Ulasan Boldprime Malaysia : Bold Prime Penipu Atau Tidak

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang Bold Prime, adakah Bold Prime penipu, apakah syarat dan peraturannya, bagaimana cara deposit dan pengeluaran, apakah bonus yang ditawarkan dan bagaimana cara untuk mendaftar dengan Boldprime.

Sila baca ulasan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut jika Boldprime ialah sebuah broker yang sah.

Apakah blod prime penipu? 

Bold Prime adalah CFD broker yang berpusat di Mauritius dan ditubuhkan pada 1 Mac 2021 dimana ia adalah broker yang masih baru. Dalam maklumat yang dipaparkan ia berdaftar di St. Vincent. Bold adalah broker di luar pesisir (luas kawasan) yang tidak mempunyai lesen dagangan, ia juga kekurangan dari segi peraturan, dimana ia tidak dipantau oleh kerajaan di St. Vincent.  Pendaftaran dengan kos yang rendah serta dagangan yang mudah bermaksud broker tersebut tidak boleh menjamin dana dan maklumat anda selamat. Anda tidak boleh menghubungi mana-mana badan berkuasa untuk membuat aduan ataupun mendapatkan keadilan.

Apabila saya menghubungi perkhidmatan perlanggan secara atas talian untuk bertanyakan tentang lesen pengawal seliaan, pegawai khidmat pelanggan tersebut memberikan saya satu pautan kepada sijil, namun maklumat yang relevan berkenaan broker tidak sama seperti yang diberi, sijil juga dikeluarkan pada 24 Mac 2021.

Apabila saya bertanya mengapakah maklumat dalam sijil tidak sama seperti nama syarikat, pegawai khidmat pelanggan tersebut hanya memberikan jawapan bahawa BOLD PRIME adalah nama jenama kepada OPTIM investment Limited. Jelas sekali alasan itu tidak munasabah dan anda tidak dapat melihat maklumat berkenaan di laman sesawang rasmi tersebut.

Saya memeriksa maklumat yang relevan OPTIM Investment Limited, disana juga menunjukkan bahawa OPTIM juga adalah laman sesawang yang baru didaftarkan dan waktu pendaftaran adalah pada Ogos 2020.

Kesemua Bold Prime bukanlah broker yang dikawal selia malahan tidak berlesen! Broker yang bertapak di St Vincent dianggap sebagai broker luar pesisir. Selain daripada persoalan sama ada Bold Prime penipu, ambil juga tahu bahawa Bold Prime tidak sah di Malaysia dimana ia tidak dilesenkan secara rasmi oleh Labuan FSA. Ini adalah sesuatau yang perlu dipertimbangkan apabila negeri tidak menjamin sebarang perkara yang bakal berlaku kepada pelaburan anda dimasa hadapan.

Oleh itu, belajar dengan lebih lagi dan anda perlu bersedia untuk melakukannya diatas risiko sendiri sekiranya berlaku kerugian dimasa hadapan. Jika anda ingin berdagang, pastikan anda mencari broker yang dikawal selia dan juga dipercayai untuk mulakan dagangan anda.

Sebaran dan Komisen

Dalam laman sesawang rasmi menunjukkan, sebaran minimum ialah 0 pips, dagangan minimum pula ialah 0.01 lot dimana nisbah leveraj ialah 1:2000, sebaran EUR/ USD boleh menjadi serendah 0.1 pips dan komisen kecil serendah USD 7 perlu dibayar untuk setiap lot, dimana ia biasa di caj oleh kebanyakan broker. Yuran lebih tinggi dan disana juga tiada petunjuk komisen dalam laman tersebut.

Kaedah Deposit dan Pengeluaran

Kaedah penyampaian ialah echelonpay walaopay, paymentAsia dragonpay , mastercard,FPX, VISA, Bitcoin, Ethereum, Binance, USDT.

Deposit minimum yang diperlukan hanyalah $15. Termasuk polisi untuk deposit dan pengeluaran sangat kabur, samar-samar dan polisi pengeluaran yang kompleks, ia sangat sukar untuk membuat pengeluaran dana, selain dari kekurangan maklumat menjadikan ianya satu petanda tidak baik kerana anda tidak mengetahui siapakan yang mengendalikan wang anda, keselamatan dana juga diragui.

Akaun Dagangan

Daripada laman sesawang rasmi, terdapat 4 jenis akaun yang disediakan iaitu : Cent/Standard/Prime Raw/Prime Platinum, sebagai tambahan terdapat juga akaun Islamik.

  • Cent : Sebaran serendah 0.1 pips, komisen $0.07/lot, deposit minimum ialah $15, dagangan bermula dari 0.01 lot.
  • Standard : Sebaran serendah 1.8 pips, tiada komisen, deposit minimum ialah $15, dagangan bermula dari 0.01 lot.
  • Prime Raw : Sebaran serendah 0.2 pips, komisen $7/lot, deposit minimum ialah $150, dagangan bermula dari 0.01 lot.
  • Prime Platinum : Sebaran serendah 0.1 pips, komisen $7/lot, deposit minimum ialah $400, dagangan bermula dari 0.01 lot.

Alatan Dagangan

Broker juga mendakwa bahawa adet yang boleh didagangkan termasuk Forex, Indeks, Matawang Kripto, Saham dan banyak lagi.

Bagaimanapun, maklumat yang boleh didapati di laman sesawang rasmi menunjukkan bahawa alatan dagangan adalah terhad berbanding broker lain termasuk

  • 6 Indeks : S& P500, Nasdaq 100, Dow 30, Nikkei 225, DAS Indeks, UK 100
  • 4 komiditi : Emas, Minyak mentah, Gas Asli, Jagung
  • 49 Forex pasangan matawang :  Termasuk matawang major seperti USDJPY, AUDUSD, NZDUSD,GBPUSD,EURUSD USD CHF

Sebagai tambahan semua alatan dagangan diatas adalah terhad kepada CFD

Bonus dan Promosi

Boldprime menawarkan deposit 50% kepada pelanggan, untuk menerima 50% bonus deposit anda perlulah memenuhi kriteria syarat yang diberikan :

  1. Tempoh promosi 50% deposit bonus bermula daripada 23 Februari 2022 sehingga 31 Julai 2022
  2. Bonus hanya terpakai kepada semua deposit permulaan pelanggan dimana anda layak untuk menerima promosi 50% bonus deposit, pelanggan yang tidak mendapat pengesahan akaun tidak layak menerima promosi ini

*untuk menebus 50% bonus deposit perlu mengikut langkah dibawah : 

  • Langkah 1 : Pelanggan harus mendaftar dan mengesahkan akaun dengan Bold Prime
  • Langkah 2 : Log masun kedalam kedalam papan pemuka pedagang Bold Prime dan klik di sini butang pertukaran di papan pemuka di laman utama dengan 50% bonus deposit
  • Langkah 3: Anda telah berjaya mendaftar untuk bonus ini!

Sumber Pendidikan dan Analitik

Dalam laman sesawang Bold Prime kekurangan alat bantuan pendidikan, analisa pasaran, webinar dan banyak lagi namun dalam kumpulan telegram rasmi mereka, mereka akan menghantar analisis teknikal setiap hari.

Telegram Bold Prime

Cara Membuka Akaun

Lengkapkan ruangan pendaftaran dengan mengisi nama anda, alamat emel dan kata laluan, pilih semua persetujuan dan klik teruskan. Kemudian anda akan menerima emel yang mengandungi kod PIN, salin kod PIN dan masukkan kedalam laman log masuk. Tetapi tanpa pengesahan, anda tidak boleh menggunakan sebarang ciri-ciri yang terdapat dalam akaun anda.

Dokumen pengesahan termasuk 

  • ID/ Paspot
  • Bukti alamat 
daftar boldprime

Perkhidmatan Pelanggan

Sebagai salah satu bahagian dalam ulasan ini, kami juga membuat ulasan untuk pilihan perkhidmatan pelanggan, tempoh tindak balas dan juga keberkesanan platform dagangan OctaFX dalam menyelesaikan masalah. Boldprimer menyediakan 24/7 perkhidmatan pelanggan termasuk LIVE CHAT dan emel,tindak balas atas talian agak laju, biasanya dalam satu minit dan emel khidmat pelanggan Boldprimer ialah support@boldprimer.com

Mitrade – Broker Alternatif terbaik untuk Pelabur

Jika anda tidak pasti tentang BoldPrime, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak lagi pilihan yang boleh anda cuma. Kami mengesyorkan Mitrade, pembrokeran forex Australia yang bertapak di Melbourne. Mitrade menyediakan akses kepada lebih dari 400 CFD alatan kewangan termasuk Forex, Indeks, Komoditi dan saham melalui platform hakmilik sendiri dengan julat sebaran yang kompetetif, platform dagangan dan perkhidmatan pendidikan yang mana ia sangat disukai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

  • Dikawal selia dan selamat
  • Lebih dari 400 pasaran
  • Sebaran rendah dan tiada komisen
  • Akaun latihan percuma
  • Deposit minimun hanya $50
Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan