Kajian XM Malaysia: Adakah XM Scam atau Broker Forex Sah?

XM ialah broker tukaran mata wang asing dengan ramai pedagang, jadi apakah reputasi XM? Adakah ia satu penipuan? Apakah jenis peniaga yang sesuai untuk broker XM? Saya akan menyemak Broker Forex XM dalam perincian yang paling objektif yang mungkin. Mari mulakan.

Apakah Broker XM Malaysia?

XM broker yang didaftarkan dibawah payung  XM Global Limired di Belize pada tahun 2009 merupakan salah satu kumpulan XM Global Ltd. Merupakan salah satu broker Forex atas talian yang terkenal di Malaysia dan negara-negara lain. Mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan di lebih dari 190 buah negara. XM broker dikenali sebagai broker atas talian yang terbaik kerana mempunyai perkhidmatan pelanggan yang mesra penggunanya. XM Broker dikawal selia oleh CySEC (Cyprus Securities & Exchange Commision) di bawah lesen Trading Point of Financial Instrument Ltd.

Dengan tagline TEGUH, AMANAH DAN PRIHATIN  menjadikan XM broker dipercayai oleh jutaan pedagang sejak tahun ia mula beroperasi dan menjadi peneraju dalam broker forex dunia. XM juga menyediakan perkhidmatan pengalaman terbaik untuk pelanggan mereka tanpa penolakan dan perlaksanaan tanpa sebut harga semula. Mereka mendakwa 99.35% urusniaga yang dijalankan diatas talian adalah kurang dari sesaat dan memberi keutamaan kepada Forex sebagai dagangan terbesar mereka.

Maklumat Asas tentang XM Broker

Tahun Penubuhan2009
Pengawal SeliaCySEC (Cyprus Securities & Exchange Commission), ASIC (Australian Securities & Investment Commission)FCA (Financial Conduct Authority IFSC 
Platform DaganganMetaTrader 4 untuk PC, MAC, Multi Terminal, Android Web Trader MT4
Instrumen daganganForexMatawang KriptoCFDKomoditiEkuitiLogam BerhargaTenagaSaham
Deposit Minimum$ 5
Jenis AkaunAkaun Dagangan BiasaAkaun Ultra LowAkaun Islamik
Leveraj Maximum1:1 hingga 1000:1
Spread bermulaSpread bermula dari akaun biasa 1.7 pips (waktu dagangan yang sibuk)
Bahasa Laman Sesawang25 Bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Inggeris
Kaedah Deposit dan PengeluaranPindahan wang bankDebit/kredit kadE-wallet Skrill Neteller

2. Adakah XM Broker Mempunyai Reputasi Yang Baik?

Di Malaysia terdapat sedikit skeptikal apabila menyebut Forex, ada yang mendefinisikan sebagai scam, penipu ataupun wang haram namun jika semua broker dilabel sebagai yang negatif, broker yang mana dianggap baik? Bercakap soal dagangan, walaupun dagangan mempunyai dunia yang terlalu meluas, ia adalah satu alatan kewangan yang menjadikan ekonomi dunia berfungsi. Bagi pedagang yang menjalankan urusan dagangan dengan ILMU, MAKLUMAT dan PENGETAHUAN yang betul dan baik, maka dunia dagangan forex adalah lubuk wang kepada mereka. Sebaliknya jika berdagang dengan cara yang salah, tanpa ilmu yang betul dan akhirnya mengalami kerugian, jadi yang disalahkan adalah Forex itu sendiri.

XM broker adalah broker atas talian yang mempunyai reputasi yang baik di seluruh dunia termasuk Malaysia. XM broker dinilai sebagai broker “average-risk” ataupun risiko biasa yang mempunyai Skor kepercayaan sebanyak 90% daripada 99%. 


Sumber daripada : forexbrokers.com

  • Lesen XM Forex 

XM broker adalah pemegang lesen FSC (Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dengan nombor lesen 000261/309, CySEC lesen 120/10 dibawah Trading Point of Financial Instrumen Ltd, ASIC lesen nombor 443670, FCA bernombor lesen 705428 dan IFSC dengan nombor lesen 60/354/TS/18 di Belize.

Pernah menerima anugerah sebagai : 

  • Pilihan Industri World Finance 100 – Cemerlang dalam industri kewangan
  • Pengiktirafan Emas – Pimpinan dan Pembangunan Insan
  • Ekspo Pelaburan & Kewangan 2016 – Broker Berkembang Terpantas MENA
  • Pendidikan dan Penyelidikan Pasaran Terbaik – Dianugerahkan oleh CFI Magazine (CFI.co).
  • Program Perlindungan Pelanggan XM Broker 

XM broker menjadi broker atas talian yang mengikuti ciri-ciri keselamatan bagi pelindungi pelanggan mereka walaupun tidak diwajibkan oleh IFSC dimana perlindungan yang disediakan ialah : 

  • Membuat pengasingan dana pelanggan dengan dana syarikat dalam bank-bank terpilih yang terkemuka
  • Pelindungi pelanggan dengan perlindungan baki negatif, bermaksud pedagang tidak akan kerugian wang daripada dana asal yang dikeluarkan.
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan 24/7 setiap hari dengan pegawai yang fasih berbahasa dalam negara sendiri.

3. Platform Dagangan XM

DI XM Broker, bagi dagangan yang dijalankan adalah melalui platform MT4 dan MT5 bagi jenis alatan seperti android, Ios dan Mac. MetaTrader 4  tersedia pada kedua-dua Android dan IOS serta lebih digemari oleh para pedagang kerana ciri-cirinya yang mudah digunakan dan mudah difahami.

Jom Tahu Serba Sedikit Tentang MT4 Platform Dagangan

MT3 ataupun MetaTrader 4 adalah platform dagangan paling banyak digunakan dalam dagangan forex diseluruh dunia. MT4 telah dibangunkan pada tahun 2005 oleh Metaquotes Software Corp. MT4 mula digunakan secara meluar oleh pedagang forex saban tahun namun ia perlu dimuat turun dahulu kerana tidak disediakan di platform web. MT4 meletakkan sistem operasi yang mesra pengguna android dan Os sendiri.

Antara Ciri-Ciri Penting MT4

MetaTrader 4 mempunyai beberapa ciri-ciri yang diperlukan untuk pedagang antaranya ialah :

  1. Mempunyai ciri-ciri teknikal yang terbaik
  2. Mempunyai kemaskini berita DowJones dan juga berita terkini pasaran
  3. Dibangunkan dengan bahasa MQL untuk robot perdagangan
  4. Lebih mesra pengguna
  5. Mempunyai carta lanjutan
  6. Dilengkapi dengan algoritma dagangan automatik 
  7. Mempunyai pelbagai jenis produk untuk menyokong semua matawang untuk dagangan
  8. Selamat dan menyediakan platform yang selamat kerana “encrypted” data pelanggan dan pelayan dengan kekunci 128 bit.

Platform Dagangan MetaTrader 5

MetaTrader 5 atau MT5 adalah dibangunkan oleh syarikat yang sama pada tahun 2010 dengan dilengkapi beberapa ciri-ciri tambahan. Seperti adik kepada MT4 dan diharap dapat menggantikan MT4 dengan lebih baik kerana sistemnya lebih ditambah baik. Namun bagi pedagang-pedagang pula, MT4 lebih mudah dan mesra pengguna kerana beberapa sebab antaranya ialah : 

  • MT4 hadir dengan Expert Advisor dan Custome Indicator MQL4 yang tiada di MT5
  • Default Setting MT5 disusun dengan cara peraturan USA dimana NFA melarang hedging dengan melaksanakan FIFO (First in First Out)

Ciri-ciri penting MT5

  • Lebih banyak penunjuk teknikal dan analisa objek
  • Kalendar ekonomi
  • Aturcara MQL 5
  • 21 Jangka mada 
  • Serasi dengan pengen dalian baru
  • Pintasan dalam aplikasi Fullerton Suite

4.  Jenis Akaun di XM?

XM broker menawarkan beberapa jenis akaun yang mempunyai kelebihan tersendiri dan pedagang boleh memilih jenis akaun yang sesuai.

Jenis AkaunAkaun StandardAkaun MikroAkaun Ultra LowAkaun Kongsi
Saiz1 Lot = 100,0001 Lot = 1,000Standard Ultra : 1 Lot = 100,000Micro Lot : 1 Lot = 1,0001 Syer
Leveraj1:1 hingga 1:888 1:1 hingga 1:1001:1 hingga 1:100Tiada
Spread Major1 pipSerendah 1 pipSerendah 1.6 pipSeperti dalam pertukaran asas
KomisenTiadaTiadaTiadaAda
Pesanan Terbuka300 posisi300 posisi300 posisiBergantung kepada syer
Jumlah Dagangan Minimum0.01 lot0.1 Lot (MT4)0.1 Lot (MT5)Standard Ultra : 0.01 Lot
Micro Ultra : 100 Lot
1 lot
HedgingDibenarkanDIbenarkanDibenarkanTidak dibenarkan
Akaun IslamikPilihanPilihanPilihanYa
Deposit minimum5 USD5 USD5 USD10,000 USD

5. Cara Membuka Akaun Pendaftaran Di XM

Jika anda ingin membuka akaun dagangan dengan XM prosesnya cepat dan mudah : Ikuti langkah berikut : 

  •  Klik di SINI untuk pendaftaran 
  • Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, negara, no telefon, email dan bahasa pilihan
  • Kemudian pilih jenis platform yang anda inginkan sama ada MT4 atau MT5
  • Pilih jenis akaun yang ingin anda mulakan
  • Klik pengesahan untuk pendaftaran
  • Seterusnya anda perlu mengisi maklumat peribadi seperti tarikh lahir, alamat dan maklumat akaun dagangan anda seperti matawang asas. 
  • Jawab soalan berkaitan pengetahuan dagangan anda 
  • CIpta kata laluan dan klik bahagian pengesahan
  • Buat pengesakan akaun dengan membuka email anda dan klik link yang dihantar untuk pengesahan.
  • Selepas pengesahan email, anda diminta memuat naik dokumen yang diminta seperti kad pengenalan atau lesen memandu serta bukti alamat kediaman anda
  • Setelah selesai anda boleh mendepositkan akaun anda.

6. Produk Dagangan XM

Di XM terdapat 8 jenis produk dagangan yang disediakan antaranya ialah 

  1. Forex : 57 matawang termasuk matawang utama iaitu EUR/USD,GBP/USD dan USD/JPY dan pasangan minor seperti NZD/CAD, EUR/JPY dan USD/ZAR termasuk yang paling eksotik iaitu (SGD/JPY)
  2. Komoditi : makanan ruji seperti jagung, kopi, kacang soya dan gandum
  3. Logam berharga termasuk emas dan perak, mCFD : Lebih dari 1000 aset termasuk saham utama USA seperti Apple, Amazon, Facebook, Google dan lain lain. CFD hanya  oleh didagangkan di MT5.
  4. Matawang Kripto : Terdapat 31 aset matawang kripto yang ditawarkan baru-baru ini di XM termasuk bitcoin dan ethereum.
  5. Ekuiti : 14 aset pilihan sahaja, agak terhad seperti US30Cash, EU50 Cash dan UK100Cash.
  6. Tenaga : Hanya 5 aset ditawarkan termasuk minyak mentah, gas asli dan Brent
  7. Saham : Terdapat banyak saham yang ditawarkan antaranya ADIDAS, Walkswagen dan lain-lain

7. Yuran Transaksi dan Leveraj

XM mempunyai yuran kompetetif yang agak rendah dibandingkan dengan broker lain, dengan serendah 1 pip yang datang tanpa komisen pada semua jenis akaun kecuali akaun kongsi. Tiada yuran tersembunyi.

Yuran Spread

Sebenarnya, yuran spread broker XM agak tinggi, terutamanya dalam akaun mikro dan standard, antara 1.6 pip -2.6 pip. Pada masa ini, XM telah menambah akaun Ultra Low, dengan spread ultra-rendah bermula dari hanya 0.6 pips, tiada komisen dan sebarang yuran tersembunyi, yang sangat sesuai untuk mereka yang pakar dalam scalping (surfing).

Komisen

Tiada komisen untuk 3 jenis akaun kecuali akaun perkongsian yang dikenakan komisen iaitu RM 14 untuk setiap pusingan yang didagangkan pada satu lot matawang.

Leveraj

Di XM pelanggan mempunyai margin dan leverage yang fleksibiliti dari 1:1 hingga 1000:1.

Keperluan margin dan leverage XM berdasarkan jumlah ekuiti dalam akaun anda seperti yang diterangkan di bawah:

LeverajJumlah Ekuiti
1:1 to 1:1000$5 – $20,000
1:1 to 1:200$20,001 – $100,000
1:1 to 1:100$100,001 +

8. Pengeluaran dan Deposit di XM Deposit

Sebagai broker yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang agak dekat dengan pelanggan, pengeluaran melebihi 200 USD adalah percuma dan hanya sejam sahaja untuk dikeluarkan ke dalam akaun dagangan dan 2 hari untuk akaun bank.

  • Kaedah Deposit dan Pengeluaran 

Kaedah yang digunakan oleh XM ialah pindahan wang bank, kad debit dan kredit, e-dompet iaitu Skrill, Neteller,Webmoney dan Perfect Money. 

  • Waktu Deposit dan Pengeluaran

Proses untuk deposit dan pengeluaran adalah 24 jam setiap hari dan sepenuhnya automatik, mengambil masa selama 2 hari untuk ke akaun bank pengguna

  • Yuran Deposit dan Pengeluaran

Tiada Yuran dikenakan untuk deposit dan pengeluaran pada jumlah 200 USD keatas namun untuk dibawah 200 USD dikenakan caj sebanyak 15 USD

9. Perkhidmatan Pelanggan XM

Perkhidmatan pelanggan XM sangat pantas dan boleh dipercayai. Menyediakan sokongan dalam lebih daripada 25 bahasa.

Anda boleh menghubungi XM dengan cara berikut:

  • Telefon: +501 223-6696
  • E-mel: support@xm.com
  • sembang langsung

Sokongan 24/5 melalui sembang langsung, e-mel dan telefon pada waktu yang sama pasaran dibuka.

10. Promosi XM

XM menawarkan kepada pedagang bonus deposit 50% dan 20% seperti berikut:

  • 50% bonus deposit sehingga $500
  • Bonus deposit 20% sehingga $4,500

Semua akaun dagangan boleh memperoleh bonus deposit ini sebagai kredit dagangan. Semua akaun dagangan kecuali akaun demo dan akaun ultra rendah XM layak untuk bonus dagangan ini

XM menawarkan bonus rujukan untuk pedagang baharu dan sedia ada.

  • Rujuk 1-15 rakan menjana $25 setiap kawan
  • Rujuk 16-30 rakan menjana $30 setiap kawan
  • Rujuk 30+ rakan menjana $35 setiap kawan

Kesimpulan tentang XM

Dari maklumat yang kami dapat kumpulkan disini untuk anda tentang XM, kami yakin anda mempunyai kefahaman tentang XM trading ini. Walau bagaimanapun setiap yang dinamakan pelaburan akan mempunyai risiko kerugian yang perlu diambil kira. Selain itu anda perlu juga melihat kebaikan dan kelemahan setiap broker termasuk XM. Disini kami membentangkan beberapa kebaikan tentang XM untuk bacaan anda.

Kelebihan dan Kekurangan

  • Mempunyai khidmat sokongan yang terbaik dan mesra pengguna
  • Dikawal selia oleg 4 kawalan selia kewangan terbesar dunia
  • Spread yang rendah untuk semua akaun
  • Laman sesawang yang mempunyai 25 bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mempunyai pekej pendidikan yang sesuai untuk pemula
  • Bonus $50 untuk akaun baru
  • Platform yang dipercayai
  • Tidak penyokong Pembayaran Paypal dimana dia digunakan oleh ramai pedagang
  • Tiada perlindungan untuk pelabur bukan Eropah
  • Platform ini menawarkan portfolio produk terhad
  • Sokongan pelanggan hanya tersedia pada hari Isnin-Jumaat

Tidak dinafikan di Malaysia, XM adalah broker yang menempa nama yang agak terpengaruh di sini selain Brunei kerana faktor keselamatan, ketelusan dan bonus menarik yang menjadikan mereka sebagai broker pilihan. Dari pelbagai ulasan di media sosial pula, XM dikategorikan sebagai broker yang mesra pelanggan dimana Pegawai Khidmat Pelanggan memberikan bantuan sokongan terbaik untuk pelanggan mereka. Bagi pedagang pemula, anda boleh mendapatkan ilmu daripada laman sesawang mereka kerana pakej pendidikan disediakan.

Mitrade – Broker Alternatif terbaik untuk Pelabur

Jika anda tidak pasti tentang BoldPrime, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak lagi pilihan yang boleh anda cuma. Kami mengesyorkan Mitrade, pembrokeran forex Australia yang bertapak di Melbourne. Mitrade menyediakan akses kepada lebih dari 400 CFD alatan kewangan termasuk Forex, Indeks, Komoditi dan saham melalui platform hakmilik sendiri dengan julat sebaran yang kompetetif, platform dagangan dan perkhidmatan pendidikan yang mana ia sangat disukai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

  • Dikawal selia dan selamat
  • Lebih dari 400 pasaran
  • Sebaran rendah dan tiada komisen
  • Akaun latihan percuma
  • Deposit minimun hanya $50

Anda Mungkin Suka

TriumphFX Review: Adakah TFXI sah disisi undang-undang atau broker forex scammer?

Ulasan GMI:Adakah GMI Market Malaysia Penipu?

Ulasan Ringkas Wahed Invest Malaysia 2022

Ulasan Broker HextraPrime Malaysia Terkini 2022

OctaFX Penipu? Adakah OctaFX Malaysia Patuh Syariah?(Update 2022)

Senarai Broker Forex Terbaik dan Sah di Malaysia 2022

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan