5 Broker Forex Spread Rendah Di Malaysia 2021【Panduan Terbaru Untuk Memilih Broker Anda

Mencari broker forex spread rendah (low-spread forex broker) adalah menjadi keutamaan setiap pelabur kerana spread yang akan memberikan kesan kepada keuntungan yang berpotensi. Bagaimanapun, kerana jumlah pelabur yang agak ramai menyukarkan para pelabur mencari broker yang menyediakan spread terendah di pasaran selain daripada mencari broker yang boleh dipercayai dan sah di Malaysia.

Artikel kali ini akan membantu anda untuk memahami dan mengenal pasti ciri-ciri broker spread rendah. Dengan panduan lengkap ini, anda akan mudah mencari broker forex spread rendah dengan kos pelaburan yang efektif di dalam pasaran matawang asing

Apakah Itu Spread Rendah? (Low Spread)

Pertama sekali adalah penting bagi anda memahami secara ringkas apakah spread yang dimaksudkan didalam transaksi matawang asing. Spread adalah perbezaan diantara harga “bid and ask”, harga jual (bid) dan nilai beli (ask) yang ditawarkan. Ini adalah yuran transaksi yang perlu dibayar kepada broker ataupun bank. Spread yang besar akan menyebabkan kos transaksi yang lebih tinggi. Oleh sebab itu kebanyakan broker lebih memilih untuk melabur dengan broker yang mempunyai spread yang rendah, dan broker bonus tanpa deposit forex juga.

Ada beberapa broker forex yang menggunakan fixed spread iaitu spread tetap tidak berubah dan ada juga menggunakan floating spread di mana spread nya boleh berubah atau terapung bergantung kepada keadaan pasaran. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tergantung kepada keadaan pelabur itu. Bagi pelabur pemula memilih broker spread yang rendah adalah lebih baik bagi meminimumkan risiko kerugian terutamanya apabila pelabur melakukan trade menggunakan kaedah scalping.

Contohnya spread untuk EURUSD adalah 0.3pip (0.00003 point), transaksi anda adalah 1.16100 (Bid)/1.16103 (Ask), saat itu anda tak perlu menunggu floating loss sebesar spread yang berlaku waktu iaitu minus 0.3 pips dan tidak memerlukan waktu yang lama.

Mengapa Perlu Mencari Broker Spread Rendah?

※ Mengurangkan kos transaksi

Trading dengan broker forex yang spread rendah adalah lebih baik kerana dalam dunia forex, para pelabur hanya inginkan keuntungan, sistem keselamatan pelindungan wang yang baik dan kos minimum yang rendah. Jika pelabur melakukan trade dengan spread rendah mereka tidak perlu bimbang tentang kos-kos tambahan lain selain daripada fokus kepada mendapatkan keuntungan.

※ Mendapat harga yang lebih baik

Kenapa ianya lebih baik? Kerana saat kita melaksana kan jualan (sell), kita akan memperolehi harga bid yang lebih tinggi. Sebaliknya jika saat kita buy, kita akan mendapat harga ask yang lebih rendah.

※Target keuntungan yang mudah

Sama juga dalam membuat keuntungan, komisen di spread rendah memang lebih tinggi daripada komisen yang bukan spread rendah, namun harus dilihat juga dari segi floatingnya

Walaupun dengan persiapan dan strategi yang digunakan, melakukan keputusan yang salah dan risiko kerugian didalam pasaran asing adalah perkara yang biasa di kalangan pelabur maka dengan memilih broker spread rendah akan meminimumkan risiko dan keraguan yang timbul.

5 Broker Spread Rendah di Malaysia

Terdapat banyak dan ratusan broker diluar sana yang mengakui mereka adalah broker yang menawarkan spread atas talian rendah ataupun paling terendah di pasaran. Namun mencari broker yang terbaik adalah ibarat mencari sebatang jarum di dalam jerami. Kami telahpun meneliti 5 broker yang menawarkan spread rendah di Malaysia dan yang paling penting adalah dipercayai.

Mitrade-Broker Forex Spread Rendah Hingga 0.04 pips

16062869744921

Broker yang dipercayai dan pemenang beberapa anugerah antaranya Broker Australia yang paling pesat berkembang di International Business Magazine. Dikawal selia oleh ASIC (Australian Securities & Investment Commision) – Pesuruhjaya Sekuriti dan Pelaburan Asia. Menyediakan perdagangan pertukaran matawang asing secara atas talian dan Kontrak Untuk Perbezaan (CFD). Menawarkan kos transaksi yang kompetitif, pelindungan keseimbangan negatif, keadaan perdagangan ambang rendah.

Informasi Mitrade

Dikawal Selia OlehASIC
Komisen0
SpreadNikmati spread apungan yang kompetetif bermula daripada 0.04 pips
Leveraj Maksimum1:200
Deposit Minimum$50
PlatformLaman Sesawang Mitrade dan Aplikasi Telefon
PeralatanMatawang, Komoditi,Indeks, Matawang Kripto

Kelebihan

Jumlah Deposit rendah

Hanya serendah $50 deposit yang ditetapkan oleh Mitrade dan membolehkan pelabur baru bermula trade dengan kos deposit yang rendah dahulu. Selain itu pelabur juga bebas memilih matawang yang diingini sama ada USD atau AUD.

Perlindungan baki negatif

Mitrade menyediakan pelindungan keseimbangan negatif bermakna wang anda akan dilindungi dan anda tidak akan kehilangan jumlah wang yang lebih daripada yang telah didepositkan. (Tidak ada banyak broker menawarkan perlindungan Perlindungan baki negatif. Berbanding dengan persaingan, ini adalah kelebihan tambahan)

Spread apungan yang kompetitif

Menawarkan spread serendah 0.4pips dan meminimumkan risiko anda untuk kerugian dan mesra pelabur baru.

Kekurangan:

Tidak Disokong oleh Meta Trader4

Kebanyakan pelabur lebih mengenali Meta Trader4 sebagai platform trade namun ada juga yang mendapati bahawa Meta Trader4 tidak mudah di kendalikan.

Hanya tawarkan satu jenis akaun sahaja

Anda tak perlu membuang masa dan menyakitkan kepala memilih akaun yang anda ingin gunakan dan serasi bersama. Kurang pilihan yang ada lebih mudah anda membuat keputusan.

XM-Broker Forex Spread Rendah Hingga 0 pips

XM-Broker Forex Spread Rendah Hingga 0 pips

Dikendalikan oleh XM Global Limited dan dialamatkan di Belize City, CA. Dilesenkan dibawah ASIC Australia, IFSC di Belize dan CySEC di Cyprus dan ditubuhkan pada 2009. XM Malaysia menawarkan Spread apungan rendah kepada semua jenis akaun. Mempunyai lebih dari 450 orang profesional dengan pengalaman kewangan. Menyediakan perkhidmatan matawang, CFD, indeks, ekuiti, logam berharga dan tenaga.

Maklumat XM Malaysia

Dikawal Selia OlehASIC,CySEC,IFSC,FCA
Komisen$3.5 per lot
SpreadSpread apungan bermula daripada 0.0 pips
Leveraj Maksimum1:30 untuk pelanggan dibawah EU
1.500 untuk pelanggan dibawah Belize atau ASIC
Deposit Minimum$5
PlatformMeta Trader4 & 5, Laman sesawang trader XM, Telefon Pintar dan Tablet
PeralatanMatawang, Komoditi,Indeks, Matawang Kripto
Pros
  • Menawarkan pelbagai jenis akaun dan deposit minimum yang rendah
  • Tidak Ada Petikan Semula dan Spread Ketat
  • Banyak pilihan untuk pengeluaran dan deposit
Cons
  • Transfer kawat di bawah 200 USD mengenakan yuran 15 USD
  • Tidak ada makluman atau pemberitahuan mengenai perubahan harga
  • XM tidak menerima pelanggan dari Amerika Syarikat, Kanada dan Israel.

RoboForex-Broker Forex Spread Rendah Hingga 0.04 pips

Roboforex_Homepage

Ditubuhkan bermula tahun 2009, dah dikawal selia oleh IFSC Belize, beribu pejabat di Cyprus. Menawarkan 8 jenis aset dan lebih daripada 12 000 instrumen untuk di dagangkan. Merupakan penaja rasmi untuk pasukan “Starikovich-Heskes” di The Dakar 2019 dan juga Penaja Rasmi pejuang Muay Thai Endrei Kulebin seorang juara dunia tinju.

Maklumat Roboforex

Dikawal Selia OlehIFSC Belize
Komisen0
SpreadSpread bermula daripada 0.04 pips
Leveraj Maksimum1:2000
Deposit Minimum$10
PlatformMeta Trader4 & 5, Laman Sesawang, Telefon mudah alih
PeralatanMatawang, Emas,Indeks, ETF,Komoditi, Tenaga Logam, Matawang Kripto

FBS Forex

FBS_Forex_Homepage

Adalah sebuah broker atas talian Forex yang ditubuhkan pada 2009. Berlesen dibawah kawal selia IFSC Belize dan CySEC (EU). FBS telah berkembang secara significant dan mempunyai lebih daripada 2.5 juta saudagar yang aktif pada tahun 2017. Lebih dikenali dengan acara secara langsung dan acara amal untuk komuniti miskin.

FBS Forex Malaysia

Dikawal Selia OlehIFSC Belize, CySEC (EU)
Komisen$6.0 per lot
SpreadSpread bermula daripada 0.0 pips
Leveraj Maksimum1:3000
Deposit Minimum$1
PlatformMeta Trader4 & 5, Laman Sesawang, Telefon mudah alih
PeralatanForex matawang, Saham dan komoditi.

Tickmill

Tickmill_homepage

Broker antarabangsan untuk forex dan CFD, ibu pejabat di London Fore Strees United Kingdom. Mempunya cawangan di Cyprus dan Seychelles. Tickmill diberi kuasa dan dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA). Dengan rekod kewangan yang kukuh dan pertumbuhan yang stabil, Tickmill meletakkan kedudukannya sendiri sebagai pasaran inovator yang dipercayai.

Tickmill Malaysia

Dikawal Selia OlehFCA (UK), CySEC (EU), FSA (SE)
Komisen$2 (Pro) atau $1 untuk akaun VIP
SpreadSpread bermula daripada 0.0 pips
Leveraj Maksimum1:5000
Deposit Minimum$100
PlatformMeta Trader4 , Laman Sesawang, Telefon mudah alih
PeralatanForex matawang, CFD, Binary

Apakah Yang Perlu Saya Beri Perhatian Dalam Mencari Broker dengan Spread Rendah?

Mengenal tiga jenis broker

➊ MM atau DD(Pembuat Pasaran)

Mengambil dan merancang perintah menerusi meja urusan, broker jenis ini akan memprofilkan pelanggan mereka dan membahagi kan pelanggan secara berkumpulan secara sistematik dengan  algoritma. Spread tetap dan meraih keuntungan menerusi spread. Berkemungkinan memanipulasi harga kerana pelabur tidak dapat melihat harga sebenar dalam pasaran.

➋ STP (Straight Through Processing)

Broker STP selalunya akan berdagang mengikut kehendak pelanggan, menjana  keuntungan menerusi mark-up iaitu menambah kan sikit didalam harga bid dan ask terbaik yang diperolehi daripada LP. Biasanya mempunyai spread terapung.

➌ ECN (Electronic Communications Networks)

Biasanya akaun ECN mempunyai spread yang paling rendah, terdapat banyak persamaan dengan STP Forex tapi perbezaan besar nya ialah routing, jika di STP anda boleh memilih untuk berurusan dengan penyedia kecairan dari kumpulan yang berbeza, dan ECN akan lebih bertindak sebagai hub yang mana lebih berkesan sebagai sumber kecairan yang besar. Keuntungan melalui komisen.

Terdapat 3 jenis spread yang ditawarkan dengan kos yang berbeza. MM ialah spread tetap (fixed spread), STP pula ianya spread terapung (floating spread) dan ECN biasanya mempunyai spread yang paling rendah. 

Walaubagaimanapun seandainya anda mendapati spread platform lebih rendah dari spread biasa di pasaran, anda harus menyiasat lebih mendalam lagi tentang broker tersebut kerana kebiasaannya spread yang ada di pasaran tidak akan  berada dibawah daripada pasaran.

Sama ada terdapat Slippage 

Seperti yang anda tahu, slippage atau gelinciran biasanya berlaku apabila anda sudahpun melakukan pesanan pada harga tertentu tetapi harga yang dillaksanakan adalah pada harga yang berlainan (bukan harga yang ada telah tetapkan), Broker yang sebenar tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku dan jika ianya berlaku juga (jarang berlaku), mereka akan berusaha untuk mengawal keadaan itu.

Bagai manapun jika anda kerap mengalami gelinciran itu dan setiap kali anda ingin membetulkan keadaan, apabila broker tersebut mula memberikan alasan seperti “pergolakan pasaran” atau “masalahnya adalah daripada anda”, saat itu anda sudah boleh mula mencari broker sah yang lain.

Terdapat Yuran Tersembunyi

Broker Forex boleh melaraskan spread mereka hingga ke level yang sangat rendah dan ianya akan mengakibat kan mereka kehilangan wang. Jadi mereka akan menambah yuran lain (biasanya yuran tersembunyi dan hanya akan dipaparkan selepas transaksi itu telah selesai), contohnya yuran transaksi, komisen, kadar deposit, yuran pembukaan akaun ataupun yuran perkhidmatan bulanan. Jumlah keseluruhan semua kos ini akan lebih tinggi daripada spread rendah yang telah mereka iklankan.

Tidak semua broker dengan spread rendah adalah teruk. Segelintir broker mempunyai spread yang sangat kecil tetapi kos transaksi juga rendah. Mereka mungkin adalah broker yang telah lama berada di pasaran dan mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan yuran yang murah pada platform mereka. Mungkin broker dengan spread yang rendah bukan lah yang terbaik namun mereka semestinya bukanlah benda yang buruk.

★ Pilih Saya -Mitrade

Saya menggunakan Mitrade, dengan spread yang rendah dan pelindungan baki negatif. Mitrade mempunya platform trading inovatif yang tersendiri dan juga aplikasi telefon mudah alih. Sebelum memulakan pelaburan, saya memulakan dengan akaun demo di Mitrade dan yakin ianya adalah platform yang mempunyai fungsi yang baik setelah melakukan penilaian dan latihan.

Platform yang mudah digunakan, ringkas dan reka bentuk permukaan platform tidak keterlaluan, ianya membolehkan setiap pelabur untuk lebih fokus kepada trading itu sendiri. Selain itu analisis penilaian mingguan dan berita harian juga akan disiarkan di blog. Mitrade juga menyediakan perkhidmatan trading yang komprehensif untuk semua pelabur di semua peringkat sama ada pelabur baru atau yang berpengalaman. Mitrade adalah platform yang efektif dan dipercayai.

Bagaimana Memulakan Dagangan Dengan Mitrade?

Jika anda inginkan platform yang mudah, selamat dan lebih sederhana, Mitrade adalah yang terbaik untuk anda. Dengan $50,000 wang secara virtual untuk dinikmati dan digunakan sebagai latihan untuk anda juga dapat memformulasikan strategi terbaik anda sebelum memulakan akaun secara langsung.

Untuk memulakan dagangan di Mitrade, ikuti langkah-langkah berikut :

〉 Klik di platform dagangan

〉 Cari dan pilih pasaran yang anda ingin dagangkan

〉 Buka posisi jangka panjang atau jangka pendek

〉Tetapkan saiz kedudukan anda, nilai Stop Loss/Take Profit

〉 Sahkan dagangan anda

Kesimpulan

Kami yakin anda sudahpun memahami fundamental dan perkara yang perlu di titik beratkan dalam memilih broker yang mempunyai spread yang rendah dan dipercayai di Malaysia. Setelah meneliti artikel dan segala aspek yang kami bentangkan di sini, anda mungkin telahpun meningkat kan ilmu dagangan anda dan faham tentang kepentingan memilih broker yang menepati keperluan anda. Di Mitrade kami selalu menekankan aspek kepuasan pelanggan dan mencuba yang terbaik dalam perkhidmatan kami untuk mebgurangkan risiko kerugian pada pelanggan kami. Ya kini anda semakin faham.

Walaubagaimanapun suka kami ingatkan setiap dagangan mempunyai risiko dan jika anda memilih dagangan sebagai titik baru hidup anda. Bermakna anda adalah seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan anda dan berani dalam berdepan dengan risiko. Gagal sekali bukanlah bermakna gagal selama-lamanya. dan Kegagalan selalunya adalah titik permulaan kepada kejayaan.


Bagikan Artikel
Don`t copy text!