9 Aplikasi Buat Duit Percuma Di Malaysia 2022

Sejak pandemik banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, perasan tak bekerja dari rumah menjadi salah satu medium baru untuk menjana pendapatan. Maknanya dengan bermodalkan telefon pintar atau pun komputer riba anda boleh menjana pendapatan baik dari kerjaya hakiki ataupun pendapatan tambahan. Ada pelbagai aplikasi yang wujud untuk membantu anda menjana pendapatan secara percuma. Sini akan kami senaraikan aplikasi buat duit percuma untuk rujukan anda. Semoga berbaloi masa yang ada.

Mengapa Kami Mencadangkan Aplikasi-Aplikasi ini?

Kami mencadangkan aplikasi-aplikasi ini adalah untuk anda menjana pendapatan tambahan secara percuma dengan hanya menggunakan telefon pintar yang ada ditangan anda. Sangat sesuai untuk orang yang ingin menghabiskan banyak masa sambil dibayar dan juga melakukan sesuatu yang disukai namun ia mendatangkan duit. Aplikasi-aplikasi yang dicadangkan ini boleh membantu anda membuat duit secara percuma sahaja.

1.  Buat Duit: Real Cash App + Rewards + Paid Surveys

Aplikasi pertama yang kami dapati agak menarik yang perlu ada untuk anda buat duit online ialah aplikasi dibawah ini. Aplikasi ini dibangunkan oleh Mobile Media Labs FZ-LLC  Dari aplikasi ini anda akan melengkapkan tugasan yang diberi antaranya ialah :

  • Tinjauan Makanan
  • Tinjauan permaianan
  • Tinjauan Teknologi
  • Tinjauan Persahabatan
  • Tinjauan Percutian
  • Tinjauan Pengguna

Aplikasi ini mendapat penilaian yang tinggi daripada pengguna dan sudah dimuat turun sebanyak lebih dari 1 juta kali dimuat turun. Mendapat penilaian yang hampir sempurna menjadikan aplikasi ini adalah salah satu aplikasi yang dipercayai dan mudah untuk diakses oleh setiap lapisan masyarakat.

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Muat turun aplikasi 
  2. Buka aplikasi seperti diatas dan lihat tugasan yang ada
  3. Daftar mengikut syarat yang diberi
  4. Pilih tugas berbayar tertinggi kegemaran anda diuji
  5. Mula membuat wang bermain permainan di telefon
  6. Lengkapkan tugasan yang diberi dan kumpul mata
  7. Cek baki tunai yang ada
  8. Membuat permintaan pembayaran wang PayPal anda pada aplikasi
  9. Menerima wang dan mula semula pendapatan Tunai

2. App Tunai Sebenar: Ganjaran Tunai 

Aplikasi seterusnya ialah Aplikasi Tunai Sebenar : Ganjaran Tunai (CashApp-Cash Rewards App. Aplikasi ini dibangunkan oleh Free International Calls App Ltd. Aplikasi ini sedikit berbeza daripada yang pertama. Dari aplikasi ini anda akan melengkapkan tugasan yang diberi antaranya ialah :

  • Tugasan Daftar Masuk
  • Menonton Video
  • Permainan 
  • Sebarkan Tugasan (di Facebook untuk mendapat kredit tambahan)

Aplikasi ini juga mendapat penilaian yang agak tinggi daripada pengguna dan telah dimuat turun sebanyak lebih dari 5 juta muat turun. endapat penilaian yang sedikit tinggi menjadikan aplikasi ini juga adalah salah satu aplikasi yang dipercayai dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja kerana ianya secara percuma.

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Muat turun aplikasi seperti diatas
  2. Lihat senarai tugasan
  3. Daftar menggunakan id anda
  4. Pilih tugas yang anda gemari
  5. Mula kumpulkan wang
  6. Lengkapkan tugasan yang diberi dan kumpul jumlah wang
  7. Cek baki tunai yang ada dan buat permintaan wang melalui Paypal
  8. Menerima wang dan mula semula pendapatan Tunai

3. Cashzine-Aplikasi Buat Duit Percuma  

Cashzine-Aplikasi Buat Duit Percuma

Aplikasi ini adalah aplikasi yang agak popular di Malaysia dan dibangunkan oleh Points Culture. Aplikasi ini adalah aplikasi tentang cara hidup yang menjana buzz dan boleh mendapatkan penglibatan rakan-rakan yang lain.Aplikasi ini berbeza sedikit daripada aplikasi lain dimana anda menjana pendapatan menggunakan konsep membaca artikel. Setiap artikel yang dibaca akan diberikan coins dan coins tersebut boleh ditukarkan kepada wang ringgit sebenar. Selain itu, jika anda kongsikan srtikel tersebut dan dibaca oleh orang lain juga, anda akan menjana pendapatan dari situ. Menarik bukan?

Aplikasi ini juga mendapat penilaian yang agak tinggi daripada pengguna dan telah dimuat turun sebanyak lebih dari 10 juta muat turun. Boleh dilihat konsep membaca ini mendapat sambutan dikalangan pengguna terutamanya generasi Z kini yang sangat celik IT.

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Sama seperti aplikasi lain
  2. Muat Turun aplikasi
  3. Daftar akaun anda
  4. Mulakan pembacaan anda
  5. Dan kumpul coins yang ada
  6. Tukarkan kepada wang ringgit
  7. Buat permintaan wang anda daripada Paypal
  8. Baca dan kongsi artikel tersebut

4. The Lucky Miner: The Cash App 

Aplikasi yang sangat sesuai untuk yang berminat dengan permainan dari telefon pintar dan dibangunkan oleh Lucky Miner Company. Aplikasi ini memang khas untuk bermain permainan yang ada disitu dan kumpul emas untuk ditukarkan kepada ganjaran wang ringgit melalui Paypal ataupun digunakan untuk membeli belah atas talian seperti Amazon, Google Play, Walmart dan lain-lain. Telah dimuat turun sebanyak lebih dari 1 juta pengguna seluruh dunia

Penilaian yang diberikan oleh pengguna agak tinggi iaitu 4.7 bintang dimana ia menunjukkan bahawa aplikasi ini sangat disukai oleh golongan pemain.

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Sama seperti aplikasi lain
  2. Muat Turun aplikasi
  3. Daftar akaun anda
  4. Mulakan permainan anda
  5. Dan kumpul emas yang ada
  6. Tukarkan kepada wang ringgit
  7. Buat permintaan wang anda daripada Paypal atau gunakan untuk membeli belah
  8. Main game yang lain

5. Mitrade-merujuk rakan anda dapat bonus

Aplikasi Mitrade adalah berbeza daripada aplikasi yang lain diatas, Mitrade dibangunkan oleh Mitrade Global PTY Ltd dan ia merupakan aplikasi perdagangan matawang yang melibatkan beberapa jenis perdagangan, antaranya ialah:

  • Perdagangan Matawang asing (FOREX)
  • Saham
  • Indeks
  • Komoditi
  • Emas
  • Dan banyak lagi 

Aplikasi ini mendapat sambutan daripada penggemar pemain saham diseluruh dunia termasuk Malaysia dan telah dimuat turun sebanyak lebih dari 1 juta kali dengan aplikasi yang mudah diakses.

Berbanding aplikasi mudah untuk buat duit yang lain, aplikasi Mitrade ini berbeza dan penggunanya juga agak berbeza namun ia bukanlah satu aplikasi yang rumit kerana menyediakan pembelajaran yang ditunjuk ajar sebelum menggunakannya. Cara untuk mendapatkan duit daripada aplikasi ini ialah dengan merujuk rakan anda dengan pautan yang dibuat dan anda akan mendapat bayaran dari setiap rujukan tersebut.

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Muat turun aplikasi Mitrade
  2. Buka aplikasi tersebut
  3. Daftar mengikut cara yang ditunjukkan
  4. Kenalpasti identiti anda seperti yang diminta
  5. Pilih jenis perdagangan yang anda minati
  6. Mulakan deposit wang anda dan dagangkan 
  7. Cari pautan rujukan untuk ID anda
  8. Kongsikan kepada rakan-rakan 
  9. Jika rakan-rakan anda menggunakan rujukan pautan anda
  10. Anda akan membuat wang sampingan dari situ
  11. Membuat permintaan pembayaran wang PayPal anda pada aplikasi
  12. Menerima wang anda

6. Big Time Cash – Make Money

Aplikasi ini sedikit berbeza dimana pengguna perlu bermain game dan menangi hadiah wang tunai. Selain itu boleh kumpulkan tiket untuk dimasukkan kedalam pertandingan dan menangi wang tunai untuk ditunaikan di Paypal. Permainan juga adalah percuma disini.

Penilaian yang diberikan agak sedikti rendah namun masih menjadi pilihan pengguna dimana ia dimuat turun seramai 10 juta lebih pengguna. 

Bagaimana Cara untuk muat turun?

  1. Muat Turun aplikasi
  2. Daftar ID anda
  3. Pilih permainan 
  4. Menangi wang 
  5. Dan kumpul tiket yang ada
  6. Tukarkan kepada wang ringgit bila mencukupi
  7. Buat permintaan wang anda daripada Paypal.
  8. Main game yang lain dan menangi wang tunai

Baca Juga: 9 Jenis Pelaburan di Malaysia yang Terbaik Untuk Jana Untung 2021

7. Lucky Money

Aplikasi cabutan bertuah percuma dibangunkan oleh Shape Keeper Ltd. 

Aplikasi cabutan bertuah dan ditukarkan kepada ganjaran wang ringgit melalui Paypal ataupun digunakan untuk membeli belah atas talian seperti Amazon, Google Play, Walmart dan lain-lain. Telah dimuat turun sebanyak lebih dari 10 juta pengguna seluruh dunia

Cara untuk muat turun dalah seperti aplikasi yang lain diatas cuma pilihan ganjaran berbeza kerana anda boleh menukarkan untuk membeli belah atas talian.

8. Poll Pay: Surveys for Money

Aplikasi ini adalah anda berkongsi pendapat dan dibayar dibangunkan oleh Bitburst GmbH. Poll Pay menawarkan anda satu tan tinjauan untuk anda lengkapkan dan dapatkan ganjaran daripadanya. Anda dapat memutuskan tinjauan yang ingin anda mulakan dan selesaikan. Pilih topik yang anda suka, tinjauan pendek atau tinjauan dengan ganjaran yang tinggi.

Ganjaran wang ringgit melalui Paypal ataupun digunakan untuk membeli belah atas talian seperti Amazon, Google Play, Walmart dan lain-lain. Telah dimuat turun sebanyak lebih dari 5 juta pengguna seluruh dunia.

Bagaimana cara dapat Ganjaran?

  1. Daftar dengan Poll Pay
  2. Sertai tinjauan untuk meningkatkan baki anda.
  3. Tukar baki anda dengan kredit PayPal, baucar Amazon dan banyak kad hadiah lain.

9. AppKarma Rewards & Gift Cards

Sesuai untuk anda yang mempunyai masa yang banyak dan masa lapang. Aplikasi ini untuk permainan popular, gores dan menang, raih lencana dan dapatkan ganjarannya. dan aplikasi ini dibangunkan oleh appKarma. 

Ganjaran boleh digunakan untuk membeli belah atas talian seperti Amazon, Google Play, Walmart dan lain-lain. Telah dimuat turun sebanyak lebih dari 5 juta pengguna seluruh dunia

Kesimpulan

Terdapat 9 jenis aplikasi yang kami pilih dan cadangkan diatas berdasarkan kepada kepenggunaannya yang sah dan juga dipilih oleh ramai pengguna berdasarkan penilaian dan ulasan yang diberi. Sekarang anda telahpun mengetahui apakah aplikasi-aplikasi yang boleh membuat duit secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan adalah pilih yang anda sukai dan mulakan sekarang. Boleh membantu menambahkan poket anda pada masa yang sama anda tidak perlu menghadapi risiko kehilangan sebarang wang. 

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan