Apa Itu Dividen dan Bagaimana Ia Bekerja?(Panduan 2023)

Dengan memahami bagaimana dividen bekerja, anda boleh menjana pendapatan pasif daripada dividen dan mendapat manfaat daripada peningkatan modal anda. Dalam artikel ini kami akan menerangkan bagaimana cara dividen, jenis-jenis dividen yang ada dan juga apa yang anda perlu tahu tentang saham bayaran dividen.

Apa Itu Dividen?

Dividen ialah perkongsian dalam keuntungan syarikat yang dibahagi kepada pemegang saham dalam bentuk saham, tunai atau kedua-duanya. Tambahan lagi kepada kenaikan harga saham, menerima dividen adalah salah satu cara utama menjana wang dalam pasaran saham, dan biasanya dividen dibayar secara tahunan dalam bentuk tunai ataupun saham. 

Syarikat awam dan swasta membayar dividen tetapi ia tidak ditawarkan oleh semua syarikat malah tiada undang-undang yang memerlukan mereka membayar kepada pemegang saham. Jika sesebuah syarikat memilih untuk membayar dividen, ia mungkin diagihkan secara bulanan, suku tahun atau tahunan. Dividen khas tidak dibayar secara berkala.

Mengapa Syarikat Membayar Dividen?

Pembayaran dividen menjurus kepada peningkatan minat pelabur dalam saham, dimana ia membantu menaikkan harga saham dan nilai syarikat. Secara amnya, bayaran dividen adalah bukti pengurusan modal yang baik serta penghormatan kepada pemegang saham, ia juga akan menggalakkan pelabur untuk meneruskan pelaburan dalam syarikat, juga membentuk kestabilan dan kesetiaan asas pemegang saham yang mana ia juga memberi faedah kepada harga saham.

Proses Pembayaran Dividen

Langkah 1 : Lembaga pengarah akan bermesyuarat untuk mencadangkan pelan bayaran dividen dan menentukan masa serta prosedur bayaran dividen.

Langkah 2 : Mesyuarat tahunan pemegang saham diadakan bagi mempertimbangkan cadangan bayaran dividen, memutuskan tahap dividen per saham mengikut kategori spesifik dan kenalpasti masanya.

Langkah 3 : Mesyuarat untuk lembaga pengarah diadakan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum bayaran setiap dividen untuk menyenaraikan pemegang saham yang akan menerima dividen, mengenal pasti tahap dividen per saham, tempoh bayaran dividen dan kaedah pembayaran.

Langkah 4 : Menghantar notis bayaran dividen kepada pemegang saham, bagi memastikan ia dihantar ke alamat yang didaftarkan sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh bayaran

Langkah 5 : Teruskan bayaran dividen syarikat mengikut garis masa seperti sebelumnya.

Apa Perbezaan Jenis-Jenis Dividen?

Sebuah syarikat mungkin membayar pelbagai jenis dividen kepada pemegang saham. Penerangan berikut adalah jenis biasa yang diterima oleh pemegang saham.

Dividen Tunai

Bayaran sebenar dengan tunai yang dilakukan secara langsung oleh syarikat kepada pemegang saham adalah bentuk bayaran yang biasa dilakukan. Bayaran biasanya akan dilakukan secara elektronik (pindahan wire) tapi boleh juga secara cek atau tunai.

Bayaran tunai dilakukan secara langsung kepada pemegang saham oleh syarikat untuk menunjukkan bahawa syarikat mempunyai aliran tunai yang kukuh dengan pelaburan yang selamat. Ia perlu dilakukan secara berhati-hati apabila mempertimbangkan tentang jangka masa panjang, stabil dan bayaran dividen yang bertambah dengan syarikat yang membuat pinjaman wang bagi membayar dividen.

Bagaimanapun bagi syarikat yang mempunyai kesukaran dalam kewangan, yang berada dalam pertumbuhan pesat atau fasa berkembang, dividen tunai mengurangkan jumlah modal yang tersedia dalam syarikat, akan menjadi kekurangan dana untuk memperluaskan pengeluaran dan operasi serta menjejaskan pertumbuhan.

Dividen Saham

Saham dividen akan dibayar kepada pemegang saham melalui terbitan saham baru syarikat. Ia dibayar dalam berkadar kepada jumlah saham yang sudah dimiliki oleh pelabur. Bentuk bayaran ini adalah sangat popular diantara syarikat yang sedang berada dalam fasa pertumbuhan dan juga ia perlu untuk mengekalkan keuntungan bagi mengembangkan perniagaan.

Untuk saham tidak cair, bayaran dividen saham meningkatkan kecairan dalam pasaran dan mengurangkan risiko kecairan, juga akan mengurangkan harga pasaran, menjadikan ianya lebih mudah untuk pelabur membeli saham serta harga saham juga meningkat.

Walau bagaimanapun, bila saham membayar dividen, modal saham kekal tidak berubah dan pelabur perlu menunggu 2-3 bulan untuk untuk isu baru yang timbul sebelum mereka boleh menjualnya. Atau risiko lain jika syarikat mengekalkan modalnya untuk pelaburan dalam projek yang tidak cekap, mungkin boleh membawa kepada kejatuhan harga saham.

Dividen Harta

Sesetengan syarikat mungkin akan memberi ganjaran kepada pemegang saham dalam bentuk aset fizikal, keselamatan pelaburan dan hartanah. Bagaimanapun menggunakan aset sebagai dividen masih lagi jarang dikalangan syarikat. 

Bagaimana Pendapatan Dividen Dikira?

Definisi dividen asas bahagian tetap adalah dividen yang dibayar per perkongsian saham dan pemegang saham menerima pendapatan berkala daripada saham apabila syarikat mengisukan secara suku tahun atau dividen tahun semasa, tanpa mengira perubahan harga saham.

Formula Tunai Dividen : Dividen Tunai X Jumlah saham yang dimiliki = Tunai yang boleh terima

Contohnya , syarikat A mengumumkan akan bayaran dividen $0.3 per saham kepada pemegang akan, pelabur yang memiliki 100 bahagian saham syarikat akan menerima dividen sebanyak $0.3 x 100 = $30 pada tarikh bayaran dividen diumumkan syarikat, dimana ia adalah jumlah tetap pendapatan tanpa mengira turun naik harga saham.

Apa itu Hasil Dividen?

Hasil dividen ialah nisbah kewangan yang digunakan untuk menganggarkan nilai saham berdasarkan dividen yang telah dibayar. Pelabur akan menggunakan hasil dividen untuk menilai pulangan pela uran mereka. Formula kiraan hasil dividen.

Formula hasil dividen adalah seperti berikut.

Hasil saham =  dividen per saham/ nilai pasaran per saham.

Syarikat B membayar dividen $2 per bahagian saham apabila ia didagangkan pada $15. Oleh itu hasil dividen akan menjadi $2/$15 = 0.133 (atau 13.3%)

Bila Dividen Dibayar?

Dividen boleh dibayar secara bulanan, suku tahun atau tahunan, bergantung kepada syarikat. Terdapat empat tarikh penting untuk mengetahui tentang dividen, tarikh isytihar, tarikh, tarikh bekas dividen dan tarikh bayaran.

Tarikh Isytihar : Tarikh dimana lembaga pengarah syarikat atau kumpulan pengurusan akaun mengumumkan tarikh pembayaran dividen dibuat. Lembaga pengarah akan mengundi bila tarikh bayaran dividen akan dilakukan.

Tarikh Pendaftaran : Untuk tarikh pendaftaran, pemegang saham perlu mempunyai maklumat pegangan saham mereka dalam pendaftaran saham syarikat untuk melayakan dividen yang diumumkan oleh syarikat pada tempoh tersebut. Maksudnya hanya pemegang saham yang pegangan sahamnya direkodkan sebelum tarikh pendaftaran yang layak menerima dividen pada tempoh tersebut.

Tarikh Bekas Dividen : Tarikh bekas dividen adalah tarikh penentuan sama ada pelabur layak menerima dividen keatas saham pada tempoh tersebut. Bekas dividen bermaksud, selepas pembelian saham, pelabur tidak boleh menerima dividen ke atas saham pada tempoh semasa.  Biasanya tarikh bekas dividen saham adalah beberapa hari bekerja sebelum tarikh direkodkan.

Pemegang saham yang membeli saham syarikat sebelum tarikh bekas dividen akan menerima dividen yang diumumkan. Pemegang saham yang membeli saham syarikat pada atau selepas tarikh bekas dividen tidak akan menerima dividen yang telah diumumkan, tetapi akan menerima pada pusingan akan datang.

Tarikh Bayaran : Tarikh dimana syarikat akan membayar dividen kepada pemegang saham. Kebanyakan syarikat akan membayar secara suku tahunan, sementara beberapa syarikat memilih membayar dividen setahun sekali.

Dimana Saya Boleh Membaca Makluman Bayaran Dividen?

Maklumat pembayaran dividen seperti jadual dan masa pembayaran dividen, akan di rancang dan di laporkan kepada pelabur setiap syarikat. Pelabur boleh melihat maklumat berkenaan bayaran dividen dalam beberapa caya, Wajarnya boleh dilihat seperti rujukan berikut : 

  • Resolusi dan minit mesyuarat tahunan pemegang saham
  • Periksa maklumat dividen di laman sesawang pertukaran saham
  • Lihat maklumat bayaran dividen di laman sesawang Suruhanjaya Keselamatan Negara.
  • Lihat maklumat di laman sesawang syarikat yang tersenarai

Dividen Saham Terbaik Sekarang

Jika anda ingin menyediakan portfolio anda pada 2023, ini adalah senarai dividen terbaik 2022. Namun diingatkan, pulangan lepas bukanlah indikator untuk pulangan masa depan.

JPMorgan : JPM adalah bank terkuat dan pengurusan terbaik dunia. Ia adalah peneraju dalam pelaburan bank, bank komersial, kad kredit dan pengurusan aset serta mempunyai hasil dividen iaitu 2.98% pada Dec.12.

Wal-Mart : Wal-Mart menjadi salah satu syarikat terbesar dunia dalam penghasilan dan keuntungan. Walmart Inc mempunyai sejarah panjang apabila datang kepada dividen, dengan dividen tahunan syarikat yang meningkat pada 49 tahun berturut-turut. Pada Dec, 12, Wal-Mart Stores Inc (NYSE:WMT) mempunyai hasil dividen sebanyak 1.51%.

McDonald : Mcdonald Corporation (NYSE:MCD) menjadi pembayar dividen paling dipercayai untuk banyak tahun dimana dividen tahunan syarikat meningkat selama 45 tahun berturut. Yang mana ia membawa kepada peningkatan, hasil dividen rantaian makanan segera adalah pada 2.2% pada Dec.12.

Procter & Gamble : P&G (NYSE:PG) telah membayar dividen selama 132 tahun berturut-turut sejak ditubuhkan pada 1890 dan dividen tahunan meningkat selama 66 tahun berturut-turut memandangkan jenis jenama perniagaan keperluan pengguna. Hasil dividen pada tahun berakhir Dec.12 adalah 2.4%

Pfizer Inc : Pfizer (NYSE: PFE), peneraju inovasi farmasi, dividen tahunan telah naik untuk 11 tahun berturut-turut. Akibat daripada peningkatan tersebut, Pfizer (NYSE:PFE) membayar dividen suku tahun pada $0.40 per saham untuk suku berakhir Dec.12, mewakili hasil dividen 3.07 peratus.

Sumber data : https://finance.yahoo.com/

Pelaburan Saham Untuk Pemula

Melabur saham dengan modal kecil – pengalaman bagaimana dapat masuk ke dalam syarikat besar dengan wang yang sedikit. Anda boleh membuka akaun saham secara langsung di aplikasi MiTRADE dan mula berdagang saham seperti Apple, Google, Amazon dan lain-lain dengan modal serendah $50 sahaja.

Tiada Pengalaman? Mitrade menawarkan akaun demo dimana anda boleh menerima sehingga 50,000 wang maya segera untuk berlatih berdagang secara percuma.

Baca Juga: Belajar Cara Main Saham Dari Pada Zero(Update 2022)

Ringkasan

Artikel diatas telah menyediakan pelabur baru dengan ulasan lengkap dan komprehensif tentang dividen, bagaimana pengiraannya dan pengetahuan yang diperlukan mengenainya. Kami berharap dengan pengetahuan diatas akan membanti pelabur untuk menganalisa dan memilih saham bagi meningkatkan peluang keuntungan dan berdagang secara efektif dalam pasaran.

Anda Mungkin Suka

5 Broker Saham Bursa Malaysia Yang Terbaik 2022

6 Broker Saham Malaysia Terbaik Untuk Pemula

6 Screener Saham Terbaik 2022 (Percuma & Berbayar)

Cara Beli Saham Starbucks? Panduan Lengkap untuk Pelabur

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan