Ulasan Ringkas Wahed Invest Malaysia 2022

Pernah dengar tak  penasihat robo pelaburan halal patuh syariah di Malaysia? Robo bermaksud digital dan diprogramkan. Ramai pedagang yang mencari pelaburan patuh syariah yang dipercayai di Malaysia dimana kita maklum bahawa ramai pedagang beragama Islam di sini. Dengan teknologi jalur lebar kini, ramai yang semakin celik dengan pelaburan dan perdagangan namun tahukah anda tidak semua jenis pelaburan mengikut garis panduan syariah Islam.

Oleh sebab itu, Wahed Invest mengambil peluang menyediakan pelaburan patuh syariah pertama di Malaysia bagi melengkapi jurang dunia pelaburan ini. Rasanya memang ramai orang Malaysia yang tahu mengenai Wahed Invest ini kerana ia agak popular di media sosial dikalangan kita.

Wahed Invest juga adalah satu aplikasi platform pelaburan yang mempunyai ramai pelanggan kerana ianya mempunyai nilai estetik yang tinggi iaitu patuh syariah.

1. Apa Itu Wahed?

Sebelum saya mengupas lebih lanjut berkenaan Wahed Invest, jom kita kenal dulu apakah Wahed Invest dan bagaimana ia bermula di Malaysia.

Wahed Invest adalah Platform Pelaburan Patuh Syariah Pertama Di Malaysia yang menyediakan penasihat-robo syariah pertama yang mudah digunakan oleh pemula.Wahed Invest ditubuhkan pada tahun 2015 oleh CEO nya iaitu Juaid Wahendna dan dilancarkan secara rasmi di United States dan United Kingdom pada tahun 2018.

Kemudian pada 2019, Wahed Invest memulakan platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia bagi membuka peluang kepada pelabur di Malaysia mengembangkan kewangan mereka berdasarkan pelaburan patuh syariah. 

Wahed Invest di tubuhkan khas sebagai platform yang mesra Muslim di lebih daripada 130 buah negara termasuk Pakistan, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Di Malaysia khususnya, Wahed telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bukan hanya sebagai penasihat robo kewangan malah sebagai Pengurus Pelaburan Digital. Selaku robo penasihat kewangan di Malaysia, ia juga mendapat kelulusan daripada BNM Bank Negara Malaysia yang sah.

2. Adakah Wahed Sah?

Ya Wahed Invest beroperasi secara sah disisi undang-undang di Malaysia. Setiap syarikat penyedia kewangan di Malaysia atau di mana-mana sahaja yang sah akan mempunyai satu badan yang mengawal selia syarikat tersebut, begitu juga dengan Wahed. Di Malaysia Wahed Invest telah menerima lesen operasi berdaftar CMCL dengan SSM (Suruhanjaha Sekuriti Malaysia dan dana pelanggan turut dilindungi oleh CMC iaitu Capital Market Compensation Fund Corporation (Perbadanan Dana Pampasan Pasaran) yang akan membayar pampasan kepada pelabur untuk jumlah yang tidak melebihi RM 100,000 

seandainya Wahed tidak dapat membayar hutang-hutang yang disebabkan oleh penipuan, penggelapan wang atau cara jualan yang salah dan membawa kepada insolvensi. 

Selain itu, Wahed Imvest juga didaftarkan dengan SEC iaitu US Securities and Exchange Commision. Selain dari itu Wahed juga adalah bernaung di bawah Accounting and Auditing Organization for Islamic Institutions (AAOIFI) atau Organisasi Akaun Dan Audit untuk institusi Islamik.

Pengawal seliaan sesebuah syarikat kewangan adalah tanda aras bagi sesebuah syarikat yang peroperasi secara sah di sisi undang-undang negara tersebut, namun dia tidak menjaminkan bahawa ia akan memberikan keuntungan daripada platform tersebut. Keuntungan pelaburan dan dagangan bergantung kepada keadaan pasaran dan juga pedagang itu sendiri.

3. Adakah Wahed Invest Halal?

Apabila menyebut tentang Halal, sebagai Muslim adalah menjadi fardu atau wajib mencari sumber kewangan patuh syariah yang dituntut didalam agama seperti yang diperintahkan Allah didalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud : 

“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu”. 

Selain itu Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

Mengapa dikatakan Wahed Invest adalah patuh syariah kerana aktiviti pelaburan yang dilakukan di Wahed adalah tidak melibatkan industri seperti : 

  • Alkohol atau yang berkaitan
  • Perjudian
  • Rokok dan tembakau
  • Senjata Api
  • Industri Hiburan Dewasa (Pornografi)
  • Produk Makanan Tidak Halal
  • Dan lain-lain industri yang diragui

Dalam erti kata lain setiap pelaburan di Wahed Invest mengikut prinsip Islam yang ditetapkan dan jauh dari riba’ serta hutang yang diragui. Di Malaysia terdapat beberapa ciri pelaburan konvensional dan tiada yang menggelar agensi mereka sebagai patuh syariah. Namun di Wahed sendiri, proses mendapatkan gelaran Patuh Syariah itu menjadi keutamaan mereka.

Bagi memastikan pelaburan di Wahed Invest mematuhi peraturan syariah Islam, Wahed dipantau oleh Lembaga Syariah Wahed yang mempunyai 3 orang penasihat agama dan kewangan dari Malaysia iaitu : 

  1. Dr Aznan Hasan – Presiden Persatuan Penasihat Syariah Dalam Kewangan Islam (ASAS), Ahli Lembaga Syariah (Accounting and Auditing Organization for Islamic Institutions (AAOIFI) atau Organisasi Akaun Dan Audit untuk institusi Islamik serta panel pensihat syariah KWSP dan Maybank Islamik
  2. Mufti Faraz Adam Hanif –  Penasihat kewangan Islam dan Fintech, Penulis Islamic Finance Guru.
  3. Shaikh Muhammad Ahmad Sultan – Pengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dan graduan daripada bidang Fiqh & Usul ul Fiqh daripada Jami’ah Ahsan al-Uloom.

Dengan nasihat dan bimbingan 3 orang penasihat syariah ini disamping Wahed juga mengikuti piawaian peraturan oleh Badan Perakaunan dan Pengauditan Pertubuhan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) – Accounting and Auditing Organization for Islamic Institutions 

Dipendekkan cerita, Ya Wahed Invest adalah halal dan satu-satunya robo penasihat pelaburan Patuh Syariah di Malaysia.

4. Apa Yang Boleh Anda Laburkan Dalam Wahed Invest

Pelaburan yang boleh dilakukan di Wahed Invest adalah dalam bentuk pelaburan pasif, maksudnya dana yang dimasukkan akan diuruskan oleh Wahed Invest dalam portfolio anda secara automatik. Ini sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang dan pelabur pemula. Dengan ciri-ciri platform nya yang mesra pelanggan, ia juga akan mengesyorkan secara automatik portfolio yang sesuai dengan pelaburan anda berdasarkan jawapan latar belakang dan keadaan anda.

Dengan pelaburan jenis ini, ia sangat sesuai untuk pelabur baru yang tidak mahir menguruskan pelaburan mereka. Dalam setiap portfolio Wahed Invest akan melaburkan dana anda dalam 2 atau lebih portfolio seperti di bawah : 

  • Saham USA – Wahed FTSE USA Syariah ETF (HLAL)
  • Saham Malaysia – MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividen (MYETFID)
  • Saham China – VP-DJ Syariah China A Shares 100 ETF
  • Emas – TradePlus Syariah Gold Tracker (GOLDETF)
  • RHB Dana Islamik Bon 
  • Sukuk (Sijil Kewangan Islamik)

Dalam satu portfolio boleh dikatakan dipegang dalam bentuk ETF dan risikonya lebih rendah. ETF (Exchange Traded Fund) atau dana dagangan bursa adalah gabungan saham ibarat satu bakul yang mempunyai beberapa jenis saham.

Selain itu pelaburan anda berpotensi untuk mendapat pendedahan secara global dimana anda boleh melabur ke dalam saham-saham besar USA seperti Apple, Tesla, Facebook dan lain-lain. Namun dalam Wahed Invest, anda tidak perlu pening memikirkan semua itu kerana Wahed Invest akan menguruskan portfolio anda.

5. Yuran Wahed Invest

Wahed Invest mengenakan Yuran Menyeluruh (Wrap Free), ia termasuk semua yuran pengurusan, yuran penjagaan dan yuran transaksi. Tapi tidak termasuk dengan yuran transaksi atau penjaga (custodian)

Wahed menjanjikan pelabur bahawa mereka tidak mempunyai sebarang yuran tersembunyi, Wahed hanya mengenakan yuran berdasarkan jumpah aset yang berada dibawah pengurusan tanpa sebarang komisen untuk aktiviti dagangan dan aktiviti lain. Struktur yuran seperti berikut : 

  • $7,500 hingga $249,999 – 0.99%
  • $250,000 dan keatas – 0.49%

Wahed juga tidak mengenakan sebarang bayaran pengimbangan semula kepada pelabur. Hanya yuran tahunan sahaja dikenakan keatas keuntungan yang diperolehi dan ianya rendah hanya 1% sahaja.

6. Kelebihan dan Kekurangan Wahed Invest

Wahed Invest sama seperti robo perkhidmatan kewangan yang lain, bercakap soal pelaburan pasti melibatkan risiko walaupun sedikit. Namun istilah “too good to be true” perlu diambil kira juga dalam bidang pelaburan. Suka diingatkan bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri dan setiap agensi yang menyediakan perkhidmatan ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Setiap yang kelihatan terbaik pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan Wahed Invest. Jom semak apa kelebihan dan kekurangan Wahed Invest : 

  • Pelaburan Halal – Yang pertama di Malaysia dan menjadikan ianya pilihan pelabur Muslim. Bermakna tiada perkara syubhah yang terbabit.
  • Platform Instuitif – Ramai pengguna yang memberikan ulasan tentang platform Wahed Invest yang mudah digunakan dan mesra pelabur pemula.
  • Risiko Rendah – Jenis pelaburan pasif ini biasanya mempunyai risiko yang rendah namun terdapat juga pelaburan agresif yang ada di Wahed Invest juga.
  • Boleh Bermula Segera –  Memandangkan Wahed Invest adalah secara digital, pembukaan akaun adalah cepat tidak seperti cara tradisional anda perlu isi borang dan tunggu beberapa hari untuk kelulusan.
  • Portfolio Secara Global – Kepelbagaian portfolio untuk anda dimana anda boleh melabur untuk ETF dalam Malaysia dan luar negara juga.
  • Yuran Tahunan Yang Rendah – 1% setahun untuk keuntungan adalah yuran tahunan yang dikenakan. Contohnya setahun anda melabur $10,000 dan keuntungan diperolehi ialah $800, Wahed hanya mengenakan yuran sebanyak $8 sahaja.
  • Mempunyai Program Rujukan – Untuk anda dan orang yang dirujuk akan mendapat $25 bonus pendaftaran.
  • Mahal – Berbanding perkhidmatan kewangan yang lain. Cas servis Wahed Invest adalah lebih mahal berbanding pesaing lain.
  • Pengeluaran Lambat – Berdasarkan daripada aduan pelabur, pengeluaran daripada akaun boleh diambil sehingga 8 ke 12 hari untuk proses.
  • Deposit Minimum – Walaupun minimum deposit di Wahed Invest rendah, berbanding dengan pesaing lain, Wahed tetap masih tinggi.
  • Tiada Pembayaran Paypal – kebiasaannya untuk pembayaran antarabangsa, ramai yang menggunakan paypal sebagai medium pembayaran
  • Sesuai Untuk Jangka Masa Panjang – Bagi pelabur yang biasa dengan pelaburan jangka masa pendek seperti Forex, Wahed Invest bukan platform terbaik untuk anda.

7. Proses Pembukaan Akaun dengan Wahed Invest

Untuk anda yang ingin memulakan pelaburan dengan Wahed, anda boleh ke laman sesawang mereka di SINI.

  1. Langkah pertama ialah muat turun aplikasi Wahed Invest seperti dibawah. Anda perlu memuat turun aplikasi Wahed Invest dahulu
  1. Langkah ke 2 ialah ialah mendaftar menggunakan E-mail anda yang sah.
  1. Langkah ke tiga ialah buat kata laluan seperti yang dikehendaki dalam gambar dibawah. Pilih kata laluan yang mudah diingati agak lancar proses anda.
  1. Langkah ke empat ialah tandakan Yes sekiranya anda penduduk USA atau pemegang kad hijau, seandainya sebaliknya, tandakan NO
  1. Langkah ke lima ialah selepas menjawab beberapa soalan seperti umur, pendapatan dan lain-lain, Wahed Invest akan memberikan cadangan portfolio kepada anda seperti dibawah.
  1. Terdapat beberapa jenis portfolio yang ada didalam Wahed Invest seperti dibawah terdapat beberapa jenis portfolio yang dicadangkan untuk anda. Soalan-soalan yang diberikan adalah untuk menentukan portfolio yang sesuai dengan keadaan anda.
  1. Seterusnya pilih kumpulan umur anda dan pelaburan anda bertujuan untuk apa.
  2. Kemudian tekan “Create My Account dan isi maklumat nama anda, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon
  3. Kemudia anda akan menerima SMS daripada Wahed yang mengandungi kod pengesahan.
  4. Akhirnya setelah selesai semua langkah anda boleh teruskan pelaburan anda dengan memasukkan dana yang anda ingin mulakan.

Disyorkan Rakan Kongsi Broker CFD Terbaik

Mitrde ialah broker CFD terkawal ASIC, FCA dan CIMA yang menawarkan dagangan pelbagai instrumen dalam Forex, Saham, Komoditi, Mata wang kripto dan Indeks; Ia beroperasi di 10 negara termasuk Malaysia dan dengan lebih daripada satu juta pelanggan.

Satu lagi kelebihan Mitrade ialah berlatih perdagangan secara bebas menggunakan akaun demo. Di sini, pedagang baru akan diberikan wang maya $50,000 untuk mempraktikkan pesanan operasi sambil melaksanakan strategi dan pengurusan risiko selama 90 hari.

Selepas berlatih dan yakin untuk memulakan transaksi sebenar, anda tidak perlu risau kerana Mitrade menawarkan deposit minimum yang berpatutan sebanyak $50. Dengan jumlah itu, anda sudah boleh mendapat pendedahan kepada lebih 60 pasangan mata wang dagangan, 11 lagi indeks saham antarabangsa, 9 jenis komoditi, 300 saham AS yang popular, sehingga 5 mata wang kripto dengan volum dagangan terbesar di dunia.

8. Ringkasan

Walaupun Wahed Invest masih baru di Malaysia iaitu kurang daripada 5 tahun, namun bagi pelabur Islam ianya adalah satu peluang besar yang sangat baik memandangkan ia mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia, patuh syariah dan juga menerima lesen saripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Walaupun peluang pelaburan pasif yang diberikan namun untuk jangka masa yang panjang ianya adalah berbaloi untuk dicuba dan pelabur juga boleh mempelbagaikan portfolio mereka seiring dengan peredaran zaman kini.

Dengan penelitian dan barisan penasihat yang berkaliber, boleh saya katakan Wahed Invest adalah cara terbaik dan platform terbaik untuk pelabur yang sangat menitik beratkan bab halal dan patuh syariah. Selain dapat melabur secara global juga, ia juga memberikan impak besar dalam dunia kewangan dan pelaburan Islam seluruh dunia. Kini semuanya hanya dihujung jari dan kepada pelabur pemula, jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan dunia pelaburan anda.

Anda Mungkin Suka

6 Broker Spread Rendah Terbaik Di Malaysia Tahun 2022

Ulasan Broker HextraPrime Malaysia Terkini 2022

Senarai Broker Forex Malaysia Terbaik dan Sah(Update 2022)

Review Mitrade: Apakah Mitrade Scam atau Broker Resmi?

No Deposit Bonus Forex Malaysia 2022 – Senarai Penuh

Ulasan GMI:Adakah GMI Market Malaysia Penipu?

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan