Ulasan Finviz Screener 2023 : Adakah Ia Benar-benar Berbaloi?

Skrin saham boleh membantu para pelabur untuk mengenal pasti saham yang memenuhi kriteria yang dicari mereka untuk strategi pelaburan, dan kebanyakan pelabur menggunakan
Finviz screener kerana ia menawarkan skrin saham yang premium dan percuma. Adakah skrin saham Finviz benar-benar terbaik? Dalam artikel kali ini, saya kan menyediakan ulasan komprehensif bagi membantu anda memilih sama ada ia sesuai untuk anda atau sebaliknya.  Teruskan bacaan anda.

Apakah Finviz?

Finviz adalah skrin saham berkuasa dan direka oleh Juraj Duris serta menjadi pilihan popular ke[ada pelabur sejak ia direka pada 2007. FINVIZ bermaksud Financial Visualization (Visual Kewangan) dan laman tersebut menawarkan pelbagai ciri-ciri termasuk skrin saham, suapan berita, pengurusan portfolio, carta saham dan banyak lagu untuk pemula dan pedagang profesional lain, menjadikan ianya pilihan yang lebih murah berbanding skrin saham lain.

Baca Juga: 6 Screener Saham Terbaik 2022 (Percuma & Berbayar)

Bagaimana Mendapat Finviz Screener

Finviz menyediakan akses kepada platform melalui 3 plan yang direka untuk memenuhi keperluan dan bajet kebanyakan pengguna.

  1. FINVIZ Versi Percuma

Version yang percuma tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau log masuk untuk menggunakan plan akses percuma yang menawarkan tiga ke lima minit penangguhan peta serta skrin kumpulan tanpa carta intraday atau portfolio dan juga skrin tetapan semula. Kebanyakan peralatan adalah percuma, untuk pedagang swing dan pedagang jangka masa panjang, kesemua peralatan percuma cukup untuk bagi mencari dagangan yang menguntungkan.

  1. Versi Pengguna Berdaftar

Versi ini memerlukan pengguna mencipta akaun dimana ia memberikan akses kepada pengguna untuk carta dan graf harian, kod portfolio dan 50 skrin tetapan semula. Untuk mendaftar, cuma masukkan nama dan alamat emel. Kemudian reka kata laluan, masuk semula dan semuanya siap digunakan. Log masuk menggunakan kelayakan anda dan tambah ciri-ciri yang akan menyimpan semua tetapan anda. 

  1. FinViz Elit

Fin Viz elit pula ialah satu-satunya FinViz plan pra bayaran langganan berbayar iaitu $39.50 sebulan atau $299.50 setahun, ia datang dengan jaminan pulangan wang 30 hari jika anda tidak berpuas hati dalam tempoh 30 hari pertama, anda akan menerima semula bayaran yuran langganan anda.

Pelanggan premium juga mempunyai akses kepada pra-pasaran dan sebutharga waktu sebenar, ujian belakang, makluman, ciri-ciri carta yang lebih maju, peta waktu sebenar, makluman emel baru dan 100 tapisan tetapan semula. Pengguna juga akan menerima pengalaman tanpa iklan dan lebih lancar. 

Apa Yang Ditawarkan Oleh Finviz Screener?

Finviz menyediakan aplikasi skrin saham yang lengkap. Termasuk dengan semua peralatan berguna seperti berikut.

Skrin Finviz – Salah satu ciri paling popular yang terdapat dalam skrin saham, dimana anda boleh menggunakan untuk skrinkan saham berdasarkan kriteria tertentu seperti harga, permodalan pasaran,hasil dividen dan lain-lain.

Berita Finviz – Anda mempunyai akses berita kewangan terbaru daripada industri terkemuka dan blog daripada sumber seperti Bloomberg, MarketWatch, Reuters, CNBC dan banyak lagi.

Peta Haba – Peta haba Finviz memberi bayangan prestasi pasaran saham Amerika Syarikat dan dunia, dimana ia sangat berguna untuk mencari peluang dagangan. Dengan menggunakan ciri peta haba, anda bukan hanya dapat melihat prestasi saham yang terbaik dan terburuk, malah anda juga boleh menggunakan peta haba untuk mengenalpasti sektor yang mempunyai prestasi terbaik dalam pasaran. Hanya menunjukan pada simbol pilihan untuk memaparkan prestasi saham semasa, papan pemuka mini dan pesaing langsung syarikat.

Niaga Hadapan – tab niaga hadapan memberikan anda sentiasa mendapat maklumat pasaran hadapan. Alat ini membenarkan anda melihat sebutharga hadapan, prestasi dan carta hadapan.

Forex – Finviz menjejak 12 pasangan forex tetapi tanpa analisa latar belakang atau berita. Ia mempunyai kod warna untuk menunjukkan prestasi pelbagai jenis matawang seluruh dunia. Anda boleh menggunakan alatan ini untuk melihat sebut harga, carta, statistik prestasi yang berkaitan dan graf untuk beberapa pasang matawang.

Baca Juga: Apa Itu Forex? Belajar Cara Main Forex Malaysia

Kripto – Finviz menganalisa matawang kripto meliputi 15 koin, ia juga menyediakan pengguna dengan sebut harga dan carta. Ia juga mempunyai carta prestasi yang berkaitan dimana ia menunjukan matawang kripto yang mana yang kurang prestasi atau berprestasi tinggi.

Baca Juga: Apa itu Cryptocurrency? Panduan Asas Mata Wang Kripto (2022)

Portfolio : Untuk mengakses kepada perkhidmatan ini memerlukan pendaftaran tetapi masih percuma. Anda boleh menggunakan platform ini untuk merangsang pembinaan portfolio dengan membeli dan menjual saham pada harga yang berbeza bergantung kepada tempoh masa.

Ujian Belakang : Ciri-ciri ujian belakang ini sangat berguna terutamanya untuk pelabur baru atau pedagang yang tidak ingin membuat dagangan secara spesifik lagi. Ia menyediakan data sejarah 16 tahun yang boleh digunakan untuk menguji strategi dagangan saham baru serta menganalisisnya secara spesifik sebelum mengaplikasikan ia kedalam pasaran saham sebenar.

Makluman : Finviz juga menyediakan makluman kepada anda tentang saham spesifik diwaktu sebenar. Anda boleh menetapkan makluman untuk penukaran portfolio, dagangan dalaman, perubahan harga saham, berita dan nilai-nilai lain lagi. Bagaimanapun diingatkan anda akan menerima banyak emel.

Perkhidmatan Pelanggan : Perkhidmatan Pelanggan Finviz memfokuskan tentang isu bil dan barayan. Mereka menyediakan bantuan sokongan melalui emel, telefon 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jika anda cuma mencari FinViz melalui chat atau telefon, anda akan kecewa. Ini bermakna respon yang diterima bukanlah selaju yang anda fikirkan.

Kelebihan dan Kekurangan Finviz

  • Finviz Elit membenarkan penggunanya untuk membatalkan langganan pada bila masa sahaja
  • Direka untuk pedagang baru dan profesional
  • Sesuai untuk semua jenis dagangan termasuk dagangan swing, intraday dan pelaburan
  • Permukaan yang mesra pengguna dan 24/7 perkhidmatan pelanggan.
  • Ujian belakang mengenalpasti 120 jenis saham dan corak carta
  • Iklan di laman untuk perkhidmatan percuma agak mengganggu.
  • Hanya meliputi tukaran Amerika Syarikat sahaja
  • Tiada aplikasi telefon
  • Hanya menyokong versi Bahasa Inggeris sahaja
  • Data forex dan matawang kripto yang terhad
  • Hanya terdapat 17 carta penunjuk pada carta biasa

Kesimpulan

Kami berharap yang kami telah menyediakan maklumat yang cukup tentang skrin saham Finviz bagi memberikan anda idea secara am tentang platform ini. Kami menganggap Finviz sebagai alatan visual kewangan kelas pertama yang sangat terbaik. Sama ada anda berdagang saham, forex atau hadapan, Finviz.com adalah laman untuk anda bagi asas dan analisis teknikal.

Anda Mungkin Suka

5 Broker Saham Bursa Malaysia Yang Terbaik 2022

Belajar Cara Main Saham Dari Pada Zero(Update 2022)

6 Aplikasi Trading Saham Terbaik Malaysia

Cara Beli Saham Starbucks? Panduan Lengkap untuk Pelabur

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan