Pelaburan Bitcoin Di Malaysia 2021:Berpeluang Menjadi Kaya

Pelaburan Bitcoin kini semakin popular di Malaysia dan boleh mendatang kan keuntungan dengan segera jika anda tahu caranya. Adakah anda tahu apa itu Bitcoin? Bagaimana menjadi pendapatan dengan Bitcoin? Dengan proses transformasi yang sedang berlaku dengan begitu pantas sekali. Siapa yang mengikuti arus digital akan sedar akan jalan mudah meraih kekayaan. Di sini anda akan lebih memahami tentang Bitcoin, cara jual beli Bitcoin, kaedah tradisional dan yang paling UTAMA ialah bagaimana cara mudah untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan Bitcoin.

Apa Itu Bitcoin?

Sebelum melangkah ke dalam kupasan topik yang mendalam, kami akan terangkan serba ringkas tentang Bitcoin. Bitcoin merupakan mata wang digital yang dicipta pada tahun 2008 oleh Satoshi Nakamoto. Ialah sistem pembayaran global dan mata wang maya terdesentralisasi pertama yang dapat menyediakan perkhidmatan pembayaran cepat, murah. 

Konsepnya mudah dan digunakan oleh berjuta-juta orang atas talian dalam urusan jual beli tanpa menggunakan pihak lain sebagai pihak ketiga seperti Bank, Penyedia Perkhidmatan seperti Paypal, Stripe dan lain-lain entiti ketiga. 

Menggunakan Internet sepenuhnya dalam sebarang transaksi dan tiada pemantauan dari pihak autoriti atau mata wang digital tidak berpusat “Decentralized Digital Currency”. Dengan Bitcoin juga transaksi jual beli dan penukaran mata wang biasa juga boleh dijalankan seperti biasa.

Baca Juga: Apa Itu Bitcoin? Soalan Lazim Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Melabur Dengan Bitcoin

Apakah Bitcoin Patuh Melabur? Apakah Kelebihan dan Kekurangannya?

Banyak persoalan yang timbul mengenai Bitcoin, adakah ianya dikategorikan sebagai sah di sisi undang-undang? Ramai pengguna Bitcoin yakin bahawa Bitcoin adalah wang digital di masa hadapan dan ianya berbaloi dari segi pelaburan. Bahkan di Malaysia, Bitcoin tidak akan diharamkan penggunaannya kerana ianya merupakan satu inovasi yang bermanfaat kepada masyarakat.

Ramai yang percaya Bitcoin adalah salah satu cara transaksi yang paling cepat, mudah, murah dan selamat di peringkat global walaupun tiada sokongan kerajaan atau bank berpusat, ianya boleh mengganti kan matawang tradisional yang sedia ada. Terdapat dua aspek yang telah kami analisa sama ada Bitcoin berbaloi untuk pelaburan:

Bitcoin Sangat Langka (Scarce)

Bitcoin mempunyai sumber yang terhad untuk menampung permintaan, berbeza dengan emas yang perlu dilombong dari bawah tanah, Bitcoin perlu dilombong menggunakan komputer khas dan memerlukan bekalan elektrik yang banyak.

Contoh yang paling mudah untuk dilihat adalah emas, sumber emas di dunia  adalah terhad dan setiap kami ianya dilombong menjadikan sumbernya semakin sikit dan harganya semakin melonjak naik dan susah didapati.

Begitu juga Bitcoin, secara keseluruhan jumlah Bitcoin adalah 21 juta dan pada masa ini 18 juta Bitcoin yang mengalami peredaran seluruh dunia. Bitcoin terhasil setiap 4 tahun dan kos perlombongannya tetap sama dan hasilnya pula terbahagi dua bermakna tekanan inflasi Bitcoin akan terbahagi setiap 4 tahun.

Harga terbaru Bitcoin pada masa ini ialah : 1 Bitcoin = RM 44,787.73

Secara logik matematik, Bitcoin akhirnya akan terlombong dan kemungkinan di masa akan datang hanya tinggal 3 juta sahaja iaitu 1 per 6 dalam peredaran semasa. Selepas itu tiada lagi bitcoin baru akan dihasilkan. Jika anda bandingkan dengan mata wang fizikal yang ada sekarang di kawal selia oleh bank berpusat dan ianya menjadi satu peluang hebat yang sangat ketara.

Bitcoin Sangat Berguna

Selain Bitcoin adalah langka, Bitcoi juga berguna di mana transaksinya boleh berlaku di seluruh dunia. Tiada bank yang akan menidakkan transaksi anda atau mengganggu/menutup akaun anda. Secara amnya ia adalah mata wang yang menepis segala tapisan menjadikan ianya satu pembayaran melangkaui sempadan juga menyediakan cara termudah tanpa kerenah polisi kerajaan sesebuah negara.

Pros
  • Tidak berpusat atau tiada kadar tukaran matawang berdasarkan negara
  • Bebas unsur campur tangan serta manipulasi pihak berkuasa seperti caj tersembunyi
  • Penggunaannya mudah (Peer to Peer) dari satu pihak kepihak yang lain.
  • Sistem keselamatan yang tinggi “Blockchain” yang sukar digodam
  • Mesra pengguna iaitu tiada pantauan dan kawalan dari mana-mana pihak
  • Bebas digunakan di serata dunia
Cons
  • Tiada pantauan menyebabkan digunakan secara meluas dalam pasaran gelap
  • Sukar di jejak kerana tiada tanda seperti wang kertas biasa
  • Nilainya tidak tetap dan mudah berubah-ubah

Cara Mudah Dan Murah Untuk Pelaburan Bitcoin

Kos membeli bitcoin secara langsung atau mendapatkan bitcoin melalui Bitcoin Mining adalah cabaran besar bagi pemula. Adakah cara mudah dan murah bagi pelabur biasa untuk menyertai pasaran bitcoin?

Anda boleh mempertimbangkan CFD yang menyediakan penyelesaian mudah dan ringkas untuk pelabur yang inginkan keuntungan dari turun naiknya Bitcoin. Seperti juga pelaburan yang lain, prinsipnya sama iaitu membeli dengan harga rendah dan menjual dengan harga yang tinggi, di mana dengan CFD anda boleh melakukan perkara yang sama untuk mendapatkan keuntungan.

Apa Itu CFD?

“Contract For Differences” atau Bahasa mudahnya adalah Kontrak Untuk Perbezaan. Satu instrumen kewangan derivative yang membuka peluang kepada pedagang untuk memantau pergerakan harga dan membuat keuntungan mudah daripadanya. Konsep dagangan yang mudah dan sangat mirip dengan Forex. Asasnya adalah sama iaitu menggunakan teknikal analisis. Forex dan CFD adalah kategori “Financial Instrumen”.

Dalam CFD kita melakukan pembelian aset dengan sebuah kontrak tetapi kita sebenarnya tidak memilikinya dan telah melakukan dagangan di atas pergerakan harga aset tersebut. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan dagangan CFD dan juga ekuiti yang lain.

Sebagai contoh:

Sekira anda ramalkan harga bitcoin akan naik, anda klik membeli untuk buka pesanan, dan menjual untuk tutup pesanan saat harga bitcoin naik untuk dapatkan untungan.

Sekira anda ramalkan harga bitcoin akan jatuh, anda klik jual untuk buka pesanan(pinjam sejumlah bitcoin untuk jual), dan membeli dengan harga rendah saat harga bitcoin jatuh (kembalikan bitcoin ke platform), anda menjana untungnya dari harga perbezaan dari harga jual dan beli.

Harga semasa bitcoin $39000,dengan leverage yang ditawarkan oleh platfrom, anda dapat beli dengan lot kecil dan tidak perlu bayar wang penuh untuk beli, sebagai contoh.

Pembelian BitcoinTrading dengan leverajeTrading tanpa leveraje
Harga Beli$39000$39000
Lot ukuran0.1 lot0.1
Ratio Leverage01:200
Modal yang diperlukan$189.191$3900
Harga Jual$39200$39200
Keuntungan$200$200
Laba atas pelaburan105.71%5.13%

Perbandingan Trading CFD dan Trading Tradisional

Trading CFDTrading Tradisional
Dibenarkan menggunakan leverage iaitu pinjaman yang diberikan oleh pihak broker untuk kita melakukan daganganTiada Leverage atau modalnya lebih besar
Pelaburan secara beli dan jual juga boleh membuat keuntungan dari kedua-duanya.Pelaburan secara pembelian dan tidak dibenarkan menjual.
Risiko yang lebih tinggi kerana memungkinkan anda terlebih dagang apabila melibatkan leverageRisiko rendah kerana tiada leverage digunakan untuk memulakan perdagangan.
Cara mendaftar akaun yang mudah dan melalui proses yang cepat.Adakalanya cara dagangan tradisional memakan masa yang lebih lama untuk proses identifikasi.
Tidak memerlukan pengiraan yang rumit tetapi memerlukan Teknik Analisa mengenal pasti turun naik pasaran bagi memperolehi keuntungan.Memerlukan pengiraan yang tepat dan formula-formula tertentu untuk mengenal pasti turun naik harga.
Boleh berdagang 24 jam dan setkan SP (Stop Profit) dan SL (Stop Loss) semasa transaksi bagi mengelakkan risiko yang lebih tinggi.Tiada SP dan SL yang disediakan.
Tidak memerlukan anda membayar cukaiAda pengiraan cukai

Jika dibandingkan dengan kaedah tradisional Bitcoin, kontrak Bitcoin juga mempunya pro dan con yang tersendiri.

Pros
  • Mudah digunakan tanpa kiraan atau formula yang rumit seperti bagaimana untuk pertukaran dan lain-lain, anda hanya memerlukan analisa bagi menentukan turun naiknya dan memilih untuk melakukan transaksi jual atau beli, jika kena dengan caranya maka anda akan beroleh keuntungan.
  • Peluang melakukan keuntungan, cara perdagangan dua hala bagi matawang digital adalah separuh dari kaedah perdagangan tradisional.
  • Mudah untuk mengelakkan dari risiko. Pelabur boleh masuk dan keluar dari pasaran pada bila-bila masa dalam 24 jam
Cons
  • Anda tidak memiliki Bitcoin yang sebenar
  • Anda tidak boleh menggunakan Bitcoin untuk membeli barangan atau perkhidmatan.
  • Untuk pemula, anda boleh mulakan dengan membuka akaun demo dahulu, dalam akaun domonya tersedia wang maya senilai $50000.
  • Menggunakan Leveraj juga boleh menyebabkan anda kerugian yang besar.

Dengan kaedah Pelaburan CFD yang mudah, anda boleh bermula dengan percubaan Bitcoin CFD di Mitrade dengan hanya serendah $50 atau anda boleh memahirkan diri dengan menggunakan akaun demo terlebih dahulu. Mulakan Langkah anda dengan memulakan akaun anda sekarang di Mitrade. Mitrade adalah sebuah broker yang pakar dalam perdagangan forex dalam talian dan kontrak untuk perbezaan (CFD) dan ia dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia ASIC.

Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik.

Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.

Bagaimana Saya Mendapat Keuntungan Dari CFD

Nah jika anda sudahpun memahami konsep Bitcoin, untung ruginya dan apa itu CFD, berikut adalah cara untuk anda memulakan proses pembelian kontrak CFD di Mitrade.

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:

Step 1: Pendaftaran Dalam Talian yang Pantas

Gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu.

16069633897436
Step 2: Lengkapkan Pengesahan Identiti 

Kirim maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam(Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan)

16069633737774
Step 3: Deposit Akaun Untuk Berdagang

Pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran pengendalian, deposit miminum seredahn $50

16069637947702
Step 4: Membuka perdagangan

Buka kedudukan berdasarkan ramalan harga Bitcoin anda. Sekiranya anda fikir harga Bitcoin akan naik, maka beli. Sekiranya anda fikir harga akan jatuh, maka juallah. Akhirnya, jangan lupa untuk menetapkan untung berhenti dan henti rugi Strategi menetapkan ruang berhenti rugi yang munasabah.

16126892681603
Step 5: Menutup kedudukan

Perhatikan harga bitcoin, apabila harga mencapai sasaran yang diharapkan, tutup kedudukan dan tarik keuntungan.

16142398351309

Cara Pelaburan Bitcoin Tradisional Di Malaysia

Saat mendengar perkataan Bitcoin, lazimnya yang timbul di benak fikiran orang adalah Scam, namun sejauh mana kebenarannya. Jika kita menambah ilmu tentang Bitcoin kita akan dapati Bitcoin adalah peluang untuk menjana pendapatan. Diri kita yang akan mengawal sepenuhnya pelaburan, itu terdapat 2 Cara Untuk Melabur Dalam Bitcoin di Malaysia:

Cara pertama- Beli Bitcoin(beli rendah jual tinggi)

➊ ATM Bitcoin – transaksi pembelian Bitcoin boleh dilakukan di mesin ATM yang disediakan di 6 lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur, Nilai Negeri Sembilan, Ipoh Perak, Sungai Petani Kedah, Langkawi Kedah dan juga di Pulau Pinang.  Namun ada caj yang dikenakan sehingga 10% dan transaksinya berlaku dengan pantas. Jika anda tidak mahu identiti ketahui maka anda boleh melakukan transaksi secara wang tunai.

➋ Market Peer to Peer – Pembelian Bitcoin melalui platform-platform yang disediakan di mana pelabur boleh menjual Bitcoin dengan mengiklankan di platform yang disediakan. Walaubagaimanapun, kaedah ini mempunyai risiko sendiri dan seharusnya bijak memilih dan menilai penjual yang ada untuk mengelakkan ditipu. Antara platform yang wujud ialah LocalBitcoins.com, Remitano dan juga Huobi OTC.

➌ Pertukaran mata wang Crypto – Kaedah jual beli paling selamat dan diperakui oleh SSM (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) di mana proses anda boleh melakukan perdagangan secara atas talian dan 3 “exchange crypto” yang diluluskan ialah Malaysia Luno, Sinegy dan Tokenzie. Anda perlu mendaftar akaun di platform yang disediakan untuk menyimpan atau mendagangkan Bitcoin anda.

Cara beli Bitcoin tercantum di atas memerlukan sejumlah wang yang banyak di mana anda boleh membeli jutaan Bitcoin namun kebanyakan pertukaran mata wang mempunyai pembelian minimum mandatori. Kebiasaannya membeli Bitcoin dalam jumlah yang sedikit akan menjadikan fee nya lebih tinggi.

Cara kedua-Bitcoin Mining(Dapatkan Bitcoin Secara Percuma)

Jika dengan bekerja atau berniaga kita akan memperolehi wang, dengan Bitcoin segalanya berbeza kerana saat memasuki dunia Bitcoin, kaedah mendapatkannya adalah “Mining Bitcoin”, atau melombong Bitcoin menggunakan Komputer yang berkapasiti khas atau “Super Computer” buat melombong Bitcoin menggunakan matematik dan kiraan yang disediakan. Prosesnya juga memerlukan bekalan elektrik yang tinggi.

Melombong Bitcoin (Bitcoin Mining)

Pelaburan Bitcoin: Melombong Bitcoin

Adalah satu proses perlombongan yang berbeza dengan emas, melombong emas memerlukan tenaga kerja manusia untuk mencari gali di kedalaman tanah, laut dan sebagainya tetapi bagi Bitcoin cara perlombongannya dilakukan oleh komputer khas yang direka bagi menyelesaikan kiraan matematik yang rumit dan akan menghasil kan blok transaksi kemudiannya rekod transaksi ditambah ke dalam “blockchain”. Dengan menambah blok ke dalam rantaian “blockchain”, pelombong akan menerima bitcoin sebagai ganjaran bagi melengkapi proses perlombongan.

Jika anda menggunakan komputer biasa untuk melombong Bitcoin, anda mungkin memerlukan 3-4 tahun untuk menghasil kan 1 blok sebelum dipecahkan menjadi Bitcoin. Kerana itulah ramai yang menggunakan “super computer” bagi tujuan melombong Bitcoin secara besar-besaran.

Sehingga kini, kos yang melibatkan jutaan dolar untuk memulakan operasi melombong kerana peralatan yang berkapasiti tinggi dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jadi bagi pemula, melombong Bitcoin bukanlah satu pelaburan yang menguntungkan.

Menyimpan Bitcoin: Dompet Panas dan Dompet Dingin

Secara peribadi anda akan menyimpan barangan berharga anda di tempat yang selamat untuk mengelakkan dari berlakunya kecurian, begitu juga dengan Bitcoin di mana pencuri digital, penggodam dan scam akan cuba mengesan Bitcoin anda, jadi menjadi satu keperluan untuk anda melindungi Bitcoin anda. Jika anda mendapati diri anda serius dan komited dalam pelaburan Bitcoin dan mempunyai amaun yang besar Bitcoin , kami cadangkan anda untuk membina ballet anda dengan keselamatan yang tinggi

Bitcoin juga memerlukan tempat simpanan tersendiri dan terdapat dua dompet khas untuk mereka iaitu dompet panas dan dompet dingin.Dompet Panas ialah dompet yang di sambung kan ke internet (dompet dalam talian) manakala dompet dingin tidak di sambung kan kemana-mana rangkaian (dompet luar talian).

Bagaimana Menghindari Penipuan Bitcoin?

Penipuan Pishing

Ada dua kategori penipuan Bitcoin, pertama adalah penipuan phishing iaitu mencuri maklumat anda dan menjanjikan skim yang menjamin pulangan yang besar. Tiada sebarang pengembalian wang didalam Bitcoin sebenarnya.

Serangan pancingan data biasanya memujuk anda dalam bentuk mesej:

➢ Klik pada pautan;

➢ Buka fail;

➢ Pasang perisian pada peranti anda

Oleh itu, anda harus enggan membuka emel yang mencurigakan, periksa alamat emel dengan teliti, dan jangan buka emel yang mencurigakan,sekiranya emel itu melibatkan pemindahan dan pengiriman wang dan perkara-perkara lain yang berkaitan, pastikan untuk mengesahkan semula melalui telefon dan pastikan bahawa maklumat akaun di dalamnya belum dijatuhkan. 

URL Palsu

Beli dan simpan crypto kemudian digodam dengan menyuntik malware untuk mencuri Bitcoin anda. Boleh dilihat dari URLnya. Pertukaran cryptocurrency sah yang sah selalu bermula dengan https (harus ada kunci hijau di bar alamat anda). Jika janji yang diberi sangat indah oleh mana-mana pihak maka itu adalah salah satu cara bau-bau penipuan di situ.

Untuk memeriksa tahap keselamatan laman web Mitrade kami, anda boleh lihat ikon kunci di sebelah kiri iaitu (SSL), sijil enkripsi di mana segala data peribadi anda akan lebih selamat.

16011747139114

Contohnya, boleh tengoknya ikon kunci ada di tepi URL Mitrade. 

Kesimpulan

Sekarang anda telah mengetahui kaedah dan faedah pelaburan Bitcoin, dan bagaimana untuk mengelakkan penipuan Bitcoin, sudah tiba masanya untuk mula bergabung dengan pasaran Bitcoin untuk berlatih lah. Tetapi harap ingat bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai risiko yang tinggi, adalah penting bagi pemula untuk belajar selok belok setiap pelaburan yang hendak diceburi dengan memperbanyakkan lagi bacaan dan mencari platform dagangan yang betul. Mitrade adalah selamat dan dijamin untuk anda berasa lebih selamat di sini.


Bagikan Artikel
Don`t copy text!