Review Aximtrade Malaysia: Apakah Aximtrade Penipu?

Pernah tak dengar broker AximTrade Malaysia, salah satu broker yang didaftarkan dibawah AximTrade Pty Limited di Melbourne Australia. AximTrade dikawal selia oleh ASIC  di Australia , juga didaftarkan di bawah Aximtrade LLC oleh Pendaftar Syarikat Terhad LLC di Saint Vincet dan Grenadines. Selain itu ia juga berdaftar di bawah Huntington Services Limited di New Zealand dan mempunyai kuasa penyedia perkhidmatan kewangan. Benarkah AximTrade penipu? 

Di Malaysia, Aximtrade terkenal sebagai broker dari luar negara dikalangan pelabur kerana menawarkan perdagangan yang menarik selain ia dapat diakses daripada platform terkenal MetaTrader4. Namun begitu mereta tidak berdaftar di Malaysia dan terdapat beberapa kes yang melibatkan Aximtrade di katakan sebagai penipu kerana kurangnya ilmu pengetahuan yang sepatutnya disediakan oleh pihak Aximtrade. 

Namun begitu jom kita lihat tentang AximTrade sebagai salah satu broker di Malaysia

Serba sedikit maklumat mengenai AximTrade

Found in Victoria Australia (2010)
Headquarters566 St Kilda Rd Melbourne Victoria 3002
RegulationASIC (Australian Securities & Investment Commission)
Broker TypeCFD (Niaga Hadapan), Matawang (Forex)

Adakah Aximtrade Malaysia Selamat?

Jika diukur dari segi operasi syarikat Aximtrade, ia boleh dikategorikan sebagai broker baru yang baru memulakan operasi sekita 2019 walaupun syarikat telahpun wujud sejak 2010. Aximtrade yang beroperasi dibawah seliaan AximTrade LLC adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh St Vincent dan Grenadines (FSA) dan perlu ingatkan bahawa FSA tidak tersenarai didalam penyeliaan forex yang bereputasi kerana syarat yang ditetapkan oleh FSA adalah mudah, tidak ketat dan juga kos sangat rendah berbanding penyelia kewangan yang lain. Ini memudahkan mana-mana broker untuk memperolehinya dengan lebih mudah

Ditambah lagi dengan peraturan pembrokeran FSA agak longgar dan tiada polisi pembrokeran yang mandatori untuk memastikan keselamatan pelabur serta insuran deposit mereka. Oleh itu, AximTrade bukanlah broker yang boleh dipercayai secara sah dari segi undang-undang. Jadi kepada anda yang ingin membuka akaun dagangan di AximTrade perlu membuat pertimbangan yang teliti dahulu.

Baca Juga: 9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2022

Pros
  • Minimum deposit yang sangat rendah
  • Setiap dana pelanggan diasingkan bank akaun
  • Perlindungan baki negatif
  • E-wallet disediakan untuk deposit dan pengeluaran dana termasuk matawang kripto
  • Akses percuma di platform terkenal MetaTrader4
  • Kemudahan untuk deposit dan pengeluaran dana menggunakan sistem elektronik dan mata wang kripto
Cons
  • Maklumat korporat yang sangat mengelirukan
  • Boleh buka dan isi semula akaun tanpa pengesahan
  • Susah berurusan jika ingin failkan sebarang tuntutan untuk pedagang luar
  • Tiada perkhidmatan pelanggan melalui telefon
  • Terdapat beberapa negara yang tidak membenarkan broker AximTrade termasuk United States, Britain dan Kanada
  • Laman sesawang tidak menyediakan latihan, analitic ataupun berita.

Akaun AximTrade

Broker AximTrade menawarkan 4 jenis akaun yang sesuai untuk pedagang baru dan juga pedagang profesional. Ketiga-tiga jenis akaun mempunyai perbezaan. Jenis akaun yang ada ialah Akaun Standard, Akaun Sen, Akaun ECN dan Akaun Leveraj tidak terhad. Selain itu ia juga menawarkan akaun demo bagi pedagang baru mencuba dan berlatih sebelum terjun ke dunia dagangan sebenar. Ia lebih mudah bagi pedagang baru untuk tahu serba sedikit permukaan dan jalan kerja platform yang digunakan.

Anda juga boleh menikmati pelbagai bonus dagangan yang ditawarkan ke semua jenis akaun bermula hanya serendah $1. Yang lebih menarik semua pelanggan AximTrade boleh mempunyai lebih dari 14 jenis akaun yang aktif pada satu-satu masa serentak. 7 akaun standard, 2 akaun sen dan 5 akaun ECN. Dibawah adalah perbezaan jenis akaun yang terdapat di Aximtrade.

JENIS AKAUNKETERANGAN
Akaun StandardIni ialah jenis akaun biasa yang ditawarkan dan mempunyai sprea apungan bagi setiap pasangan matawang utama. Dengan mendepositkan $1, pemegang akaun ini boleh mula berdagang setiap instrumen seperti matawang kripto, forex, logam dengan leveraj sehingga 1:3,000.
Akaun SenJenis akaun mikro dengan deposit yang minimum juga $1. Dengan akaun ini pemilik boleh mempunyai saiz kontrak sehingga 1,000 unit namun tidak boleh berdagang dalam indeks dan mata wang kripto.

leveraj yang disediakan ialah 1:2,000. Manakala spread apungan pula ialah bermula dari 1 pip.
Akaun ECNAkaun ECN ialah akaun profesional dan mempunyai spread yang paling ketat berbanding yang lain daripada 0.0 pip kepada matawang pasangan utama. Ia juga mempunyai komisen bagi setiap lot iaitu $3 sehala dan juga menyediakan leverah sehingga 1:1000

Deposit minimum untuk akaun ECN ialah $50 dan aset dagangan yang tersedia sama seperti akaun standard.
Akaun Leveraj Tidak TerhadDikenali sebagai akaun INFINITE dimana saiz kontrak yang ditawarkan ialah 1 lot = 100,000. Mempunyai pip serendah 3 pip. memberikan pilihan akaun islamik dengan deposit minimum ialah $1.

Perbandingan Bagi 3 Jenis Akaun Dagangan.

Dibawah adalah perbezaan bagi ketiga-tiga jenis akaun dagangan yang terdapat di AximTrade..

  • Akaun Standard – akaun yang biasa diberikan kepada semua pelanggan yang baru mendaftar. Dimana ia mempunyai spread yang biasa.
  • Akaun Sen – Akaun dagangan yang sangat sesuai untuk pemula dagangan, deposit yang rendah. Nilai yang diberikan adalah dalam bentuk sen Contohnya Deposit $5 kepada 500 sen.
  • Akaun ECN – Biasanya spread lebih rendah, deposit lebih tinggi berbanding akaun lain.
AKAUNSENSTANDARDECN
Deposit$ 1$ 100$ 1 000
Spread1 pip0.5 pip0 pip
Komisen00$ 3
Leveraj1 : 20001 : 30001 : 1000
Minimum Order0.010.010.1

AximTrade: Pembukaan Akaun

Berikut adalah cara-cara membuka akaun di AximTrade Malaysia.

  1. Pergi ke laman sesawang AximTrade Malaysia
  1. Daftar Akaun seperti dibawah, masukkan detail mengikut negara Malaysia (jika anda di MALAYSIA) dan juga email serta nombor telefon berdaftar. Cipta kata laluan seperti yang diminta dan masukkan kod rujukan jika ada.

3. Selepas itu anda akan mendapat mesej di email anda yang mengandungi OTP nombor untuk pengesahan email (lihat gambar dibawah). Pastikan nombor yang didaftarkan betul untuk tujuan pengesahan.

4. Masukkan maklumat peribadi seperti dibawah dan juga anda boleh menukar kata laluan jika perlu. Alamat yang disertakan harus mengikut kad pengenalan anda.

5. Dan anda akan dibawa ke laman dagangan seperti ini untuk anda mulakan dagangan anda. Sebelum ini pastikan anda membuat pengesahan profil untuk menghapuskan had pengeluaran anda. Dan anda telahpun berjaya membuka akaun di AximTrade untuk mulakan dagangan pertama anda.

Alat Dagangan AximTrade Malaysia

Jika dilihat dari alatan dagangan yang disediakan, AximTrade boleh dikatakan mempunyai poftfolio produk yang kurang baik berbanding dengan broker yang seangkatannya. Mungkin ia lebih sesuai kepada pedagang yang sukakan forex dan emas sahaja bagi mereka mencukupi dengan portfolio ini.

Forex (Dagangan Matawang Asing)Terdapat untuk semua jenis akaunAda 49 jenis pasangan matawangAkses ke harga masa nyata pasaran forex
EkuitiAkaun infinite sahaja untuk ekuiti dibawah $ 500. Lebih $ 500 leveraj dikenakan secara berjadual ( SINI )
KomoditiTerdapat untuk 3 jenis akaun (standard, Sen dan ECN akaun)US Crude Oil dan UK Brent OilMargin 5% dan spread minimum ialah 4.0 pips
CFDS Hadapan3 jenis akaun sahaja kecuali sen akaunLeveraj sehingga 1 : 3000
Saham dan BonYa
KriptoTerdapat untuk 2 jenis akaun sahaja (Akaun standard dan ECN sahaja)Ada beberapa jenis kripto yang popular antaranya bitcoin, ethereum, doge dan lain-lain lagiMargin 1% hingga 2%Spread minimum 15

Syarat Perdagangan AximTrade Malaysia

Di AximTrade, syarat dagangan adalah berdasarkan peraturan margin dan leveraj. Leveraj untuk setiap akaun juga berbeza.

Akaun Demo Ya
Deposit Minimum$ 1 
Pengeluaran Minimum0 (Jika pengeluaran kurang dari $ 50 akan dikenakan caj $25 untuk pengurusan)
Leveraj Maksimum1 ; 3000
Minimum SpreadPembolehubah
EA/RobotradinYa
Matawang AsasAUD, CHF, EUR, GBP, HUF, JPY, PLN, RUB, SGD, USD, ZAR
Scalping DibenarkanYa
Perlindungan Baki NegativeYa
Lindung NilaiYa

AximTrade Kos Dagangan 

Kos dagangan untuk bermula di Aximtrade adalah bermula dengan serendah $1 untuk jenis akaun yang dibenarkan seperti akaun sen dan akaun standard.

Komisen cuma akan dicaj pada akaun ECN dan yuran yang dikenakan ialah $3 per lot (contohnya $6 untuk posisi pembuka dan penutup), dan ia di akan berlaku kepada semua jenis produk yang didagang atas akaun dagangan. Komisen di AximTrade adalah rendah dan penuh dengan kompetitif berbanding dengan kebiasaan dalam pasaran.

AximTrade Salin Dagangan 

Copytrade Aximtrade Malaysia

Menyediakan perkhidmatan copytrading atau salin dagangan untuk pedagang yang tiada masa untuk belajar ilmu dagangan. Anda boleh memilih pengurus kewangan berdasarkan risiko, keuntungan dan pengalaman berdagang mereka

Bagaimana Memulakan Perkhidmatan Salin Dagang AximTrade?

  1. Buka akaun : Daftar akaun dan depositkan dalam salah satu akaun dagangan sebagai sumber dana dalam menyalin dagangan.
  2. Pilih Pengurus Kewangan : Pilih pengurus kewangan daripada senarai yang boleh anda buat tapisan berdasarkan risiko, keuntungan dan tahap pengalaman.
  3. Langgan dan Dagang : Langgan strategi pengurus kewangan kegemaran anda, pilih sumber pelaburan dan jumlah dagangan. Dan anda dah boleh menyambung dengan pengurus kewangan anda dan salin dagangan.

Deposit dan Pengeluaran Di Malaysia

Aximtrade menawarkan kaedah pendeposit dan pengeluaran untuk pedagang di Malaysia seperti pembayaran secara elektronik, pindahan wang atas talian dan akan datang boleh menggunakan kad kredit. Ia memudahkan proses deposit dan pengeluaran memandangkan kini segalanya boleh dilakukan hanya dari rumah.

AximTrade juga tidak menahan sebarang deposit dan pengeluaran, walau bagaimanapun sesetengah sistem pembayaran yang menggunakannya. Contohnya Skrill dan Neteller mengenakan caj 4% untuk pindahan sejumlah wang. Penyelenggaraan akaun juga adalah percuma

DepositPengeluaran
Pembayaran Elektronik
* Neteller
* Skrill
* QuickTransfer
* USDT (TRC20)
* USDT (ERC20)
* BEP-20

Pindahan Wang 
* Semua bank tempatan
* Lain-lain pendeposit tempatan
Pembayaran Elektronik
* Neteller
* Skrill
* USDT (TRC20)
* USDT (ERC20)
* BEP-20

Pindahan Wang 
* Semua bank tempatan
* Lain-lain pendeposit tempatan

Bagaimana Cara Deposit

  • Mula-mula anda log in masuk ke akaun anda
  • Pilih jumlah deposit yang anda ingini
  • Pilih jenis pendeposit sama ada melalui bank transfer
  • Pilih jenis bank anda (contoh Maybank2u)
  • Kemudian masukkan Id dan kata laluan
  • Terus ke akaun bank anda dan buat pindahan wang
  • Kemudian lihat di bahagian baki anda baki akaun anda.

Untuk pindahan wang di Malaysia anda boleh memilih dari senarai bank yang tersenarai di gambarajah di bawah.

Bagaimana Membuat Pengeluaran

  • Sebelum membuat pengeluaran anda harus membuat pengesahan akaun dengan memuatnaik dokumen yang diminta seperti dibawah ini.
  • Setelah itu anda boleh membuat pengeluaran seperti biasa dengan memilih jumlah pengeluaran
  • Pilih jenis pengeluaran bank atau secara elektronik

Sokongan Axim Trade

Di AximTrade menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam setiap hari melalui email, Live Chat di laman web mereka atau mengisi borang di laman web broker. Selain itu anda boleh menghubungi mereka melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin dan Twitter.

Walaupun begitu, di Malaysia anda perlu menunggu selama 1-3 hari waktu bekerja untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka dan itu adalah satu perkara yang menjadi kelemahan dari pihak AximTrade seandainya pedagang dari Malaysia mempunyai masalah yang perlu mendapat perhatian segera.

Kesimpulan AximTrade 

Secara kesimpulannya, AximTrade mungkin tidak berdaftar secara sah di Malaysia namun mereka adalah broker luar pesisir yang dikawal selia di beberapa negara dan boleh diakses dengan platform yang terkemuka MetaTrader4. Namun begitu terdapat banyak rungutan dan juga penilaian yang diberikan oleh pengguna di Malaysia hanyalah 3 bintang sahaja. 

Dari segi deposit minimun serta pengeluaran boleh dikatakan AximTrader menyediakan banyak cara yang mudah antaranya pedagang boleh mendepositkan serendah RM 5 atau $1 untuk memulakan dagangan dan juga boleh berlatih dahulu di demo akaun yang disediakan. Selain itu AximTrade tidak menyediakan latihan, ilmu dagangan seperti broker lain kepada pedagang baru.

Jadi, sebagai pedagang yang bijak anda boleh membuat pertimbangan sendiri dengan membuat perbandingan broker yang sedia ada supaya anda dapat mengurangkan risiko kerugian kerana didalam dunia dagangan terdapat risiko yang besar terutamanya kepada pedagang  baru.

Altarnatif Terbaik di Malaysia Untuk AximTrade

Banyak broker yang ada di Malaysia dan menawarkan pelbagai jenis instrumen dagangan kepada pedagang sedia ada mahupun pedagang baru. Kami yakin anda ingin memilih broker yang tidak dikenali sebagai penipu ataupun scammer. Walaupun begitu kami ada cadangan lain buat anda jika anda memilih broker yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik.

Mengenai Mitrade

Mitrade adalah penyedia kewangan secara atas talian yang mempunyai lebih daripada 100 000 pelanggan yang aktif diseluruh dunia. Mitrade menawarkan pelbagai jenis intsrumen antaranya ialah :Dagangan Forex (Atas Talian), Indeks, Logam, Matawang Kripto dll.

Baca Juga: Pandangan Tentang Mitrade 2021: Adakah Mitrade SCAM?

Dalam Mitrade, ia tidak menjanjikan bulan dan bintang malah menyediakan dagangan yang lebih munasabah dengan leveraj yang fleksible serta mempunyai 200 jenis instrumen dagangan. Mitrade mempunyai platform tersendiri, bukan melalui pihak lain. Anda boleh membuat transaksi yang cepat sehingga 0.004 saat dan menyebabkan Mitrade menjadi pilihan ramai pedagang didalam dan luar negara.

Bagi pedagang yang lebih suka leveraj fleksible dan proses pendaftaran yang cepat dan mudah boleh menimbang AximTrade sebagai pilihan terbaik dimana pelanggan juga boleh bermula dengan modal yang sangat minimum. Dalam pada memenuhi semua kehendak dan jenis-jenis pedagang yang ada, broker ini berterusan untuk menaiktarafkan kemudahan di platform mereka termasuk leveraj yang fleksibel, deposit yang rendah tanpa syarat, spread yang rendah dan juga kaedah deposit yang efisien.

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan