.

Apabila berdagang dengan Mitrade, Mitrade akan menyediakan 2 jenis akaun real dan juga akaun demo. Kami mencadangkan anda mengguna dahulu akaun demo untuk berdagang jika belum mempunyai ilmu yang cukup serta memberikan anda peluang untuk membiasakan diri dengan platform Mitrade.

Menggunakan akaun demo, anda akan mendapat:

➣$50,000 mata wang virtual.

➣Sama seperti akaun sebenar, boleh di gunakan untuk semua jenis pasaran yang telah di sediakan oleh Mitrade.

Dengan akaun sebenar, anda akan mendapat:

➣Anda juga berpeluang mendapat bonus sehingga $3,000 untuk anda berdagang.

➣Dan lebih banyak alatan terbaik untuk berdagang dan ‘support’ dari pihak Mitrade yang sangat baik.

Kes Analisis dengan Dua Strategi

Di bawah kami senaraikan lagi dua strategi analisis yang lebih spesifik berdasarkan tentang apa yang anda telah baca di atas. Ini akan membantu anda untuk memahami dan menggunakan teori tersebut kepada situasi yang sebenar.

Contoh Analisis Teknikal – Harga Emas Tahun 2016

Contoh_Analisis_Teknikal

Di dalam analisis ini, kami akan membuat analisis berdasarkan teknik breakout, iaitu salah satu teknik yang telah di perkenalkan di atas.

Anda boleh lihat harga emas berada pada zon Resistance untuk sekurang-kurangnya dua kali. Kemudian harga emas telah pecah atau di panggil sebagai ‘breakout’. Ini menjadikan zon Resistance yang lama telah menjadi zon Support (RBS). Anda boleh mencari peluang ‘Buy’ setelah harga kembali ke paras Support baharu. Lihatlah betapa banyak keuntungan yang boleh anda capai.

Teknik dan strategi trading emas ini adalah teknik asas namun sangat bermanfaat untuk mendapat keuntungan. Anda juga boleh mencuba teknik ini dengan pasaran yang lain seperti forex dan saham.

Contoh Analisis Fundamental – Harga Emas Tahun 2020

Teori asas analisis fundamental telah anda ketahui di atas. Sekarang, mari kita lihat dengan lebih mendalam berkaitan harga emas dan faktor fundamental di dalam chart.

Contoh_Analisis_Fundamental_Corona_Virus

Seperti yang telah di huraikan di atas, apabila kes jangkitan Covid-19 meningkat di seluruh dunia pada bulan Mac, harga emas terus melambung naik.

Dengan menggunakan pemahaman asas ‘buy at Support’, anda mencari peluang untuk beli di zon Support. Mengikut ramalan anda berdasarkan apa yang terjadi pada pasaran yang lama seperti virus Sars dan H1N1, selagi vaksin belum di temukan, selagi itu harga emas akan naik.

Faktor lain yang turut mendorong kenaikan emas adalah apabila hujung tahun ini akan terjadi pemilihan presiden di Amerika Syarikat. Secara tidak langsung ini akan juga turut menaikkan harga emas.

Cadangan kami untuk berdagang emas:

  • Pastikan pasaran dalam keadaan tenang atau sibuk. Apabila mula sibuk, itu bermakna pelabur mula untuk membeli atau menjual.
  • Ambil perhatian terhadap pergerakan trend US Dollar di bahagian indeks dan harga semasa emas.
  • Ikut dinamik pergerakan dagangan bank-bank utama dunia.
  • Lihat dan ambil perhatian dengan keperluan emas di industri.
  • Dan lihat jika terjadi perubahan dalam penawaran harga dan juga permintaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, jika anda mempunyai strategi yang cukup baik dan mempunyai peratusan yang baik untuk berdagang emas, ianya tidak menjadi masalah untuk anda berdagang emas. Pergerakan harga emas yang pantas dan kadang-kadang tidak menentu dapat di jinakkan oleh anda sekiranya ilmu yang anda pelajari itu dapat di kuasai.

Melalui artikel ini, kita telah lihat beberapa strategi berkaitan analisis teknikal dan analisis fundamental yang boleh anda gunakan dan aplikasi dalam strategi trading emas anda.

Anda tidak perlu kuasai semua indikator untuk memperoleh keuntungan. Cukuplah dengan mempelajari satu teknik yang boleh menjana keuntungan. Mengikut pengalaman kami, menguasai 1 atau 2 teknik dan strategi trading emas sudah cukup.

Oleh itu, anda kini boleh menjana wang dengan menjadi pedagang emas!


Bagikan Artikel