Apa Itu Komoditi? Panduan Lengkap Untuk Melabur Dalam Komoditi(2023)

Komoditi mempengaruhi kehidupan seharian kita. Apa itu Komoditi? Dan bagaimana dagangan komoditi bekerja? Teruskan bacaan untuk melihat definisi komoditi dan belajar tentang faktor asas yang mempengaruhi harga komoditi dan bagaimana untuk melabur dalam komoditi.

Apa Itu Komoditi?

Komoditi ialah bahan mentah dan aset ketara yang wujud dalam alam semulajadi, termasuk produk pertanian, logam berharga dan tenaga dimana ia diproses menjadi bentuk lain sebagai alat pengeluaran disebabkan oleh aktiviti manusia, dimana ia juga membentuk asas ekonomi dan kehidupan, sejak bahan asas diperlukan untuk menghasilkan makanan, tenaga dan pakaian.

Minyak sebagai contoh. Syarikat cari gali menggalinya untuk diperhalusi dan minyak dijual. Menjadikan minyak di ekstrak, dikilangkan dan dijual sebagai produk standard (contohnya setong minyak). Ini adalah proses menukarkan sumber alam kepada komoditi yang boleh didagangkan.

Komoditi dijual beli dalam tukaran seperti saham. Pertukaran yang ketara termasuk Chicago Mercantile Exchange (CME), New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan London Metal Exchange (LME).

Aspek terakhir komoditi yang perlu anda faham ialah klasifikasinya. Secara umumnya pasaran komoditi terbahagi kepada dua kategori tersendiri, komoditi lembut dan komoditi keras.

Komoditi Lembut : Komoditi lembut ialah pertanian, ternakan dan perusahaan, ia juga cenderung menjadi bermusim dan boleh diperbaharui dan mudah rosak.

  • Kopi
  • Jagung
  • Gandum
  • Barli
  • Kacang Soya
  • Gula
  • Kayu
  • Kapas
  • Khinzir 

Komoditi Keras : Logam yang dilombong atau diekstrak daripada sumber asli, komoditi kasar juga tidak boleh diperbaharui, bermakna ia terdapat dalam jumlah yang terhad untuk setiap produk. Mempunyai kuantiti yang terhad mewujudkan kekurangan dimana ia menjadikan harga komoditi ini berbeza daripada komoditi lembut, material ini juga tahan lama –  ia selalunya boleh digunakan semula, di kitar semula dan diubah penggunaannya.

Berikut adalah beberapa contoh logam berharga yang biasa.

  • Emas
  • Perak
  • Platinum
  • Tembaga

Baca Juga: Panduan Pelaburan Emas Untuk Pemula Malaysia

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Komoditi

Pasaran komoditi boleh bertukar secara pantas, terutamanya apabila permintaan terhadap sumber menjadi tinggi dan dipengaruhi oleh faktor luar. Faktor utama yang mempengaruhi harga komoditi termasuk : 

Bekalan dan permintaan : Bekalan dan permintaan adalah pemacu terpenting dalam pergerakan harga pasaran komoditi. Apabila bekalan keseluruhan atau inventory komoditi berkurangan, harganya akan meningkat.Begitu juga sebaliknya apabila berdepan dengan permintaan yang berkurangan dan bekalan yang meningkat, harga komoditi jatuh.

Kitaran Ekonomi : Ledakan atau kemelesetan dalam ekonomi dunia boleh mempengaruhi permintaan untuk komoditi industri dan mengubah permintaan untuk kumpulan komoditi yang luas melalui kesan pendapatan, membuatkan harganya bergerak ke arah yang sama.

Musim dan Iklim : Sesetengah komoditi adalah pertanian dan pengeluaran komoditi ini bergantung kepada cuaca; kebanyakan komoditi adalah bermusim. Sedikit perubahan dalam keadaan cuaca boleh mempengaruhi bekalan komoditi dalam pasaran dunia.

Kadar faedah dan kadar tukaran dolar Amerika Syarikat : Komoditi biasanya didominasi oleh solar Amerika Syarikat. Sebagai nilai keseluruhan dolar yang turun naik, harga komoditi juga turun naik.

Polisi dan Geopolitik : Sesetengah komoditi mengalami tawaran yang baik terhadap ketidakpastian politik dalam negara dimana ia dihasilkan. Contohnya minyak mentah dihasilkan secara utama daripada negara sebelah Timur Tengah. Ini bermaksud harga Brent dan WTI boleh dipengaruhi secara kuat oleh ketegangan yang timbul dalam sejarah dalam negara tersebut.

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Komoditi

Seperti pelaburan yang lain, komoditi juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jika ada sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam komoditi, ambil cakna kepada beberapa kelebihan dan kekurangan utama. Ini adalah manfaat tipikal dalam komoditi.

Kepelbagaian : Melabur dalam komoditi membenarkan pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

Risiko Lindung Nilai : Komoditi biasanya dihargai nilainya apabila inflasi meningkat. Dengan melabur dalam komoditi, anda boleh melindung nilai untuk melindungi portfolio daripada susut nilai inflasi.

Keuntungan Meningkat : Harga beberapa komoditi boleh turun naik dan pelabur boleh menjana keuntungan yang signifikan daripada turun naik harga dalam komuniti seperti minyak mentah dan emas.

Kestabilan : Dalam jangka masa yang panjang, komoditi biasanya tetap stabil kerana ia komoditi penting dan ketara, dan kestabilan aset ini membantu untuk meredakan kebimbangan tentang turun naik pasaran.

Sementara kelebihan ini menjadikan komoditi sebuah peluang pelaburan yang menarik, anda juga perlu berwaspada terhadap kelemahan untuk membantu membuat keputusan yang berhemah sama ada untuk berdagang dalam komoditi.

Ketidakcairan: Pemilikan langsung dalam kebanyakan komoditi memakan masa, susah dan mahal.

Turun Naik tinggi : Harga komoditi sangat dipengaruhi oleh risiko luaran termasuk acara politik dan bencana alam.

Bukan Pendapatan: Tidak seperti ekuiti dan pendapatan tetap, komoditi bukan aset pengeluar berpendapatan, jadi mereka tidak membayar sebarang dividen atau faedah. Pulangannya juga berdasarkan kenaikan harga,

Kos Pengangkutan: Membeli komoditi secara terus untuk pelaburan boleh menyebabkan kok pengangkutan dan penyimpanan yang signifikan.

Untuk kesemua kelebihan dan kekurangan, dagangan komoditi masih cara terbaik untuk mempelbagaikan portfolio anda dan lindung nilai inflasi terhadap pergerakan pasaran yang buruk.

Bagaimana Berdagang Komoditi

Terdapat empat cara utama untuk menjual dan membeli komoditi, dan anda boleh mendapat keuntungan daripada pergerakan harga menggunakan mekanisma dagangan berikut : 

Kontrak Hadapan: Komoditi kontrak hadapan adalah cara yang paling popular untuk berdagang komoditi. Kontrak hadapan adalah perjanjian yang diikat secara sah untuk menjual dan membeli aset spesifik pada harga yang spesifik dan tarikh yang spesifik dimasa hadapan.Pembeli kontrak hadapan mengandaikan risiko pergerakan harga masa depan yang menjadi dasar aset, sementara penjual kontrak hadapan mengimbangi risiko tersebut. Anda boleh berdagang komoditi derivatif seperti kontrak hadapan, selagi mana anda mempunyai akaun broker yang membenarkan anda untuk berdagang.

Dana Dagangan Bursa: Kebanyakan ETF ( Dana Dagangan Bursa) memberikan pendedahan kepada harga komoditi melalui komoditi hadapan, pilihan seperti hadapan atau saham dalam syarikat carigali atau penghasilan komoditi, dengan beberapa pertukaran yang paling biasa: Chicago Board Of Trade (CBT) dan New York Mercantile Exchange (NYMEX) atau London Metal Exchange (LME).

Melabur dalam saham komoditi: Cara lain untuk melabur dalam komoditi ialah membeli saham syarikat yang menghasilkannya. Contohnya anda boleh membeli saham logam, saham tenaga atau saham daging. Jenis pelaburan ini mempunyai potensi pulangan yang tinggi daripada komoditi itu sendiri, tapi ia juga berisiko tinggi serta kecairan tinggi. Tambahan lagi, syarikat boleh membayar dividen kepada pelabur, sekaligus dapat menjana pendapatan pasif yang berterusan untuk pelabur.

Kontrak Untuk Perbezaan: Berdagang komoditi dengan CFD (Kontrak Untuk Perbezaan) adalah bentuk popular spekulasi kewangan pasaran, kontrak untuk perbezaan membenarkan pedagang untuk membuat spekulasi pada pergerakan harga di antara kemasukan dagangan dengan waktu keluar. CFD boleh menawarkan anda pelbagai jenis pilihan untuk jualan pendek, menggunakan leveraj dan spekulasi jangka pendek pada harga komoditi, but ia juga datang dengan level risiko yang tinggi.

Baca Juga: Panduan Lengkap Untuk Trading CFD di Malaysia

Dengan Mitrade, anda boleh berdagang 13 komoditi popular melalui CFD. Berikut ialah senarai CFD komoditi yang ada kini.

Komoditi Pertanian

  • Kopi
  • Gula

Komoditi Tenaga

  • Brent
  • WTI
  • Gas Asli
  • Hadapan Brent 
  • Hadapan WTI

Komoditi Logam

  • Perak
  • Emas
  • Paladium
  • PlatinumAluminium 
  • Tembaga

Waktu Dagangan Komoditi

Komoditi dibuka untuk dagangan selama 5 hari seminggu dan biasanya tutup hanya daripada 5.00 petang ke 6.00 petang EST. Waktu dagangan dan penutupan adalah berbeza ikut komoditi seperti berikut : 

 Waktu Dagangan (EST)Tutup Pasaran (EST)
EmasAhad  – Jumaat 18:00-17:00Ahad  – Jumaat  17:00-18:00
PerakAhad  – Jumaat 18:00-17:00Ahad  – Jumaat  17:00-18:00
Minyak MentahAhad  – Jumaat 18:00-17:00Ahad  – Jumaat  17:00-18:00
TembagaAhad  – Jumaat 18:00-17:00Ahad  – Jumaat  17:00-18:00
Gas AsliAhad  – Jumaat 18:00-17:00Ahad  – Jumaat  17:00-18:00

Bagaimana Membuka Akaun Dagangan Komoditi

Mitrade menawarkan pelbagai jenis akaun dagangan leveraj yang boleh digunakan untuk berdagang atas pasaran komoditi. Anda boleh membuka spread dagangan atau akaun dagangan CFD.

Berdagang melalui laman sesawang kami, aplikasi komputer atau aplikasi telefon dan berdagang bila-bila masa, dimana sahaja. Buka akaun dagangan komoditi bersama kami untuk mengakses pasaran komoditi popular untuk berdagang.

Mengapa pilih Mitrade?

  • Memerlukan margin rendah
  • Amaran pasaran dan laporan kaji selidik
  • Fungsi senarai pantauan peribadi
  • Waktu sebenar dagangan pasaran komoditi
  • Waktu sebenar carta teknikal komoditi

Bersedia untuk mencuba dagangan komoditi? Daftar untuk akaun dagangan komoditi hari ini.

Kesimpulan

Dagangan komoditi adalah pilihan pelaburan yang lumayan dimana ia boleh membantu anda meningkatkan kekayaan anda. Komoditi menawarkan pulangan yang lebih baik daripada turun naik yang tinggi mereka, tetapi ia bukanlah kondusif atau pelbagai. Oleh itu, penting untuk betul-betul bersedia dengan portfolio anda dan mengkaji dahulu sebelum masuk ke dunia dagangan komoditi atas talian.

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan