10 Indeks Saham Dunia Terpopular 2023

Bila berbicara tentang saham, ramai yang agak cakna dengan maksud saham itu sendiri, selain itu kebiasaan lain yang selalu didengari ialah indeks saham. Baik dalam  berita dunia, berita ekonomi, berita saham dan dimana-mana sahaja. Namun tahukah anda apa yang dikatakan indeks saham? Dan 10 indeks saham dunia yang popular pada tahun 2023. Teruskan membacanya.

Maksud Indeks

Perkataan indeks bermaksud satu kaedah standard yang digunakan untuk mengukur prestasi sejumlah aset, manakala indeks saham pula adalah untuk mengukur prestasi sejumlah saham didalam pasaran. Indeks akan digunakan sebagai penanda aras prestasi saham bagi sesuatu portfolio contohnya dana mutual. 

Para pelabur akan mengukur prestasi kumpulan saham dengan indeks dan ia juga membantu pasaran apabila terdapat halangan terhadap pelaburan. Berikut ialah 10 indeks saham paling popular di dunia.

NoIndeksSimbolTerakhirTertinggiTerendahPrb.Prb.%
1NASDAQ-10012159.3 USD15226.5USD10690.1USD +160.4+1.34%
2S&P 5004067.4 USD4630.3 USD3586.1 USD+15.6+0.39%
3Hang Seng Index22688.90 HKD24924.35 HKD14687.02 HKD+122.12+0.54%
4Dow Jones Industrial Average33981.0 USD35837.5 USD28771.0 USD+51.0+0.15%
5DAX 3015150.03 EUR15619.39 EUR11975.55 EUR+17.18+0.11%
6FTSE 1007760.4 GBP7856.7 GBP6818.1 GBP-11.4-0.15%
7Russell 20001911.612 USD2130.722 USD1653.960 USD+11.336+0.60%
8CAC 407097.210 EUR7130.880 EUR5676.870 EUR+1.220+0.02%
9Euro STOXX 504172.4 EUR4239.0 EUR3271.2 EUR-6.7-0.16%
10Bovespa Index – Ibovespa114810 USD124735 USD98710 USD-1940-1.66%

1.  NASDAQ-100

Carta NASDAQ-100

Purata Jumlah:5.737 bln

Kod: NDX 

Negara: Amerika Syarikat

Kaedah Timbangan: Permodalan Wajar

NASDAQ (National Association of Securities Dealers Automated Quotation) adalah indeks saham terbesar di Amerika Syarikat, NASDAQ 100 juga dikenali sebagai US 100 dan didalamnya terdapat 100 buah syarikat bukan kewangan yang besar. NASDAQ merupakan indeks yang paling cepat berkembang di dunia dengan modal pasaran NASDAQ-100 yang mencecah sehingga 9.8 trilion USD pada penghujung tahun 2019.

Antara syarikat yang berada didalamnya ialah Apple, Microsoft, Amazon, Facebook, Alphabet (Google) dan juga Tesla yang membentuk bahagian besar indeks tersebut.

2. S&P 500

Carta S&P 500

Purata Jumlah: 4.996 bln

Kod: SPX

Negara: Amerika Syarikat

Kaedah Timbangan: Permodalan Wajar Apungan Bebas

S&P 500 bermaksud Standard and Poor Composite 500 mengandungi 505 saham daripada 500 buah syarikat gergasi di Amerika Syarikat dan menjadikan ia sebagai salah satu indeks saham Amerika yang bermula kira-kira tahun Mac 1957. S7P juga mengumpulkan semua indeks pasaran saham yang berpengaruh seperti Apple dan Microsoft dan menerbitkan laporan, panduan dan risalah topik kewangan. Keseluruhannya syarikat yang berada di dalam S&P 500 adalah 75% keseluruhan saham di Amerika Syarikat. Pada Disember 2020, modal pasaran indeks ini mencecah sehingga 33.4 trilion USD.

3. Hang Seng Indeks

Carta Indeks Hang Seng

Purata Jumlah: 2.929 bln

Kod: HSI

Negara: Hong Kong

Kaedah Timbangan: Permodalan Wajar 

Hang Seng Indeks (HSI) adalah indeks pasaran saham berdasarkan kapital di Bursa Saham Hong Kong, China. Mempunyai 40 syarikat terbesar di Hong Kong dan diketuai oleh syarikat Hang Seng Bank sejak tahun 1969. Indeks ini untuk mengukur pergerakan bursa Hong Kong dan meliputi 65% kapital pasaran. Terdapat 4 sub indeks pada jalur utamanya ialah perdagangan dan industri, kewangan, sektor tenaga dan hartanah. Ia merupakan indeks yang berkuasa di Asia barat daya. Indeks ini termasuk korporat besar seperti HSBC, Bank Pembinaan China, Perdagangan dan Industri Bank China dan Bank China iaitu bank terbesar di dunia.

4.  Indeks Industri Dow Jones

Carta Indeks Industri Dow Jones

Purata Jumlah: 393.46 mln

Kod:DJI

Negara: Amerika Syarikat

Kaedah Timbangan:Harga Wajar 

Dow Jones adalah indeks pasaran saham yang dibangunkan oleh editor jurnal Wall Street dan juga membangunkan Dow Jones & syarikat Charles Dow. Indeks Dow Jones mengukur prestasi komponen industri di modal pasaran Amerika Syarikat. Dow Jones juga adalah indeks pasaran Amerika yang tertua di sana. Juga dikenali sebagai Dow 30 yang terdiri daripada 30 saham Blue Chip terbesar yang didagangkan di NYSE (New York Stock Exchange) dan pasaran NASDAQ.

Komponen utama didalam Dow Jones ialah makanan dan minuman, teknologi dan perubatan. Pada tahun 2020 perubahan ketara pada indeks ini ialah saham syarikat Pfizer, Raytheon dan ExxonMobil digantikan dengan saham syarikat Amgen, Honeywell dan Salesforce.Antara syarikat gergasi yang berada di dalam Dow Jones ialah Coca Cola, IBM, Intel, Microsoft dan General Motors.

5. DAX 30

Carta DAX 30

Purata Jumlah:77.469 mln

Kod:DAX

Negara:Jerman

Kaedah Timbangan:Permodalan Wajar 

DAX atau (Deutscher Aktienindex) indeks saham Jerman yang terdiri daripada 40 buah syarikat di Jerman yang teratas. Kesemua saham tersebut didagangkan di Bursa Saham Frankfurt. DAX ditubuhkan pada tahun 1988 dengan aras permulaan indeks ialah 1163 point dan 80% daripada jumlah permodalan pasaran berada di dalamnya didagangkan di dalam Bursa Saham Frankfurt. Antara syarikat yang membentuk indeks DAX ialah Adidas, Airbus, BMW, Bayer, Allianz dan lain-lain lagi.

6. FTSE 100

Carta FTSE 100

Purata Jumlah :  905.89 mln

Kod :  FTSE

Negara :  United Kingdom

Kaedah Timbangan :  Permodalan Wajar 

FTSE ataupun Financial Times Stock Exchange merupakan indeks saham di Bursa Saham London. Dimiliki oleh Kumpulan FTSE yang awalnya adalah syarikat di antara Financial Times dan Bursa Saham London. FTSE 100 adalah indeks saham yang paling banyak digunakan untuk mengukur perniagaan di Britain. Dimulakan pada tahun 1984, FTSE bersama dengan Dow Jones, S&P 500, NASDAQ dan Nikkei 225 telah membentuk “petunjuk Big Five” dalam ekonomi dunia. Permodalan di FTSE 100 adalah 80% daripada nilai tukaran saham London. Antara syarikat yang membentuk FTSE ialah HSBC, Royal Dutch Shell dan BP.

7. Russel 2000

Carta Russel 2000

Purata Jumlah :  49.965 mln

Kod :  RUT

Negara :  Amerika Syarikat

Kaedah Timbangan :  Permodalan Wajar Apungan Bebas

Russell 2000 atau dikenali juga sebagai Russell 2k ialah indeks pasaran saham yang membentuk syarikat bermodal kecil. Ia juga dianggap barometer kepada prestasi kewangan kepada syarikat modal kecil di Amerika Syarikat. Sangat berbeza dengan indeks seperti S&P 500 dan lebih dikenali sebagai indeks syarikat kecil. Namun begitu, indeks Russell 2000 talh ada hampir 40 tahun dimana ia bermula pada tahun 1984 oleh Frank Russell.

8.  CAC40

Carta CAC40

Purata Jumlah :  47.827 mln

Kod :  PX1

Negara :  Perancis

Kaedah Timbangan :  Permodalan Wajar 

CAC 40 (Cotation Assistee en Continu ataupun Pembantu Dagangan Berterusan) adalah indeks pasaran saham Perancis yang menjejak 40 saham terbesar di Perancis berdasarkan Permodalan Pasaran Euronext Paris. Bermula pada Disember 1987 dengan nilai asasnya ialah 1,000 sehingga kini. CAC 40 agak serupa dengan Dow Jones kerana ia mewakili tahap keseluruhan dan pandu arah pasaran di Perancis. Antara syarikat yang membentuknya ialah L’Oreal, Renault dan Michelin. 

9.  Euro STOXX 50 (EU50)

Carta Euro STOXX 50

Purata Jumlah :  39.468 mln

Kod :  SX5E

Negara :  Eurozone

Kaedah Timbangan :  Permodalan Wajar Pasaran Apungan Bebas

Euro STOXX 50 adalah indeks 50 pasaran besar, syarikat Eropah Blue Chip yang beroperasi disekitar wilayah eurozone. Terdapat 3 komponen yang berada didalan Euro STOXX 50 iaitu saham modal rendah, saham modal pertengahan dan saham modal besar. Indeks ini memegang saham dari 9 zon Eropah termasuk Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan Spain. Euro STOXX 50 diurus dan berlesen dibawah STOXX limited yang dimiliki oleh Deutsche Borse AG. Antara syarikat yang membentuknya ialah ASML Holding NV, LVMH Moet Louis Vuitton, Linde plc, Unilever, Siemens, BMW, Wolswagen dan lain-lain.

10. Bovespa Index – Ibovespa

Carta Bovespa Index

Purata Jumlah :  9.842 mln

Kod :  BVSP

Negara :  Brazil

Kaedah Timbangan :  Permodalan Wajar Pasaran Apungan Bebas

Bovespa Indeks atau lebih dikenali sebagai Ibovespa adalah indeks yang mempunyai 50 syarikat terbesar di Brazil termasuk “blue chips”. Bermula pada tahun 1968, Bovespa adalah petunjuk aras makro ekonomi di Amerika Latin dan didagangkan pada B3 tukaran saham di Sao Paulo. Diantara 50 syarikat terbesar tersebut, terdapat 3 syarikat kewangan dan lapan yang mewakili sektor tenaga.Antara syarikat yang membentuk indeks ini ialah Petrobras, AmBev, Vale,Telefonica Brazil. 

Bagaimana Melabur Didalam Indeks Saham?

Setelah mengetahui 10 indeks saham yang terbesar dan popular di dunia dalam penulisan diatas, kini bagaimana untuk melabur didalam indeks? Jom kami terangkan serba sedikit untuk panduan anda semua. 

Memandangkan indeks bukanlah aset saham yang boleh didagangkan secara langsung, tidak boleh dijual beli secara langsung namun ada pelbagai cara untuk pelaburan indeks yang boleh anda lakukan dan kaedah yang paling mudah ialah melalui ETF (Dana Pertukaran Dagangan) atau dikenali sebagai dana bersama.

Pelaburan jangka masa panjang

  • Pilih broker yang dipercayai untuk anda membuka akaun serta bimbingan yang betul
  • Analisa pasaran yang besar.
  • Pilih indeks yang mempunyai pertumbuhan konsisten
  • Bersedia dengan tempoh masa 
  • Contoh yang boleh dipilih ialah “Unit Trust”.

Pelaburan Jangka Masa Pendek

  • Anda memerlukan broker dalam talian yang menyediakan platform yang betul
  • Belajar membaca carta indeks 
  • Bertindak cepat apabila berlakunya sesuatu peristiwa contohnya wabak covid19
  • Risiko lebih kurang
  • ETF dan CFD adalah kegunaan yang boleh digunakan untuk pelaburan indeks.

Anda boleh membuat spekulasi mengenai kenaikan atau penurunan harga indeks melalui CFD tanpa mengambil alih pemilikan aset pendasar, anda boleh berdagang indeks saham terus dengan broker CFD anda. Kami rekomendasikan Mitrade

Mitrade ialah platform dagangan yang dipercayai dan broker yang memenangi anugerah yang mengkhusus dalam perkhidmatan Forex dan Perdagangan Kontrak (CFD). Ia menawarkan dagangan margin, membolehkan anda berdagang dengan modal kecil dan berdagang indeks dengan spread yang kompetitif dan leverage yang fleksibel.

Anda dapat berdagang 13 Indeks Dalam Talian dengan Mitrade

  • AUS200
  • ES35
  • EU50
  • FR40
  • HK50
  • JPN225
  • NAS100
  • UK100
  • US30
  • US500
  • USDOLLAR-F
  • CHN50
  • GER40

Untuk pelabur yang ingin mencuba berdagang dengan Mitrade sebelum benar-benar menyertai, Mitrade menawarkan dana maya sehingga $50,000 dalam akaun demo.

Kesimpulan

Dari artikel diatas, apa yang boleh disimpulkan ialah dalam dagangan indeks saham, risiko yang perlu difikirkan oleh pelabur adalah lebih rendah berbanding dagangan langsung aset lain, namun ia tetap mempunyai risiko tersendiri. Pelabur boleh memperbanyakkan portfolio dagangan mereka dengan memilih indeks saham yang bersesuaian. Walaubagaimanapun diingatkan kepada pelabur pemula, supaya menimba ilmu dahulu sebelum terjun ke dunia dagangan indeks dan pastikan anda benar-benar faham apa yang perlu anda lalui apa bila memilih dalam pelaburan anda. 10 senarai indeks popular diatas boleh dijadikan rujukan dan penanda aras untuk anda.

FAQ

Apakah Indeks Saham?

Indeks saham adalah sekumpulan saham yang boleh dijual beli dalam dagangan dan kaedah standard yang boleh mengesan prestasi sejumlah aset dan saham dalam pasaran. 

Jenis Indeks Pasaran Saham?

3 jenis indeks pasaran saham iaitu : 

  1. Indeks penanda aras
  2. Indeks Sektor
  3. Indeks berdasarkan Modal Pasaran
Apakah Kegunaan Indeks Pasaran Saham?
  • Menjejaki indeks pasaran saham yang paling diikuti dan akan memberikan anda gambaran secara umum tentang keadaan keseluruhan pasaran saham.
  • Dapat menjejaki indeks yang kurang dikenali dan dapat membantu anda melihat secara keseluruhan segmen pasaran tertentu dalam pasaran.
  • Membantu menganalisa pelaburan anda dalam pengukuran prestasi saham
Berapa banyak indeks saham di dunia?

Dianggarkan terdapat hampir 3.3 juta indeks saham diseluruh dunia menurut IIA (Index Industry Association)

Bila indeks saham pertama muncul?

3 Julai 1884 iaitu indeks saham pertama Dow Jones Transportation Index.

Anda Mungkin Suka
Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan