Apa itu Cryptocurrency? Panduan Asas Mata Wang Kripto (2022)

Kemunculan matawang kripto telah mengubah ekosistem kewangan dunia apabila ia mula mendapat tempat di hati ramai. Ingat tak satu masa dulu zaman-zaman 2013 – 2019 masa mula-mula matawang kripto disebut-sebut oleh orang. Zaman itu boleh dikatakan bermulanya era digital yang lebih meluas dimana boleh dikatakan media sosial digunakan oleh kebanyakan semua peringkat umur. Waktu itu yang paling selalu popular disebut adalah bitcoin. Matawang kripto pada asalnya popular di kalangan para pelabur, anak-anak muda yang banyak melibatkan diri dengan dunia digital, para pemain.

Lama kelamaan, masyarakat mula teruja dengan matawang kripto apabila tempias kenaikan nilai matawang kripto waktu itu ialah Bitcoin pada hujung tahun 2017, awal 2018 dimana nilai kemuncak pada waktu itu ialah 1 BTC = RM 77,000. Apabila harga nilai bitcoin naik mendadak, ia mula mendapat perhatian media massa, ahli undang-undang, agamawan dan masyarakat setempat.

Sehingga ramai yang mula mencari maklumat berkenaan matawang kripto ini dari semua aspek, aspek undang-undang, nilainya, cara memilikinya, bagaimana ia berfungsi dan juga hukum hakam syariah dalam Islam (kepada orang Islam) khususnya di negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam. 

Untuk mengupas lebih lanjut kepada anda sebagai maklumat dan kefahaman, jadi saya akan menyampaikan maklumat berkenaan matawang kripto ini dan kenapa ia menjadi rebutan orang ramai? 

Apakah Sebenarnya Matawang Kripto?

Matawang atau currency yang biasa kita tahu ialah yang berbentuk tradisional atau fiat, syiling, wang kertas dalam nilai negara masing-masing seperti Ringgit Malaysia, Dollar Amerika, Rupiah dan banyak lagi adalah matawang yang biasa semua tahu nilainya dan boleh memegang secara fizikal. Matawang kripto pula ialah cryptocurrency ialah matawang digital yang yang menjadi matawang alternatif. 

Bahasa mudahnya matawang digital, tujuan untuk elakkan pihak ketiga menguruskan kewangan kita contohnya bank sebagai pihak ketiga. Menggunakan teknik koding komputer, ada proses penyulitan (encryption). Didapati dengan cara mining (menggali). Seterusnya menggunakan blockchain yang sepenuhnya program komputer. Sumbernya pula adalah terhad contohnya bitcoin hanya mempunyai 21 juta sahaja dan telah digali sebanyak 19 juta dan hanya berbaki 2 juta sahaja.

Baca Juga: Apa Itu Bitcoin? Inilah Semua Persoalan Mengenai Bitcoin.

Mengapa dipanggil kripto?

Kerana ia menggunakan teknologi digital menyeluruh dalam teknologi kriptografi yang mana ia lebih selamat dan tiada pemusatan (centralized) seperti matawang fiat, ia bersifat tidak berpusat (decentralized). Menggunakan teknologi blockchain atau rantaian blok. Bermaksud ia mempunyai transaksi sulit (encryption) diantara pihak penghantar kepada penerima. Tiada sebarang campur tangan pihak ketiga contohnya bank. Ciri-ciri keselamatan matawang kripto ini membuatkan ianya tidak boleh dipalsukan dan transaksinya adalah selamat serta mempunyai kebebasan penuh. Ia bebas dari dimanipulasikan oleh faktor ekonomi, politik dan beberapa faktor lain.

Terdapat banyak lagi istilah yang digunapakai dalam dunia matawang kripto antaranya ialah : 

  • Blockchain atau rantaian blok 
  • Peer to Peer Network (P2P)
  • Decentralised (Tidak berpusat)
  • Open Ledger (Leger Terbuka) – berkait rapat dengan decentralised
  • Immutability / Incorruptibility – Sukar digodam atau dimanipulasi
  • Mining – Penggalian / perlombongan

Nilai Bitcoin pada hari artikel i ditulis (21 Nov 2022)

Sejarah Asal

Bermula pada Januari 2009, Satoshi Nakamoto (individu atau bukan) telah menghasilkan mata wang kripto pertama yang dipanggil Bitcoin (BTC), seiring dengan teknologi digital, matawang kripto ini pada asalnya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana tidak ramai yang percaya akan teknologi namun ia mula diperkatakan apabila kurang dari setahun, nilainya melonjak sebanyak 600% iaitu 1 BTC = 1000 USD. Walaupun penggunaan matawang kripto agak lambat diterima di Malaysia, namun sejajar dengan peningkatan nilainya, ia mula menjadi popular dan bermula lah wujudnya istilah matawang kripto.

Bagaimana Matawang Kripto Berfungsi?

Cara matawangkripto berfungsi adalah sepenuhnya menggunakan teknologi digital iaitu ia tersimpan didalam fail pengkomputeran yang dipanggil “block chain” atau rantaian blok. Dalam bahasa mudahnya ialah anda mempunyai matawang kripto didalam “e-wallet” yang mana anda sahaja yang boleh mengakses e-wallet anda. Anda mempunyai kunci privasi (Private Key) dan anda perlu menyimpan kunci tersebut sendiri kerana jika ada yang mengetahui kunci privasi anda, bermakna individu tersebut boleh mengakses e-wallet anda. Bila anda ingin menghantar wang digital anda kepada penerima, jadi anda akan mengakses.

Bila anda ingin mengirimkan wang kepada penerima, transaksi anda akan melalui blockchain yang mana ia akan menyahsulitkan transaksi anda dan sampai kepada penerima. Blockchain akan merekodkan transaksi seperti sistem lejar yang telus secara digital. 

Contohnya anda ingin membayar wang kripto kepada seseorang, tapi tidak memerlukan platform ketiga atau pihak ketiga contohnya bank, paypal atau stripe atau ape sahaja pihak ketiga untuk tujuan transaksi itu. Semua proses secara digital hanya melalui blockchain sahaja dan ianya sangat selamat kerana data disimpan secara sulit.

Merekod transaksi

Telus

Tidak akan korup

Blockchain – adalah pangkalan data terbuka dan dipanggil “decentralized system” bermaksud tiada pemilik dan tiada pengawal sistem. Tiada sebarang rahsia dalam perjalanan sistem ini dan ia digelar “open ledger system”. 

Pengawal Seliaan Matawang Kripto Di Malaysia

Di Malaysia, matawang kripto tidak diiktiraf sebagai matawang yang sah dan ia  bukanlah satu instrumen pembayaran yang dikawal oleh BNM – Bank Negara Malaysia seperti matawang fiat. Namun begitu aset digital tersebut boleh dikeluarkan oleh syarikat bagi tujuan pengumpulan dana dan tertakluk kepada penerbit yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh SC – SUruhanjaya Sekuriti seperti diperuntukan dibawah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatana (Penetapan Sekuriti) Matawang Digital dan Token Digital 2019.

Jenis Matawang Kripto

Matawang kripto yang pertama sekali wujud ialah Bitcoin (BTC) dan terdapat  beribu matawang kripto yang wujud kini. Namun 4 yang paling popular ialah Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple dan beberapa lagi.Terdapat 3 jenis mawatang kripto iaitu : 

  1. Koin Pembayaran – Koin yang dianggap kaedah pembayaran dimana komuniti itu boleh menggunakan koin tersebut untuk membeli dan membayar sesuatu, koin tersebut harus mempunyai nilai dan boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain. Contohnya Bitcoin, Litecoin, Ripple dan Bitcoin Cash.
  1. Koin Utiliti – Konsepnya sama macam kupon atau token dimana anda kena membeli token tersebut. Untuk koin utiliti dimana syarikat yang ingin menggunakan platform contohnya Ethereum bagi membina produk mereka dan bayar caj kedalam Ethereum. Konsep ini Ether dianggal sebagai token atau kupon.
  1. Stablecoin – matawang kripto yang beroperasi pada blockchain tetapi sidandarkan pada aset lain contohnya Dollar. Contohnya setiap koin USD (USDC) yang diedarkan, pengeluar coin tersebut Circle akan simpan $1 pada simpananya. dan ia menjadikan nilai 1 USDC bersamaan dengan 1USD. Sifatnya stabil dan biasa digunakan oleh pedagang untuk dagangan di bursa.

Kegunaan Matawang Kripto

Matawang kripto ini adalah satu inovasi kewangan bersifat digital yang menjadi alternatif kewangan matawang fiat. Matlamat utama matawang kripto ini adalah untul membolehkan urusniaga merentasi sempadan negara tanpa melibatkan pihak ketiga yang bersifat lebih selamat.

Kegunaan matawang kripto ini boleh digunakan untuk sebarang pembayaran digital, membeli belah dan juga dagangan. Ia digunakan sepenuhnya secara atas talian tanpa perlu melalui pihak ketiga. Ia lebih selamat dan menjada privasi sepenuhnya. Dengan menggunakan sepenuhnya teknologi ini ia digunakan sebagai medium pertukaran dan juga sistem akaun secara virtual.

Kelebihan dan Kekurangan Matawang Kripto

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan mata wang kripto:

Kelebihan Matawang Kripto

Perlindungan Daripada Inflasi: Dunia kewangan sangat terdedah kepada inflasi dimana nilai matawang fiat merosot. Untuk matawang kripto untuk jangka masa panjang ia sebagai kaedah mencegah inflasi.

Selamat: Matawang kripto lebih menjamin privasu dan keselamatan kerana tiada penglibatan langsung pihak ketiga seperti bank.

Pantas: Transaksi melibatkan matawang kripto sepenuhnya digital dan ia lebih pantas kerana proses pengesahan yang perlu dilalui juga sedikit dan cepat.

Terjamin: Disebabkan tiada kawalan oleh mana-mana pihak, anda tidak perlu risau aset digital anda dibekukan atau dirampas oleh mana-mana pihak.

Pertukaran Mudah: Matawang digital digunapakai oleh semua negara dengan matawang yang sama, bermakna ia boleh merentasi sempadan dan tukaran dengan matawang lain juga mudah.

Jimat: Tiada caj pihak ketiga yang perlu dikenakan dan ia menjimatkan. 

Kekurangan Matawang Kripto

Walaupun matawang kripto datang dengan banyak kelebihan, ia terdapat beberapa kekurangan juga. Jadi tanpa berlengah lagi, mari kita lihat kekurangan mata wang kripto.

Transaksi Haram: Disebabkan keselamatan dan privasi yang tinggi, sukar untuk kerajaan mengesan penggunaannya dan ia diambil kesempatan digunakan untuk urusan haram contohnya membeli senjata api atau dadah. Selain itu boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai pencucian wang haram.

Hilang Internet: Ini adalah risiko terbesar kerana matawang kripto menggunakan sepenuhnya capaian digital. Bayangkan jika teknologi internet lumpuh.

Kehilangan Kunci: Kunci privasi perlu dijaga sebaiknya dan jika ia hilang, anda berkemungkinan berdepan dengan kehilangan aset digital anda.

Nilai Turun Naik: Nilai matawang kripto tidak mempunyai kawalan dan ia sangat berisiko naik dan jatuh yang sangat mendadak.

Godam: Apabila menggunakan teknologi, ia bermakna terdedah dengan penggodam dimana data boleh dicuri.

Ketidakterbalikan Transaksi: Transaksi yang dibuat melalui bitcoin adalah tidak boleh diterbalikkan, jadi tiada apa yang boleh dilakukan jika jumlahnya salah atau penerimanya salah.

Bagaimana Untuk Memulakan Pelaburan Matawang Kripto

  • Luno
  • Sinegy
  • Tokenize
  • MX Global

Memilih broker platform yang dikawal selia oleh SC adalah untuk memastikan ketelusan dan perlindungan kepada pengguna namun ada juga broker luar yang dipercayai dalam menyediakan khidmat atast talian dagangan matawang kripto. Asasnya teknologi blockchain yang menyokong matawang kripto seperti Bitcoin dan Etheruem nampak sulit namun konsepnya tidak banyak beza dengan membeli saham. Apabila anda pelaburan matawang kripto mendapat keuntungan maksimum dengan nilai coin yang meningkat, permintaan saham juga meningkat dan menarik minat pelabur.

Adakah ia pelaburan yang baik? Ya, walaubagaimana pun hukum pelaburan tetap sama, ada risiko dan tidak pernah menjamin keuntungan. Jadi sebagai penulis saya berharap anda benar-benar membuat bacaan, penyelidikan dan cari ilmu sedalam mungkin sebelum terjun ke dunia pelaburan matawang kripto. Ikut bacaan dan hal ehwal semasa sebagai persediaan ke dunia pelaburan digital. SC menasihatkan para pelabur mendapatkan nasihat perundangan dan pakar dahulu sebelum terlibat dalam sebarang projek melibatkan blockchain ini bagi mengelakkan sebarang masalah penipuan, penggubahan wang haram atau mendana aktiviti pengganas.

Ringkasan

Ringkasnya, dunia digital bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dimana sistem kewangan digital menjadi alternatif kepada pengguna dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Ia memberikan impak positif kepada kehidupan harian namun ia juga mempunyai risiko negatif. Bagi pelabur dan pengguna yang mementingkan privasi dan tidak suka dikawal, penggunaan matawang kripto adalah alternatif yang paling sesuai.

Penggunaan blockchain adalah cara mudah dan selamat untuk transaksi kewangan kripto dimana pihak penghantar dan penerima dengan proses transaksi dari satu blok ke blok yang lain hanya dengan capaian internet. Dengan penggunaan matawang kripto yang semakin diterima, Malaysia juga mempunyai perancangan dengan Bank Negara Malaysia dalam usaha membina sistem yang selamat untuk matawang kripto ini.

Anda Mungki Suka

Pelaburan Bitcoin Di Malaysia:Berpeluang Menjadi Kaya Dengan Beli Bitcoin

Apa itu Bitcoin wallet?Panduan lengkap untuk Pemula: Semua yang Perlu Anda Ketahui sebelum melabur bitcoin

10 Cryptocurrency terbaik untuk dilaburkan pada tahun 2023

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan