Ulasan Broker HextraPrime Malaysia Terkini 2022

HextraPrime merupakan salah satu broker kewangan yang sedang hangat di perkatakan di Malaysia. Adakah Hextra Prime boleh di percayai, atau adakah Hextra Prime penipu? Di dalam artikel ini, kami akan membongkarkan segala maklumat yang berjaya kami kumpul dan berbagi kepada anda supaya anda dapat membuat keputusan yang tepat.

Di akhir artikel ini, kami akan memperkenalkan anda broker alternatif yang akan membantu anda menjana keuntungan secara maksimum dan anda pastinya tidak akan melepaskan peluang ini. 

Peraturan dan Keselamatan Dana HextraPrime

HextraPrime Logo

Kami mendapat tahu bahawa broker ini terletak dan berdaftar di Saint Vincent dan Grenadines. Ia adalah negara yang mempunyai bilangan broker tidak berlesen tertinggi di dunia. Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa Saint Vincent dan Grenadines tidak mempunyai pengeluar lesen FX secara sah. Oleh itu Hextra Prime tidak dilesenkan di sana!

Tidak banyak lagi yang boleh dikatakan tentang broker tersebut, kerana ia benar-benar tidak menawarkan butiran penuh dan maklumat yang lain. Ia seolah-olah berbangga dengan statusnya sebagai broker luar pesisir tetapi sebenarnya merupakan broker yang tidak sah.

Ternyata, Hextra Prime merupakan broker yang TIDAK BERLESEN dan broker yang tidak mendapat kelulusan secara sah, dan itu merupakan risiko kepada semua pelabur dan kepada dana mereka!

Kami tidak mengesyorkan kepada pembaca kami, atau dalam hal itu kepada orang lain, untuk mendaftar dan melabur dalam broker yang tidak dikawal ini. Hal ini sama seperti membuang wang ke dalam longkang. Adalah penting untuk menyemak bahawa broker tersebut dikawal oleh FCA atau CySEC, atau mana-mana pengeluar lesen lain yang sah. Agensi kawal selia memastikan broker mereka berfungsi dengan kepentingan pengguna sebagai keutamaan mereka.

Selain itu, agensi tertentu juga menawarkan skim pampasan kepada semua pengguna pembrokeran seliaan mereka. CySEC menawarkan amaun bayaran balik €20 000 bagi setiap orang, manakala FCA menjamin sehingga £85 000. Dana ini digunakan apabila broker terkawal tersebut tidak dapat membayar yurannya.

Pengawalan Selia dan Lesen untuk Hextra Prime

Kami tidak melihat sebarang fail atau kandungan berkaitan dengan status lesen yang sah pada platform Hextra Prime ini. Apa yang kami lihat dan ada pada platform tersebut hanyalah nombor pendaftaran dan alamat broker ini terletak dan berdaftar iaitu di St Vincent dan Grenadines. Alamat broker ini terletak dan berdaftar adalah sangat mencurigakan berikutan tempat tersebut mempunyai bilangan broker tidak berlesen yang terbesar di dunia.

Hal ini demikian kerana Saint Vincent dan Grenadines adalah sebuah tempat yang tidak mempunyai pihak berkuasa dalam pelesenan pertukaran asing yang sah. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan platform yang dikawal selia oleh pengawal selia yang boleh dipercayai. Pengawal selia ini termasuk ASIC, BaFIN, CNMV, CONSOB, CySEC, FCA, FINMA, SEC, dan sebagainya. Tambahan pula, pengawal selia yang dinyatakan tersebut memastikan proses yang sewajarnya diikuti oleh semua pihak.

Keselamatan Dana dengan Hextra Prime Malaysia

Aspek keselamatan kewangan merupakan sebuah hal yang mustahil untuk platform yang gagal menyediakan dokumen atau fail pelesenan yang sah. Hextra Prime ini adalah platform luar pesisir dan tidak menyediakan insurans untuk deposit. Hal ini menyebabkan kita haruslah berwaspada dan berhati-hati dengan broker ini.

Hextraprime.com malah menawarkan leverage 1:5000 untuk menarik pengguna dengan spread serendah 0.1 pip, tetapi dengan leverage ini, anda pasti akan kehilangan banyak volume apabila kehilangan dagangan, dan yang paling penting iaitu pengawal selia biasa (seperti ASIC dan FCA) dalam platform seperti ini tidak dibenarkan untuk menyediakan leverage yang tinggi ini. Pengawal selia baru-baru ini menetapkan had leverage adalah pada 1:100 untuk melindungi dana pelabur.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah mengemas kini Senarai Makluman Pelabur yang menunjukkan kepada kita bahawa Hextra Prime mengandungi laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak diberi kebenaran dan tidak sah. Hal ini dapat menunjukkan kepada pelabur yang ada di Malaysia supaya berhati-hati dan berwaspada dengan broker Hextra Prime ini khususnya dalam membuat apa-apa keputusan pelaburan. Hal ini juga kerana Hextra Prime merupakan sebuah platform dagangan yang sangat mencurigakan dan merisikokan kepada para pelabur.

https://www.sc.com.my/resources/media/investor-alert-updates/investor-alert-list-as-at-1832021

Jenis Akaun Hextra Prime 

Jenis akaun Hextra Prime adalah berdasarkan model ECN. Mereka tidak menambah sebarang penambahan pada spread yang disediakan oleh pembekal kecairan mereka. Spread Hextra Prime ini bermula dari 0.1 pip dengan leverage sehingga 1:5000.

Setakat ini, HextraPrime menawarkan 4 jenis akaun, dengan 3 akaun mempunyai permulaan deposit serendah $15, dan akaun ECN bermula dari $250.

Jenis AkaunStandardCashbackStandard BonusRaw ECN
Leverage Sehingga1:50001:10001:5001:500
Spread dari (pips)1.51.51.50.1
Permulaan DepositUSD 15USD 15USD 15USD 250
Caj KomisenN/AN/AN/AUSD 4
Swap Free(14 Days)(14 Days)(14 Days)(14 Days)

Promosi dan Pemasaran

Pihak Hextra Prime tidak ketinggalan untuk membuat promosi untuk menarik minat pelanggan yang baharu. Antaranya hextraprime no deposit bonus sebanyak 50% dan sehingga 4000 USD. Ini untuk menampung margin berlebihan dan sokongan apabila terjadi floating. Walau bagaimana pun, akaun bonus ini tidak menawarkan Expert Advisors (EA) semasa dalam dagangan. Leverage yang di benarkan hanya sehingga 1:500. 

Hextra Prime turut membuat promosi untuk Hari Raya Aidilfitri 2022. Ini menunjukkan mereka masih aktif untuk menarik minat pelanggan dari Malaysia dan beragama Muslim untuk mendaftar melalui broker ini. Namun promosi ini berjalan hanya dalam tempoh 4 hari.

Hextra Prime tidak ketinggalan untuk membuat promosi sempena kemerdekaan di Malaysia termasuklah hari festival lain seperti Tahun Baru Cina. 

Platform Dagangan Hextra Prime MT4

Kami mengesahkan bahawa Hextra Prime menawarkan dan datang dengan platform dagangan yang terkenal iaitu MetaTrader4. Walau bagaimanapun, platform dagangan yang terkenal iaitu MetaTrader4 yang juga ditawarkan dan terdapat dalam Hextra Prime ini tidak dapat memulihkan status broker ini sebagai broker yang tidak sah dan mencurigakan.

Copy Trade Hextra Prime

Hextra Prime juga turut menawarkan sistem Copy Trading, tetapi yang menjadi persoalan di sini adalah kebanyakan pelanggan kerap kali mengatakan bahawa mereka tidak pernah berpeluang untuk melihat sendiri perdagangan yang menang ataupun winning trade sebaik sahaja mereka menyalinnya ke akaun mereka sendiri. Bunyinya seperti sistem ini tidak berfungsi dengan baik dan sempurna. Hal ini juga merupakan salah satu sebab dan faktor Hextra Prime ini adalah sebuah platform dagangan yang sangat mencurigakan dan berisiko kepada para pelabur.

Margin dan Leverage

HextraPrime menawarkan margin dan leverage yang bergantung kepada amaun ekuiti pedagang. Dengan jumlah ekuiti yang sedikit, mereka menawarkan leverage yang tinggi sehingga 1:5000. Untuk membantu pedagang untuk mendapat pulangan yang lebih berganda, namun risiko untuk rugi sangatlah tinggi.

Dengan jumlah ekuiti sebanyak 50 Ribu USD ke atas, mereka mengehadkan leverage sehingga 1:100. Kami berpendapat ianya di lakukan sedemikian untuk mengurangkan risiko kerugian yang banyak, di samping mengehadkan keuntungan pedagang berkali ganda sehingga jutaan dolar.

Anda boleh melihat jadual di bawah tentang susunan ekuiti dan tahap leverage yang di sediakan.

Deposit dan Pengeluaran 

HextraPrime menawarkan pilihan deposit dan pengeluaran yang banyak seperti Bank Transfer, Credit Card/Debit Card, seperti  MasterCard, Visa, platform online seperti Skrill dan Neteller.

Namun cara transaksi yang terhad terutama kepada pedagang dari Malaysia. Mereka menawarkan transaksi melalui perbankan di Malaysia seperti Maybank dan CIMB. 

Dengan hanya deposit minimum serendah $10, anda sudah boleh berdagang melalui broker HextraPrime menerusi platform yang mereka sediakan. Walau pun dengan jumlah deposit yang rendah di pasaran, risikonya adalah tinggi oleh kerana HextraPrime belum di kawal selia sepenuhnya.

Contact Info

Hextra Prime LTD. Suite 305, Griffith Corporate Centre, 1510, Beachmont, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Emel: support@hextraprime.com

Laman Web: https://hextraprimeasia.com

Terdapat ruang bar sembang ataupun chat bar di mana anda mesti meninggalkan nama dan emel anda sebelum mencari wakil bagi pihak anda. Pilihan sembang ataupun chat option memperuntukkan berapa lama anda perlu menunggu untuk bercakap dengan ejen mereka. Pada ruangan halaman kenalan ataupun contact page, tiada nombor telefon yang dinyatakan.

Ternyata setelah diteliti dan diperhatikan dengan lebih mendalam, dapat kami katakan bahawa Hextra Prime adalah sebuah platform dagangan dan broker yang tidak berlesen dan ianya merupakan sebuah risiko kepada semua pelabur dan juga kepada dana mereka!

Berikut merupakan beberapa faktor dan sebab khusus mengapa kami tidak mengesyorkan sesiapa mendaftar untuk hextraprime.com :

  • Leverage tinggi iaitu 1:5000
  • Sokongan pelanggan langsung ataupun direct customer support tidak tersedia dalam platform tersebut
  • Lesen dan pendaftaran tidak tersedia dan tidak dinyatakan secara sah dalam platform tersebut.
  • Keselamatan kewangan adalah sangat berisiko dan membimbangkan.
  • Pengeluaran wang yang tidak pasti.

Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan platform yang dikawal selia oleh pengawal selia yang boleh dipercayai.

Alternatif Broker Mitrade  

Jika anda ingin melabur dengan broker yang di kawal selia dan boleh di percayai, kami mengesyorkan anda berdaftar dengan Mitrade! 

Mitrade ialah broker Forex yang berpangkalan di Melbourne-Australia, dikawal ketat oleh ASIC dan CIMA, broker yang menawarkan lebih 400 kelas aset yang berbeza termasuk Forex, Komoditi, Indeks dan Matawang Kripto.

Bergantung pada platform dagangannya sendiri, Mitrade menyediakan pengguna dengan persekitaran dagangan yang mudah dan intuitif, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pelabur profesional dan pemula, dengan yuran yang sangat rendah, spread kecil, dan kelajuan pelaksanaan transaksi yang boleh dipercayai. Mitrade telah memenangi beberapa anugerah industri untuk perkhidmatan dagangannya yang cemerlang.

Mitrade juga menyediakan akaun demo secara percuma dengan pengalaman maya sebanyak USD 50,000. Dengan menggunakan akaun demo ini, anda boleh mengalami dagangan tanpa risiko serta-merta dan menguji kebolehgunaan platform. Jika anda berminat dengan saham CFD, anda boleh klik pautan di bawah untuk membuka akaun.

Kesimpulan

HextraPrime merupakan sebuah broker yang mempunyai potensi, namun gagal dari segi penyediaan lesen dan pengawalan selia. Ini menyebabkan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan amaran peringatan kepada pelabur terhadap broker ini.

Pemilihan broker yang baik akan membantu anda fokus kepada pelaburan dan perdagangan serta menjana pendapatan maksimum. Terdapat banyak broker yang terbaik di Malaysia yang boleh anda pilih, namun ianya bergantung kepada cara anda berdagang.  Oleh itu, pilihlah broker yang telah di kawal selia dengan baik 

Anda Mungkin Suka

6 Broker Spread Rendah Terbaik Di Malaysia Tahun 2022
OctaFX Penipu? Adakah OctaFX Malaysia Patuh Syariah?(Update 2022)
Ulasan Boldprime Malaysia : Bold Prime Penipu Atau Tidak
Senarai Broker Forex Malaysia Terbaik dan Sah(Update 2022)
Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan